Anda di halaman 1dari 2

Dengan membuat perbandingan dengan salah sebuah negara maju yang lain,

jelaskan bukti yang menunjukkan kriteria dan amalan professional guru di


kedua-dua negara tersebut.

Petikan di bawah merupakan perbezaan pendidikan dan pengajaran di


Malaysia berbanding dengan Finland.Perbandingan dengan Finland adalah kerana
negara tersebut mempunyai sistem dan kaedah pendidikan terbaik di dunia.

Di Finland, anak-anak akan bersekolah bermula 7 tahun. Di Malaysia pula,


kebanyakan anak-anak bersekolah sebelum umur 7 tahun. Banyak
Tadika,Taska,Pusat Asuhan kanak kanak ,Pra sekolah semuanya sebagai persediaa
untuk ke tahun satu malah anak anak berumur 4 tahun ada yang sudah disuruh ke
tadika.Hal ini dengan alasan anak anak perlu ada masa sekurang kurangnya satu
jam untuk bersosial.

Sebelum mencapai usia remaja,kanak kanak di Finland tidak akan diminta


membuat kerja rumah yang disuruh oleh guru dan tidak akan menghadapi sebarang
ujian/peperiksaan sebelum menjangkau usia 16 tahun. Di Malaysia pula, kanak-
kanak Malaysia pula perlu membuat banyak kerja rumah, malahan budak pra
sekolah pun dah banyak kerja rumah.

Kanak-kanak Finland hanya perlu mengambil satu peperiksaan sahaja yang


perlu diambil dalam sistem pendidikan mereka itupun di waktu umur mencapai 16
tahun. Bagi kanak-kanak Malaysia pula, kanak-kanak pra pun sudah bermula
mengambil peperiksaan. Kanak-kanak Malaysia perlu mengambil pelbagai jenis
peperiksaan seperti peperiksaan awal tahun, tengah tahun, akhir tahun, UPSRm
PMR, PMR, SPM, STPM, MUET dan lain-lain lagi.

Selain itu, sekolah Finland tidak akan membezakan pelajar yang pintar
dengan pelajar yang kurang pintar. Semua pelajar ditempatkan di dalam ruang kelas
yang sama. Bagi Malaysia pula, banyak sekolah yang masih membezakan murid
muridnya mengikut tingkat intlektual mereka.Sebagai contoh ,seseorang murid yang
berdarjah 3 dapat no 1-10 dalam peperiksaan akhir tahun,maka dia akan ke kelas A
pada darjah 4 tahun berikutnya .Begitu juga berlaku jika dia mendapat no 11-20
murid itu akan ke kelas B pada tahun berikutnya.Anak anak seupaya mungkin
dibezakan mengikut tahap intelek mereka oleh sekolah

Di samping itu, jurang antara murid tidak pintar dengan murid pintar di
Findland adalah sangat rendah.Ini bermaksud murid yang paling tidak pintar di sana
masih juga berada di tahap berpendidikan baik dan cemerlang. Di Malaysia pula,
jurang antara tahap murid adalah ketara, amai yang bijak dan ramai juga yang
ketinggalan.Malah tahap kepintaran pula ada yang berbeza mengikut kaum.

Waktu bertugas bagi guru di Finland adalah lebih pendek jika berbanding
dengan Malaysia. Setiap guru hanya menghabiskan waktu 4 jam sehari di kelas dan
mempunya waktu 2 jam seminggu yang akan digunakan sebagai ‘professional
development. Di Malaysia pula, para guru di Malaysia mengajar dari pukul 7 pagi dan
tamat pada pukul 3,selebihnya sambung dengan aktiviti ko-kurikulum sekolah,lewat
petang baru pulang rumah sama-sama dengan guru sesi petang. Apabila sampai di
rumah, guru Malaysia juga perlu sibuk dengan menanda buku,menyediakan kaedah
pengajaran pada keesokan harinya pula.Masa dengan anak orang lain di sekolah
lebih banyak daripada masa dengan anak anak sediri di rumah

Dari aspek jumlah guru pula,jJumlah guru yang dimiliki oleh Finland sama
dengan jumlahnya guru di New York, namun jumlah murid yang diajar di Finland
adalah jauh lebih sedikit berbanding di New York. Di Malaysia pula, nisbah guru
dibandingkan dengan murid sangat jauh, dalam 1 kelas biasa terdapat 35 murid, dan
1 guru.

Di Finland, seluruh sistem pendidikan didana oleh negara. Murid-murid tidak


perlu membayar yuran untuk bersekolah. Di Malaysia, murid-murid Malaysia juga
tidak perlu membyara yuran untuk bersekolah. Meskipun negara sudah menetapkan
dana pendidikan dibiayai oleh kerajaan , namun masih banyak sekolah yang
mengadakan pungutan-pungutan yang harus dibayar oleh murid ,contohnya seperti
wang PIBG,Lab computer,makmal sains,duit persatuan persatuan ,buku latihan dan
pelbagai lagi jenis kutipan kutipan wang yang wujud di sekolah.

Bukan itu sahaja , semua guru Finland harus memiliki ijazah Master/Sarjana
yang dibiayai seluruhnya oleh Kerajaan. Dalam aspek ini, pada 10 tahun
kebelakangan ini kerajaan Malaysia juga telah menetapkan Guru sekolah rendah
dan menengah wajib memiliki ijazah. Ini adalah untuk meningkatkan professionalism
guru.

Kaedah Kurikulum di Finland adalah seragam.Tetapi setiap guru di berikan


kebebasan untuk mengembangkan cara dan teknik pengajarannya sendiri. Di
Malaysia pula, semua guru wajib untuk mengikuti kursus kursus yang disediakan
oleh kerajaan dan wajib menggunakan kaedah atau method yang diberikan kerajaan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

Di Finland, guru di sana hanya akan diambil dari mahasiswa yang belajar di
universiti ranking 10 terbaik di sahaja. Di Malaysia pula, kebanyakan mahasiswa
yang mendapat lulusan dari Universiti ranking terbaik tidak ingin menjadi
guru.Apabila kerajaan menawarkan kursus KPLI,DPLI, ramai mahasiswa yang tidak
berminat terhadap kerjaya pendidikan pula terpaksa mendaftar kursus tersebut
disebabkan kekurangan peluang pekerjaan.

Berbanding dengan Malaysia, status guru di Finland adalah amat dihormati


oleh masyarakat, status guru adalah setara dengan Doktor, peguam atau
engineer.Malah jika ditanya terus kepada murid murid di dalam kelas,apakah cita cita
mereka,1/4 dari mereka akan menjawab bercita cita menjadi Guru. Berbandinga
dengan Finland, status guru kini di Malaysia kurang menyerlah berbanding guru-
guru Malaya dahulunya yang lebih dihormati.Hal ini disebabkan oleh tahap intlektual
guru dahulu lebih kepada keghairan mengajar dan keikhlasan memberi ilmu bukan
kerana wang .Kini ada juga di kalangan guru guru yang bekerja kerana wang dan
pekerjaan tersebut menjanjikan pencen.

Anda mungkin juga menyukai