Pilihan saya bekerja di dalam negara. Nilainya ialah rasional
(N1),bertanggungjawab (N2),kerajinan (N3),patriotisme (N4Max) dan kerjasama (N5Max). Saya ingin bekerja di dalam negara agar dapat membantu negara memacu kemajuan(H1). Saya dapat memberi bantuan kepada negara dari segi tenaga dan kepakaran (H2) agar negara terus berkembang pesat. Saya juga ingin bekerja dalam negara supaya saya mudah untuk menyesuaikan diri dalam suasana bekerja (H3). Bekerja di dalam negara juga memudahkan saya berkomunikasi (H4)dengan pekerja lain kerana bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, saya juga ingin bekerja di dalam negara agar sentiasa dekat dengan keluarga (H5) saya. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, saya mudah untuk menjenguk keluarga (H6) yang ditimpa masalah. Saya juga dapat meningkatkan kemahiran (H7) saya jika bekerja di negara sendiri kerana pihak kerajaan menawarkan pelbagai kursus (H8) membantu para pekerja meningkatkan kompetensi (H9) dalam bidang pekerjaan. Di samping itu, bekerja dalam negara membantu saya menghayati semangat cinta akan negara dengan menjadi seorang yang patriotik. (H10) Saya juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan jika bekerja dalam negara sendiri.(H11) CONTOH JAWAPAN SOALAN ESEI (SOALAN TANPA MINTA NILAI UNIVERSAL) Pada pandangan anda, mengapakah gejala rasuah kerap berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini? (10 markah) Pada pandangan saya, gejala rasuah kerap berlaku kerana terdapat segelintir masyarakat yang tamak(H1). Mereka ingin menjadi kaya sekelip mata (H2) tanpa berusaha bersungguh-sungguh. Gejala rasuah juga berlaku disebabkan kelemahan peribadi individu (H3). Kekurangan didikan agama(H4) dan moral membuatkan mereka terjerumus dengan rasuah. Selain itu, terdapat mereka yang terpaksa mengambil rasuah kerana menghadapi masalah kewangan(H5). Apabila sudah terbiasa dengan gaya hidup mewah (H6) mereka sanggup buat apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka(H7). Masyarakat yang menerima rasuah juga rambang mata dengan tawaran (H8) rasuah yang tinggi membuatkan mereka tanpa berfikir panjang mengambil rasuah. Di samping itu, terdapat segelintir masyarakat yang terpengaruh dengan pujukan rakan (H9) untuk mengambil rasuah. Pengaruh rakan mengambil rasuah membuatkan individu ketagih untuk meneruskan gejala rasuah (H10). Masyarakat yang mengambil rasuah juga tidak mempunyai integriti dalam pekerjaan (H11). Masyarakat juga kurang didedahkan oleh media tentang masalah rasuah(H12). Kekurangan maklumat tentang gejala rasuah telah meningkatkan lagi jumlah masyarakat yang terjerumus dalam masalah rasuah (H13).