Anda di halaman 1dari 21

2020

PENGAJIAN KEPIMPINAN
PENDIDIKAN LANJUTAN

TUGASAN INDIVIDU : PPP70404 (A)

KAJIAN LITERATUR
TEORI KEPIMPINAN TINGKAH LAKU

NAMANO. MATRIKKAVITHA A/P


RANGANATHAQ20201000843

PENSYARAH PENILAI: PROF. MADYA DR. KHALIP BIN MUSA


TARIKH : 22 JANUARI 2021
KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Kajian literatur merupakan penelitian terhadap kajian yang telah dijalankan . Dalam

bahagian ini teori atau model berkaitan kemahiran pengurusan dibincangkan . Sejajar

dengan itu, pengkaji telah memilih Teori Kepimpinan Tingkah Laku Yukl (2005) yang

menerangkan tentang kemahiran pengurusan. Seterusnya, hasil kajian-kajian lepas

tempatan dan luar negara juga dikupas dalam bab ini.

2.2 Teori Kepimpinan Tingkah Laku Yukl

Penggunaan teori dalam kajian merupakan aspek yang wajib di mana ia membantu

pengkaji dalam melaksanakan kajian dengan landasan yang betul. Sejajar dengan itu,

pengkaji telah menentukan Teori Kepimpinan Tingkah Laku Yukl (2005) dan ini adalah

disebabkan teori ini menerangkan tentang kemahiran pengurusan dan komponen yang

terdapat dalam kemahiran pengurusan ini.

1
Rajah 2.1 Komponen Teori Kepimpinan Tingkah Laku Yukl (2005)

Berdasarkan Rajah 2.1 teori kepimpinan tingkah laku Yukl merupakan satu teori

yang menerangkan tentang kemahiran pengurusan di mana ia terdiri daripada tujuh

komponen iaitu keperluan untuk kejayaan, keperluaan untuk kuasa, keyakinan diri,

kematangan emosi, kemahiran teknikal, kemahiran konseptual dan kemahiran

interpersonal. Seseorang individu harus menguasai tujuh komponen ini sebagai tanda

menguasai kemahiran pengurusan. Namun Yukl (1989) meletakkan tiga kemahiran am

pada awalnya iaitu kemahiran kognitif, kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal .

Yukl juga mengkelaskan semua komponen pengurusan kepada empat kategori utama

(2002) iaitu seperti dalam Jadual 2.1:

Jadual 2.1
Pengkelasan Amalan Pengurusan Yukl (2002)

2
Kelompok Utama Amalan Pengurusan
Memberi-menerima maklumat  Pemantauan

 Penjelasan peranan dan objektif

 Memberitahu
Membina perhubungan  Menguruskan konflik dan membina pasukan

 Membina jaringan sosial

 Menyokong
Mempengaruhi orang  Memberi pengiktirafan dan ganjaran

 Memotivasi
Membuat keputusan  Menyelesaikan masalah

 Merancang dan mengorgamsasi

 Membimbing dan mendelegasi kuasa

Zaharuzaman, Ahmad, Zainol dan Rashid (2016) menyatakan teori tingkah laku

ini memberi tumpuan tentang ciri-ciri dan nilai yang harus dimiliki oleh seseorang

individu yang menjadi pengurus atau pemimpin . Kepimpinan yang berjaya ditunjukkan

menerusi tingkah laku yang formal terhadap kemahiran pengurusan. Menurut Yukl

(2002) aspek emosi atau motivasi yang dimiliki oleh seseorang menjadi kekuatan perasan

yang diberi perhatian dan memberi kesan menerusi proses kognitif dan tingkah laku

antara guru-guru dengan pemimpin.

3
Yukl juga menyatakan bahawa aspek motivasi yang dimiliki oleh seseorang

individu menentukan keberkesanan sesebuah organisasi. Allen (2003) mendapati

pandangan emosi dapat menyumbang kepada peningkatan pencapaian sesebuah insitusi

pendidikan dengan mengorbankan kepentingan diri. Maka, teori kepimpinan tingkah laku

Yukl menyatakan kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh seseorang guru dapat

menyumbang kepada keberkesanan sesebuah organisasi serta meningkatkan motivasi

yang dimiliki oleh guru yang menjawat jawatan sebagai pemimpin di sekolah.

2.2.1Teori Efikasi Bandura

Teori pembelajaran sosial adalah perkembangan utama dari tradisi teori

pembelajaran perilaku (behavioristik). Teori belajar sosial dikemukakan oleh

seorang tokoh yang bernama Albert Bandura yang lahir pada tahun 1925 di

sebuah kota kecil di provinsi Alberta, Canada. Penyelidik menggunakan teori

sosial Bandura dalam menguji efikasi diri guru. Komponen-komponen yang

dipetik daripada teori sosial Bandura adalah sistem diri, efikasi diri dan regulasi

diri. Bandura menyatakan bahawa diri seorang manusia sebagai suatu sistem diri

(Retno, 2014). Beliau juga menyatakan sistem diri bahawa perilaku, berbagai

faktor pada diri seseorang, dan peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam lingkungan

orang tersebut.

4
Efikasi Diri merujuk kepada kepercayaan atau keyakinan serta keupayaan

yang terdapat pada diri guru untuk mengatur dan memutuskan sesuatu tugas

dalam konteks pengajaran pendidikan dengan jayanya Masitah et al (2013).

Menurut Bandura (1997) dalam konteks pendidikan guru mempunyai

kepercayaan terhadap keupayaan diri dalam melaksanakan proses pengajaran

dengan berkesan yang mempengaruhi pencapaian pelajar dilihat sebagai efikasi

guru. Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa efikasi guru merupakan

suatu idea yang mudah tetapi memberi impak yang signifikan. Efikasi Diri

merupakan penilaian terhadap keupayaan guru untuk melibatkan murid dalam

proses pengajaran dan pembelajaran walaupun terdiri daripada murid yang malas

serta kurang bermotivasi.

Seterusnya, menurut Lunenburg (2011) berpendapat efikasi kendiri

merupakan kepercayaan terhadap diri untuk melakukan tugas-tugas dalam bidang

tertentu. Efikasi Diri mempengaruhi tugas pekerja dengan memilih untuk belajar

dan meletakkan sasaran prestasi yang ingin dicapai untuk diri sendiri. Sekiranya

prestasi seseorang individu meningkat akan memberikan hubungan positif

terhadap pekerjaan mereka. Hal ini, bererti peningkatan dalam prestasi kerja akan

turut membawa peningkatan terhadap kepuasan diri.

5
Sementera Azwan (2005) berpendapat guru yang berefikasi tinggi sentiasa

berusaha untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun pada peringkat

awalnya guru mengalami sedikit kesukaran tetapi akan terus berusaha sehingga

berjaya menguasai kemahiran tersebut. Oleh yang demikian, Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia juga telah menetapkan laluan kerjaya guru berasaskan

kompetensi dan prestasi mulai 2016. Sehubungan dengan itu, penilaian yang akan

dilaksanakan ke atas guru adalah berdasarkan keupayaan guru dalam

menyampaikan ilmu melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan

mahu pun di dalam atau di luar bilik darjah.

2.3 Kajian-kajian Lepas Berkaitan

Dalam bahagian ini, pengkaji mengupas kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk

kajian mengikut elemen kemahiran pengurusan dan efikasi guru serta hubungannya

dengan kedua-dua pemboleh ubah ini.

2.3.1 Kemahiran merancang

6
Anuar dan Shafila (2010) menyatakan sebagai seorang guru yang merangkap

jawatan pengurusan di sekolah harus mengetahui, merancang, melaksanakan

komitmen mereka sebagai pemimpin bagi bidang tugas yang dipikul dengan lebih

berkesan. Berdasarkan mereka, kepimpinan ini merupakan suatu aspek dapat

mempengaruhi tingkah laku seseorang individu dalam menjalankan tugas

sehinggakan mencapai matlamat yang dirangka oleh organisasi tersebut. Ini

membuktikan bahawa kepentingan kemahiran pengurusan guru adalah demi

memastikan keberkesanan insistitusi pendidikan di Malaysia.

Sementera itu, Chelo (2009) mendapati enam tingkah laku yang

menjelaskan lebih besar daripada 50 peratus daripada keseluruhan kajian

keberkesanan pengurusan. Oleh itu, faktor yang mempengaruhi keberkesanan

pengurusan adalah:

 Penerimaan authoriti di mana mempunyai keinginan untuk menerima

kuasa pegawai atasan.

 Permainan kompetitif di mana mendapat keinginan untuk melibatkan diri

dalam persaingan dengan rakan-rakan yang melibatkan permainan atau

sukan.

7
 Keadaan kompetitif dengan berkeinginan untuk melibatkan diri dalam

persaingan dengan rakan-rakan yang melibatkan aktiviti pekerjaan atau

kerja.

 Ketegasan dengan keinginan untuk melakukan sesuatu dengan cara yang

aktif dan tegas.

 Mengenakan kehendak iaitu keinginan untuk memberitahu orang lain apa

yang perlu dilakukan dan mempengaruhi melalui sekatan.

 Keistimewaan dengan keinginan untuk menonjol dari kumpulan dengan

cara yang unik dan boleh dilihat.

 Fungsi rutin iaitu keinginan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan

dengan pengurusan.

2.3.2 Kemahiran Melaksana

Laili (2009) menyatakan sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(2013-2025) guru-guru memikul tanggungjawab dalam membina modal insan

yang berkualiti dan berkesan. Maka, sekolah menyumbang banyak dalam

pembinaan modal insan yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan. Ini membuktikan

bahawa guru harus melengkapi diri dengan pengetahuan dan kemahiran bagi

8
memastikan pembinaan modal insan yang berkualiti dan berkalibar. Ini secara

langsung menunjukkan guru harus memiliki kemahiran pengurusan khususunya

dalam bidang melaksanakan tanggungjawab yang dipikul dalam mewujudkan

suasana sekolah yang berkesan lalu menyumbang kepada pembangunan modal

insan yang berkualiti.

David (2002) berusaha untuk membezakan pengurus berkesan dan yang

kurang berkesan dalam aspek melaksanakan sesuatu tugasan. Dalam pada hal itu,

David (2002) juga menyenaraikan beberapa tugas yang harus dilakukan oleh

seorang guru sebagai pemimpin dalam memastikan keberkesanan pengurusan

iaitu:

 Mengawal persekitaran organisasi dan sumber-sumbernya.

 Menyusun dan menyelaras (Pengurus menganjurkan tingkah laku orang

bawahan di sekitar tugas dan menyelaras hubungan saling bergantung

untuk mencapai matlamat organisasi).

 Mengendalikan maklumat dengan menggunakan maklumat dan saluran

komunikasi untuk mengenal pasti masalah dan untuk memahami

perubahan persekitaran untuk membuat keputusan pengurusan yang

berkesan.

9
 Menyediakan untuk pertumbuhan dan pembangunan organisasi dimana

peranan pengurus adalah untuk menyediakan peluang untuk pertumbuhan

profesional.

 Motivasi pekerja dan pengendalian konflik (Pengurus meningkatkan

aspek-aspek positif motivasi untuk memupuk iklim di mana orang

bawahan digalakkan menunjukkan prestasi yang baik).

 Penyelesaian masalah strategik (Pengurus bertanggungjawab untuk

membuat keputusan mereka sendiri dan memastikan bahawa orang

bawahan berkesan menggunakan kemahiran membuat keputusan mereka).

Di atas merupakan antara ciri-ciri atau aspek yang harus dimiliki dan dilaksana

oleh seseorang guru yang menjadi sebagai seorang pengurus atau pemimpin di

sekolah dalam menguasai kemahiran pengurusan.

2.3.3 Kemahiran Memimpin

Tay (2013) mendapati kemahiran pengurusan sebagai asas kepada keberkesanan

sesebuah insitusi pendidikan. Guru yang mempunyai tahap kemahiran pengurusan

yang tinggi dapat menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Demi

menjamin keberkesanan sesebuah organisasi guru yang menjadi pemimpin di

10
sekolah harus mengambil inisiatif sendiri dalam menginputkan dirinya dengan

nilai dan ciri-ciri kemahiran pengurusan.

Manakala, Sani, Izham dan Jainabee (2013) menyatakan sesebuah

organisasi terutamanya insititusi pendidikan bercirikan dinamik berhadapan

dengan pelbagai konflik dan ia merupakan lumrah dalam dunia pendidikan.

Namun, tanggungjawab guru penolong kanan sebagai pemimpin adalah mengenal

pasti penyelesaian masalah bagi membendung masalah tersebut. Hujah ini

membuktikan bahawa kemahiran pengurusan menjadi satu nilai yang harus

dimiliki oleh seseorang guru yang merangkap pemimpin di sekolah dalam

membendung konflik yang dihadapi oleh pihak pengurusan sekolah.

Sementera itu, Sarimah, Norlizah dan Aisyah (2010) menerangkan bahawa

sejajar dengan keinginan kerajaan dalam mewujudkan masyarakat yang saintifik

dan progresif, mempunyai daya inovatif dan kreatif yang tinggi, maju dari segi

sains dan teknologi. Maka, untuk menjadikan hasrat ini realiti setiap guru yang

menjadi pemimpin di sekolah harus mempunyai kemahiran dalam pengurusan di

mana dapat merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti yang dijalankan di

sesebuah sekolah. Akhir sekali Hailan, Rahimah, Zuraidah dan Rofisah (2013)

menyatakan mencapai objektif yang ditentukan dalam sesebuah sekolah

merupakan agenda utama dan sebagai seorang individu yang memikul tugas

11
pengurusan menjadi tanggungjawab dalam memastikan pengoperasian yang baik

dalam struktur organisasi.

2.3.4 Kemahiran Mengawal

Moidunny (2012), mengatakan pengurusan strategik sebagai aktiviti penting bagi

pihak pengurusan yang bertindak balas terhadap apa yang berlaku dalam

organisasi dan pengurusan strategik secara umumnya boleh dianggap sebagai

‘otak’ manakala perancangan strategik pula adalah ‘tulang belakang’ kepada

pengurusan. Kemahiran ini harus diterapkan oleh guru dalam proses pentadbiran

sekolah. Justeru itu, guru juga harus melengkapkan diri dengan pengetahuan

tentang kemahiran ini.

Sharifah (2014) mendapati guru-guru mengalami tekanan atau stres

disebabkan kekurangan dalam pengetahuan tentang kemahiran pengurusan

khususnya dalam aspek mengawal. Ini telah menjejaskan psikologi dan lalu ia

menyumbang kepada kegagalan mereka dalam menjalankan kegiatan pentadbiran

dengan sempurna di sekolah. Seterusnya, kegagalan dalam menguasai juga

menyebabkan guru-guru sebagai pemimpin menunjukkan komitmen, kreativiti

dan motivasi yang rendah terhadap bidang tugas yang dilaksanakan. Maka,

Sharifah (2014) menyatakan bahawa seorang guru yang menjawat jawatan

sebagai penolong kanan harus mahir dalam bidang mengawal dan bukannya

12
dalam bidang pengurusan sahaja malahan harus mahir dalam mengawal emosi

diri.

2.3.5 Efikasi Guru

Berdasarkan Chelo (2009) juga seorang guru yang mempunyai kemahiran

pengurusan yang tinggi lebih cenderung untuk mencapai tahap motivasi yang

untuk menguruskan tugas pentadbiran. Menurut Aida, Arifin, Shahlan dan Firdaus

(2016) kemahiran dalam membuat perancangan yang baik memudahkan dalam

menjalankan aktiviti pengurusan di sekolah. Guru yang berkesan harus memberi

makna kepada tugasan yang dilaksanakan dengan memudahkan rancangan yang

berkaitan dengan pentadbiran di mana mungkin, dan dengan mencari cara untuk

merangsang minat di atasnya.

Manakala Faizal, Faisol, Ainoor dan Maszuria (2016) meletakkan tahap

kemahiran pengurusan yang rendah dalam kalangan guru-guru sebagai cabaran

utama di sistem pendidikan peringkat sekolah. Beliau mendapati guru-guru yang

mempunyai tahap kemahiran pengurusan yang rendah menunjukkan sikap atau

ciri-ciri kurang cekap dan kurang profesional.

Masitah, Azizi, Ahmad, Bahaman,Ramli, Noriati & Khaidir (2011),

menyatakan kemahiran pengurusan iaitu kebolehan dalam mengelola dan

13
melaksana merupakan penentu kepada efikasi guru penolong kanan. Seseorang

guru yang memikul jawatan pengurusan perlu mahir dalam bidang yang

dipertanggungjawab dan ini meningkatkan tahap efikasi yang dimiliki.

2.3.6 Hubungan efikasi guru penolong kanan dengan kemahiran pengurusan

Noornajihan dan Halim (2013) menyatakan kemahiran pengurusan mempunyai

hubungan yang rapat dengan efikasi guru penolong kanan. Menurut Noorhajian

dan Halim (2013) tahap efikasi kendiri menetapkan tahap kualiti yang dimiliki

oleh seorang guru yang memikul tanggungjawab pengurusan di sekolah. Maka,

bagi menunjukkan tahap kualiti dan efikasi yang tinggi seorang guru penolong

kanan harus memiliki pengetahuan kemahiran pengurusan yang meluas.

Sementera itu, Nurahimah dan Rafisah (2010) menyatakan bahawa

sesoerang guru yang mempunyai tanggungjawab dalam mengurus dan memimpin

harus melakukan tugasnya dengan berkesan bagi meningkatkan tahap efikasi

kendiri lalu meningkatkan efikasi dalam kalangan guru-guru lain yang menjadi

rakan sejawat. Manakala, Khalid (2009) menyatakan bahawa guru-guru yang

memegang jawatan pengurusan di sekolah tidak beri latihan formal maka ini

memberi kesan terhadap efikasi kendiri guru penolong kanan dalam menjalankan

tanggungjawab yang diberi.

14
Akhir sekali, Shafinaz, Chua dan Hussein (2016) menerangkan tentang

hubungan antara kemahiran memimpin dan efikasi guru sebagai pemimpin di

sekolah. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru yang

menjadi pemimpin bagi bidang pengurusan sekolah harus memiliki kemahiran

dan pengetahuan berkaitan pengurusan bagi menunjukkan efikasi diri yang tinggi.

2.3.6.1 Kemahiran merancang dan hubungannya dengan efikasi guru

Menurut Khairuddin, Khalid, Yusof dan Halimah (2014) pihak pengurusan perlu

belajar dan menguasai pelbagai kemahiran bagi mengurus. Kemahiran tertentu

penting untuk dikuasai mengikut keperluan bidang tugas pengurusan seseorang

itu. Maka kemahiran guru yang menekankan aspek merancang dapat

meningkatkan keupayaan guru atau penolong kanan di sekolah dalam

menjalankan urusan rasmi yang dirancang dengan rapi. Maka, dengan memiliki

kemahiran merancang seseorang penolong kanan dapat meningkatkan efikasi

yang dimiliki dalam melaksanakan tanggungjawab yang disarankan.

2.3.6.2 Kemahiran Melaksana dan hubungannya dengan efikasi guru

Laili (2008) menyatakan kemahiran melaksanakan dapat dijelaskan sebagai

kebijaksanaan untuk memahami suatu gambaran besar tentang keseluruhan

organisasi. Begitu juga ia perlu memahami bagaimana elemen-elemen dalam

sesebuah organisasi itu mampu bergerak serta saling lengkap-melengkapi. Bagi

15
memastikan matlamat sesebuah organisasi itu berjaya dicapai setiap ahli perlu

fokus kepada tugas serta upaya menyesuaikan pelbagai perubahan sekitaran

tempat kerja. Dengan memahami aspek dan proses yang terlibat dalam

melaksanakan sesuatu bidang pengurusan, efikasi yang dimiliki oleh guru yang

merangkap jawatan Penolong kanan dapat ditingkatkan. Kemahiran yang dimiliki

oleh guru menjadi perangsang dalam menjalankan tugasan di sekolah.

2.3.6.3 Kemahiran Memimpin dan hubungannya dengan efikasi guru

Nordin dan Wan (2003) mendefinisikan kemahiran kepemimpinan dalam kajian

ini merujuk kepada peranan penolong kanan dalam aktiviti menentukan matlamat

sekolah, mengurus program-program pengajaran dan mewujudkan iklim

pengurusan untuk meningkatkan sekolah yang berkesan. Sementera itu,

hubungannya antara kemahiran memimpin dengan efikasi dapat dilihat menerusi

menjalankan tugas-tugas di sekolah seperti mengawal pengagihan masa,

mewujudkan kertas kerja, mendahulukan kerja utama, mengendalikan tekanan

kerja dan membentuk polisi dan prosedur kerja.

2.3.6.4 Kemahiran Mengawal dan hubungannya dengan efikasi guru

Kemahiran mengawal merupakan kemampuan untuk mengaplikasikan prosedur

khusus, teknik dan pengetahuan yang berkaitan bagi memastikan tugas dapat

16
dilakukan dengan jayanya. Pemimpin kumpulan dan pengurus atasan perlu

menguasai pengetahuan teknikal dan kemahiran bagi melatih serta membimbing

pekerja bawahan menyelesaikan sesuatu bidang tugas yang dilakukan. Ia juga

penting bagi mengatasi masalah yang gagal dilakukan atau diuruskan oleh pekerja

bawahannya (Salmi & Isha, 2014). Kemahiran mengawal merupakan keupayaan

untuk menggunakan pengetahuan yang spesifik, teknik dan sumber secara

berkesan. Antara teknik yang boleh digunakan untuk mengukur kualiti

kemampuan kerja seseorang adalah melalui carta, pelan tindakan kualiti serta

penelitian sebab akibat sesuatu kerja.

Hasil kajian-kajian lepas, membuktikan pengetahuan guru terhadap

kemahiran pengurusan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Guru

merupakan individu yang dilantik dan diamanahkan untuk menguruskan sesebuah

sekolah dengan cekap dan berkesan serta memastikan matlarnat sekolah yang

telah ditetapkan. Maka, hasil kajian lepas dalam dan luar negara membuktikan

kepentingan tahap kemahiran pengurusan dalam kalangan guru penolong kanan

dan efikasinya terhadap komitmen yang dipikul.

17
2.4 Rumusan

Secara umumnya, kemahiran pengurusan harus disemai dalam diri setiap individu yang

memikul tugas sebagai Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan di Daerah Seberang

Perai Selatan. Maka, pengkaji telah mengupas hasil kajian lepas dan juga pandangan

pihak penemu teori dalam kepentingan menguasai kemahiran pengurusan ini. Dalam Bab

3 akan dibincangkan metodologi kajian yang dipraktikan dalam perlaksanaan kajian ini

terutamanya rekabentuk kajian, kaedah persampelan, pengumpulan dan penganalisan

data.

18
RUJUKAN

Aida, Arifin T, Shahlan & Firdaus (2016). Coaching Style And Mental Toughness
Among Uitm’s Football Players Journal of Sports Science and Physical
Education 5(1): 22-34, 2016

Anuar & Shafila (2015). Pengetahuan Kepimpinan, Kemahiran Pengurusan, Dan Sikap
Ketua Panitia Sains Di Sekolah Kebangsaan. Tesis Sarjana Universiti Teknologi
Malaysia

Azlinda, Azlimi & Ahmad (2014) Leadership Skills among Middle Management People
in Vocational School. It is important? Research journali’s Journal of Education
Vol. 2 | No. 1 January| 2014 ISSN 2347-8225

Bernard (2002). Model for Teaching the Management Skills Component of Managerial
Effectiveness to Pharmacy Students. American Journal of Pharmaceutical
Education Vol. 66. Winter 2002

Brendan (2010). Principal Instructional Leadership Behavior as Perceived by Teachers


and Principals at New York State Recognized and Non-Recognized Middle
Schools. Seton Hall University Dissertations and Theses (ETDs). Paper 1401

Chelo (2009). Effective Teachers –Professional And Personal Skills. ISSN 2171-9098 ∙
ENSAYOS. Revista de la Facultad de Educación de Albacete, Nº 24, 2009, (35-
46)

Gay, L.R (2005). Educational Research 9th ed. Competencies for Analysis and
Applications: Pearson Education

Hailan, Rahimah, Zuraidah dan Rofisah. (2013). Amalan Komuniti Pembelajaran


Profesional (KPP) Di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Malaysia: Sebuah
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Di Sarawak. Journal of Educational
Change, 7, 221–258

Henry (2013). The Perceptions Of Principal Instructional Leadership Practices On 8th


Grade Ohio Achievement Assessment (Oaa). Doctor Of Philosophy In Urban
Education: Administration At The Cleveland State University

Fakri & Isha (2016). Isu Kesediaan Guru dalam Amalan Melaksanakan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah. EDUCATUM – Journal of Social Science ISSN 2289-9391 /
Vol 2 / 2016 / 1-7

19
Faizal, Faisol, Ainoor & Maszuria (2016). Cabaran Keberkesanan Sekolah: Perspektif
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Berprestasi Tinggi. Jurnal Isu Dalam
Pendidikan, 40, 2016

Hailan, Rahimah, Zuraidah & Rofishah (2012). Pengupayaan Kepemimpinan Guru Di


Sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan Volume 3, Issue 4

Masitah, Azizi, Ahmad, Bahaman,Ramli, Noriati & Khaidir. (2011). Faktor-faktor yang
mempengaruhi efikasi-kendiri guru sekolah menengah di Malaysia dalam
pelaksanaan pendidikan alam sekitar. Malaysian Journal of Environmental
Management, 12 (2). pp. 91-111. ISSN 1511-7855

Moidunny. (2012). Pengaruh kepimpinan pengajaran, kepimpinan transformasi dan


gantian kepada kepimpinan ke atas komitmen terhadap organisasi, efikasi dan
kepuasan kerja guru. Disertasi Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi. (Tidak diterbitkan)

Nordin & Wan (2003). Amalan Pengurusan Pengetua Sekolah Dari Perspektif Guru.
Jurnal Pendidikan DP. nd. 3, Bil 112003

Noornajihan & Halim (2013). Hubungan antara efikasi kendiri dengan kualiti guru
pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia. JIAE: Journal of
Islamic and Arabic Education, 5 (1). pp. 41-60. ISSN 1985-6236

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2012). Kementerian Pelajaran


Malaysia, September 2012

Philips (2002). Principal Instructional Management Rating Scale

Rahimah, H. A., and Zulkifli, A. M. (1996). Towards developing a profile of effective


and less effective schools. Journal of Educational Research, 17

Sarimah, Norliza & Aisyah (2010). Penguasaan Kemahiran Insaniah (Kemahiran


Keusahawanan) Dalam Kalangan Guru Sekolah Di Malaysia. Proceedings of The
4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI &
UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010

Sammons, P., Hillman, J., and Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective
schools: A review of school effectiveness research. Paper presented at an
internal seminar for Ofsted, London: Institute of Education, March 1995

Shubarino, Jalil & Tang (2011) Kepemimpinan Integratif: Sebuah Kajian Teori. Jurnal
Manajemen Pendidikan No. 01/Th VII/April/2011

20

Anda mungkin juga menyukai