Anda di halaman 1dari 26

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA

KAMPUS JASIN

SEMESTER :
SESI 1 2021/2022

CTU 552
FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TUGASAN :
PENULISAN KERTAS KERJA

TAJUK KERTAS KERJA :


KEAMANAN GLOBAL

DISEDIAKAN OLEH :

1. ADAM IQMAL BIN NORHISHAM (2021462002)


2. MUHAMMAD MUZAMMIL AIMAN BIN SENAN (2021476948)
3. AIDIL FAIS BIN MAHRIZAL (2021839982)
4. ALYA FARHANA BINTI FAZREL (2021886438)
5. NORSHAHIRA ELLIYANA BINTI AHMAD FUAD (2021610142)
6. WAN AISYARIFATUL NOR BINTI WAN AZIZ (2021886462)
7. FATIN NUR AZREEN BINTI MAZLAN (2021467706)
8. NUR FARHANA BINTI MOHD YUSOF (2021898134)

KELAS :
M3CS2551A

KUMPULAN :
1

DISEMAK OLEH :
USTAZ MUHAMMAD FAIDZ BIN MOHD FADZIL
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
3. DEFINISI
4. LANGKAH
4.1 Peranan Pendidikan Agama Islam dalam memperkasakan
penyebaran ilmu dan kefahaman Islam melalui program
akademik yang berkualiti
4.2 Fungsi media massa dalam membuktikan bahawa agama
islam bukanlah agama teroris seperti disangka oleh anti muslim
4.3 Usaha PBB dalam mencapai kata sepakat dalam membantu
mendapatkan keamanan di setiap negara islam yang tertindas

5. FAKTOR MENGAPA AGAMA ISLAM DIANGGAP


SEBAGAI AGAMA TERORIS
5.1 Agama Islam dianggap sebagai agama teroris
5.2 Mencapai kata sepakat dalam membantu mendapatkan keamanan
di setiap negara islam yang tertindas.

6. MEDIUM YANG DIGUNAKAN DALAM MEMPERKASAKAN


PENYEBARAN ILMU DAN KEFAHAMAN ISLAM
6.1 Media massa
6.1.1 Media Elektronik
6.1.2 Media Cetak
6.2 Pendidikan
6.2.1 Pendidikan Formal
6.2.2 Pendidikan Non-Formal

7. KESIMPULAN
8. RUJUKAN
1. PENGENALAN

Keamanan Global adalah sesuatu yang masih belum dapat dicapai oleh mausia pada abad
ke-21 ini. Perbalahan antara kuasa terhebat dunia sentiasa berlaku dan ianya kelihatan seperti
tiada hujungnya. Antara topik yang hangat yang sentiasa disebut oleh mereka yang berkuasa
adalah cara menangani orang islam. Mereka melihat orang islam ini sebagai satu ancaman
sampai tahap mereka mengharamkan kemasukkan orang islam dalam negara mereka. Perkara
ini mula menjadi topik hangat sejak pasca peristiwa tragedi WTC 11 pada September 2001 di
New York dan seruan peperangan terhadap terorisme dilaungkan. Komuniti Islam dipandang
sebagai penyebab segala permasalahan dan secara stereotaip, mereka menjadi sasaran tuduhan
tersebut. Pandangan buruk ini menyebabkan pelbagai kesusahan untuk orang islam dan negara
islam yang ingin membangun. Pandangan buruk terhadap orang islam ini dikenali orang
seluruh dunia sebagai Islamophobia.

Islamofobia adalah salah satu ‘ketakutan’ manusia terhadap sesuatu perkara berkaitan
islam. Merujuk kepada kamus Merriam Webster dan Cambridge, islamophobia bermkasud
ketakutan yang tidak rational, kebencian atau diskriminasi terhadap orang islam atau mereka
yang mempraktikkan Islam (https://www.merriam-webster.com/dictionary/Islamophobia) .Ia
juga dikategorikan sebagai rasi dalam definisi Meri dan Nayan(2018): “islamophobia dilihat
sebagai suatu bentuk rasis sama ada rasis islam mahupun rasis anti-Muslim yang bertujuan
untuk mewujudkan berperbezaan di antara kumpulan dalaman (in-group) atau kumpulan luaran
(Out-group)

Terdapat banyak bukti bahawa semua keganasan yang berlaku tidak berasal dari teroris
islam tetapi semuanya dipandang sebelah mata sahaja. Sebagai contoh, Dato Biro Penyiasatan
Persekutuan Amerika Syarikat menunjukkan bahwa majoriti serangan pengganas iaitu 42
peratus didominasi oleh golongan ‘Latino’, diikuti ekstremis berhaluan kiri dengan 24 peratus
dan ekstremis Yahudi dengan 7 peratus kemudian barulah ekstremis muslim dengan 6 peratus.
Ini membuktikan, per-sepsi mengatakan Islam mempromosi keganasan dan sinonim dengan
jenayah awam adalah tidak benar serta sangat berlawanan dengan fakta dan juga realiti.

Islamofobia ini bukan sahaja berlaku dinegara luar malah negara kita sendiri yang
majoritinya ornag islam masih menghadapi masalah ini. Stesen-stesen televisyen FTA di
Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan pengetahuan tentang kesucian Islam dan Muslim
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut informan, rancangan sebegitu boleh
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu rancangan yang diterbitkan khas dengan tujuan mendidik
nilai-nilai Islam dan keduanya, rancangan umum yang sebahagian besarnya berteraskan
hiburan tetapi menyelitkan unsur-unsur Islam. Contohnya rancangan terbitan khas adalah
Surah Pilihan, Ijazul Quran dan Forum Perdana Ehwal Islam.

Kewujudan islamophobia ini adalah satu dalam banyak sebab mengapa keamanan global masih
tidak dapat dicapai sekarang. Tulisan ini adalah bertujuan untuk menelitikan apakah yang harus
dibuat untuk mencapai keamanan global antara orang islam dan dunia luar.

2. OBJEKTIF

1. Memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman Islam melalui program akademik yang
berkualiti.

2. Membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama teroris seperti disangka oleh anti
muslim

3. Mencapai kata sepakat dalam membantu mendapatkan keamanan di setiap negara islam yang
tertindas.
3. DEFINISI

Aman, keamanan adalah tempoh keharmonian antara kumpulan-kumpulan sosial yang


berbeza yang mambawa erti tiada keganasan atau konflik, dan bebas dari kebimbangan
keganasan. Biasanya difahami sebagai permusuhan dan tindak balas, keamanan juga
membayangkan keikhlasan bagi penyelesaian konflik, wujudnya hubungan yang sihat atau
yang baru pulih, kemakmuran dalam hal-hal kebajikan sosial atau ekonomi, perlaksanaan
kesaksamaan, dan aturan pemerintahan politik yang memenuhi kepentingan semua.
Kefahaman asas berkenaan keamanan adalah seperti yang dikemukakan oleh Johan Galtung
iaitu keamanan negative dan keamanan positif. Keamanan negatif dapat disimpulkan dengan
kaitan unsur keganasan seperti menamatkan peperangan, konflik dan kekerasan, manakala
keamanan positif adalah dengan mencegah sebarang keganasan yang berstruktur seperti contoh
sebuah sistem yang tidak adil akan mengundang kepada berlakunya konflik seperti kemiskinan,
kebuluran, dan juga penindasan. Global pula membawa maksud perkara yang relatif kepada
sekumpulan unsur-unsur sendiri mengenai sesuatu perkara, makhluk atau keadaan. Meliputi,
mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat

Dalam politik dunia dan hubungan antarabangsa, prinsip keamanan dan kedamaian
sejagat merupakan dasar yang penting yang melengkapi prinsip keadilan antarabangsa yang
perlu dipraktikkan. Warga kepada struktur politik antarabangsa perlu menghormati dan
memelihara prinsip kedamaian dan keamanan sejagat. Menurut Prof. Ismail Faruqi, tatadunia
baru yang dicanangkan oleh Islam ialah tatadunia baru yang berdasarkan kepada keamanan
sejagat. Keamanan yang dimaksudkan dalam sistem negara-bangsa masakini ialah
pengiktirafan kedaulatan sesebuah negara-bangsa tanpa mengira agama atau budaya. Dalam
struktur politik antarabangsa, tiada satu negara-bangsa berhak mencabul prinsip keamanan
sejagat. Peperangan atau konflik bersenjata lebih merupakan resolusi terakhir jika penyelesaian
melalui meja perundingan tidak dicapai atau pencabulan terhadap perjanjian gencatan senjata
semasa proses perundingan berlaku. Jika berlaku juga sengketa bersenjata dan peperangan,
pelaksanaan konflik, sengketa atau perang antara dua pihak perlu mematuhi peraturan, nilai
dan kehendak yang telah digariskan di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Dalam struktur politik
antarabangsa inilah juga nilai-nilai kebebasan perlulah diberikan kepada sesebuah negara-
bangsa untuk menentukan halacara pembangunan dan kemajuan sendiri tanpa pengaruh dan
penguasaan negara-bangsa yang lain. Dalam struktur politik antarabangsa yang berdasarkan
keamanan sejagat inilah segala bentuk peperangan yang berdasarkan pembersihan etnik dan
penindasan ras perlu dibenteras oleh negara-bangsa yang mampu menyediakan tentera
pendamai atau gabungan kuasa tentera beberapa buah negara-bangsa yang mendokong dengan
ikhlasnya aspirasi keamanan sejagat. Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa “rosaknya
keamanan dan kedamaian di antara kamu (umat Islam) adalah perosak agama.” (Hadis Riwayat
Abu Daud dan Tirmidzi).
4. LANGKAH

4.1 Peranan Pendidikan Agama Islam dalam memperkasakan penyebaran ilmu dan
kefahaman Islam melalui program akademik yang berkualiti

Pendidikan Agama Islam di sekolah atau pusat pengajian merupakan salah satu daripada usaha
berterusan untuk menerapkan ilmu pengetahuan agama Islam kepada para pelajar dan
masyarakat awam. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan sebagai
pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu
mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran
(Dewan Bahasa & Pustaka, 2007). Manakala menurut Kamus Pelajar Cetakan Kesebelas,
agama Islam membawa maksud agama yang diredai Allah; agama yang mempunyai beberapa
rukun dan ajaran-ajaran tertentu yang secara khusus diturunkan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh manusia (Dewan Bahasa & Pustaka,
1994).

Pendidikan Agama Islam merangkumi usaha memberi pengetahuan tentang agama Islam
yang meliputi akidah, syariah dan akhlak. Ia juga menekankan kepada penghayatan terhadap
akidah dan kepercayaan dalam Islam, perlaksanaan ibadah-ibadah khusus dan umum serta
memberikan panduan dalam membentuk sikap tanggungjawab dalam diri terhadap pencipta,
manusia dan alam (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006). Dalam usaha menjadikan
kehidupan seorang insan itu memiliki cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar,
maka ilmu yang disampaikan mestilah mengikut kaedah yang betul dan memudahkan
masyarakat terutama para pelajar memahami isi kandungan agama Islam (Ghazali Darussalam,
2004).

Dalam konteks ini, guru atau pensyarah memainkan peranan yang signifikan dalam
memastikan ilmu pengetahuan dan kefahaman Islam dapat diperkasakan. Suasana dan
kesedaran beragama dapat diwujudkan melalui penganjuran program dakwah seperti Israk
Mikraj, Maulidur Rasul, Ihya’ Ramadan dan lain-lain. Poster dan papan tanda doa, tazkirah,
selawat dan adab Muslim mampu memberikan kesan terhadap amalan hidup beragama di
sekolah. Kempen kesedaran menutup aurat, senyum dan salam bakal mewujudkan suasana
harmoni dan Islami (Ruzain Syukur Mansor, Disember 2015).

Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa mata pelajaran Pendidikan Agama Islam
di sekolah atau pusat pengajian mempunyai fungsi yang vital dalam memperkasakan
penyebaran ilmu dan kefahaman Islam melalui program akademik yang berkualiti.
Sehubungan dengan itu, kita perlu menyokong usaha membina suasana beragama di sekolah
untuk menyemai benih kebaikan dalam hati pelajar dalam usaha mengangkasakan Islam
sebagai agama yang unggul. Usaha ini juga perlu dibantu oleh masyarakat serta media untuk
mewujudkan persekitaran dan gaya hidup beragama dalam diri pelajar. Dengan ini hasrat
pemimpin negara untuk melahirkan generasi masa hadapan yang berfikiran rasional dan
matang tercapai sekaligus mampu menjamin keamanan global.

4.2 Fungsi media massa dalam membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama
teroris seperti disangka oleh anti muslim

Membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama teroris seperti disangka oleh anti
muslim. Hal ini dapat dilaksanakan mengunakan media sosial. Media menurut Kamus Dewan
(2010) ialah alat atau perantara komunikasi (Kamus Dewan 2010, Dewan Bahasa Pustaka).
Media juga merupakan sebuah badan yang sangat penting dalam membantu penyebaran
identity sebenar Islam. Ia mampu mendorong masyarakat serta mempengaruhi dunia untuk
menuju ke arah kebaikan, sebaliknya juga ia mampu membawa manusia ke kancah kehancuran
(Muhamad Zaki, Ainurliza, Zainol & Noor Adzrah, 2011).

Bagi menikmati suatu kehidupan yang selamat dan maju, manusia sentiasa memerlukan
informasi dan maklumat. Oleh itu, manusia berhubung dengan sumber ilmu sama ada secara
langsung ataupun melalui media massa yang menyalurkan ilmu dan maklumat dari paparan
berita, hiburan dan lain-lain. Media sangat memainkan peranan yang amat luas di dalam
masyarakat. Islam melihat media sebagai medium dakwah dalam menyampaikan kebenaran
dan mengulas isu-isu berkaitan kepentingan ummah. Media informasi Islam juga berperanan
sebagai penangkis serangan media dan propaganda asing dan melindungi pengaruh yang boleh
menyesatkan umat Islam serta mengukuh dan mempertahankan pendirian Islam dalam segala
isu. Penggunaan kaedah yang berhikmah dan bijaksana adalah penting dalam menjayakan
proses komunikasi berkesan (Marina Munira Mutalib, 2004)

Sebagai contoh, kita sering mendengar kabar-kabar di media, tentang Islam sebagai agama
yang ektrimis, radikalis, dan fundametalis, bahkan islam sebagai agama teroris. Hal ini,
dikuatkan dengan banyak pendapat-pendapat yang menyatakan bahwasanya Islam identik
dengan gerakan-gerakan terorisme, suka berperang dan intoleren. Fakta tersebut, mungkin
dikuatkan dengan banyaknya kes konflik saudara yang berpanjangan di Timur Tengah dan juga
teror bom yang dilakukan oleh “Islam” di beberapa negara barat. Tindakan pihak-pihak tertentu
yang menyalahkan Islam sebagai punca kepada keganasan yang dilakukan oleh individu dan
kelompok ekstremis dan teroris sedangkan penting untuk difahami bahawa kelompok seperti
ini sebenarnya wujud merentasi agama, budaya dan masyarakat.

Kita, sebagai generasi Islam, harus bisa menjadi tiang yang kukuh dalam membela Islam
dari fitnah-fitnah yang tidak mendasar tersebut. Islam berada di tangan kita generasinya. Antara
laman web yang juga boleh digunakan untuk memudahkan soal jawab dan penjelasan agama
ialah facebook, dimana terdapat kemudahan bersoaljawab, video calling dan sebagainya yang
memudahkan komunikasi apatah lagi dengan kemudahan perkhidmatan percuma yang
disediakan tanpa menggunakan sesen pun. Inilah yang perlu dipergunakan dengan sebaiknya
oleh pendakwah era baru dengan memulakan kaedah pendakwahan dengan menarik lebih
ramai pengguna untuk menyukai (like) laman web facebook yang dianjurkan untuk tujuan
membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama teroris seperti disangka oleh anti muslim.
Dengan cara itu pengguna yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu agama akan lebih
mudah tertarik dan sentiasa dihidangkan dengan pengetahuan berunsur Islam dan secara tidak
langsung akan terus mendokong dakwah Islamiyah. Selain itu, penggunaan blog juga dapat
membantu individu dengan menyebarkan dakwahnya tanpa sebarang masalah. Blog-blog ini
dapat diakses melalui telefon pintar malahan dapat digunakan oleh pendakwah untuk
menyebarkan ilmunya dengan menggunakan telefon pintar.

Secara kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa media massa merupakan medium


terbaik untuk memantapkan dakwah ilmu Islamiah dan memacu gerak kerja dakwah secara
global. Peperangan maklumat dan propaganda media seharusnya dapat ditangkis dengan
strategi pengaplikasian dakwah yang dirangka secara sistematik oleh umat Islam demi
membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama teroris seperti disangka oleh anti muslim.
4.3 Usaha PBB dalam mencapai kata sepakat dalam membantu mendapatkan keamanan
di setiap negara islam yang tertindas

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) berperanan penting dalam usaha mencapai


kata sepakat dalam membantu mendapatkan keamanan di setiap negara Islam yang tertindas.
PBB telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 sejurus selepas perang dunia tamat (Zulhilmi
Baharudin, 2006). Peranan PBB dijalankan oleh enam badan utama iaitu Perhimpunan Agung,
Majlis Keselamatan, Sekretariat, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Keadilan
Antarabangsa dan Majlis Peramanahan. Perhimpunan Agung merupakan badan utama yang
mempunyai wakil dari semua negara anggota bagi membincangkan sebarang persoalan atau
mengesyorkan tindakan yang perlu diambil oleh negara anggota atau badan-badan PBB yang
lain. Majlis Keselamatan pula bertanggungjawab bagi menjaga keamanan dan kedaulatan
negara anggota manakala Sekretariat bertindak sebagai satu badan eksekutif bagi
melaksanakan dan menyelaraskan ketetapan yang telah dibuat serta memastikan badan-badan
lain di bawah PBB melaksanakan tugasan dengan secekap mungkin. Bagi memastikan taraf
hidup bangsa-bangsa negara anggota ditingkatkan dengan lebih baik serta memajukan hak asasi
manusia, Piagam PBB menetapkan agar tanggungjawab itu dilaksanakan oleh Majlis Ekonomi
dan Sosial. Mahkamah Keadilan Antarabangsa pula mengendalikan perselisihan undang-
undang manakala Majlis Peramanahan untuk mengawasi wilayah yang tidak ada pemerintahan
sendiri pada waktu PBB diasaskan.

Sejak tamatnya era Perang Dingin, wujud satu budaya politik baru di kalangan negara-
negara Islam iaitu keinginan untuk menyumbang terhadap keamanan dunia sejagat. Hal ini
dibuktikan menerusi penglibatan aktif mereka dalam pelbagai aktiviti anjuran PBB, sebagai
contoh, misi pengaman antarabangsa(peacekeeping). Secara umumnya, konsep ‘misi
pengaman antarabangsa’ merujuk kepada satu bentuk misi atau operasi antarabangsa yang
membabitkan penugasan satu pasukan pengaman dari pelbagai negara oleh sebuah pertubuhan
antarabangsa ke negara atau kawasan yang berkonflik bertujuan untuk menamatkan konflik
dan seterusnya memulihkan keamanan di negara atau kawasan tersebut (O’Neill & Rees,
2005). Konsep misi pengaman PBB terbahagi kepada empat peranan penting yang turut
dimainkan oleh badan dunia tersebut untuk menepati statusnya sebagai sebuah badan
pengaman dunia. Pertama, diplomasi cegah rintang (preventive diplomacy), iaitu usaha untuk
menghalang konflik daripada merebak samada dalam keadaan ganas (violent) ataupun bukan
ganas (non-violent). Kedua, proses keamanan (peacemaking), iaitu usaha untuk membawa
pihak yang berkonflik untuk berdamai menerusi cara aman (peaceful means) berdasarkan
kepada Artikel VI dalam Piagam PBB. Ketiga, misi pengaman (peacekeeping mission), iaitu
penugasan satu pasukan pengaman PBB di negara yang sedang berkonflik, dengan kebenaran
pihak yang berkonflik, bertujuan untuk menghentikan konflik dan mengekalkan keamanan di
negara tersebut. Keempat, proses pembinaan keamanan (peacebuilding), iaitu usaha untuk
membina keamanan pasca konflik bertujuan untuk memastikan bahawa konflik tersebut tidak
wujud kembali dan mengenalpasti serta menyokong sebarang bentuk usaha yang boleh
mengukuhkan keamanan yang telah dicapai tersebut (O’Neill & Rees, 2005).

Penglibatan Negara-negara Islam juga menjadi titik tolak dalam menjaga keamanan dan
kesejahteraan global. Istilah ‘negara-negara Islam’ ini merujuk kepada negara yang menjadi
anggota dalam Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Pertubuhan ini telah
ditubuhkan pada tahun 1969 dan berpusat di Jeddah, Arab Saudi. Pertubuhan ini terdiri
daripada 57 buah negara anggota PBB (OIC, 2021). Walaupun dunia Islam seringkali berbeza
pendapat dengan dunia Barat mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa, ia bukanlah
sesuatu yang bersifat mutlak. Hal ini boleh dilihat dari segi kesediaan mereka untuk
menyumbang terhadap keamanan dunia sejagat menerusi penglibatan dalam misi pengaman
PBB.

Secara konklusinya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah satu mekanisma


penting dalam konteks pengurusan konflik antarabangsa. Walaupun negara-negara Islam
seringkali berbeza pendapat dengan negara-negara Barat, ia bukanlah satu penghalang baginya
untuk turut sama menyumbang terhadap keamanan dunia sejagat. Penglibatan aktif negara-
negara Islam dalam aktiviti PBB termasuk misi pengaman ini bukanlah bermakna ia sudah
melupakan aspirasi utamanya iaitu penyatuan ummah dan dunia Islam. Kedudukan politiknya
di PBB menyebabkan banyak negara-negara Islam terpaksa menggabungkan aspirasi ini
dengan matlamat kepentingan nasional negara masing-masing dalam usaha untuk memastikan
aspirasi tersebut tercapai. Apa yang pasti ialah penglibatan aktif negara-negara Islam dalam
misi pengaman PBB ini telah menjadi bukti komitmen tingginya terhadap usaha dan peranan
badan dunia tersebut dalam memelihara keamanan dan keselamatan dunia sejagat. Ia secara
tidak langsung boleh menghakis imej buruk yang seringkali dipaparkan oleh media Barat
terhadap dunia Islam.
5. FAKTOR MENGAPA AGAMA ISLAM DIANGGAP SEBAGAI AGAMA
TERORIS

5.1 Agama Islam dianggap sebagai agama teroris

Terrorisme telah wujud sejak abad ke-18 lagi. Terrorisme tidak mempunyai maksud
yang khusus tetapi dikaitkan dengan tindakan keganasan, kekerasan serta intimidasi yang
dilakukan bagi menimbulkan rasa takut bagi satu pihak tertentu. (Yadim,2016). Pada zaman
kini, terdapat umat Islam yang yang mengaku mereka pejuang agama tetapi melakukan aktiviti-
aktiviti keganasan seperti pengeboman dan pembunuhan. Mereka menyatakan bahawa
perbuatan mereka itu bukanlah suatu bentuk keganasan malah sebagai jihad kepada agama
Islam. Aktiviti mereka ini telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah tidak
mengira umur seperti kanak-kanak, wanita dan warga tua. Mangsa mereka juga tidak
menyasarkan hanya kepada orang bukan Islam malah orang Islam sendiri juga menjadi mangsa
keganasan tersebut.

Selari dengan era teknologi ini segala perkhabaran atau berita yang terjadi di seluruh
dunia boleh tersebar sepantas kilat melalui media sosial. Teknologi pada masa kini digunakan
pada semua peringkat umur bahkan kanak-kanak kecil sudah mahir untuk menggunakan gajet-
gajet canggih seperti telefon pintar. Golongan yang lebih muda seperti awal remaja lebih
mudah terpengaruh untuk mempercayai setiap perkara yang dilihat atau dibaca tanpa
bimbingan dan pengawasan orang dewasa. Mereka yang tidak dibimbing dengan baik akan
dibesarkan dengan membenci Islam setetrusnya menjadi anti-muslim. Tambahan pula, terdapat
golongan bukan Islam yang jahil berkaitan agama Islam. Bilangan islamophobia dilihat banyak
di negara Barat kerana kurangnya populasi umat Islam di negara mereka. Jadi, mereka kurang
pendedahan tentang Islam. Oleh itu, mempercayai apa yang dilihat dan didengari dalam media
tanpa membuat sebarang selidikan terlebih dahulu.

Pada tanggal 15 Mac 2019, terjadinya dua serangan tembakan Masjid Al Noor dan
Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand. Seorang pemuda kelihatan lengkap bersenjata
dan menyerang masjid tersebut sambil membuat penyiaran secara langsung di akaun media
sosialnya (Facebook) ketika umat islam sedang menunaikan solat Jumaat. (Astro Awani,2019).
Seramai 51 orang Islam yang merupakan mangsa tembakan yang terbunuh tidak mengira usia
dari kanak-kanak sehingga warga tua dalam insiden tersebut. Kenyataan mendapati bahawa
tujuan serangan tersebut berlaku berasal daripada pendapat suspek sendiri untuk menanamkan
rasa takut kepada penduduk Islam yang majoritinya imigran yang menetap di New Zealand
yang dianggapnya sabagai pengganas. (Berita Harian, 2020). Ini telah membuktikan bahawa
terdapat ideologi-ideologi yang menyatakan bahawa agama Islam merupakan agama
pengganas dalam kalangan orang bukan Islam.

Berdasarkan perkara yang telah dibincangkan dapat kita simpulkan bahawa agama
Islam masih lagi diapandang sebagai agama teroris. Kurangnya pendedahan berkaitan agama
Islam kepada seluruh dunia boleh menyebabkan mentaliti Islam sebagai agama terroris akan
terus dibiasakan dalam kalangan masyarakat.

5.2 Mencapai kata sepakat dalam membantu mendapatkan keamanan di setiap negara
islam yang tertindas.

Di China terdapat hampir 200 juta pemeluk agama islam dan lebih 20 juta daripadanya adalah
Muslim. Di China juga terdapat dua kaum utama dikalangan muslim China iaitu kaum Hui dan
Kaum Uighur. Etnik kaum Uighur menetap di Xinjiang, manakala etnik kaum Hui pula
menetap di Hainan, China. Masyarakat islam etnik Uighur merupakan umat islam yang
berbahasa Turki dari rantau Asia Tengah. Etnik ini juga merupakan salah satu etnik minoriti
islam yang dianaiya oleh China termasuklah Kazakhs,Uzbek dan lain-lain. Kaum etnik Uighur
bukan sahaja mentap di Xinjiang malah, terdapat kaum etnik Uighur yang menetap di negara-
negara jiran seperti Uzbekistan, Kyrgyzstan dan juga Australia.

Pada tahun 1949, Republik China telah menjadikan Xinjiang sebahagian daripada negara
mereka dan kaum etnik Uighur dianggarkan sekitar 76% daripada seluruh penduduk rantau
tersebut. Di Xinjiang bukan sahaja hanya mengandungi etnik Uighur malah, terdapat etnik lain
juga seperti etnik Han iaitu merupakan kumpulan etnik majoriti di China. Akan tetapi etnik
Han tidaklah sebanyak jumlah etnik Uighur yang mentap di Xinjiang, ianya hanya sebahagian
kecil iaitu 6.2% sahaja. Selepas Republik China menjadikan Xinjiang sebahagian daripada
mereka, orang-orang etnik Han mula berhijrah ke Xinjiang dan penghijarahan itu telah
mengubah nisbah bilangan penduduk etnik Han di Xinjiang sebanyak 40%. Akan tetapi,
kerajaan China tidak mengisytiharkan Xinjiang sebagai tanah jajahan mereka. Tindakan
Republik China yang memasukkan Xinjiang sebagai sebahagian daripada negaranya itu
ditentang oleh sebahagian daripada penduduk asal Xinjiang, iaitu penduduk minoriti islam di
Xinjiang. Mereka mula menentang pemerintahan pemerintah Beijing dan enggan
berkomunikasi dalam bahasa mandarin.
Kaum Uighur kebiasaannya menggunakan bahasa Turki sebagai bahasa pertuturan harian
mereka oleh kerana kaum Uighur ini tinggal di Xinjiang yang terletak di barat China dan Timur
Turkistan. Mereka juga bertindak untuk membuat kempen untuk memerdekakan mereka
daripada taklukkan oleh Republik China. Pada ketika itu, China menganggap sebarang
tindakan rasa tidak berpuas hati atau kritikan itu adalah sebagai satu ancaman, dan perbezaan
pendapat itu juga dianggap sebagai satu perkara yang bahaya dalam mewujudkan keamanan
sesebuah negara. Bagi kerajaan China, suara-suara yang menentang sebarang keputusan atau
arahan pemerintah yang dikeluarkan merupakan satu ancaman kepada negara dan ianya sangat
bahaya bagi mereka walaupun ianya hanya disuarakan oleh sebahagian kecil daripada rakyat
mereka. Bagi negara China tindakan keras seperti melakukan penahanan itu perlu dilakukan
untuk mencegah keganasan serta bertujuan untuk menghapuskan ekstremisme islam.
6. MEDIUM YANG DIGUNAKAN DALAM MEMPERKASAKAN
PENYEBARAN ILMU DAN KEFAHAMAN ISLAM
6.1 Media massa

Media massa merupakan perantara mekanikal yang mengandungi, menyimpan dan


menstransmisi mesej. Secara ringkasnya media massa terdiri daripada media cetak dan media
elektronik yang melibatkan organisasi media,individu dalam organisasi media,polisi dan
teknologi yang terlibat dalam distribusi komunikasi massa. Contoh media cetak ialah surat
khabar, majalah dan buku-buku manakala media elektronik meliputi radio, filem, rakaman,
televisyen dan komputer. Dengan adanya perantara media, mesej dapat disalurkan dengan
meluas. Jarak antara penyampai dan penerima maklumat tidak menjadi halangan kerana
maklumat boleh disalurkan dan disampaikan dalam jangkamasa tertentu.

i) Media elektronik

Di zaman moden ini, media elektronik dengan manusia sudah tidak dapat dipisahkan
lagi. Diibaratkan sebagai keperluan harian, gajet dan media elektronik sukar hendak dipisahkan
malah terdapat segelintir golongan yang obses menggunakan media elektronik tanpa mengira
waktu sehingga memudaratkan diri sendiri. Selain itu, media elektronik juga merupakan
medium utama masyarakat di dunia dalam menerima dan menyebarkan maklumat. Malah
segala tingkah laku serta pemikiran kita banyak dipengaruhi oleh media elektronik. Hal ini
membuktikan bahawa media elektronik ini memainkan peranan yang amat besar kepada diri
manusia. Maka wajarlah apabila media elektronik ini digunakan untuk pelbagai tujuan
antaranya ialah dalam penyebaran ilmu dan kehafaman agama islam.

Apabila disebut tentang media elektronik sudah semestinya tidak lari daripada laman
media sosial seperti Instagram,Facebook,Twitter dan lain-lain lagi. Hampir kesemua golongan
masyarakat di dunia ini mempunyai media sosial mereka sendiri, maka strategi penyebaran
ilmu dan kefahaman tentang islam melalui media sosial adalah strategi yang bernas yang
semestinya mendapat sambutan dari segenap golongan. Melalui media sosial kita dapat
menyebarkan ilmu tentang islam supaya masyarakat akan lebih terdedah kepada agama islam
ini dan mengetahui amalan orang islam yang sebenarnya tidak membawa sebarang ancaman
kepada masyarakat bukan islam. Contohnya, kita boleh mewujudkan satu laman Facebook
,Instagram ataupun twitter dan memuat naik tentang ilmu dan kefahaman islam,maka orang-
orang yang sedang membuka media sosial dapat melihat perkara tersebut secara tidak langsung.
Selain itu, kita juga boleh menyebarkan ilmu melalui video-video yang menarik dengan
menggunakan animasi dan sebagainya. Oleh itu, pengguna media sosial akan lebih tertarik
untuk melihat intipati video tersebut. Melalui media sosial ini kita dapat membantu masyarakat
keluar daripada lembah kejahilan kerana salah satu punca berlakunya salah faham terhadap
agama islam adalah kerana kurangnya ilmu pengetahuan.

Media elektronik bukan sahaja mempunyai media sosial semata-mata tetapi radio,
televisyen dan filem juga merupakan media elektronik. Melalui radio dan televisyen juga kita
boleh menyebarkan ilmu dan fahaman tentang agama islam. Melalui iklan-iklan yang disiarkan
di televisyen dan di saluran radio penonton dan pendengar akan mendapat ilmu secara tidak
langsung. Selain itu, penyampaian ilmu melalui radio juga dapat dilakukan dengan memanggil
tetamu jemputan di radio untuk mengadakan forum ataupun ceramah yang mendedahkan
tentang islam secara santai. Hal ini akan lebih menarik minat pendengar radio. Malah terdapat
juga artis-artis tanah air dan antarabangsa yang menulis lagu berunsurkan islam dan keamanan
supaya dapat menyebarkan ilmu serta mesej mereka kepada masyarakat di luar sana
terutamanya para peminat mereka agar bersama-sama mendalami ilmu dan menyebarkan rasa
kasih sayang sesama manusia tidak mengira agama mahupun rupa. Disamping itu, pembikinan
filem juga boleh menjadi medium penyampaian ilmu kepada masyarakat terutamanya
golongan muda yang suka menonton filem di panggung wayang. Jalan cerita yang menarik dan
kreatif akan menarik minat masyarakat dengan lebih efektif lagi. Malah melalui pembikinan
filem juga kita boleh meluaskan lagi penyampaian ilmu kerana hampir kesemua peringkat
umur masyarakat gemar menonton filem lebih-lebih lagi apabila bersama keluarga.

Maka terbuktilah bahawa media elektronik wajar dijadikan sebagai medium utama
untuk memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman islam kepada masyarakat. Hal ini
memperlihatkan kepada keberkesanannya dalam mempengaruhi kehidupan manusia.
Masyarakat akan lebih mudah menerima sesuatu dengan pendekatan yang sebegini kerana
media elektronik sememangnya diperlukan oleh kita dalam menjalani kehidupan seharian dan
secara tidak langsung penyebaran ilmu dan kefahaman islam akan tersebar melalui aktiviti
seharian. Penyebaran ilmu dan kefahaman islam ini amatlah penting bagi kita umat islam
kerana melalui perkara ini kita dapat memperbaiki perspektif masyarakat bukan islam terhadap
agama islam yang selama ini dipandang serong akibat daripada fitnah yang dilemparkan oleh
pihak tidak bertanggungjawab. Perbuatan pengganas yang telah mengancam nyawa
masyarakat dunia sering dikaitkan dengan agama islam lebih mengeruhkan keadaan. Ibarat nila
setitik, rosak susu sebelanga semua umat islam sering dituduh sebagai pengganas walaupun
tidak melakukan sebarang kesalahan. Malah terdapat umat islam yang diserang oleh anti-islam
secara tiba-tiba dan sering dipulaukan hanya kerana mereka merupakan orang islam.

Melalui penyebaran ilmu dan kefahaman islam inilah dapat membantu membersihkan
nama agama islam daripada tuduhan-tuduhan tersebut dan mengembalikan keamanan kepada
masyarakat islam terutamanya bagi yang menetap di negara bukan islam. Sekiranya orang
bukan islam telah mengetahui tentang islam dan mempunyai ilmu sudah tentu mereka tidak
akan salah faham dan menuduh orang islam sebagai pengganas dan sebagainya serta tidak
menyerang orang islam yang tidak bersalah. Contohnya, amalan wanita islam yang memakai
tudung dan berpakaian yang menutup hampir seluruh anggota badan itu sebenarnya bertujuan
untuk menutup aurat dan melindungi diri daripada jenayah seksual bukannya bertujuan
menyorokkan senjata ataupun bom seperti yang dibayangkan oleh orang bukan islam.
Berdasarkan akhbar Sinar Harian yang bertarikh 22 November 2019 sorang wanita hamil yang
bertudung telah diserang oleh seorang lelaki dari Sydney,Australia. Dikatakan lelaki itu telah
mendekati sekumpulan wanita bertudung di sebuah kafe lalu tanpa sebarang provokasi telah
menyerang seorang wanita berumur 31 tahun yang sedang hamil 38 minggu. Semasa
menyerang lelaki tersebut telah mengeluarkan kata-kata kebencian dan anti-Islam terhadap
mangsa dan rakan-rakanya.Kes ini telah membuktikan bahawa dengan kurangnya ilmu dan
kefahaman tentang islam orang islam di seluruh dunia akan sentiasa rasa terancam dan tidak
bebas menjalani kehidupan mereka.

ii) Media Cetak

Walaupun dunia kita masa kini semakin canggih dengan pelbagai teknologi, media cetak tetap
memainkan peranan yang besar dalam menjadi medium penyampai maklumat. Hal ini kerana media
cetak lebih tertumpu kepada golongan yang lebih tua kerana mereka lebih suka dan terbiasa
menggunakan media cetak sebagai medium perhubungan berbanding media elektronik malah terdapat
juga golongan muda yang lebih suka menggunakan media cetak berbanding media elektronik. Selain
itu golongan yang lebih tua juga tidak cekap menggunakan akses internet yang menyebabkan mereka
lebih senang menggunakan media cetak walaupun terdapat teknologi yang canggih. Oleh itu
penyebaran ilmu dan kefahaman islam akan lebih berkesan untuk disampaikan kepada mereka
menggunakan media cetak. Contohnya, kita dapat menyebarkan ilmu dengan menyiarkannya di akhbar,
majalah mahupun risalah. Kesannya orang yang membeli akhbar akan mendapat ilmu dengan
membacanya di dalam akhbar. Selain itu risalah juga dapat diedarkan kepada orang ramai tidak mengira
tempat kerana risalah lebih senang untuk dibawa dan bahan bacaan yang tidak terlalu berat dan mudah
difahami. Disamping itu, papan iklan juga merupakan salah satu media cetak yang dapat menjadi
medium penyampai maklumat yang berkesan terutamanya apabila papan-papan iklan tersebut
diletakkan di tepi-tepi jalan agar pengguna jalan raya dapat membacanya walaupun semasa berada di
atas jalan raya. Seterusnya, kelebihan menggunakan media cetak sebagai medium penyampaian ilmu
dan kefahaman islam juga ialah media cetak dapat disimpan dan dibaca berulang kali walaupun sudah
lama. Kesannya, segala jenis bahan media cetak yang disimpan dapat dibaca oleh generasi akan datang
dan secara tidak langsung ilmu tersebut dapat disalurkan kepada generasi masa hadapan. Media cetak
juga wajar dijadikan sebagai medium penyampaian ilmu dan kefahaman islam juga kerana melalui
media cetak sesuatu yang sukar untuk difahami dapat diringkaskan di dalam media cetak kerana
terdapat akhbar,risalah mahupun majalah yang menerbitkan cetakan bewarna dan di dalam pelbagai
bentuk yang mudah difahami seperti gamba rajah ataupun imej kreatif

Selain itu,media cetak juga berperanan untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan sahih
kebenarannya.Seperti yang kita ketahui,setiap maklumat dah info yang dipaparkan sudahpun dipastikan
kesasihan maklumat tersebut.Tambahan pula,hampir kesemua media cetak yang dihasilkan akan
melalui beberapa fasa sebelum ia diterbitkan dan dipasarkan di kedai-kedai buku mahupun diletakkan
di perpustakaan.Sebagai contoh,seseorang yang ingin menjadi penulis ataupun pengarang bagi
sesebuah buku hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas agar penulisan yang dihasilkan
berkualiti.Tambahan pula,media cetak sering dijadikan rujukan tidak kira apa lapisan umur pembaca
sekalipun.Contohnya,risalah dan apa jua buku non-fiksyen sering digunakan oleh pelajar-pelajar bagi
menyiapkan kerja kursus adan tugasan harian mereka.Dengan adanya media cetak,kita tidak perlu risau
lagi akan kesasihan sesuatu maklumat.Pada zaman kini,media sosial sering digunakan oleh semua
lapisan masyarakat bagi mencari sesuatu maklumat bagi mengetahui
kebenarannya.Persoalannya,sejauh manakah kesasihan maklumat yang berada di media sosial ini?Pada
pendapat saya,media sosial sememangnya memudahkan kita dalam mencari dan mengetahui sesuatu
tetapi janganlah kita percaya secara bulat-bulat akan maklumat yang disampaikan.Hal ini kerana,kita
dapat lihat banyak maklumat palsu yang disampaikan terutamanya di media sosial seperti
Facebook,WhatsApp dan sebagainya.Bagi mereka yang tidak mengkaji terlebih dahulu,sudah pasti
mereka akan dengan mudahnya terpedaya akan maklumat tersebut.Tambahan pula,kita dapat lihat
banyak siaran TV memaparkan bahayanya maklumat palsu yang disebarkan di media sosial ini.Cuba
bayangkan sekiranya ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakwah palsu ataupun
hadis palsu,dan ramai pula yang menyebarkan maklumat tersebut kerana menganggap ia adalah betul
tanpa menyelidik sebelum menyebarkannya,bukankah ia boleh menyebabkan aqidah kita boleh
terpesong?Senario ini kita dapat lihat pada hari ini kerana terlalu banyak hadis palsu dan hukum-hakam
dalam agama yang salah disebarkan secara meluas.Kesan sekiranya kita percaya dengan mudah,ia boleh
menyebabkan akidah kita tersasar dan boleh mengakibatkan kita murtad ataupun keluar daripada agama
Islam.Oleh itu,media cetak memainkan peranan penting dalam memastikan kesasihan sesuatu
maklumat yang disampaikan di media sosial.
6.2 Pendidikan

Tanpa kita ketahui dan sedari,medium pendidikan antara medium yang turut digunakan
dalam memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman Islam.Tambahan pula,medium ini
digunakan secara meluas tidak kira tempat,agama dan bangsa kerana pendidikan merupakan
antara keperluan pada hari ini.Bukan sahaja keperluan,tetapi ia merupakan pendidikan
sepanjang hayat.Hal ini kerana,tanpa pendidikan,tidak akan wujudnya ahli falsafah,ahli ilmuan
dan pakar perubatan seperti yang kita dapat lihat pada hari ini.Dengan pendidikan jugalah kita
dapat membezakan baik dan buruk,mana yang betul dan mana yang salah.Oleh itu,dapat dilihat
bahawa pendidikan amat penting.Sebelum kita memahami dengan lebih mendalam mengenai
pendidikan,seeloknya kita memahami definisi pendidikan secara umum terlebih
dahulu.Definisi pendidikan secara umum adalah ia merupakan sesuatu proses pembelajaran
pengetahuan,keterampilan dan kebiasaan sekumpulan manusia yang diwariskan dari satu
generasi ke generasi yang selanjutnya melalui pengajaran,latihan dan penelitian.Ia juga turut
boleh ditafsirkan sebagai suatu usaha sedar yang dilakukan secara sistematik dalam
mewujudkan suasana belajar dan mengajar agar para peserta yang dididik dapat
mengembangkan potensi dirinya.Sekiranya kita lihat definisi daripada Kamus Pelajar Edisi
Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Perkataan pendidikan itu
sendiri berasal daripada bahasa Inggeris iaitu Education dimana secara etimologis kata tersebut
berasal dari bahasa Latin, iaitu Eductum. Kata Eductum terdiri dari dua kata,iaitu E yang
artinya perkembangan dari dalam keluar, dan Duco yang artinya sedang berkembang.
Sehingga secara etimologis maksud pendidikan adalah proses mengembangkan kemampuan
diri sendiri dan kekuatan individu.

Pendidikan terbahagi kepada tiga jenis iaitu pendidikan formal,non-formal dan informal.
Setiap pendidikan memainkan peranan yang berbeza dalam kehidupan seseorang.Walau
bagaimanapun,setiap pendidikan tersebut mempunyai tujuan yang sama iaitu mendidik akhlak
dan peribadi seseorang.Pendidikan formal adalah merupakan pendidikan dalam bentuk
kurikulum terancang atau program pengajian dan mata pelajaran yang disusun dan diajar
kepada pelajar di institusi pendidikan seperti sekolah, kolej, politeknik, dan universiti.
Kebiasaanya pendidikan formal yang dirancang ini mempunyai peperiksaan dan ujian bagi
menilai keupayaan dan kemahiran pelajar tersebut.Melalui ujian dan peperiksaan yang
dijalankan,penganugerahan sesuatu sijil, diploma, atau ijazah diberikan kepada pelajar yang
layak.Bagi pendidikan non-formal pula, ia merupakan suatu pendidikan tambahan yang diajar
di luar pendidikan formal seperti kegiatan kokurikulum di sekolah.Salah satu kegiatan
kokurikulum adalah seperti aktiviti sukan, persatuan dan kegiatan beruniform.Selain kegiatan
kokurikulum,kursus latihan di jabatan kerajaan atau syarikat swasta dengan bertujuan bagi
menambahkan kecekapan pekerja dan kursus-kursus pendek pula bertujuan untuk menambah
pengetahuan tentang sesuatu, lawatan sambil belajar yang terancang dan sebagainya.Akhir
sekali,pendidikan informal ialah pendidikan dan pengalaman dimana kita dapat perolehi
melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian melalui interaksi dengan persekitaran, orang lain
seperti ahli keluarga, kawan, ahli masyarakat lain dan dari pemerhatian kita tentang apa yang
berlaku di sekeliling kita seperti menonton TV, filem atau mendengar radio.Pada pendapat
saya,keluarga ialah agensi pertama dan amat penting yang memberi pendidikan awal dan
pendidikan sokongan.Banyak sekali pengalaman kita diperkayakan, persepsi dan pemikiran
kita dibentuk,melalui pendidikan informal ini, yang kita alami setiap masa.
Persoalannya,bagaimanakah pendidikan-pendidikan ini dapat memperkasakan penyebaran
ilmu dan kefahaman Islam dalam diri seseorang individu itu?Dan sejauh manakah
keberkesanannya?

i) Pendidikan Formal

Antara medium yang digunakan dalam aspek pendidikan ialah medium pendidikan
formal.Seperti yang diketahui sebelum ini,definisi pendidikan formal secara ringkas ialah ia
merupakan pendidikan yang terancang dan disusun,dan diajar di sesebuah institusi.Dalam
pendidikan formal,terdapat pelbagai subjek yang didedahkan kepada para pelajar seperti subjek
Matematik,subjek Sains dan sebagainya.Dari pelbagai subjek yang diajar itu,dua subjek yang
mungkin dianggap remeh oleh sesetengah masyarkat iaitu subjek Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral memainkan peranan yang amat besar dalam memperkasakan penyebaran
ilmu dan kefahaman dalam Islam itu sendiri.Persoalan yang pasti bermain dalam fikiran
sesetengah masyarakat adalah sudah semestinya,apakah peranannya dan apakah kaitannya pula
dengan tanggapan orang bukan Islam yang menganggap agama Islam merupakan agama
teroris?

Subjek pertama yang akan dihuraikan dan dibincangkan adalah subjek Pendidikan
Islam.Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang ditawarkan
di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah dengan bertujuan untuk melahirkan
insan soleh yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak.Subjek tersebut diajarkan kepada
pelajar yang beragama Islam.Tambahan pula,subjek ini merupakan subjek yang amat penting
kerana ia adalah salah satu wajib lulus SPM.Pendidikan Islam terdiri daripada Tilawah al-
Quran dan Hadis,Ulum Syariah dan Adab Berteraskan Akhlak Islamiah.Setiap bahagian yang
terdapat dalam subjek ini memainkan peranan tersendiri.Sebagai contoh,bahagian Tilawah al-
Quran dan Hadis diisi dalam sukatan pelajaran bagi membolehkan para pelajar membaca al-
Quran dengan lancar malah mengikut hukum-hukum tajwid yang betul dan tepat.Tambahan
pula,pelajar turut diarahkan untuk menghafaz ayat-ayat al-Quran mengikut sukatan pelajaran
yang telah ditetapkan setiap tahun.Dengan membaca dan menghafaz ayat al-Quran,kita akan
lebih mendalami isi kandungan yang terdapat dalam al-Quran.Setiap surah dalam al-Quran
membawa makna dan kisahnya yang tersendiri yang boleh dijadikan tauladan buat kita.Apabila
seseorang mendalami al-Quran.mereka akan turut mendalami agama Islam itu sendiri.Hal ini
demikian kerana,al-Quran dan Sunnah merupakan panduan bagi umat Islam.Tanpa dua perkara
tersebut,sudah pasti kita akan sesat dan hilang arah petunjuk.Kesannya,kita akan terpesong dari
ajaran yang diajarkan dalam agama Islam.Tambahan pula,kita turut dapat mempraktikkan apa
yang difahami dari al-Quran dalam kehidupan seharian.Sebagai contoh,kita boleh membaca
surah yang dihafal ketika menunaikan waktu solat.Apabila kita menghafal dengan betul dan
memahami maksud setiap ayat-ayat yang dibaca,kita akan lebih khusyuk dan seronok dalam
melakukan ibadah seharian.Kita juga turut dapat menyampaikan apa yang difahami kepada
orang sekeliling kita,daripada situ kita dapat berkongsikan ilmu yang ada.Kesannya,kita dapat
menyebarkan sedikit sebanyak ilmu kepada orang lain dan berkemungkinan ilmu yang
disampaikan dapat menarik orang bukan Islam untuk mendalami Islam itu sendiri.Selain
itu,adab berteraskan akhlak islmiah juga dapat memperkasakan penyebaran ilmu dan
kefahaman tentang Islam itu sendiri. Adab ini adalah berdasarkan cara hidup muslim dalam
hubungannya dengan Allah S.W.T, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan
negara.Sebagai contoh,kita diajarkan untuk menghormati orang lain yang berada disekeliling
kita tidak kira umur,bangsa dan agama.Islam mengajar umatnya untuk menghormati bukanlah
untuk mengasari orang lain.Apa yang diajarkan dalam Islam tidak sama langsung dengan apa
yang diperkatakan oleh agama bukan Islam yang menganggap Islam ini merupakan agama
teroris.Tomahan tersebut boleh memburukkan imej Islam itu sendiri.Hakikatnya,Islam
merupakan agama yang suci dan damai.Dengan mempratikkan adab yang diajarkan,kita boleh
berusaha mengubah pendapat mereka mengenai agama Islam yang dianggap agama teroris
adalah salah sama sekali.Kesimpulannya,Pendidikan Islam memainkan peranan besar dalam
memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman dalam Islam.
Subjek seterusnya yang akan dihuraikan adalah subjek Pendidikan Moral.
Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang diajarkan di sekolah sama ada sekolah rendah
atau sekolah menengah kepada pelajar yang bukan beragama Islam. Ia adalah satu subjek yang
mengajar tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.Hal ini demikian kerana, bagi pelajar muslim, mereka mempunyai subjek Pendidikan
Islam yang mana di dalam subjek ini telah diajar tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupan
berlandaskan agama Islam. Jadi bagi pelajar bukan muslim pula, mereka di ajar subjek
Pendidikan Moral bagi memastikan proses penerapan nilai murni juga dapat disampaikan
kepada mereka.Subjek ini juga sama penting dengan subjek Pendidikan Islam kerana ia turut
merupakan salah satu subjek wajib lulus SPM.Sama seperti subjek Pendidikan
Islam,Pendidikan Moral juga mempunyai sukatan pelajaran dan diantanya ialah tajuk nilai
agama dan akhlak Islam.Dapat dilihat bahawa bukan sahaja pelajar Islam mempelajari
mengenai adab yang diajar dalam Islam,malah pelajar bukan Islam turut mempelajari akhlak
Islam.Dalam tajuk ini,mereka akan mempelajari mengenai pengertian,kata kunci,dasar dan
juga kepentingan akhlak dalam Islam.Tidak anehlah jika ada sesetengah daripada mereka lebih
memahami tentang Islam berbanding dengan orang yang menganut agama Islam itu
sendiri.Ada juga daripada mereka sudahpun diperkenalkan dengan adab dan akhlak Islam itu
sendiri sebelum mulakan sesi persekolahan.Hal ini demikian kerana,sesetengah daripada
mereka mungkin diperkenalkan ketika kecil lagi kerana persekitaran mereka yang berada di
kawasan kejiranan yang majoritinya orang Islam.Contoh dekat yang dapat dilihat adalah cerita
kartun Upin Ipin,iaitu watak Mei Mei dan Jarjit.Mereka berdua bukanlah orang yang beragama
Islam tetapi dek kerana berkawan dengan kanak-kanak lain yang beragama Islam,mereka
berdua mengetahui banyak tentang agama Islam seperti berpuasa di bulan Ramdahan,tidak
boleh mengambil hak orang lain dan sebagainya lagi.Kita dapat lihat bahawa melalui
Pendidikan Moral juga,mereka dapat menmperkasakan kefahaman dalam Islam dan dalam
masa yang sama menyebarkannya dengan cara tanpa mereka sedari.
ii) Pendidikan Non-Formal

Seterusnya,pendidikan non-formal juga memainkan peranan dalam memperkasakan


penyebaran ilmu dan kefahaman dalam Islam.Seperti yang kita ketahui,pendidikan ini adalah
merupakan pendidikan di luar waktu pendidikan formal(kelas).Sebagai contoh,aktiviti-aktiviti
keagamaan seperti ceramah mahupun tazkirah.Kebiasaanya ceramah atau tazkirah diadakan
ketika berlangsungnya hari-hari yang disambut oleh umat Islam seperti Hari Kelahiran Nabi
Muhammad S.A.W.,Maulidur Rasul,Hari Khatam Al-Quran dan lain-lain lagi.Pada hari-hari
tersebut,akan dijemputnya ustaz atau ustazah ataupun mana-mana penceramah luar bari
memeriahkan suasana.Selain dapat memeriahkan suasana,pelajar juga dapat menambahkan
ilmu agama yang sedia ada..Ketika itu juga,para pelajar dapat bertanya secara langsung kepada
penceramah mengenai persoalan ataupun kemusykilan yang ada.Kelebihan yang ada pada
tazkirah ataupun ceramah yang diadakan pada hari tersebut,bukan sahaja orang Islam akan
menghadiri majlis tersebut tetapi orang bukan Islam turut akan menghadiri majlis
tersebut.Kesannya,mereka akan dapat memahami agama Islam dengan lebih mendalam dan
tepat,bukanlah memahami dan mengenali Islam melalui khabar angin yang tidak betul sama
sekali seperti tomahan yang mengatakan agama Islam adalah agama pengganas.Kadang
kala,mereka juga boleh mengajukan soalan kepada ustaz dan penceramah tersebut.Pada
pendapat saya,wajarlah mereka yang arif menjawab persoalan mereka yang bukan Islam ini
kerana jawapan yang akan diberikan sudah pastilah tepat dan benar berlandaskan dengan al-
Quran dan Sunnah pula.Bagi pelajar yang tinggal di asrama,sudah pastilah akan ada aktiviti
tazkirah setiap hari diantara waktu Maghrib dan Isyak bagi mengisi masa lapang pelajar
sementara menunggu waktu Isyak.Kesannya,bukan sahaja muslim mendapat manfaat dari
aktiviti tazkirah dan ceramah itu malah yang bukan beragama Islam turut mendapat manfaat.
7. KESIMPULAN

Kita boleh simpulkan bahawa pembetulan pandangan dunia terhadap islam akan menjadi satu
langkah yang besar dalam mencapai keamanan global. Ianya sudah jelas bahawa banyak
perkara yang boleh dilakukan bagi membaiki persepsi mata dunia terhadap islam., tetapi
beberapa perkara perlu disusuli supaya sikap prejudis antara orang bukan islam tidak semakin
meruncing dan tidak menimbulkan konflik sosial yang berpanjangan. Pemahaman yang betul,
positif dan terbuka dalam menerima kewujudan sekumpulan lain yang juga mempunyai
kepercayaan lain dapat membantu semua orang dalam sebuah masyarakat di dunia ini. Ianya
juga membolehkan manusia di dunia ini bersaing secara sihat dan menunjukkan kecemerlangan
lebih bermakna kepada mayarakat luas.
8. RUJUKAN

Berita Harian, (2020, Ogos, 24). Tembakan dua masjid: Serangan ngeri, kejam. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/08/724125/tembakan-dua-masjid-serangan-
ngeri-kejam

Editor Yadim, (2016, January, 19). Terrorisme. Yayasan Dakwah Islam Malaysia.

https://www.yadim.com.my/v2/terrorisme/

Astro Awani, ( 2019, Mac, 19). Tembakan rambang Christchurch: Dia masuk masjid, tembak
Jemaah, Astro Awani.

https://www.astroawani.com/berita-dunia/tembakan-rambang-christchurch-dia-masuk-
masjid-tembak-jemaah-201201

Zul’azmi Yaakob, Ahmad Sunawari Long. (2015). Terorisme sebagai Cabaran Ideologi
Muslim Masa Kini: Satu Analisis dari Perspektif Falsafah. International Journal of Islamic
Thought,6.

https://www.ukm.my/ijit/wp-content/uploads/2016/01/IJIT-Vol-7-June-2015_6_58-63.pdf

kay suhaimi ( 2019, Disember,19). Siapa sebenarnya etnik Uihur dan mangapa kerajaan china
menindas mereka?.

https://iluminasi.com/bm/siapa-sebenarnya-etnik-uighur-dan-mengapa-kerajaan-china-
menindas-mereka.html

Berita Harian, (2020, Disember, 9). Umat Islam Xinjiang ditindas guna teknologi elektronik.

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/12/763367/umat-islam-xinjiang-ditindas-guna-
teknologi-elektronik

Utusan Malaysia, Hasnan Hakim (1994, Mei 27). Keamanan sejagat, tuntutan Islam

https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/1994/05/27/keamanan-sejagat-tuntutan-islam/

Datuk Dr Ismail Ibrahim. (2016, Ogos) Dasar keamanan dan peperangan dalam Islam

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/08/180680/dasar-keamanan-dan-
peperangan-dalam-islam
Merriam-Webster.com. “Islamophobia.”

https://www.merriam-webster.com/dictionary/Islamophobia

Shahrul Yusof, (2018, Jun 29). Deklarasi Keamanan (Anti-Ekstremisme) Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/tashih-al-mafahim/2495-deklarasi-keamanan-anti-
ekstremisme-pejabat-mufti-wilayah-persekutuan

Faezy Adenan, Asmak Ab Rahman, (2021, Mac 10). Keamanan Menurut Al-Quran dan
Hubungannya dengan Filantropi Islam.

Rasyidah Mat Zin & Zul’azmi Yaakob, Pusat Akidah dan Keamanan Global At-Tahkim, Vol.
9, No. 02.08. 2019, ISSN No. 2541-3856,

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi 7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Kamus Pelajar Cetakan Kesebelas. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mansor, R. S. (2015). Pendidik Mesti Hidupkan Budaya Islam Di Sekolah. Berita Harian.

Muhamad Zaki, Ainurliza, Zainol & Noor Adzrah. (2011). Representasi Islam Dalam Media.

Muhammad Afifi Abdul Razak. (2021). Penglibatan Negara-Negara Islam Dalam Misi
Pengaman Antarabangsa. Online Journal of Research in Islamic Studies.

Nor, M. R. (2011). Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia. Jurnal At-
Ta'dib.

Zulhilmi Baharudin. (2006). Kenali Orgnisasi Dan Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa


Bersatu. Berita Harian.

Anda mungkin juga menyukai