JXEA 1104
SESI 2008/2009
SEMESTER 1
UNIVERSITI MALAYA
HIKAYAT RAJA DONAN
Hikayat Raja Donan adalah merupakan sebuah cerita rakyat yang dituturkan oleh
Esah binti Muhammad Akil. Hikayat ini mengisahkan tentang pengembaraan beberapa
orang raja. Dalam Hikayat ini juga dimuatkan tentang kegagahan raja-rajanya dalam
menentang pihak musuh serta beberapa adegan perbalahan di antara adik-beradik. Bukan
itu sahaja, setiap watak raja dalam hikayat ini juga diberikan kuasa kesaktian untuk
meningkatkan lagi darjat raja tersebut di mata rakyatnya. Selain itu, dengan adanya
pemberian kuasa tersebut, ia dapat membezakan antara raja dengan rakyat apabila
pembaca membaca hikayat ini. Di samping itu, puteri yang digambarkan dalam hikayat
ini juga diberikan keistimewaan yang tidak terhingga, iaitu memiliki wajah yang cantik
Raja Bongsu Dondang Adek, Raja Besar, Raja Madong Bongsu, dan yang seterusnya
ialah Raja Donan. Dalam hikayat yang dituturkan oleh Esah binti Muhammad Akil ini,
pada permulaan ceritanya, ia berkisarkan tentang moyang Raja Donan, iaitu Raja Diu
yang telah berkahwin dengan Puteri Gedung Batu. Selama usia perkahwinan mereka,
iaitu selama tujuh tahun mereka hanya dikurniakan anak perempuan seramai tujuh orang.
Disebabkan oleh hal demikian Raja Diu berasa sangat sedih dan berdukacita kerana tidak
dikurniakan anak lelaki. Tetapi pada suatu malam Raja Diu ini telah bermimpi yang dia
akan mendapat seorang anak lelaki tetapi anak tersebut diperolehi dalam perut ular.
Anak lelaki tersebut telah diberi nama Raja Bongsu Dondang Adek.
anak Raja Bongsu Dondang Adek, iaitu Raja Besar dan Raja Madong Bongsu. Di
pertengahan cerita inilah berlakunya perbalahan di antara Raja Besar dan Raja Madong
Bongsu. Dalam pertengahan cerita ini juga turut dimuatkan tentang peristiwa aneh yang
berlaku sewaktu kelahiran dan peristiwa yang berlaku sehingga mengakibatkan Raja
Donan dibuang negeri oleh ayahnya, Raja Madong Bongsu. Seterusnya ialah
penyudahan bagi cerita ini yang mengisahkan tentang kebahagian yang diperolehi oleh
Raja Donan setelah mengharungi pelbagai rintangan seperti, terpaksa menyamar menjadi
seorang budak yang buruk untuk mendapatkan cintanya terhadap Puteri Gandar Eran.
umum dan asas. Selain itu, falsafah juga mempunyai beberapa ciri, antaranya ialah
Dalam Bab 1 Hikayat Raja Donan ini terdapat pelbagai falsafah yang terkandung
di dalamnya yang berkait rapat dengan masyarakat Melayu pada zaman moden ini
ataupun pada zaman dahulu. Antara falsafah yang terkandung dalam hikayat ini ialah
falsafah yang berpegang teguh dengan adat Melayu, iaitu seperti dalam adat
mengekalkan jurai keturunan mereka agar tidak terputus begitu sahaja. Malahan
generasi keturunan mereka akan berterusan hingga bila-bila. Hal ini dapat dilihat apabila
ibu bapa akan berharap dalam keluarganya akan ada anak lelaki walaupun seorang.
Melalui hal demikian ini dapat membuktikan bahawa anak lelaki sememangnya
Dalam Hikayat ini, Raja Diu sangat menginginkan anak lelaki di dalam
zaman dahulu lagi telah wujud adat yang menunjukkan bertapa pentingnya golongan
lelaki di dalam sesebuah masyarakat. Antara adat tersebut ialah Adat Temenggung dan
Adat Perpatih. Kebanyakan Adat Temenggung dan Adat Perpatih ini diamalkan oleh
beberapa negeri di Tanah Melayu. Antara negeri yang mengamalkan Adat Temenggung
peranan penting sebagai seorang ketua dalam masyarakat dan juga merupakan ketua
dalam sesebuah keluarga. Walaupun dalam Adat Perpatih lebih mengutamakan wanita
dalam segala hal tetapi lelaki tetap menjadi ketua pemerintah dan ketua keluarga. Oleh
sebab itu, jelaslah bahawa golongan lelaki sememangnya merupakan satu elemen yang
Selain itu, dalam hikayat ini juga ada mengatakan sekiranya seorang raja yang
memerintah kerajaan atau negeri tersebut tidak mempunyai anak lelaki maka kerajaan
atau negeri tersebut akan dirampas oleh orang. Bukan hanya sekadar kerajaan atau
negerinya yang dirampas malahan permaisuri kerajaan itu juga akan ditawan. Disebabkan
hal demikianlah Raja Diu berasa sangat takut apabila memikirkan tentang masalah yang
dihadapinya itu. Dalam masyarakat Melayu Klasik, anak lelaki adalah merupakan
anugerah yang paling berharga kepada mereka. Hal ini demikian kerana pada masa itu
segala lelaki adalah merupakan pemangkin bagi sesebuah masyarakat agar dapat
adalah lebih besar jika dibandingkan dengan peranan perempuan hanya sekadar menjadi
watak tambahan dalam cerita ini. Hal ini dapat dilihat melalui pengembaraan yang
dilakukan oleh raja-raja pada zaman tersebut. Melalui pemgembaraan yang dijalankan
raja tersebut akan berhadapan dengan pelbagai rintangan. Antara rintangannya adalah
seperti usaha ia mendapat kekasih hatinya. Kebanyakan anak dalam cerita sebegini akan
keluar mengembara untuk meluaskan kuasa jajahannya agar kerajaannya akan berada
dalam keadaan yang kukuh serta terhindar segala malapetaka. Antaranya seperti di
kuasa dalam pelbagai aspek. Hal tersebut termasukah perkara berkaitan dengan aspek
perkahwinan, pembahagian harta dan banyak lagi. Sebagai contoh dalam aspek
pembahagian harta kebanyakan ibu bapa lebih mementing anak lelaki dalam aspek ini.
Hal ini dapat di lihat apabila anak lelaki akan mendapatkan bahagian yang lebih banyak
jika dibandingkan dengan anak perempuan. Disebabkan hal demikianlah, sehingga kini
masih wujud lagi masyarakat yang mementingkan golongan lelaki dalam hal-hal
tertentu. Walaupun seperti yang kita lihat pada masa kini golongan lelaki semakin
seseorang untuk mendapat sesuatu yang diinginkan. Hal ini dapat di lihat kebenarannya
dalam Hikayat Raja Donan ini, iaitu melalui kegigihan seorang ayah untuk mendapat
seorang anak lelaki walaupun bukan dari darah dagingnya sendiri dengan tujuan untuk
itu, maka keinginannya termakbul juga. Walaupun pada mulanya dia menghadapi
Dia berusaha keras untuk mendapatkan anak lelaki dengan bertujuan untuk
menjamin keselamatan kerajaan dan isterinya daripada dirampas dan ditawan oleh orang
lain. Malahan melalui usaha yang tidak mudah mengalah yang diterapkan oleh penutur
dalam ceritanya ini akan dapat menarik minat para pembaca untuk membaca ceritanya
ini. Dengan segala falsafah yang ditimbulkan akan dapat memberi inpirasi kepada para
pembaca. Bukan itu sahaja, melalui penerapan ilmu falsafah yang dilakukan juga dapat
merangsang minda pembaca untuk mendalami apa yang tersirat dalam cerita yang
diterapkan dengan unsur yang menunjukan kegigihan serta kegagahan para wataknya.
Hal ini bertujuan untuk meninggikan lagi taraf watak tersebut dalam pandangan para
pembaca. Dengan adanya penerapan ini, ia dapat membezakan watak yang terdapat
sesebuah masyarakat bagi tujuan sebagai panduan atau pegangan apabila melakukan
sesuatu perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, masyarakat, bangsa
mahupun negara. Oleh sebab itu, sesebuah masyarakat dapat dimajukan dan boleh
mencapai apa sahaja yang diingini. Dengan itu juga tokoh-tokoh falsafah yang muncul
sejak dari dulu lagi sememangnya membawa pelbagai faedah kepada masa kini.
PETIKAN HIKAYAT RAJA DONAN : BAB 1 RAJA DIU