Anda di halaman 1dari 25

Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 1 drpd 25

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN

KURSUS UPA 2112 PC ASSEMBLY

TAHAP DUA (2)

NO DAN TAJUK
02: PEMASANGAN KOMPUTER
MODUL

NO DAN PENYATAAN 02.01 Spesifikasi Komponen Komputer


TUGASAN 02.02 Pemasangan Sistem Unit

Menjalankan persediaan komputer menggunakan bahagian-bahagian


komponen perkakasan, perisian sistem operasi, pemacu peranti,
perisian aplikasi, peralatan tangan, manual arahan supaya keselamatan
bilik komputer disahkan, kemudahan bilik komputer diperiksa,
kenalpasti aliran kerja, pasang komponen perkakasan, pasang
OBJEKTIF
peralatan komputer, pengujian komponen perkakasan dan peranti
PENCAPAIAN komputer dilaksanakan, dokumen pemasangan perkakasan dan
peralatan komputer disediakan, sistem operasi dan pemacu peranti
yang dipasang, fungsi sistem operasi dan pemacu peranti dipastikan,
perisian aplikasi dan pengujian perisian aplikasi disediakan selaras
dengan keperluan manual operasi.

TAJUK PERKAKASAN SISTEM UNIT KOMPUTER

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai jenis-


TUJUAN jenis komputer dan komponen-komponen asas sesebuah komputer.

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 2 drpd 25

PENERANGAN :

PERKAKASAN KOMPUTER

Sebelum memasang segala perkakasan, terlebih dahulu anda mesti mengetahui jenis-jenis
perkakasan tersebut dan memahami segala arahan yang diberikan di dalam manual yang
disediakan. Antara perkakasan yang penting ialah CPU ( Central Processing Unit), papan
induk (motherboard), RAM (Random Access Memory), pemacu cakera liut ( floppy disk
drive), pemacu cakera keras (hard disk drive), kad input/output (I/O cards), kad bunyi,
kotak komputer (casing) dan pemacu CD-ROM perlu difahami terlebih dahulu supaya
pemasangan perkakasan tersebut tidak mengalami masalah

1. Komponen Sesebuah Sistem Unit.


 Di dalam komputer, ada pelbagai kad yang juga dikenali sebagai board. Terdapat
pelbagai objek yang dilekatkan pada kad berbentuk segi empat sama dan segiempat
tepat yang dikenali chip. Kad ini akan dipasang pada panel. Panel ini dikenali sebagai
bus dan tempat di mana kad tersebut dipasang dikenali sebagai slot.

2. Di antara Komponen / Perkakasan yang terlibat.

i. Motherboard ( Papan induk)

 Papan induk atau motherboard adalah sebuah papan litar induk/utama dalam
komputer. Faktor ukuran adalah ciri yang ditawarkan oleh sesuatu motherboard.
Mikroprosesor, bus dan memori akan dipasang di motherboard.

 Selain dari 3 komponen berkenaan,  terdapat pelbagai lagi kad yang akan dipasang
ke motherboard bagi memastikan komputer dapat berfungsi.   Antara kad-kad lain
yang diperlukan ialah Sound Card,  VGA Card dan kad rangkaian (network card).

 Motherboard terbahagi kepada dua jenis iaitu yang menggunakan bekalan kuasa
AT dan juga ATX.

ii. Slot Bas ( Bus Slot )

 Terdapat sekurang- kurangnya tiga jenis bas yang berbeza secara hirarki. Hirarki
ini bermaksud , bas yang perlahan disambungkan ke bas yang lebih laju. Setiap
peranti disambungkan ke salah satu bas dimana sebahagiannya (terutamanya

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 3 drpd 25

chipset) berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan bas-bas yang berbeza.


Bas utama dalam sistem moden ialah:

a. Bas Pemproses ( Prosessor bus ).


Ia merupakan bas yang paling laju dalam sistem dan pusat bagi chipset dan
papan induk . Bas ini digunakan sebagai laluan bagi data dari memori utama
atau chace ke North Brigde (chipset) dalam sistem pentium III bas
pemproses berfungsi pada kelajuan 66-atau 100 Mhz dan mempunyai laluan
data 64-bit.

b. The AGP ( Accelerated Graphics Port ) Bus.

Kelajuan pada 66Mhz dengan bas 32-bit untuk kad video. Ia disambungkan
ke chipset North Bridge.

c. PCI Slot ( Peripheral Component Interconnect ) Bus.

32-bit berkelajuan 33 Mhz dijanakan oleh chipset North Bridge yang


bertindak sebagai pengawal PCI

d. The ISA ( Industry Standard Architectures ) Bus.

Bas 16 bit ini berkelajuan 8Mhz mulai tidak kelihatan pada papan induk
moden. Chipset South Bridge bertindak sebagai pengawal.

iii. Bios
 Bios merupakan koleksi program yang terdapat dalam EPROM (erasable
programmable read only memory) atau EEPROM (Electricity Erasable PROM) yang
juga di kenali sebagai Flash ROM. Program berkenaan akan dimuatkan sebaik
sahaja bekalan kuasa di sambung ke komputer sebelum operasi antaranya ialah :

 POST – Power – On – Self – Test. Menguji pemproses, memori , chipset , video


adapter,pemacu cakera , papan kekunci, dan komponen –komponen lain yang
penting.

 Bootstrap Loader. Satu rutin yang mencari sistem pengoperasian dan menbut
komputer untuki mengawal komputer sepenuhnya.

 BIOS –Basic-Input-Output-System. Ia merujuk kepada koleksi driver sebenar


yang digunakan sebagai antara muka bagi sistem operasi dan perkakasan . jika
anda menggunakan Dos atau Window dalam keadaan safe mode driver BIOS
sahaja digunakan.

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 4 drpd 25

 CMOS Setup. Konfigurasi sistem dan program setup. Ia membolehkan anda


melakukan konfigurasi setting papan induk dan chipset.

iv. Chipset

 Cip yang menjadi pengantara dalam interaksi di antara papan litar, CPU, memori,
bus dan sebagainya. Setiap motherboard mempunyai chipset sendiri, ia tidak boleh
diupgrade seperti CPU dan memori (DRAM).

v. CPU (Control Processing Unit)


 CPU merupakan komponen paling penting bagi komputer. CPU ialah singkatan bagi
Central Prosessing Unit ( unit pemproses pusat ). Pemproses akan membuat kiraan
dan menjalankan semua arahan yang ditulis.

 Prosessor mikro berbeza antara satu sama lain dari segi aspek bilangan transistor
yang digunakan dalam pembinaan, kelajuan jam (clock speed),lebar dan kelajuan
bas data (data bus width) lebar bas alamat memori (memory address bus width)
memori tercapai (addressable memory) dan memori virtual.

 Kelajuan sesuatu prosessor mikro merujuk kepada frekuensi jam sistem komputer
dan diukur dalam unit Megaherzt (Mhz) iaitu bilangan jutaan kitaran dalam sesaat.
Lebih tinggi kelajuaan jam , lebih cepat prosessor miro memproses data dalam
satu saat. Sebagai contoh kelajuan prosessor 80286 ialah di antara 6Mhz dan 12
Mhz manakala kelajuan prosessor Pentium IV boleh sampai 2800 Mhz = 2.8 GHz
(Gigaherzt).

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 5 drpd 25

 Prosessor dapat berhubung dengan komponen-komponen lain dalam sesuatu


sistem komputer melalui bas data (data bus). Bas data berbeza dari segi lebar
basa dan kelajuan bas. Lebar bas data ialah bilanagn bit data yang boleh diterima
masuk atau dihantar keluar dari prosessor dalam satu kitaran. Misalnya komputer
peribadi seperti 486 dan Pentium menggunakan 32 bit bas data sebelum itu, 16 bit
data digunakan dalam komputer 80286 dan komputer XT pula menggunakan 8 bit
bas data.

 Seperti kelajuan prosesor , kelajuan bas data juga diukur dalam unit Megaherzt,
lebih tinggi kelajuan bas data lebih cepat data dihantar melalui bas.

 Antara pengeluar CPU seperti Intel, AMD, Cyrix dan IDT (CISC) atau Apple (RISC)

contoh CPU yang terdapat di pasaran.

 Berikut ialah jenis –jenis pemproses ( CPU ) :


 Intel

 Intel adalah pengeluar pemproses pertama didunia bermula pada tahun 1971
dengan nombor siri 4004. Sehingga kini Intel tidak putus-putus
memperkenalkan pemproses baru kepada pengguna.

 Berikut adalah susunan pemproses yang telah dikeluarkan oleh Intel :

i. Pra siri x86


- 4004 · 4040 · 8008 · 8080 · 8085

ii. Siri x86


- 8086 · 8088 · 80186 · 80188 · 80286

iii. Siri x87


- 16-bit: 8087 · 80287 — 32-bit: 80387 · 80487

iv. Siri 32bit x86

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 6 drpd 25

- 80386 · 80486 (SX · DX2 · DX4 · SL) · Pentium (Original · Pro · II · III ·
4 · M) · Core · Celeron M · Celeron D · A100

v. Siri 32bit x86


- Pentium4 (Sebahagian) · Pentium D ·Pentium Extreme Edition ·Celeron D
(Sebahagian)

vi. Lain-lain
- iAPX 432 — RISC: i860 · i960 · StrongARM · XScale

vii. Terkini
- x86-32: EP80579 · Intel CE · Atom — x86-64: Atom (Sebahagian) ·
Celeron · Pentium · Core (2 · i3 · i5 · i7) · Xeon — Lain-lain: IOP ·
Itanium

viii. Kajian
- Prototaip Intel 80 Core

 AMD

 AMD (Advance Micro Device) adalah dahulunya adalah syarikat clone


pengeluar pemproses Intel kerana ia tidak mempunyai teknologi tinggi untuk
bersaing dengan Intel.

 Apa-apa pemproses yang diperkenalkan oleh Intel akan ditiru oleh AMD
contohya AMD juga mengeluarkan pemproses 8085, 8086, 8088, 80186,
80286, 80386 dan 80486.

 Setelah Intel terasa sangat tergugat, Intel mula membuat trademark pada
pemproses Pentium (pentium diambil nama dari pentagon bermaksud 5 sisi)
iaitu versi 586, maka syarikat AMD terpaksa mencari langkah lain untuk
bersaing dan terpaksa membuat teknologi sendiri yang dikenali K5, K6, K7,
K8, K9 dan K10 antara perubahan lain yang dilakukan adalah
memperkenalkan 3D Now yang berjaya mengatasi teknologi Intel MMX.

 Sesetengah orang berpendapat teknologi AMD tidak akan mendahului Intel


kerana reputasi AMD rendah jika dibandingkan dengan Intel sementara
teknologi nano mula menjelang AMD masih lagi memasukkan nama Micro
pada pada nama syarikatnya. Walaupun begitu ranking teratas super
komputer semasa penulisan ini adalah menggunakan pemproses AMD.

 Berikut ialah susunan pemproses AMD.

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 7 drpd 25

i. Pemproses AMD Lampau


- Am2900 · Am29000 · Am9080 · Am286 · Am386 ·Am486 ·
Am5x86 · K5 · K6 · K6-2 · K6-III · Duron · Athlon · Mobile Athlon
64 · Alchemy

ii. Perproses generasi kini


- Geode · Sempron · Athlon 64 (Athlon Neo) · Athlon
X2 ·Phenom (Phenom II) · Athlon II  · Turion · Opteron

iii. Pemproses masa hadapan


- Fusion (Bulldozer · Bobcat)

iv. Pengeluar lain pemproses


- Pemproses Lampau
Texas Instruments (TMS1000, TMS9900), Zilog (Z80), Motorola
(MC6800, MC6802, MC6809), MOS (6502), RCA (CPD1802), Cyrix
(8086, 8088), MIPS Technology (R2000).

- Pemproses Kini
Motorola (MC68060, PowerPC G4, PowerPC G5), Sun Microsystems
(SPARC, microSPARC, SuperSPARC, hyperSPARC, TurboSPARC,
UltraSPARC, SPARC64, Niagara 3), Texas Instruments
(TMS390S10), Fujitsu (MBCS70301, SFCB81147, MBCS80523), Cyrix
(6x86MX-PR233) dan lain-lain.

vi. Memori

 Terdapat dua jenis cip memori di dalam komputer iaitu RAM dan ROM.

 RAM bermaksud ingatan capaian rawak ( random access memory). Memori inilah
yang digunakan oleh CPU untuk menyimpan secara sementara, arahan dan data
diberikan kepadanya. Faktor ukuran ditentukan oleh jenis memori (FP, EDO, PC66-
SDRAM, PC100-SDRAM, PC133-SDRAM, PC2100-DDR SDRAM, PC800-RDRAM) dan
kapasiti memori (dalam unit Mb).

1. Maksud DDR RAM = Double Data Rate Random Access Memory


2. Maksud SDR RAM = Single Data Rate Random Access Memory

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 8 drpd 25

 ROM bermaksud ingatan baca sahaja (read only memory) adalah satu ingatan
kekal yang mengandungi arahan operasi komputer. Misalnya, arahan yang
disimpan di dalam.

 ROM akan memberitahu komputer bagaimana untuk mengenal sesuatu kunci


keyboard yang ditekan dan bagaimana untuk memaparkan di skrin. ROM juga
menyimpan program sistem operasi tahap rendah, di mana ia digunakan untuk
POST dan boot komputer.

 Terdapat pelbagai jenis RAM yang mempunyai fungsi dan keupayaan yang
berbeza. Sehingga kini singkatan istilah RAM telah ditokok tambah dengan
beberapa huruf tertentu di hadapannya sehingga muncul senarai singkatan seperti
DRAM, SRAM, SDRAM serta DDR, 2, 3 SDRAM.

 RAM merupakan komponen yang berinteraksi dengan CPU sebagai sistem ingatan
utama komputer. RAM dan CPU adalah teras komputer manakala komponen-
komponen lain hanyalah pelengkap kepada aktiviti pusat.

 Berikut ialah jenis-jenis RAM :

a) SIMM (Single In-line Memory Module) dan DIMM (Dual In-line


Memory Module)
 SIMM merupakan modul yang terdahulu dengan menawarkan laluan data
sebanyak 32-bit. Oleh kerana pemproses Pentium telah direka bentuk
untuk membenarkan laluan data yang lebih besar daripada itu, maka
SIMM mesti digunakan secara berpasangan pada papan litar utama
Pntium.

 Bagaimanapun SIMM masih boleh digunakan secara tunggal tetapi hanya


di atas papan utama yang berasaskan pemproses 486 atau pemproses
yang lebih perlahan.

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 9 drpd 25

 Manakala DIMM yang merupakan modul terbaru ]membenarkan laluan


64-bit dan menjadikannya lebih sesuai untuk digunakan bersama
pemproses terbaru yang lain seperti AMD dan Cyrix.

 DIMM terbukti berupaya mengendalikan kerja-kerja yang boleh dilakukan


oleh dua unit SIMM.

 Tambahan pula ia boleh digunakan secara tunggal pada papan utama


Pentium. Dari segi jangka masa panjang, ia lebih ekonomik kerana anda
tidak perlu menambah satu lagi DIMM pada sistem ingatan komputer.

b) RAM (Random Access Memory)


 Ia merupakan istilah menyeluruh bagi semua ingatan yang boleh dibaca
dan ditulis secara tidak sehala. Bagaimanapun ia merujuk secara khusus
kepada ingatan berasaskan cip apabila kesemua ingatan berasaskan cip
sebelum ini dikatakan bersifat capaian-rawak. RAM adalah berlainan
daripada ROM kerana komputer hanya boleh membaca pada ROM tetapi
boleh membaca dan menulis pada RAM.

c) DRAM (Dynamic RAM)


 DRAM merupakan sejenis ingatan piawaian utama dalam komputer hari
ini dan ia dirujuk apabila memberitahu seseorang bahawa PC anda
memiliki 32 Mbyte RAM. Di dalam DRAM, maklumat akan disimpan
sebagai satu siri cas elektronik dalam kapasitor yang berasingan. Dalam
setiap milisaat (milisecond) pengecasan secara elektronik pada DRAM
akan dinyahcas dan perlu disegarkan semula ( refreshed) untuk
mengekalkan nilainya. Keadaan ini menyebabkan DRAM
dikategorikansebagai ingatan jenis meruap (volatile memory devices).

d) SRAM (Static RAM)


 Perbezaan di antara cip memori jenis SRAM dan DRAM ialah di mana cip
DRAM mesti disegarkan secara berterusan sedangkan cip SRAM dapat
melakukan secara automatik dan ia hanya berlaku apabila satu arahan
bertulis dilaksanakan. Jika arahan bertulis tidak dilakukan maka tiada
sebarang perubahan pada cip SRAM dan keadaan ini dikenali static.
Kelebihan yang terdapat pada cip memori jenis SRAM berbanding dengan
cip jenis DRAM ialah kepantasannya yang boleh mencapai 12 ns
manakala 50 ns bagi cip memori jenis BEDO RAM ( Burst Extended Data

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 10 drpd 25

Out RAM). Kelemahan yang dimiliki oleh cip jenis SRAM terletak pada
harganya yang lebih mahal daripada DRAM.

e) SDRAM (Synchronous Dynamic RAM)


 Terdapat dua kelebihan pada cip memori jenis SDRAM. Pertama, ia boleh
mengendalikan kelajuan bas sehingga 100 MHz dan kedua cip memori
jenis SDRAM boleh dihubungkan ( synchronized) dengan sistem jamnya
sendiri. Teknologi yang terdapat pada cip ini membolehkan dua halaman
memori dibuka secara berterusan. SDRAM popular pada zaman
pemproses Pentium 3.

f) DDR, 2, 3 SDRAM (Double Data Rate, 2, 3 SDRAM)

 DDR, 2, 3 SDRAM adalah teknologi terkini dalam kelas SDRAM. Semua


jenis SDRAM menggunakan isyarat jam iaitu square wave. Ini bermakna
jam sentiasa bertukar antara voltan rendah ke voltan tinggi dan
sebaliknya, biasa berjuta-juta kali per saat. Kebiasaannya, SDRAM
bertindak ke atas pertukaran jam dari rendah kepada tinggi dan
mengabaikan pertukaran yang bertentangan manakala DDR, 2, 3 SDRAM
bertindak ke atas kedua-duanya. DDR adalah popular pada zaman
pemproses Pentium 4, DDR 2 popular pada zaman pemproses Pentium 4
hingga Core 2 Duo dan DDR 3 popular pada pemproses i7, i5 dan i3.

vii. Hard Disk

 Merupakan peranti jenis medium rakaman bermagnet yang terdiri daripada


substrat aluminium yang diselaputi atau dilapisi dengan bahan bermagnet
(biasanya di kedua-dua belah medium) yang digunakan untuk menyimpan data.
Ianya ditempatkan di dalam casing computer berdekatan dengan cakera liut. Hard
Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)
Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 11 drpd 25

disk adalah setoran sekunder dan ianya kekal. Kelajuan sesebuah hard disk diukur
dalam unit RPM, Pemacu cakera keras yang mempunyai putaran sekitar 5200 rpm,
7200 rpm dan 10 000 rpm. Pemacu cakera keras juga mempunyai pelbagai
kapasiti untuk memuatkan data-data dan berbanding disket. Diantaranya 450 Mb,2
Gbyte,4 Gbyte,5 Gbyte,10 Gbyte. Pemacu terkini memiliki kapasiti besar dan
prestasi yang pantas diantaranya 20 Gbyte, 30 Gbyte 40 Gbyte sehingga 200
Gbyte.

 Kadar bacaan pada pemacu cakera keras bergantung kepada kelajuan RPMnya.
Antaramuka yang digunakan termasuk :

 IDE ( Intergrated Device Electronic),


 ESDI ( Enchance Small Device Interface)
 EIDE ( Enchance Intergrated Device Electronics ),
 SCSI ( Small Computer System Interface )

 Cakera keras jenis SCSI atau disebut ‘scuzzy’ adalah sangat laju dan hanya sesuai
digunakan pada pelayan (server) kerana harganya agak tinggi .

 Terdapat satu lagi jenis sambungan cakera keras dan telah digunakan dengan
meluas sekarang yang dikenali sebagai SATA (Serial Advanced Technology
Attachment) dan eSATA variasi kepada SATA.

 Banyak syarikat yang mengeluarkan Pemacu cakera keras diantaranya ialah IBM,
Seagate, Maxtor, Western Digital dan Quantum Fireball.

Rajah penyambung SATA (kiri) dan penyambung eSATA (kanan).

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 12 drpd 25

Rajah variasi SCSI Connector berserta Logo

 Semasa pemasangan cakera keras, pastikan kita menggunakan kabel rata (flat
cable) yang mempunyai 80 wayar. Sekiranya kita menggunakan kabel rata 40
wayar maka kadar maksimum penghantaran data akan turun dari 133MB/s kepada
66MB/s. Penukar IDE/SATA atau SATA/IDE boleh digunakan sekiranya diperlukan.

Rajah perbezaan di antara IDE 80 dan IDE 40 wayar.

Rajah SATA/IDE atau IDE/SATA Converter

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 13 drpd 25

viii. Pemacu CD-ROM (CD-ROM Drive) , RW & DVD ROM. –R, +R, RW, RAM,
BLU-RAY

a. CD-ROM Drive / Compact Disk- Read Only Memory & DVD ROM
 Pemacu yang digunakan untuk membaca data di dalam bentuk Compact Disk (CD).
Juga sebagai media installasi. Keupayaan sesebuah CD ROM ditentukan melalui
pusingan CD dan kepantasan membaca data. Misalnya CD ROM berkelajuan 56x
adalah lebih pantas dari CD ROM yang hanya mempunyai kelajuan 24x. Kandungan
maklumat yang boleh diisi di dalam CD adalah lebih kurang 700 Mbytes. Ada 2
kekurangan utama pada CD. Pertama, operasi kelajuan dan yang kedua ialah ia
hanya membaca benda tersebut. Operasi kelajuan ternyata amat perlahan
berbanding dengan cakera keras tetapi ini sentiasa berubah. Terdapat dua jenis
pemacu CD iaitu dalaman (internal) dan luaran (external). Kedua-duanya mempunyai
fungsi yang sama, cuma kedudukannya berbeza

 Pemacu DVD ROM adalah hampir sama dengan pemacu CD-ROM kecuali
kandungan data dipertingkatkan sehingga 4.7GB. Kebiasaanya Pemacu DVD ROM
boleh membaca cakera CD- ROM tetapi pemacu CD-ROM tidak boleh membaca
cakera DVD.

 DVD-RAM pula adalah hampir sama DVD-RW tetapi untuk memadam satu file dalam
cakera DVD-RW keseluruhan data dalam cakera DVD-RW perlu dipadamkan, ini pula
berbeza dengan DVD-RAM anda boleh memadam satu file tanpa sebarang masalah.

b. CD-RW / Compact Disk ReWritable


 Pemacu CD-RW boleh menyalin data pada cakera CD-R , asalkan kedua-duanya
serasi. Cakera CD-RW jauh lebih mahal daripada cakera CD-R, namun pemacu CD-R
boleh menbaca semua format CD media. Mana-mana pemain CD atau DVD yang
berlebal eMultiRead juga boleh membaca cakara CD-RW, selain CD-R dan CD-ROM.
Pemacu CD-RW jenis dalaman dilengkapi IDE, EIDE atau SCSI dan jenis luaran di
lengkapi Port selari SCSI, USB atau FireWire.

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 14 drpd 25

c. BLU-RAY

 Blu-Ray atau BD (Blue Disc) Drive mempunyai simpanan standard 25GB dan 50GB
2 layer, namun ia boleh lagi dipertingkatkan hingga 200GB dan 100GB cakera boleh
dibaca tanpa sebarang peralatan tambahan. Saiz cakera Blu-Ray adalah sama
seperti cakera DVD/CD tetapi ia menggunakan teknologi laser warna biru-unggu
panjang gelombang 405nm manakala DVD menggunakan 650nm laser merah.

Muatan Maksima Muatan Maksima


Jenis Cakera
GB GiB

DVD-R (SL) 4.7 4.384

DVD+R (SL) 4.7 4.378

DVD-R DL 8.5 7.957

DVD+R DL 8.5 7.961

Jadual simpanan cakera variasi DVD

Rajah Cakera Blue-Ray versi 200GB (kiri) & versi 25GB(kanan)

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 15 drpd 25

ix. Kad Grafik


 Ia digunakan untuk menukar isyarat digital kepada analog supaya sesuatu imej
boleh dipaparkan di skrin monitor. Kad pemecut grafik pula bertindak
mempercepatkan proses penukaran isyarat imej digital (termasuk objek 3D seperti
poligon). Pada hari ini, kebanyakkan kad grafik mengunakan protokol AGP.

x. Kad Bunyi

 Ia digunakan untuk menukar gelombang digital kepada analog dan kemudian


dihantar ke speaker. Kualiti kad bunyi pada hari ini adalah lebih baik dari dahulu.
Ukuran sesuatu kad bunyi ditentukan oleh kualiti bunyi yang disokong, ciri binaan
seperti wavetable dan 3D, dan lebar bit (16bit, 64bit, 128bit). Bagi pengunaan
biasa kad bunyi 16bit adalah mencukupi. Jika anda mahu dapatkan kualiti bunyi
MIDI yang lebih baik, dapatkan kad bunyi dengan wavetable dan sokongan bunyi
3D.

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 16 drpd 25

xi. Modem Luaran / External Modem dan modem Dalaman/ Internal modem

Rajah External Modem Rajah Internal Modem

 Modem adalah singkatan bagi modulator-demolator.  Ini adalah proses di mana


isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer dialihkan kepada isyarat
berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan  menerusi talian telefon dan
juga sebaliknya iaitu berkemampuan untuk mengalihkan  isyarat gelombang
kepada isyarat digital.  Apakah itu isyarat digital, analog serta perbezaan diantara
keduanya?

 Digital ialah isyarat yang mengandungi  siri suis elektronik yang diwakili oleh
ciri hidup dan mati, ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri matinya
pula diwakili oleh 0.  Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi angkanyalah
maka komputer mampu menghasilkan data berbentuk teks, grafik dan
sebagainya.

 Berlainan pula dengan isyarat berbentuk analog, ia adalah isyarat berbentuk


gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan
berasaskan kekuatan gelombang serta tahap frekuensinya.  Ringkasnya,
modem berfu ngsi mengubahkan isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat
berbentuk gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya.

 Modem biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu modem dalaman ( internal modem),
modem luaran (external modem), dan kad PC (PC card).  Daripada ketiga jenis
modem ini, jenis  modem dalaman dan luaran digunakan pada persekitaran
perkomputeran peribadi.  Manakala jenis modem kad PC pula sering digunakan
bersama komputer mudah-alih dan komputer buku.

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 17 drpd 25

 Modem dalaman dari segi bentuk fizikalnya adalah berbentuk papan litar. Ia
disambungkan serta dihubungkan dengan papan litar induk komputer peribadi
menerusi slot penambah.  Apa  yang kelihatan untuk penglihatan  anda cumalah
bahagian belakangnya yang menyediakan soket sambungan kepada talian telefon.

 Antara kelebihan yang dimiliki oleh modem jenis ini iaitu modem dalaman ialah ia
tidak memerlukan sumber tenaga elektrik yang berasingan kerana sumber
sedemikian akan datangnya daripada komputer peribadi.  Ia sekaligus
menyelesaikan masalah seperti pembaziran tenaga elektrik atau pun masalah
seperti sering terlupa menutup suisnya.  Ia juga membolehkan penjimatan ruang
pada meja komputer anda berbanding dengan modem luaran yang selalunya
memerukan sedikit ruang pada meja perkomputeran anda.  Lazimnya jenis
modem  dalaman dari segi kos serta harganya adalah lebih murah berbanding
dengan modem luaran.

 Modem luaran pula adalah merupakan perkakasan yang tersendiri serta terasing 
daripada komputer peribadi anda.  Ini sekaligus  membolehkan anda
menguruskannya secara berasingan.  Antaranya termasuk kemampuan 
memutuskan capaian ke internet dengan menutup modem tanpa perlu menutup
ataupun  berinteraksi dengan program yang berkaitan dengannya pada komputer
peribadi anda.

 Selain daripada itu, modem luaran amat popular di kalangan pengguna kerana ia
mempunyai lampu-lampu petunjuk serta isyarat yang membolehkan para
pengguna mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh modem tersebut.

 Modem jenis kad PC pula adalah modem yang kelazimannya digunakan bersama
komputer jenis mudah-alih dan buku.  Saiz kad ini adalah sama dengan saiz kad
kreadit dan kebanyakannya adalah jenis kad PC yang memenuhi format kad PC2.
Dengan menggunakan kad jenis ini, anda boleh membuat capaian ke internet
dengan kaedah sambungan kepada talian telefon biasa di kediaman ataupun
pejabat anda seperti mana yang digunakan dengan modem jenis dalaman atau
luaran.

 Namun, jika anda berada di dalam perjalanan serta tidak mempunyai talian telefon
tetap serta kovensional, jangan bimbang, ini adalah kerana dengan menambahkan
kabel khas kepada telefon mudah-alih ataupun bimbit anda.  Capaian internet akan
dapat dibuat.  Mungkin masalah yang akan timbul ialah dari segi kualiti serta
Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)
Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 18 drpd 25

kemampuannya.  Namun, kini sudah terdapat jenis-jenis modem yang menyokong


persekitaraan seumpama ini.  Ini adalah jenis-jenis modem  yang  dikenali sebagai
modem yang menyokong rangkaian Paket Data Selular Digital.  Dengan meluasnya
penggunaan modem sedemikian, ia pastinya memberikan upaya mobilisasi yang
besar kepada para pengguna. Kriteria utama apabila memilih modem ialah
kelajuaannya.  Kelajuannya diukur dalam kiraan bit persaat (I kilobit bersamaan
dengan 1000 bit).

 Kelajuan sesebuah modem adalah amat penting  kerana  ia akan menjadi antara
faktor utama yang menentukan kelajuaan anda memindah-terima laman-laman
web, menghantar e-mel dan sebagainya.  Lebih laju jenis modem anda, lebih
lajulah kerja anda dapat dilaksanakan.  Tetapi, haruslah diingati bahawa turut
terdapat faktor-daktor lain yang mampu melambatkan ataupun mempercepatkan
kerja anda.  Antaranya ialah jenis talian komunikasi serta trafiknya ataupun
kemampuan komputer induk yang menempatkan laman web tersebut.

xii. Bekalan Kuasa (Power Supply)


 

 Dalam setiap casing terdapat unit bekalan kuasa. Unit bekalan kuasa ini diukur
dengan kekuatan kuasa atau dikenali juga sebagai watt. Formula kiraan untuk watt
adalah P = IV, dimana P adalah Power (watt), I adalah Current (Amp) dan V untuk
Voltan (volt). Kuasa setiap bekalan kuasa berbeza mengikut saiz casing. Semakin
besar saiz casing, unit bekalan kuasa yang dibekalkan semakin besar. Ini kerana
casing yang besar membolehkan lebih banyak peralatan dipasang ke dalam casing
tersebut.

 Terdapat dua jenis unit bekalan kuasa yang sering digunakan iaitu:

1. Jenis AT – unit bekalan kuasa jenis ini mempunyai suis OFF dan ON.

2. Jenis ATX – unit bekalan kuasa jenis ini mempunyai suis seperti butang yang

lembut seperti butang RESET. Untuk mengaktifkan kita hanya perlu menekan

sekali butang Power. Sekiranya kita menekan butang tersebut lagi sekali

bekalan kuasa tidak akan dimatikan. Unit bekalan kuasa jenis ini akan mati

dengan sendiri apabila perisian Windows melakukan sistem shutdown. Tetapi

sekiranya proses ini juga gagal, kita boleh mematikan untuk bekalan kuasa

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 19 drpd 25

dengan menekan butang power selama 5 saat. Kebanyakkan masa kini unit

bekalan kuasa dibekalkan dari jenis ATX.

Rajah : Contoh ATX power supply

Rajah : Suis ON/OFF untuk jenis AT.

Rajah : Sebelah kiri berlabel P8 dan disebelah kanan berlabel P9.

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 20 drpd 25

Rajah : Pemasangan kabel kuasa ke papan induk.

Rajah : Soket kuasa jenis ATX.

Rajah : Soket kuasa jenis ATX

 Pemasangan soket kuasa ke papan induk perlu dilakukan dengan berhati-hati


terutama pada jenis AT. Ini kerana jenis ini mempunyai dua soket yang perlu
disambung pada papan induk. Soket ini dilabel dengan P8 dan P9, oleh itu pastikan
wayar hitam kedua-dua soket tersebut diletakkan bersebelah dan pastikan
kesemua pin dimasukkan sepenuhnya. Pemasangan soket kuasa untuk jenis ATX
tidak membawa sebarang masalah kerana kesilapan pemasangan tidak mungkin
berlaku.
Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)
Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 21 drpd 25

Rajah : Menunjukkan perbezaan voltan untuk warna berlainan.

Rajah : Penyambung untuk CDROM dan Cakera Keras.

Rajah : Penyambung bekalan kuasa ini untuk Pemacu Cakera Liut.

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 22 drpd 25

Rajah : Satu soket berpecah menjadi dua.

 Sekiranya kita kekurangan soket untuk bekalan kuasa, pemasangan alat splitter seperti
rajah 12 dapat membantu. Ini amat diperlukan sekiranya penambahan peralatan seperti
cakera keras ketiga atau pemasangan CDROM kedua dilakukan Rajah 13 pula menunjukkan
alat penukar dari soket jenis besar kepada soket yang kecil. 

Rajah : Menukar dari penyambung jenis besar kepada kecil.

Rajah : Kipas untuk bekalan kuasa.

 Penambahan kipas tambahan di dalam kotak casing amatlah baik untuk


mengeluarkan haba panas. Semasa memasang kipas tambahan pastikan:

1. Angin mestilah menghembus keluar dari casing. Sekiranya pemasangan kipas


menyedut angin dari luar casing masuk ke dalam maka semua habuk dari
luar akan disedut.

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 23 drpd 25

2. Kipas menggunakan 12 volt. Kabel pada kipas berwarna merah dan hitam.
Tetapi kabel merah perlu disambungkan dengan kabel kuning yang datang
dari unit bekalan kuasa PC sebab kabel kuning membekalkan 12 volt.
Sekiranya kita menyambung ke kabel merah maka hanya cas 5 volt
dibekalkan. Ini menyebabkan kipas akan berputar dengan perlahan.

xiii. Casing komputer.

a) Sistem Unit Bentuk Desktop

 Terdapat 2 jenis kotak unit sistem iaitu jenis desktop dan jenis menara. Kotak unit
sistem desktop biasanya diletakkan secara mendatar dan monitor diletakkan di
atas unit sistem. Di bahagian depan unit sistem jenis desktop ialah satu panel yang
mengandungi suis komputer dan lampu-lampu kecil yang menanda komputer dan
cakera keras sedang beroperasi. Pada panel hadapan juga kita nampak panel
pemacu cakera liut (floppy disk drive) dan pemacu CD-ROM.

 Di bahagian belakang unit sistem ini ialah soket untuk kuasa komputer dan soket
kuasa monitor (disebelah kiri), ruang kipas komputer, soket untuk papan kekunci
dan 'port' untuk berbagai peranti seperti tetikus (mouse), monitor dan pencetak.
'Port' ialah soket di belakang komputer untuk penyambung pelbagai peranti
(device) atau perkakasan komputer untuk menyambung pelbagai peranti (device)
atau perkakasan luar.

b) Sistem Unit Bentuk Menara

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 24 drpd 25

 Kotak unit sistem unit jenis menara (tower) biasanya diletakkan tegak dan
disebelahnya diletakkan monitor. Kebanyakkan komputer peribadi (PC) yang
digunakan sekarang adalah jenis menara (tower). Jika kotaknya rendah sedikit
dinamakan 'menara-mini' (mini-tower). Pada bahagian hadapan unit sistem jenis
menara (tower) terdapat satu panel. Pada panel ini ialah susunan peranti. Di
bahagian atas ialah pemacu CD-ROM. Diikuti oleh pemacu cakera liut. Dibahagian
bawah pemacu cakera liut ialah cakera keras dan lampu penunjuk (indicator light)
untuk operasi komputer dan cakera keras. Susunan peralatan adalah secara tegak
dari atas ke bawah.

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)


Kod kertas UPA2112/MO2/KP1 Muka surat : 25 drpd 25

RUJUKAN :

1. Manual Asas Pemasangan Komputer Peribadi dan Internet, Venton Publishing.

Modul 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2010 (Versi 1)

Anda mungkin juga menyukai