Anda di halaman 1dari 10

Kertas Kerja

Program Ihya’ Ramadhan1436H/2015M

SK Pasir Dusun .

1.0 MUKADDIMAH
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang memberi kemanisan Iman dan Islam dalam
diri kita. Tahun ini masih lagi kita berkesempatan bertemu Ramadhan yang mula. Kita akan
dididik selama sebulan secara percuma dan ganjaran yang melimpah ruah. Kita perlu merebut
peluang yang ada ini dengan seluruh tenaga dan masa yang ada. Semoga penghujungnya kita
mendapat ijazah taqwa.

2.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
daripada Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kenagsaan Pasir Dusun , Jeli bagi mengadakan
program Ihya’ Ramadhan 2015 Kertas kerja ini juga dikemukan untuk memohon peruntukan
kewangan daripada pihak sekolah bagi menampung kos pelaksanaan program ini

3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM


Program ini dirangka untuk menghidupkan bulan Ramadhan dan menarik minat murid Sk
Pasir Dusun untuk menambah amalan mereka di bulan yang mulia ini. Disamping itu juga dapat
mencungkil bakat murid-murid sekolah ini dalam pelbagai bidang seperti tilawah al-Quran,
hafazan, bahasa Arab serta tulisan jawi. Sehubungan denga itu pelbagai aktiviti yang telah
dirancang seperti tadarus al-Quran, Tazkiran, Cerita Nabi-nabi a.s, kuiz Ramadhan dan diakhiri
dengan Khatam al-Quran.

4.0 MATLAMAT
Matlamat program ini ialah untuk membina keredhaan hati dan keyakinan diri menjadi
sendi utama dalam program ini bagi mengukuhkan serta memantapkan spiritual keagamaan
dikalangan guru dan murid-murid agar dapat menghindari dari segala anasir buruk yang boleh
merosakan agama Islam dan sentiasa bersedia dalam segenap segi kehidupan yang akhir-akhir ini
penuh dengan tipu daya musuh-musuh Islam. Program ini juga secara tidak langsung memberi
ruang kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembangkan bakat yang sedia ada dan
member kesedaran kepada guru dan ibu bapa tentang kepentingan beramal semasa usia masih
muda dan badan masih bertenaga.

5.0 OBJEKTIF

1. Mengetahui pengisian terbaik di bulan Ramadhan


2. Menghayati hikmah puasa sebulan di bulan Ramadhan
3. Mengetahui amalan-amalan yang mulia dan mengamalkannya
4. Menghindari amalan-amalan yang terlarang

6.0 PELAKSANAAN
Tarikh :18 JUN 2015 Bersamaan 01 Ramadhan 1436H
Hari : Ahad hingga Khamis
Masa : Sepanjang Waktu Persekolahan
Tempat :Mussolla, Dewan Terbuka dan Makmal Komputer.

7.0 PENGANJUR
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK PASIR DUSUN

8.0 SASARAN PESERTA


Murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 Sk. Pasir Dusun
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

9.1 Jawatankuasa Ihya’ Ramadhan

PENGERUSI : EN. MOHD ZIADI BIN DERAMAN

PENYELARAS : USTAZ AHMAD ZAIDI BIN OMAR

SETIAUSAHA : USTAZAH AMINAH BT. KADIR


BENDAHARI : USTAZAH ROHANA BT. JUSOH

Jawatankuasa Pelaksana Program

(A) Program Tazkirah


Penyelaras : Ustaz Ahmad Zaidi B. Omar
Pelaksana : 1.Ustaz Ahmad Zaidi B. Omar
: 2.Ustaz Sukarno B. Saidi
: 3.Cikgu Nor Izham B. Ibrahim
: 4.Cikgu Muhamad Sabri B. Abdullah
Tarikh : Setiap Hari Ahad sepanjang bulan Ramadhan
Masa : 10 Minit (Tajuk Bebas Berkaitan Puasa)
Tempat : Padang Perhimpunan

(B) Tadarus al-Quran (Tahap 2 Sahaja)


Penyelaras : Ustazah Zuraidah Bt. Amiruddin
Pelaksana : Ustazah Mazitul Azila Bt. Ibrahim
Tarikh : Setiap Hari Persekolahan Sepanjang Bulan Ramadhan
Masa : Waktu Rehat (10:15 hingga 10: 45)
Tempat : Musolla

(C) Cerita Nabi-nabi @ Slide Jejak Rasul ( Tahap 1 Sahaja)


Penyelaras : Cikgu Ruzita Bt. Mat Ghani
Pelaksana : En. Mohamad Khairi B. Fauze
: Guru Bertugas Mingguan
Tarikh : Setiap Hari Persekolahan Sepanjang Bulan Ramadhan
Masa : Waktu Rehat (10:15 hingga 10: 45)
Tempat : Dewan Terbuka kantin

(D) Kuiz Ramadhan


Penyelaras : Ustazah Rohana Bt. Jusoh
Pelaksana : Ustazah Yusheda Nor Akma Bt. Che Din
Tarikh : Setiap Hari Ahad, Isnin dan Selasa, Sepanjan Bulan
Ramadhan
Tempat : Sk Pasir Dusun

(F) Bacaan Zikir / Yassin


Penyelaras : Ustaz Ahmad Zaidi B. Omar
Pelaksana :Cikgu Nor Izham B. Ibrahim
Tarikh : Setiap pagi sepanjang bulan Ramadhan Sebelum masuk
kelas
Tempat : Dewan terbuka Kantin

(G) Majlis Khatam al-Quran


Penyelaras : Ustazah Aminah Bt. Kadir
Pelaksana : Ustaz Sukarno B. Saidi
: Semua Guru Sk Pasir Dusun
Tarikh : 26 Ramadhan 1436H Bersamaan 13 Julai 2015 M
Hari/MASA : ISNIN / 7:45 Hingga 1:15
Tempat : Dewan Terbuka Sk Pasir Dusun

9 2 JAWATANKUASA MAJLIS KHATAM AL-QURAN

PENGERUSI
En. Mohd Ziadi B. Deraman
(Guru Besar)

TIMBALAN PENGERUSI
En. Abdul Malik B. Kiman
(Pen. Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI I
Puan Mazida Bt. Yusof
(Pen. Kanan HEM)
NAIB PENGERUSI II
En. Ayub B. Abu Bakar
(Pen. Kanan Kokurikulum)

PENYELARAS PROGRAM
En. Ahmad Zaidi B. Omar

SETIAUSAHA I
Pn. Aminah Bt. Kadir

SETIAUSAHA II
Pn. Rohana Bt. Jusoh

BENDAHARI
Pn. Zuraidah Bt. Amiruddin

JURUACARA MAJLIS
Pn. Zuraidah Bt. Amiruddin
Pn. Nazifah Bt. Mohd Himmi

BACAAN DOA
En. Ahmad Zaidi B. Omar

NAQIB KHATAM
En. Sukarno B. Saidi

PERSIAPAN TEMPAT
En. Muhammad Sabri B. Abdullah
En. Nik Saifulrizal B. Nik Abdullah
Pn. Norhafizah Bt. Hussin
Pn. Noorzanariah Bt Mohamed Nor
BUKU PROGRAM
Pn. Aminah Bt. Kadir
Pn. Siti Zubaidah Bt. Abdullah

KAIN RENTANG
En. Nor Izham B. Ibrahim
En. Izzuddin B. Mohamed

SIARAYA / DOKUMENASI
En. Mohd Khairi B. Fauze
En. Ikram Hafiz B. Ahmad

BUNGA TELUR DAN PULUT


Pn. Nooridayu Bt. Mohammad
Pn. Wan Aniah Bt. Abd Kadir
Pn. Ruzita Bt. Mat Ghani
Cik Siti Rawiah Bt. Razali
Semua Guru KAFA

PERARAKAN MURID KHATAM & TADARUS


En. Hirmi B. Abdullah
En. Mohd Radi B. Mohamed Rosly
En. Shaharudin B. Ismail
En. Zulkifli B. Che Ibrahim

KAWALAN MURID
En. Zubir B. Hamzah
En. Eddie Fadlie B. Sulaiman
En. Yusman B. Ariffin
HADIAH & CENDERAHATI
Pn. Yusheda Nor Akma Bt. che Din
Pn. Mazitul Azila Bt. Ibrahim
Pn. Mazita Bt. Nor
Pn. Mariza Bt. Ibrahim
Cik Auni Bt. Ghazali

PA SISTEM
En. Mohd Khairi B. Fauze
En. Mohd Naziri B. Hanafi

10.0 TENTATIF PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2015

7:45 : Berkumpul di Tapak Perhimpunan dan Taklimat

8:30 : Perarakan murid Tadarus dan Khatam al-Quran

9:00 : Majlis Bermula


Bacaan Doa
Majlis Khatam

10:15 : Ucapan Guru Besar

10:45 : Penyampaian cenderahati kepada Naqib, murid khatam al-quran dan


murid tadarus.
Sumbangan zakat dan derma tabung Ihya’ Ramadhan kepada anak yatim.

11:00 : Salam Jamaie


12 00 : Majlis bersurai
11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BI PENDAPATAN RM
L
1 Peruntukan dari Panitia Agama 600
2 Sumbangan dari PIBG 200
3 Sumbangan dari Kedai Sekolah 100
4 Sumbangan dari Kontraktor Kebersihan 100
5 Sumbangan dari Kantin 150
JUMLAH 1150

BI PERBELANJAAN ANGGARAN RM
L
1 Hadiah Khatam al-Quran 15xRm 25 375
2 Saguhati Murid Tadarus 85xRm 4 425
3 Saguhati untuk Naqib 1 30
4 Kuiz Ramadhan 6X4xRm 2 48
5 Bunga Telur +Telur 100xRm 35 135
6 Banner 1 90
7 Luar Jangka 47
JUMLAH 1150
12.0 Penutup

Bersediakah kita dididik oleh Allah selama sebulan di bulan Ramadhan tahun ini. Semoga
aktiviti ini menghasilkan buah-buah keimanan dan ketaqwaan dalam hati kita.

Disediakan oleh, Diluluskan/Tidak diluluskan oleh,

…………………………… ……………………………………..
AHMAD ZAIDI BIN OMAR EN. MOHD ZIADI BIN
DERAMAN
Ketua Panitia Pendidikan Islam, Guru Besar,
Sk. Pasir Dusun, Jeli, Sk Pasir Dusun, Jeli,
KELANTAN. KELANTAN.

s.k - Fail Sekolah


Fail Panitia

Anda mungkin juga menyukai