Anda di halaman 1dari 2

 

DOA KERAMAT : DOA KOTA TAUHID

Doa ini mempunyai pelbagai nama, Di Negeri Kelantan ia tersohor dengan nama Doa Kota Tauhid,
mungkin kerana dalam doa tersebut ada kalimah tauhid. Selain untuk pendinding diri, keluarga, anak-
anak, rumah dan harta benda boleh juga digunakan untuk mengunci pada air jampi, barang hikmah,
senjata pusaka dan sebagainya. Ramai alim ulama , tok-tok guru dan para hulubalang mengamalkan doa
ini. Sepanjang perjalanan saya dalam menyelusuri alam hikmat, doa ini amat memberi kelainan dan
semangat yang baik pada diri.
 Orang yang berdisiplin dan beristiqamah dalam mengamalkan doa ini, insyaAllah akan memperolehi
banyak manafaat serta kebaikkan dan akan menghasilkan suatu anergi yang positif untuk kemajuan dan
kecemerlangan diri dan lambat laung dia juga akan memperolehi suatu rahsia atau inti doa sebagai
pakaian khas untuk dirinya sahaja. Sepengetahuan saya, doa ini ada beberapa versi yang sedikit
berbeza, Berikut adalah matan yang sampai kepada saya, hendaklah dibaca sebanyak tiga kali pada
waktu pagi dan petang.
!"#$  %&' ()*+,
 -./.  012  !3*454#  %+54#  %+67#  %85&.,#  %92:;#  %/<& %+=
 >, ?/.  (2@A*, %+A*, >, BCD.  E' B#$F<F/G  E >, H;19  5)+<I#  >, J#/;  14$4  5)9;1#  >, E' K+' E 5)<9/  >, L#;1  B4  L#;1  
(M*A*, -G4/*, N6#  >, ?)3G<3M/<  5OFM54$  P/A4$  5&FG5<3  QAG)3  5O<I/  RG  5OO5SG$  T;5.F  5O.,. 
Ertinya :-
 Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah memagari diriku, teman rapatku, anak-anakku, ahli
keluargaku, harta bendaku dan segala barang yang di dalam genggaman tanganku, dengan tujuh tembok
dari tembok-tembok Allah, bumbungannya ialah kalimah Laa Ilaaha Illallah, kekukuhannya ialah kalimah
Muhammadurrasulullah, penguncinya ialah qudrat Allah, tidak akan terbuka melainkan dengan izin Allah
yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Bismillah ialah pintu kami, Tabaraka ialah pagar-pagar kami, Yasin
ialah bumbung kami, Kaf Ha Ya Ain Shod ialah kepadaan kami, Ha Mim Ain Sin Qaf ialah pengawal kami,
maka mencukupkan Allah Taala akan mereka itu, dan Dia Maha mendengar lagi maha mengetahui.

Anda mungkin juga menyukai