Anda di halaman 1dari 10

ANGKA GILIRAN 2020162340374 KOD KURSUS EDUP3023

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

BUKU JAWAPAN
PEPERIKSAAN BAWA PULANG DISEMBER 2020

PROGRAM PISMP AMBILAN JUN SEM 1

ANGKA GILIRAN 2 0 2 0 1 6 2 3 4 0 3 7 4

NO. KAD PENGENALAN 0 1 0 7 2 4 0 1 0 1 1 6

KOD KURSUS E D U P 3 0 2 3

TAJUK KURSUS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

TARIKH PEPERIKSAAN 22 DISEMBER 2020 MASA 9.00 PAGI – 7.00 PETANG

ARAHAN KEPADA CALON

1. Isikan butiran yang dikehendaki dengan jelas.


2. Skrip jawapan anda hendaklah:
2.1. Ditaip dalam Microsoft Words;
2.2. Menggunakan font Arial 12;
2.3. Langkau 1.5 baris;
2.4. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di
sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.
3. Anda perlu menghantar jawapan kepada pensyarah melalui Google Classroom Unit
Peperiksaan dan Penilaian pada masa yang telah ditetapkan.
4. Anda perlu menghantar peringatan kepada pensyarah tentang penghantaran jawapan
tersebut dan pastikan pensyarah mengesahkan penerimaan jawapan anda.
5. Anda diingatkan untuk menyimpan satu Salinan softcopy dan satu Salinan bercetak
sebagai sandaran.
6. Calon yang GAGAL menghantar skrip jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dianggap telah GAGAL peperiksaan berkenaan.
7. Calon yang didapati MENIRU atau melakukan kesalahan PLAGIARISME boleh
dikenakan tindakan TATATERTIB.
1
ANGKA GILIRAN 2020162340374 KOD KURSUS EDUP3023

Jawapan 1:
Konsep kendiri merupakan perwakilan individu tentang segala pengetahuan
berkenaan dirinya (Wong K. W., Mohamad Isa Azis., Rafidah Ruhani, 2016). Konsep
kendiri dibahagikan kepada konsep kendiri positif dan negatif. Tindakan bunuh diri dalam
kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh konsep kendiri negatif yang lahir daripada
kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa, guru ataupun orang dewasa
yang lain. Situasi ini akan menyebabkan kewujudan perasaan tidak dipunyai serta
kekurangan dalam diri individu tersebut. Akhirnya, suatu penerimaan yang negatif akan
dilahirkan dan mengakibatkan mereka berasa dirinya mempunyai penghargaan kendiri
yang rendah.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif:


·Tidak suka akan cabaran
·Takut kepada kegagalan
·Keyakinan diri rendah, pasif, menarik diri dari bersosialisasi
·Emosi tidak stabil
·Selalu dikritik oleh guru dan rakan
·Melibatkan pendangan individu terhadap dirinya yang tidak teratur, tidak mantap serta
tidak menampakkan pembinaan diri yang sempurna.
·Konsep kendiri negatif yang stabil akibat daripada pengaruh persekitaran atau asuhan
·Murung dan sering terekan
·Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti
·Cenderung untuk merasa salah

Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak


daripada berlaku ialah faktor keluarga. Hal ini berlaku demikian kerana suasana keluarga
merupakan elemen penting dalam pembentukan konsep kendiri dalam kanak-kanak (Abd.
Rahim, Abd Rashid, Sufean Hussin & Jamaludin Tubah, 2006). Jika suasana sesebuah
keluarga adalah bahagia dan harmoni, maka konsep kendiri yang positif dalam kanak-
2
ANGKA GILIRAN 2020162340374 KOD KURSUS EDUP3023

kanak dapat dibentuk. Sebaliknya, keadaan keluarga yang kucar kacir akan membentuk
konsep kendiri yang negatif dalam kanak-kanak. Hal ini dikatakan kerana keadaan ibu
bapa yang sering bergaduh dan tidak memberikan perhatian dan kasih sayang yang
sepenuhnya kepada anak-anak akan menyebabkan anak-anak yang sedang membesar
berasa tidak selamat berada dalam keluarga tersebut. Lama-kelamaan, perasaan ini pula
akan menjadikan anak-anak sentiasa dalam keadaan ketakutan serta kegelisahan dan
kemudian akan terbentuklah niat bunuh diri. Selain daripada suasana keluarga, penetapan
matlamat dan jangkaan yang terlalu tinggi daripada ibu bapa untuk mendorong kanak-
kanak mereka mencapai potensi yang maksimum kadang-kadang mengakibatkan
anaknya berasa tertekan dan tidak yakin dengan diri sendiri. Seterusnya, perbandingan
prestasi akademik sesama adik-beradik dan rakan sebaya oleh ibu bapa juga akan
mendorong kanak-kanak berfikir untuk bunuh diri. Pilih kasih dengan adik-beradik oleh ibu
bapa juga akan membuatkan remaja bunuh diri kerana mereka berasa tersisih dan
kekurangan kasih sayang serta prihatin daripada ibu bapa. Jelasnya, keluarga merupakan
faktor yang penting dalam fenomena bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak.

Tambahan pula, faktor-faktor yang menyebabkan keadaan bunuh diri dalam


kalangan kanak-kanak daripada berlaku ialah faktor individu. Faktor individu termasuklah
masalah emosi, kurang keyakinan diri, kemurungan, ilmu pengetahuan yang kurang dan
masalah yang terpendam. Seseorang kurang keyakinan diri kerana merasakan ilmu yang
dimiliki olehnya masih kurang berbanding dengan orang lain. Jadi, mereka tidak yakin
kebolehan diri dan sangat takut gagal dalam kehidupan. Apabila mereka gagal dalam
sesuatu perkara, mereka sukar menerima hakikat dan akhirnya mereka akan menamatkan
hayatnya. Keputusan yang diambil oleh mereka adalah berdasarkan pertimbangan
bahawa hidup tidak bermakna dan berharga lagi untuk dijalani kerana kewujudan
penderitaan yang berkepanjangan. Selain itu, seseorang yang tidak mempunyai
kemampuan untuk menyelesaikan masalah dan tidak dapat mencari jalan penyelesaian
ketika menghadapi masalah dalam kehidupan juga akan menimbulkan niat bunuh diri. Hal
ini berlaku demikian kerana mereka berasa tertekan dan tidak ada harapan untuk lepas
dari masalah dan tidak dapat melihat alternatif lain daripada penyelesaian masalah. Oleh

3
ANGKA GILIRAN 2020162340374 KOD KURSUS EDUP3023

itu, bunuh diri dianggap sebagai jalan keluar untuk mengakhiri penderitaan mereka.
Tuntasnya, faktor individu juga merupakan penyumbang dalam keadaan bunuh diri dalam
kalangan kanak-kanak.
Peranan guru untuk mengelakkan kejadian bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak
daripada berlaku ialah guru hasruslah sebagai pembimbing yang akan mendengar
masalah pelajar dan memberi nasihat yang berguna untuk disampaikan kepada pelajar.
Sebagai seorang guru, guru perlulah sentiasa berada di sisi murid dan menunjukkan anda
sedia membantu. Contohnya, guru boleh mendengar kata-kata mereka dengan teliti untuk
memahami perasaan mereka. Selepas itu, guru boleh berbicara tentang perasaan mereka
dan memperakui keinginan bunuh diri mereka boleh mengawal kecenderungan bunuh diri.
Selain itu, guru boleh mengekalkan hubungan dengan murid dan prihatin terhadap
keadaan semasa mereka supaya mereka dapat meluahkan perasaan dan pendapat
mereka. Jika mendapati murid yang mengalami masalah emosi seperti kemurungan,
berasa tertekan, sedih atau mempunyai niat untuk bunuh diri, guru seharusnya
menenangkan hati mereka dengan memberi dorongan dan motivasi kepada mereka. Hal
ini dikatakan kerana rangsangan prihatin, kasih sayang, serta membimbing daripada guru
dapat mengawal emosi seterusnya menguatkan keyakinan serta kematangan mereka
(Sofiah Mohamed & Kamarul Azmi Jasmi., 2016). Bimbingan guru yang berkesan dapat
memperkembangkan rohani dan sosioemosi murid yang membawa kefahaman Tauhid
seterusnya mengubah ibadah dan akhlak (Ghazali Darusalam., 2001). Dengan ini, emosi
murid tersebut akan menjadi mantap dan niat untuk bunuh diri juga akan hilang.

Di samping itu, peranan guru yang seterusnya untuk mengelakkan kejadian bunuh
diri dalam kalangan kanak-kanak daripada berlaku ialah guru mestilah membantu murid
dengan memberi sokongan emosi dan rasa selamat kepada mereka. Hal ini dikatakan
kerana sokongan emosi dan rasa selamat merupakan satu daripada kriteria yang menjadi
motivasi kepada pelajar (Ahmad Firdaus Mohd Noor., Kamarul Azmi Jasmi., Khairunnisa A
Shukor., 2012). Misalnya, guru boleh mewujudkan ruang di mana guru-murid dan murid-
murid dapat merasakan selamat. Dengan ini, guru dapat memastikan suasana sosioemosi
bilik darjah positif, selesa dan selamat. Guru juga boleh membantu murid menyedari dan

4
ANGKA GILIRAN 2020162340374 KOD KURSUS EDUP3023

menerima hakikat bahawa membuat kesalahan adalah sebahagian daripada proses


pembelajaran. Jadi, pandangan yang positif dapat diserapkan ke dalam pemikiran murid,
maka mereka tidak akan kurang yakin terhadap kebolehan diri. Oleh itu, sokongan emosi
dan rasa selamat daripada guru adalah sangat penting dalam membantu murid mencapai
kejayaan dan mengelakkan fenomena bunuh diri. Justeru, guru hendaklah memberi
maklum balas yang berkualiti tinggi terhadap apa sahaja tugasan yang dilakukan oleh
pelajar (Regmi, K., 2012). Motivasi juga perlu diberikan kepada pelajar secara berterusan
sekurang-kurangnya satu ayat dan yang paling penting perkataan tersebut akan meresap
ke dalam hati murid-murid. Pendek kata, sokongan emosi dan rasa selamat daripada guru
merupakan elemen yang signifikan dalam usaha mengelakkan kejadian bunuh diri
daripada berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Kesimpulannya, fenomena bunuh diri boleh dicegah apabila semua pihak


bekerjasama antara satu sama lain terutamanya guru. Hal ini dikatakan kerana
memainkan peranan yang vital dalam membentuk konsep kendiri pelajar yang positif. Oleh
itu, warga pendidik harus memberi prihatin yang cukup kepada murid yang memiliki
konsep kendiri negatif dengan meluangkan masa untuk mendengar, memberi nasihat
serta sedia membantu mereka apabila mereka mempunyai niat untuk bunuh diri.
(1028 patah perkataan)

2. Berdasarkan ciri-ciri di atas, saya berpendapat bahawa masalah pembelajaran


yang dihadapi oleh Adrian ialah disleksia. Hal ini dikatakan kerana Adrian sentiasa
membuat kesilapan semasa membaca huruf seperti melihat huruf ‘b’ bagaikan ‘d’ dan ‘p’
umpama ‘q’. Selain itu, dia juga membuat kesilapan semasa menulis perkataan seperti
“tuhan” menjadi “hutan”. Situasi-situasi ini menunjukkan Adrian mengalami masalah
kekeliruan dengan abjad yang kelihatan sama dan menulisnya terbalik. Kedua-dua
kesilapan ini merupakan ciri-ciri disleksia. Huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah
kepada kanak-kanak disleksia ialah huruf ‘b’ dan ‘d’ serta perkataan-perkataan yang
hampir serupa ejaannya. Hal ini berlaku demikian kerana kanak-kanak disleksia seperti
Adrian menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan

5
ANGKA GILIRAN 2020162340374 KOD KURSUS EDUP3023

perkataan. Menurut Dr. Aminah (2012), kanak-kanak disleksia juga akan membuat
kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor seperti bacaan terbalik dan
mungkin juga mengalami kesukaran lain seperti menulis, mengira, memahami dan
mengeja.
Selain itu, Adrian membaca dengan lebih perlahan jika berbanding dengan murid-
murid lain kerana dia mengeja di dalam fikirannya. Adrian juga pernah menyatakan
bahawa dia melihat huruf bergerak-gerak maka menyebabkannya mengambil masa yang
lama untuk membaca dan menyalin nota. Keadaan ini telah membuktikan masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh Adrian ialah disleksia. Simptom yang paling ketara pada
kanak-kanak disleksia adalah pembacaan mereka yang perlahan disebabkan oleh mereka
mengeja di dalam minda mereka. Otak kanak-kanak dengan disleksia akan menumpukan
banyak tenaga untuk mengeja dan hal ini akan menyebabkan pemahaman mereka
terganggu. Kanak-kanak dengan disleksia juga menghadapi masalah membaca adalah
disebabkan oleh mereka tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang
bertulis sama ada dalam huruf, suku kata atau perkataan-perkataan. Seterusnya, Adrian
juga mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan amat kreatif apabila menyertai aktiviti seni
lukis. Kanak-kanak disleksia lazimnya cenderung menggunakan otak kanan mereka. Otak
kanan manusia adalah digunakan untuk daya kreatif, visual dan kemahiran seni. Maka,
walaupun kanak-kanak disleksia seperti Adrian lemah dalam kemahiran bahasa,
logikal, turutan dan struktur, tetapi mereka kreativiti tinggi dan mempunyai bakat dan seni.
Antara tindakan yang boleh diambil oleh guru untuk membantu Adrian dalam
pembelajarannya ialah guru haruslah meluangkan lebih banyak masa bersama dengan
Adrian untuk membantunya dalam proses pembelajarannya. Contohnya, guru boleh
mengadakan kelas tambahan khusus untuk Adrian. Hal ini dikatakan kerana murid
disleksia seperti Adrian memerlukan kaedah pengajaran yang khusus untuk membantunya
terutamanya dalam aspek membaca dan menulis. Dengan adanya kelas tambahan
khusus tersebut, guru boleh mengulangi diri dengan kerap dan menggunakan pengajaran
diagnostik. Guru perlulah menilai sejauh mana Adrian telah memahami apa yang telah
diajar olehnya dan mengajar sehingga Adrian memahami sepenuhnya. Untuk memantau
kemajuan Adrian, guru boleh memberikan pembetulan dan maklum balas dengan
6
ANGKA GILIRAN 2020162340374 KOD KURSUS EDUP3023

mengajukan pertanyaan kepada Adrian dan mengambil kuiz pada setiap hari. Jika Adrian
telah memahami ilmu pengetahuan yang diajar, guru bolehlah beralih ke konsep yang
lebih mendalam. Sebaliknya, jika mendapati Adrian masih tidak dapat menguasai ilmu
yang diajar, guru hendaklah terus mengajar konsep tersebut dengan lebih teliti.
Seterusnya, guru juga boleh menganjurkan aktiviti seperti membaca dan menulis teks,
puisi dan sajak yang pendek kepada Adrian. Guru boleh membaca ayat demi ayat dan
meminta Adrian mengulangi kembali kepadanya. Menurut Roshlawaty Raieh (2020), murid
disleksia hanya mempunyai ingatan jangka pendek dan sukar untuk mengingati sesuatu
perkara dengan hanya satu kali arahan sahaja. Justeru, guru perlu memberikan arahan
berulang-ulang kali dan berterus memasukkan maklumat yang telah dipelajari sebelumnya
semasa mengajar konsep baru supaya pengulangan ini dapat membantu Adrian faham
serta mengukuhkan konsep yang lebih tua (Wong, Mohamad dan Rafidah, 2016).
Jelasnya, guru mestilah meluangkan lebih banyak masa untuk mengadakan kelas
tamabahan khusus kepada Adrian dan sering mengulangi kata kunci serta konsep supaya
dia dapat mengingati dan menguasai apa yang telah dipelajari.
Di samping itu, guru juga perlulah menyediakan alat bantu mengajar yang menarik
semasa mengajar Adrian untuk membantunya dalam proses pembelajaran. Sebagai
contoh, guru boleh mengadakan aktiviti pembelajaran secara sentuhan seperti
menggunakan pasir atau biji kacang hijau semasa mengajar Adrian mengenal huruf-huruf.
Menurut Siti Mariah Elias (2016), guru boleh menggunakan pasir atau biji kacang hijau
untuk mengajar murid disleksia mengenal huruf dan mengeja perkataan. Aktiviti-aktiviti
tersebut dapat melibatkan rasa sentuhan Adrian. Tambahan pula, guru juga boleh
memasukkan aktiviti yang seronok seperti menggunakan muzik, lagu, dan nyanyian untuk
mengajar semasa waktu pembelajaran. Hal ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang
seronok dan kreatif membolehkan murid-murid disleksia lebih terlibat dalam proses
pembelajaran (Siti Nur Zuraikha Yaacob, 2020). Aktiviti-aktivti sebegini juga dapat
membolehkan Adrian berasa suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan
bermanfaat. Tuntasnya, penyediaan alat bantu mengajar yang menarik dapat membantu
Adrian dalam pembelajarannya.

7
ANGKA GILIRAN 2020162340374 KOD KURSUS EDUP3023

Seterusnya, guru perlu bersikap langsung dan eksplisit semasa mengajar Adrian
untuk membantunya dalam proses pembelajaran. Tamsilnya, guru boleh menerangkan
sesuatu konsep atau kemahiran yang diajar. Guru juga boleh memasukkan aktiviti seperti
memecahkan kemahiran menjadi beberapa langkah dan memberi peluang kepada Adrian
untuk menyusun semula langkah tersebut. Guru perlulah memberikan arahan dan maklum
balas yang jelas sepanjang proses tersebut. Tambahan pula, guru juga boleh memberikan
contoh atau demonstrasi yang jelas kepada murid-murid disleksia dan menyampaikan
maklumat dalam urutan yang logik (Siti Nur Zuraikha Yaacob, 2020). Aktiviti-aktiviti
tersebut boleh dilakukan sehingga Adrian menguasai sepenuhnya sesuatu konsep yang
disampaikan oleh guru. Oleh itu, guru haruslah bersikap langsung dan eksplisit semasa
mengajar Adrian supaya dapat membantu Adrian dalam pembelajarannya.
Akhir sekali, guru hendaklah memerhatikan harga diri dan emosi Adrian untuk
membantunya dalam proses pembelajarannya. Kanak-kanak disleksia biasanya
mempunyai keyakinan diri yang rendah kerana mereka sering dianggap sebagai pelajar
yang malas atau bermasalah dan mereka juga berasa mereka sendiri tidak pandai seperti
pelajar lain. Hal ini akan menyebabkan Adrian berasa tidak suka untuk datang ke sekolah
atau berasa dipandang rendah semasa berada di dalam kelas. Oleh itu, guru haruslah
mendorong dan menyatakan kekuatan Adrian untuk membantunya lebih yakin pada
dirinya sendiri. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan pertandingan melukis selepas
mendapati Adrian mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan amat kreatif apabila
melibatkan aktiviti seni lukis, Dengan ini, bukan sahaja murid-murid lain akan mengetahui
bakat Adrian, guru-guru lain serta ibu bapa Adrian akan mengetahui bakat Adrian dalam
melukis. Dengan ini, Adrian tidak akan dianggap sebagai pelajar yang malas atau
bermasalah lagi dan dia juga akan yakin terhadap kebolehan diri. Pendek kata, guru
haruslah memerhatikan harga diri dan emosi Adrian supaya dapat membantu Adrian
dalam proses pembelajarannya.
(1006 patah perkataan)

8
ANGKA GILIRAN 2020162340374 KOD KURSUS EDUP3023

Sumber rujukan:
Abd. Rahim Abd Rashid, Sufean Hussin & Jamaludin Tubah (2006). Institusi Keluarga
Menghadapi Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd

Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi, Khairunnisa A Shukor. (2012).
Pembinaan hubungan di antara guru dengan pelajar. Dimuat turun daripada:
http://eprints.utm.my/id/eprint/55385/1/AhmadFirdausMohdNoor2016_PembinaanHu
bungandiantaraGuru.pdf

Aminah binti Kassim. (2012). Disleksia. Dimuat turun daripada


http://www.myhealth.gov.my/disleksia/

Bernama. (2019). Disleksia: Fahami Dan Kesan Dari Awal-Pakar. Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/595588/disleksia-fahami-dan-
kesan-dari-awal-pakar

Edura Creative. (2017). Maksud Disleksia. Dimuat turun daripada


https://www.pendidik2u.my/maksud-disleksia/

Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

9
ANGKA GILIRAN 2020162340374 KOD KURSUS EDUP3023

Liyana Ahmad Afip, Nurul Fatihah Hanap & Khuzaiton Zakaria. (2013). Persepsi dan
Pengalaman Guru Pendidikan Khas dalam Menghadapi Permasalahan Disleksia
dalam Kemahiran Literasi. Dimuat turun daripada
http://umkeprints.umk.edu.my/2328/1/Conference%20Paper%201.pdf

Regmi, K. (2012). Understanding Teaching Methods - Lecture and Facilitation in Higher


Education: A Summary of the Published Evidence. Paper presented at the
Conference on Higher Education Pedagogy, Centre for Instructional Development
and Educational Research.M
Roshlawaty Raieh. (2020). 20 Perkara Berkaitan Murid-murid Disleksia. Bantu Dan Beri
Sokongan. Mereka Tak Minta Jadi Begini. Dimuat turun daripada
https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/20-perkara-berkaitan-murid-murid-
disleksia-bantu-dan-beri-sokongan-mereka-tak-minta-jadi-begini-1.936266

Siti Mariah Elias. (2016). Tip Guru Mesti Baca Untuk Berhadapan Anak Murid Disleksia.
Dimuat turun daripada https://www.gpsbestari.com/aktiviti/sekolah/tip-guru-mesti-
baca-untuk-berhadapan-anak-murid-disleksia-1.552261

Siti Nur Zuraikha Yaacob. (2020). Kanak-Kanak Disleksia Perlukan Cara Yang Betul.
Dimuat turun daripada https://my.theasianparent.com/kanak-kanak-disleksia

Sofiah Mohamed & Kamarul Azmi Jasmi. (2016). Dimuat turun daripada:
file:///C:/Users/60111/Downloads/7%20(1).pdf

Wong K. W., Mohamad Isa Azis., Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-kanak
(Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

10

Anda mungkin juga menyukai