Anda di halaman 1dari 4

NUR QISHA

L6A4
PENGAJIAN AM
Struktur pemerintahan
Doktrin Pengasingan Kuasa

i. Pengasingan Kuasa atau bahasa inggeris dipanggil ” Separation of Powers”merupakan


satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang mengasingkan urusan dalam negara
kepada tiga badan utama:
 Badan Perundangan (“Parlimen”) mengubal undang-undang
 Badan Eksekutif (“Kerajaan”) memerintah Negara menurut undang-undang Badan
Kehakiman (“Mahkamah”) memutuskan apa yang dimaksudkan oleh undang-
undang dan boleh memastikan rakyat dan kerajaan mematuhi undang-undang
tersebut
ii. Pengasingan Kuasa ini dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri
iii. Badan-badan ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu
sama lain
iv. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing
v. Badan legislatif berfungsi sebagai penggubal undang-undang yang kemudiannya
dipastikan oleh badan eksekutif cara pelaksanaannya, manakala badan kehakiman
berfungsi pula untuk mentafsirkan undang-undang berkenaan sama ada selari dengan
kehendak perlembagaan.
vi. Tujuan utama doktrin ini diguna pakai untuk memeastikan ketidakwujudan pemusatan
kuasa yang melampau kepada sesuatu entiti badan kuasa yang terlibat
vii. Doktrin dapat mewujud dan mengekalkan kebebasan sebenar dan menghindari
kemaharajalelaan (depotisme) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk
mewujudkan periksa dan imbang (check and balance) antara kuasa tersebut

Contoh periksa dan imbang dalam Doktrin Pengasingan Kuasa

Contoh 1: Bagaimanakah kuasa Kerajaan disemak oleh Parlimen?


 Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh meminta Perdana Menteri atau Kabinet untuk
menjelaskan sebarangan perkara yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh kerajaan
 Sekiranya Kabinet bertindak bertentangan dengan kehendak Dewan Rakyat, Dewan
Rakyat boleh meluluskan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
 Jika hal ini berlaku, Perdana Menteri serta Kabinetnya perlu meletakkan jawatan
 Di sini, Dewan Rakyat (iaitu Prlimen) memastikan bahwa Kerajaan bertindak demi
kepentingan rakyat dan tidak menyalahgunakan kuasanya.

Contoh 2: Bgaimanakah kuasa Kerajaan disemak oleh Mahkamah?

 Mahkamah boleh menyemak tindakan Kerajaan dan sekiranya tindakan tersebut


bertentangan dengan Perlembagaan atau undang-undang yang dibuat oleh Parlimen
maka Mahkamah boleh memeperbetulkan tindakan tersebut

Contoh3: Bagaimankah kuasa Parlimen disemak?

 Parlimen menggubal undang-undang tetapi Mahkamah memepunyai kuasa untuk


mentafsir undang-ndang
 Namun demikian, terdapat sesetengah perkara yang tidak boleh dipersoalkan oleh
Mahkamah seperti prosiding-prosiding Parlimen

5.1 BADAN PERUNDANAGN


i. Badan perundangan atau legislative dan kuasa-kuasannya dibincangkan dalam Bab 4
Perlembangaan Persekutuan 44 berbunyi:

‘Kuasa Perundanagn Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-
Pertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat’
ii. Kuasa Perundangan iaitu kuasa menggubal undang-undang di peringkat Kerajaan
Persekutuan terletak pada Parlimen, yang terdiri daripada Yang di-pertuan Agong, Dewan
Negara dan Dewan Rakyat.
iii. Di peringkat Negeri, kuasa ini dipegang Badan Perundangan Negeri masing-masing,
a) Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang diadakan setiap 5 tahun.
b) Terdapat 3 ahli terdiri daripada pegawai ex-officio(ahli kerana jawatan)iaitu
 Setiausaha Kerajaan Negeri
 Penasihat Undang-undang Negeri
 Pegawai Kewanagn Negeri
c) Bagi Negeri Melaka dan Pulau Pinang hanya Penasihat Undang-undang Negeri saja
yang menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)
d) Bagi Sabah dan Sarawak tidak seorang pun menjadi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Anda mungkin juga menyukai