Anda di halaman 1dari 21

PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PENGGUNAAN

APLIKASI GOOGLE CLASSROOM KETIKA PANDEMIK COVID-19

Noor Ainun Nadhiroh Binti Nazri


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan memperlihatkan persepsi pelajar pendidikan Islam terhadap penggunaan
aplikasi Google Classroom dalam pelaksanaan proses PdPr ketika krisis pandemik Covid-19.
Kajian ini juga dijalankan bagi mengenalpasti tahap penerimaan pelajar pendidikan Islam
terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom dalam proses PdPr dan faktor-faktor
penyumbang kepada kekangan penggunaan aplikasi Google Classroom. Metodologi kertas
kajian ini juga berdasarkan kajian keperpustakaan iaitu melalui analisis dokumen,
pengumpulan maklumat-maklumat serta bahan-bahan yang berkaitan isu-isu yang telah
mempengaruhi penyelidikan ini. Kajian ini juga menyatakan cadangan kajian bagi
meningkatkan tahap persepsi pelajar pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi Google
Classroom dalam proses PdPr ketika pandemik Covid-19. Hasil kajian yang diperolehi diharap
mampu membantu para guru pendidikan Islam dalam usaha memperbagaikan pedagogi
pengajaran yang mungkin dapat mengatasi masalah yang dihadapi pelajar. Misalnya, pelajar
kurang berminat, prestasi pelajar merosot, pelajar keciciran pelajaran dan pelajar tidak
melibatkan diri dalam proses PdPr yang dilaksanakan bagi tujuan meneruskan pembelajaran
ketika pandemik Covid-19. Kajian ini diharap membantu meningkatkan tahap persepsi pelajar
pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom dalam proses PdPr ketika
pandemik Covid-19.

Kata Kunci: Persepsi pelajar, Google Classroom, PdPr, Alat bantu mengajar

ABSTRACT

This study shows the perception of Islamic education students on the use of Google Classroom
application in the implementation of the Covid-19 pandemic crisis compilation PdPr process.
1
This study was also conducted to identify users who received Islamic education on the use of
Google Classroom application in the PdPr process and the contributing factors to the
constraints of the use of Google Classroom application. The methodology of this research
paper is also based on the library which is done through document analysis, collection of
information and materials related to the issues that have been done. This study also shows
research proposals to improve the perceptions of Islamic education students towards the use of
Google Classroom application in the PdPr process of Covid-19 pandemic compilation. It is
hoped that the results of the study will be able to help Islamic education teachers in their
efforts to diversify teaching pedagogy that may have problems faced by students. For
example, interested students, declining student performance, students dropping out of school
and students not needing themselves in the PdPr process implemented for the purpose of
learning the Covid-19 pandemic compilation. This study is hoped to help improve the
perceptions of Islamic education students on the use of the Google Classroom application in
the PdPr process of the Covid-19 pandemic compilation.

Keywords: Student perception, Google Classroom, PdPr, Teaching aids

____________________________________________________________________________

PENDAHULUAN

Pandemik Covid-19 merupakan wabak penyakit yang telah meragut banyak nyawa serta
membantutkan perkembangan sesebuah negara. Pandemik Covid-19 semakin berkembang
secara meluas di Malaysia serta Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
melaksanakan tindakan pencegahan iaitu semua rakyat Malaysia perlu menjalani Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak ini. Situasi ini menyebabkan
sistem pendidikan di Malaysia terkesan kerana guru-guru tidak dapat menyampaikan
pengajaran kepada murid di dalam bilik darjah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah mengambil langkah produktif dengan memperkenalkan platform Google Classroom yang
memboleh aktiviti pendidikan dapat diteruskan ketika pandemik Covid-19.

2
Penggunaan Google Classroom telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2019 yang
mengantikan platform Frog VLE sebagai pembelajaran secara atas talian atau maya yang
berasaskan cloud (awan). Platfom Frog VLE digunakan bertujuan meringkaskan dan
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan interaksi dan
pentakbiran. Platform Frog VLE selepas tamat kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menyambung kontrak disebabkan syarikat
YTLC yang mengurus projek ini tidak membayar caj elektrik struktur menara telekomunikasi
yang dipasangkan di sekolah dan pusat kerajaan (Berita Harian, 2019). Namun begitu, aplikasi
Google Classroom merupakan laman web yang dapat di akses secara percuma dan
dibangunkan oleh Google dengan tujuan memudahkan guru membuat tugasan, mengedar
tugasan dan melakukan pentaksiran tugasan murid tanpa menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran bersemuka serta menggunakan kertas. Pengajaran menggunakan aplikasi ini
dapat merealisasikan matlamat Pembelajaran Abad ke-21 yang didasari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Aplikasi Google Classroom merupakan satu platform pengajaran dan pembelajaran


percuma dan boleh digunakan oleh seluruh dunia. Platform Google Classroom memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan membantu pendidik membuat strategi
pengajaran, pelaksanaan dan pentaksiran tugasan murid dalam pengajaran secara atas talian.
Google Classroom memiliki aplikasi-aplikasi seperti Google Drive, Google Sheets, Google
Slide, Google Gmail, dan Google Docs. Manakala, aplikasi Quiziz, Ed-Puzzle dan Kahoot
juga terkandung dalam aplikasi Google Classroom bagi memudahkan kaedah pengajaran
pendidik ketika pembelajaran atas talian berlaku (Amin, 2013, Ahmad et al, 2019; Alif &
Sanimah, 2019).

PENYATAAN MASALAH

Mata pelajaran pendidikan Islam merupakan elemen yang penting dalam struktur
pembentukkan sahsiah pelajar. Mata pelajaran pendidikan Islam perlu dikuasai oleh pelajar
agar masalah disiplin pelajar tidak berleluasa. Permasalahan terhadap sektor pendidikan ketika
krisis pandemik Covid-19 telah membawa lembaran baharu iaitu penggunaan aplikasi Google

3
Classroom. Pembelajaran pendidikan Islam perlu dititikberatkan dengan melaksanakan
penguasaan pengetahuan pelajar dengan menggunakan aplikasi Google Classroom. Perkaran
ini disebabkan rentetan melalui saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar
memberi penekanan terhadap pelaksanaan pembelajaran melalui penggunaan ICT kerana
pelajar kini tergolong sebagai generasi Z yang telah didedahkan dengan pelbagai kemudahan
iaitu penggunaan gajet dan media massa yang interaktif. Menurut Jayani (2020), Ahmad &
Ahmad (2020), Haggag (2019), Qasim, Lavay, G-Jai, Mahammed Mastan & Mohamad
(2020), Hilyah Ashoumi & Mohammad Syafiuddin Shobirin (2019), telah mengakui
penggunaan aplikasi Google Classroom yang semakin memberangsangkan kerana memiliki
kesan positif dalam proses pembelajaran pelajar dan telah membuka satu ruang kepada guru
untuk merancang serta melaksanakan kaedah pengajaran pada pembelajaran abad ke-21 yang
bersesuaian dengan berpusatkan murid.

Berdasarkan penelitian terhadap faktor jantina dan pencapaian akademik pelajar melalui
kepelbagaian disiplin ilmu terhadap aliran yang berbeza. Melalui penelitian menunjukkan satu
keperluan untuk penyelidik membuat kajian terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom
sebagai satu alternatif pembelajaran semasa krisis pandemik Covid-19. Penyelidik ingin
melihat sejauh mana pencapaian penguasaan pengetahuan pendidikan Islam pelajar sepanjang
proses PdPr berlangsung. Kenyataan kajian yang dilakukan oleh Mohd Rosmadi Mohd Salleh
dan Hafizhah Zulkifli (2020), yang menyatakan bahawa pelajar perempuan mengalami proses
penerimaan yang baik berbanding dengan pelajar lelaki melalui pedagogi pembelajaran didik
hibur dalam pendidikan Islam. Di samping itu, kekurangan penerimaan dan kesediaan pelajar
juga dipengaruhi oleh guru pendidikan Islam itu sendiri. Menurut Mok (2008), menyatakan
guru perlulah memiliki sifat yang berkualiti dan inovatif serta memiliki keperibadian yang
baik. Oleh itu, sebagai seorang guru pendidikan Islam perlulah menampilkan keperibadian
yang mulia bagi menyempurnakan perancangan perlaksanaan Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam menangani krisis pandemik Covid-19. Sewajarnya, guru pendidikan Islam
seharusnya mempunyai kualiti profesional seperti seorang guru perlu kemahiran bertutur, daya
ingatan, daya ingin tahu, pengetahuan iktisas, suka membaca, menambah ilmu pengetahuan
dan memiliki kemahiran teknologi.

4
TUJUAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan dapat dilihat kajian ini berbentuk kepustakaan. Melalui
penelitian mendapati bahawa tahap penggunaan Google Classroom dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di rumah masih berada di tahap sederhana. Kajian ini bertujuan mengetahui
persepsi murid sekolah rendah terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom semasa proses
PdPr dan faktor-faktor yang menyumbang kepada persepsi murid sekolah rendah dapat
dikenalpasti serta cadangan penambahbaikan dapat disarankan agar persepsi murid
ditingkatkan.

OBJEKTIF KAJIAN

I. Apakah persepsi murid sekolah rendah terhadap penggunaan aplikasi Google


Classroom sebagai alat alternatif untuk penambahbaikan serta bantuan bagi
melaksanakan proses PdPr ketika krisis Pandemik Covid-19?
II. Adakah murid memanfaatkan penggunaan aplikasi Google Classroom dalam proses
PdPr?
III. Adakah murid menghadapi cabaran atau masalah penggunaan ketika mengaplikasikan
Google Classroom dalam proses PdPr?

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif iaitu kajian keperpustakaan. Kajian
keperpustakaan ini melalui proses menganalisis pengumpulan maklumat-maklumat dan bahan-
bahan berkaitan faktor dan isu yang mempengaruhi penggunaan aplikasi Google Classroom
dalam proses PdPr. Kajian ini juga mencadangkan strategi peningkatan persepsi murid di
sekolah rendah terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom dalam proses PdPr bagi
mendepani krisis pandemik Covid-19.

5
PENDEKATAN PEDAGOGI NORMA BAHARU

Impak pandemik Covid-19 di Malaysia, telah melahirkan pendekatan pedagogi norma baharu
bagi meneruskan pembelajaran semasa krisis pandemik Covid-19 berlaku. Pembelajaran yang
berteraskan ICT membolehkan interaksi antara murid dan guru berlaku dan pengajian dapat
diteruskan dengan pendekatan pembelajaran dari rumah. Menurut Husin (2017), yang
menyatakan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dikekalkan melalui interaksi atas talian
melibatkan pendidik berinteraksi dengan murid dalam jarak jauh. Proses pengajaran dan
pembelajaran memerlukan pendidik yang memberi suntikan kreatif dan inovatif kepada pelajar
sepanjang pembelajaran secara atas talian. Terdapat tiga pedagogi nombor baru sepanjang
tempoh PKP iaitu pembelajaran dari rumah (home based learning), pembelajaran secara atas
talian (online learning) dan pembelajaran digital (remote learning).

Pendekatan Pedagogi Norma Baharu

Pembelajaran dari Pembelajaran Pembelajaran


rumah secara atas talian digital (Remote
Learnimg

Pedagogi norma baharu melibatkan pendekatan pembelajaran dari rumah iaitu proses
pembelajaran dari bilik darjah ke rumah dengan mendapatkan jaringan Internet melalui kaedah
pembelajaran secara atas talian atau pembelajaran maya. Manakala, proses PdP secara luar
talian turut menggunakan kaedah pembacaan buku dan tugasan yang di muat naik dalam
Google Classroom. Sebagai seorang pendidik guru perlulah memiliki ilmu pengetahuan dan
kemahiran teknologi agar proses pembelajaran secara atas talian dapat dilaksanakan dengan
lancar.

Pembelajaran secara atas talian disampaikan melalui penggunaan teknologi digital


seperti pembelajaran yang berbentuk grafik visual, animasi, audio, video dan perkataan. Guru

6
juga digalakkan menggunakan aplikasi Google Classroom sebagai pelantar bagi menyediakan
bahan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan aktiviti kelas, mengedarkan tugasan,
penyampaian maklumat dan pentaksiran tugasan yang dilakukan secara atas talian.

Pendekatan pedagogi norma baharu ketiga adalah pendekatan melalui pembelajaran


digital (remote learning). Pembelajaran secara remote learning boleh dilakukan secara segera
dan tidak segera atau sebagai hybrid learning iaitu aplikasi dengan mengintegrasikan
pembelajaran bersemuka secara atas talian dengan pembelajaran kendiri. Pendekatan
pembelajaran digital memiliki beberapa ciri iaitu:

i. Proses pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana tempat tanpa mengira masa.


ii. Murid boleh mempelajari pengajar mengikut keinginan mereka.
iii. Guru membekalkan sumber pembelajaran kepada murid atau sumber yang telah
disediakan dalam pelbagai laman web.
iv. Guru memiliki pilihan dalam pelaksanaan pembelajaran seperti pembelajaran kendiri,
melakukan tutorial, seminar, perdebatan atau perbincangan secara atas talian.
v. Guru melaksanakan proses pentaksiran murid dengan menggunakan sistem yang lebih
mesra murid, mudah diakses oleh murid dan fleksibel.

STRATEGI PELAKSANAAN GOOGLE CLASSROOM

Setelah penggunaan aplikasi Flog Vle ditamatkan lalu digantikan dengan penggunaan Google
Classroom sebagai platform yang digunakan ketika pandemik Covid-19 berlaku bertujuan
meningkatkan perkembangan ICT di Malaysia agar setanding dengan negara maju yang lain.
Bagi melaksanakan strategi Google Classroom dan meningkatkan kesediaan pelajar
pendidikan Islam langkah sistematik perlu dirancang:

i. Latihan dan sokongan


Menyentuh mengenai latihan dan sokongan merupakan elemen yang penting dalam
menjayakan aplikasi Google Classroom. Pelajar perlulah diberi ilmu pengetahuan dan
kemahiran teknologi bagi meningkatkan pengetahuan penggunaan aplikasi Google
Classroom sebagai platform pengajaran semasa PdPr. Di samping itu, guru pendidikan
Islam jugs perlulah diberikan peruntukkan masa yang lebih bagi membina rancangan

7
dan melaksanakan aktiviti pembelajaran kepada pelajar supaya proses PdPr menjadi
lebih menarik dan meningkatkan penguasaan serta penerimaan pelajar.

ii. Pengurusan pihak sekolah


Pihak sekolah dan aplikasi Google Classroom perlulah menjelaskan visi dan matlamat
agar guru berusaha mencapai visi tersebut. Pihak sekolah perlulah sentiasa memberi
peringatan kepada pelajar yang tidak hadir ke kelas semasa proses PdPr dan memberi
semangat terhadap visi yang perlu dicapai. Kerjayaan aplikasi Google Classroom juga
memerlukan kerjasama semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan murid.
iii. Maklumbalas dan pandangan
Guru adalah golongan yang terpenting dalam pelaksanaan Google Classroom. Oleh itu,
maklumbalas yang baik dari guru terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom
perlulah mewujudkan suasana harmoni dan seimbang. Pelaksanaan Google Classroom
perlu mengambil kira aspek kekuatan, kelemahan, permasalahan dan cabaran kepada
pelajar. Pihak sekolah juga perlu mengetahui keperluan guru terhadap penggunaan
Google Classroom bagi memudahkan tugasan guru. Pelajar juga dapat menyuarakan
suara atau pandangan terhadap ketidakfahaman ketika menggunakan aplikasi Google
Classroom.
iv. Polisi VLE sekolah
Polisi Google Classroom perlulah mempunyai tempoh atau waktu yang sistematik
agar tidak membebankan guru dan pelajar. Polisi ini juga memerlukan proses kerja
yang teratur dengan meliputi matlamat yang jelas dan mengikuti protokol agar
pelaksanaan aplikasi Google Classroom mendapat penilaian yang positif.

PENGGUNAAN APLIKASI GOOGLE CLASSROOM

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan tahap penggunaan pelajar terhadap aplikasi Google
Classroom berada pada tahap sederhana dari aspek kesediaan dan penerimaan pelajar dalam
proses PdPr (Nor Zanira Abdul Manan dan Hafizul Fahri Hanafi, 2019). Bertepatan dengan
kajian yang dilaporkan iaitu sebanyak 85% pelajar dalam bidang pendidikan Sejarah masih
tidak memahami penggunaan aplikasi Google Classroom dan masih tidak mempraktikkan

8
penggunaan aplikasi Google Classroom secara menyeluruh dalam proses PdPr (Fitrinintiyas,
Umamah dan Sumardi, 2018). Perkara ini mungkin kerana penggunaan aplikasi Google
Classroom masih baharu dan masih belum diterokai cara penggunaannya oleh pelajar sekolah.

Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyarankan
pihak sekolah dan guru perlu merancang serta mengintegrasikan penggunaan aplikasi Google
Classroom sebagai alternatif terbaik dalam melancarkan keberkesanan proses PdPr semasa
krisis pandemik Covid-19. Keberkesanan secara menyeluruh terhadap penggunaan aplikasi
Google Classroom dapat menjadikan sesuatu pengajaran menyeronokan dan meningkatkan
tahap kefahaman pelajar sekolah rendah serta aplikasi ini juga dapat merealisasikan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu meniktiberatkan peningkatan kualiti
pembelajaran di Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

Penggunaan aplikasi Google Classroom memerlukan persediaan guru untuk memulakan sesi
pembelajaran dengan cara guru membentuk kumpulan di dalam bilik darjah dengan memberi
kod kelas. Kod kelas ini disediakan kepada murid agar guru memastikan kehadiran murid
dalam aplikasi Google Classroom. Pelajar akan diberikan segala maklumat bahan pengajaran
seperti nota dan latihan melalui aplikasi Google Classroom. Platform Google Classroom juga
mendedahkan tajuk-tajuk pengajaran, penilaian, aktiviti, ujian, kuiz, peperiksaan dan rekod
kehadiran murid.

GAMBARAN APLIKASI GOOGLE CLASSROOM

Persediaan guru pendidikan Islam bagi tujuan memulakan pembelajaran menggunakan


aplikasi Google Classroom iaitu membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan di dalam
kelas ketika proses PdPr. Guru akan berkongsi kod kelas yang telah diwujudkan oleh guru
bagi memastikan kesemua pelajar telah berada di dalam Google Classroom. Guru pendidikan
Islam akan mewujudkan pelbagai perbezaan bagi setiap kumpulan bagi meningkatkan
kefahaman, kemahiran teknologi maklumat dan penguasaan menggunakan aplikasi Google
Classroom. Guru juga akan memperkenalkan kepada pelajar maklumat awal terhadap kursus
mata pelajaran Pendidikan Islam sepanjang proses PdPr berlangsung. Misalnya, guru akan
mendedahkan kepada pelajar tentang objektif pengajaran, deskriptif pengajaran, topik dan juga

9
sub-topik yang akan dipelajari. Guru pendidikan Islam juga akan menyatakan segala
maklumat bahan pengajaran nota dan latihan yang akan dimuat naik ke dalam platform
Google Classroom dengan tersusun agar pelajar mudah mencari. Aplikasi Google Classroom
juga akan mewujudkan pengumuman atau tajuk pengajaran, penilaian kuiz, ujian dan
peperiksaan akhir, tutorial, rekod kehadiran serta minggu ulang kaji. Berikut beberapa
gambaran aplikasi Google Classroom:

1. Pengumuman (Announcement)
pengumuman mengandungi segala bentuk maklumat, peringatan, informasi, berkaitan
subjek pelajaran seperti pengajaran pendidikan Islam. Pengumuman juga termasuk
perkara-perkara berkaitan subjek serta tarikh-tarikh penting pelajaran. perkara ini
bertujuan untuk memudahkan pelajar mengetahui segala informasi terkini yang
disampaikan oleh guru dari masa ke semasa. Guru juga akan memaklumkan kepada
pelajar melalui aplikasi telefon pintar seperti aplikasi whatsapp bagi mendapat
maklumat terkini berkaitan Google Classroom.
2. Tajuk
Guru akan menyediakan satu platform atau bahan pengajaran pada setiap minggu
seperti yang telah diterangkan oleh guru. Guru juga akan meletakkan beberapa
bahagian tajuk dengan memberi penerangan bentuk bahan pengajaran yang akan
dikongsikan bersama pelajar seperti nota, rujukan, penjelasan, rakaman video,
YouTube, Slide Show dan sebagainya berkaitan yang dengan tajuk. Apabila pelajar
selesai melaksanakan tugasan seperti pelajar sudah membaca dan memahami pelajar
akan memaklumkan kepada guru secara individu. Seandainya, pelajar tidak memahami
atau tidak menguasai tajuk tersebut pelajar boleh mengemukakan soalan kepada guru
pendidikan Islam. Perkara ini bertujuan bagi membantu guru mengetahui bahawa
bahan bantu mengajar yang digunakannya bersesuaian ataupun telah berjaya
diaplikasikan oleh pelajar.
3. Penilaian Pentaksiran
Penilaian dilakukan melalui kuiz, ujian dan peperiksaan akhir yang telah diberikan
oleh guru pada waktu yang telah ditetapkan. Manakala, penulisan ataupun tugasan
yang dilakukan oleh pelajar akan diletakkan di bahagian penilaian. Pelajar menghantar
tugasan yang diberikan guru akan menyemak tugasan tersebut. Guru akan

10
memulangkan kembali tugasan yang dilakukan oleh pelajar berserta markah atau
penilaian yang diperolehi oleh pelajar. Pelajar akan diberi markah melalui ruangan
„great‟ dalam Google Classroom.
4. Tutorial
Melalui tutorial pelajar akan diberi latihan setiap kali guru melakukan perbincangan
terhadap sesuatu tajuk. Misalnya, tajuk berkaitan hikmah ibadah haji dan umrah. Guru
juga akan melakukan kelas PdPr secara berinteraksi antara dua hala dengan pelajar
pada waktu yang ditetapkan oleh guru tersebut. Setelah selesai perbincangan pelajar
dapat melihat hasil perbincangan dan jawapan daripada soalan tutorial yang gelak
dilaksanakan oleh pelajar. Pelajar yang mengalami masalah keciciran pelajaran atau
perbincangan boleh melihat atau merujuk semula di ruangan tutorial.
5. Rekod Kehadiran
Merekod kehadiran pelajar melalui penilaian kuiz ujian dan peperiksaan akhir yang
akan direkodkan dan diletakkan di bahagian rekod kehadiran. Sebelum menjawab
soalan tugasan pelajar akan mengisi borang kehadiran pelajar yang telah disediakan di
ruang khas kehadiran pelajar. Seandainya, pelajar tidak dapat hadir atau sebagainya,
pelajar dapat mengisi borang ketidakhadiran. Perkara ini bertujuan melihat kesediaan
pelajar untuk menerima sesi soal jawab. Hal ini secara tidak langsung membantu guru
mengetahui pelajar yang hadir dan tidak hadir serta guru dapat mengambil tindakan
kepada pelajar yang tidak hadir ke kelas.
6. Minggu Ulang kaji
Pada bahagian minggu ulang kaji merupakan satu platform melihat kesediaan pelajar
menghadapi penilaian akhir semester dan mengulangkaji semua tajuk-tajuk yang tidak
difahami oleh pelajar sepanjang proses PdPr berlaku. Sekiranya pelajar sukar
menjawab soalan guru akan memberi jawapan dan guru akan meneliti sejauh mana
ketidakfahaman pelajar tersebut.

CABARAN PEMBELAJARAN SECARA MAYA

Terdapat beberapa cabaran dan isu yang dibangkitkan semasa proses PdPr berlangsung. Hal
ini menunjukkan pelajar akan menghadapi masalah apabila proses pembelajaran secara maya

11
berlaku. Cabaran yang ketara dihadapi oleh pelajar adalah ketiadaan capaian internet
menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran mengikut pembelajaran secara atas talian yang
dikendalikan oleh guru. Perkara ini disokong oleh Zawiah binti Bahrom (2020), beliau
menyatakan sepanjang tempoh pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
berlangsung, kebanyakan pelajar lebih gemar menggunakan aplikasi, „'whatsapp” sahaja bagi
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah (Pdpr) yang dilaksanakan oleh
guru. Permasalahan ini berlaku disebabkan sebilangan daripada pelajar mengalami masalah
tidak dapat mengakses internet kerana capaian internet yang terhad. Melalui penelitian
permasalahan ini berlaku disebabkan capaian internet yang sukar diakses kerana pelajar
berada di kawasan yang terbatas seperti kawasan pendalaman, desa atau lebih dikenali dengan
panggilan kampung serta kawasan yang memiliki kadar capaian internet yang terbatas.

Permasalahan ini boleh mendatangkan masalah yang berat kepada pelajar kerana
pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas secara atas yang dikendalikan oleh
guru. Pelajar juga akan mengalami keciciran dalam pembelajaran disebabkan ketidakhadiran
pelajar ketika proses PdPr. Menurut kenyataan prof Madya Dr Mahizer Hamzah, Anuar
Ahmad, Ahmad Naim Tahir dan Ihsan Noorzali (2020) menyatakan kemudahan infrastruktur
dan infostruktur merupakan kombinasi yang saling memerlukan sekiranya berlaku kegagalan
antara salah satu sektor tersebut akan menyebabkan proses pembelajaran secara maya
terbantut. Namun begitu, sebahagian pelajar juga mengalami capaian Internet yang baik tetapi
terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar tidak dapat hadir ketika proses PdPr
berlangsung. Faktor-faktor tersebut adalah disebabkan berlakunya konflik keluarga, faktor
kemiskinan dan faktor yang lain. Kenyataan ini bersesuaian dengan pendapat prof Madya
doktor Azlin Norhaini (2020), menjelaskan pensyarah di fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia juga mengalami gangguan pembelajaran seperti faktor kemiskinan,
konflik keluarga, media massa, sosial, agama serta politik.

Di samping itu, cabaran ini juga dirasai oleh guru pendidikan Islam kerana guru
pendidikan Islam mengalami masalah untuk menarik perhatian pelajar dalam menyertai proses
PdPr. Melalui penelitian pelajar yang kurang berminat adalah pelajar yang lemah dalam
akademik. Misalnya, pelajar mengalami kesukaran untuk melakukan pembelajaran secara
tasmik. Pembelajaran secara tasmik adalah pengajaran bidang al-Quran yang mana guru

12
menggunakan pedagogi pendidikan talaqqi musyafahah kepada pelajar. Melalui proses talaqqi
adalah satu proses pengajaran yang melibatkan interaksi guru dan pelajar secara bersemuka
ketika sesi pengajaran berlaku. Proses pengajaran dan pembelajaran ini juga dikenali sebagai
proses pengajaran tilawah al-Quran berdasarkan hafalan dan bacaan secara individu atau
berkumpulan yang dikendalikan oleh guru pendidikan Islam. Menurut Siti Aisyah & Hafizhah
(2020), musyafahah pula membawa pengertian dari aspek bahasa dan istilah iaitu satu gerakan
bibir atau sebutan yang digerakkan serta di dikendalikan oleh guru pendidikan Islam dengan
guru menyebut huruf atau kalimah ayat al-Quran dengan member dengan menggunakan
pergerakan dua bibir tersebut. Proses pengajaran bidang al-quran ini menyebabkan guru dan
pelajar mengalami masalah dalam pemantauan bacaan secara hafalan. Guru juga ada
menggunakan alternatif seperti melakukan panggilan telefon mesej aplikasi “whatsapp” serta
telegram namun, mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan daripada pelajar.
Permasalahan ini menyebabkan interaksi antara guru dan pelajar terbantut.

Cabaran yang ketara dilihat dari aspek peranan ibu bapa yang kurang
memberangsangkan. Bersesuaian dengan penyataan Irfan Fauzi dan Iman Hermawan Sastera
Khususnya (2020), ketidakhadiran pelajar berlaku disebabkan kurangnya kerjasama dan
dorongan yang di tunjukkan oleh ibu bapa pelajar tersebut. Perkara ini boleh menyebabkan
pelajar keciciran dalam pembelajaran kerana guru pendidikan Islam tidak dapat memberi
bimbingan kepada pelajar. Sewajarnya, ibu bapa memberi sokongan, dorongan dan bimbingan
kepada pelajar dan ibu bapa perlulah mengambil berat dengan bekerjasama antara guru bagi
melihat perkembangan akademik pelajar.

Justeru itu, cabaran lain yang di hadapi oleh pelajar adalah penyampaian pengajaran
guru pendidikan Islam yang kurang jelas dan praktikal. Ketika proses PdPr berlaku pelajar
mengalami masalah dengan penyampaian guru pendidikan Islam kerana terdapat beberapa
topik mata pelajaran Pendidikan Islam yang memerlukan keterangan yang lebih jelas serta
terperinci dan memerlukan praktikal agar pelajar memahami pembelajaran yang disampaikan.
Sebagai contoh, topik berkaitan amali solat, mengambil wudhu, tayamum, solat jenazah dan
sebagainya. Namun, isu ini turut dirasai oleh mata pelajaran yang lain seperti mata pelajaran
bidang sains, bidang kemahiran dan matematik kerana pembelajaran ini memerlukan
penggunaan bahan-bahan radas dan kelengkapan yang lain. Keadaan ini dapat menyebabkan

13
tahap kefahaman dan penguasaan pembelajaran yang berasaskan topik yang memerlukan
praktikal dan penjelasan akan menjadikan proses PdPr kurang memberangsangkan atau
berkesan. Isu dan cabaran yang timbul ini akan menjadi penyebab yang membimbangkan
kepada proses pertumbuhan pelajar akan terganggu. Kekurangan kefahaman terhadap sesuatu
pelajaran Pendidikan Islam terutamanya dalam aspek proses mengambil wudhu akan
menyebabkan pelajar tidak menghayati dan tidak mengaplikasikan pengajaran tersebut dengan
cara yang betul dalam kehidupan seharian pelajar.

Cabaran dan isu yang diketengahkan terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom
adalah kekurangan penyertaan secara aktif dari semua pelajar. Hal ini menunjukkan rekod
interaksi daripada Google Classroom memperlihatkan bahawa hanya beberapa kumpulan
sahaja atau daripada kumpulan yang sama selalu berinteraksi dengan pensyarah dengan guru
serta rakan lain. Namun, segelintir pelajar mengambil langkah untuk berdiam diri tanpa
memberi maklum balas kepada guru pendidikan Islam terutamanya pelajar yang menghadapi
masalah akademi, pelajar yang ketiadaan capaian internet yang stabil, kekurangan gajet yang
bersesuaian untuk pembelajaran atau keadaan di rumah yang tidak bersesuaian untuk
melaksanakan pembelajaran secara maya.

KESAN POSITIF PEMBELAJARAN SECARA MAYA

Berdasarkan permasalahan dan cabaran yang timbul terdapat juga impak positif daripada
pembelajaran secara maya yang dijalankan ketika pandemik Covid-19 berlaku. Impak positif
yang diperolehi oleh pelajar adalah sektor pendidikan Islam yang melibatkan guru pendidikan
Islam pada masa kini dapat membentuk perisian melalui penglibatan elemen pendidikan
interaksi. Melalui kenyataan Abd Hakim et al. (2018) dan Hisham et al. (2020), Menjelaskan
bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT dan pengajaran dari
bentuk interaksi akan menarik minat pelajar kerana pembelajaran secara interaksi akan
menimbulkan sifat kreatif, inovatif, menyeronokkan dan menarik serta pembelajaran secara
ICT dapat dicapa di mana-mana tempat.

Melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mewujudkan satu suasana baharu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Oleh itu, Kementerian Pendidikan

14
Malaysia telah memperkenalkan aplikasi Google Classroom sebagai satu permudahcara
kepada pelajar dan guru Pendidikan Islam dalam proses PdPr. Penggunaan aplikasi Google
Classroom adalah satu peluang kepada guru pendidikan Islam untuk mengaplikasikan pelbagai
kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif. Pelajar juga mendapat manfaat melalui
pengajaran secara maya iaitu penggunaan aplikasi Google Classroom adalah satu alternatif
terbaik untuk merangsang minat pelajar dan dapat meningkat ilmu pengetahuan dan
kemahiran teknologi pelajar. Hai ini demikian, sebelum berlakunya pandemik Covid-19
pelajar kurang diberi pendedahan untuk menggunakan medium pengajaran dan pembelajaran
secara maya ketika di sekolah. Sebelum pandemik Covid-19 pelajar kurang berpeluang
menggunakan medium pembelajaran secara maya disebabkan beberapa faktor iaitu apabila
pelajar berada di rumah ianya tidak mempunyai akses Internet dan di sekolah pula pihak
sekolah juga kekurangan infrastruktur atau kekurangan kelengkapan sistem pembelajaran
secara maya di bilik darjah. Berdasarkan penyataan tersebut dapat dilihat bahawa sekolah
mengalami masalah kekurangan kemudahan walaupun, setiap sekolah telah menyediakan
makmal komputer iaitu bilik, ICT.

Fenomena pembelajaran secara maya ketika pandemik Covid-19 ini telah


mencetuskan satu gelombang baharu kepada para pendidik dan pelajar. Para pendidik perlu
berusaha meningkatkan kemahiran pedagogi dan berusaha menguasai kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi agar segala pengajaran yang disampaikan kepada pelajar berkesan.
Menurut pendapat Mulatsih (2020) menyatakan bahawa impak pembelajaran secara maya
seperti kewujudan pengajaran melalui YouTube, Google Classroom, Google Drive, Google
Form, dan Quiz dalam PdPr dapat digunakan dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Berdasarkan
kajian yang dilakukan oleh Muhd. Yusof dan Tahir (2017), memperlihatkan aplikasi media
sosial seperti YouTube atau Google Classroom merupakan satu medium yang memudahkan
pelajar untuk melihat sesuatu perkara berdasarkan simulasi dan realistik. Pembelajaran secara
maya yang dijalankan pada masa kini telah membantu sistem pendidikan negara dalam
memastikan proses PdP dapat dilaksanakan. Melalui proses pembelajaran secara maya
membawa kesan positif kepada penghasilan bahan interaktif dan aplikasi pembelajaran secara
maya menjadikan sektor Pendidikan Islam kepada satu lebaran transformasi menerusi revolusi
4.0 dengan lancar dan meluas.

15
PERBINCANGAN

Melalui penelitian terhadap dapatan kajian lepas yang dijalankan oleh NorZanira Abdul
Manan dan Hafizul Fahri Hanafi (2019) menyatakan tahap kesediaan pelajar terhadap
penggunaan aplikasi Google Classroom berada pada tahap yang sederhana. Namun begitu,
bertentangan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Nor Jeya & Brandford (2018) serta
kajian Haggag (2019), yang menjelaskan bahawa tahap kesediaan dan penerimaan pelajar
penggunaan aplikasi Google Classroom berada pada tahap tinggi melalui subjek pendidikan
Islam dan pendidikan Inggeris. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan
perbezaan yang ketara, perkara ini mungkin disebabkan penggunaan aplikasi Google
Classroom sebagai media pembelajaran yang baharu kerana belum sepenuhnya diterokai oleh
pelajar. Justeru itu, dapat dijelaskan bahawa perbezaan atau pertikaian terhadap persepsi
pelajar pendidikan Islam berbeza kerana tahap penguasaan penggunaan aplikasi Google
Classroom masih belum diterokai sepenuhnya oleh pelajar serta beberapa kekangan yang
menjadi faktor persepsi pelajar berbeza.

CADANGAN KAJIAN

Melalui hasil kajian yang berdasarkan analisis dokumen, pengumpulan maklumat-maklumat


dan bahan-bahan kajian yang lepas, lalu terdapat beberapa cadangan yang telah dikenal pasti
dan boleh menjadi rujukan kepada penyelidikan yang bakal dilakukan. tiga kumpulan sasaran
yang berpengaruh kepada pelaksanaan aplikasi Google Classroom iaitu guru, pelajar dan ibu
bapa. Justeru itu, pihak sekolah perlu mengadakan satu program yang dijalankan bagi
meningkatkan kemahiran guru, pelajar dan ibu bapa agar dapat saling berinteraksi serta
berkongsi maklumat terkini melalui penggunaan aplikasi Google Classroom kerika PdPr.

Berdasarkan kajian lepas yang dijalankan oleh Norazilawati et al. (2013), penyelidik
telah menyatakan cadangan terhadap pihak sekolah agar menjelaskan matlamat dan visi
pelaksanaan pembelajaran maya di setiap sekolah masing-masing. Sekirannya, pihak sekolah
memiliki kesadaran terhadap kepentingan pelaksanaan proses PdPr ketika krisis pandemik
Covid-19 maka, pihak sekolah akan mengambil langkah proaktif dengan menyediakan bahan

16
sokongan dan membekalkan latihan kepada guru pendidikan Islam supaya memiliki
kemahiran teknologi maklumat khususnya terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom.

Walau bagaimanapun, bagi membiasakan pelajar dengan aplikasi Google Classroom


ianya memerlukan sokongan luar seperti menganjurkan program peningkatan kemahiran
teknologi maklumat. Guru pendidikan Islam seharusnya memastikan pelaksanaan penggunaan
aplikasi Google Classroom digunakan oleh pelajar secara berterusan dan pihak sekolah perlu
menyediakan jadual pemantauan tugasan supaya peningkatan prestasi guru dapat dikenal pasti.

Di samping itu, pihak yang terlibat dalam pembangunan kurikulum pendidikan mata
pelajaran pendidikan Islam disarankan supaya menyemak semula kandungan silibus
pendidikan Islam. Hal ini disebabkan, bebanan tugasan yang dihadapi oleh guru pendidikan
Islam serta dapat dilihat bahawa pelaksanaan penggunaan aplikasi Google Classroom yang
sistematik ketika proses PdPr akan meningkatkan impak positif terhadap persespi guru
pendidikan Islam. Namun, pihak guru pendidikan Islam juga perlulah lebih optimis, proaktif
dan bermotivasi dengan menggunakan aplikasi Google Classroom serta melakukan pedagogi
yang lebih menarik agar penggunaan aplikasi ini dapat ditingkatkan semasa krisis pandemik
Covid-19.

HIKMAH PENDIDIKAN KETIKA PANDEMIK COVID-19

Para pendidik perlu menghayati corak baru pengajaran secara atas talian bagi
memperkukuhkan sistem pendidikan di Malaysia. Bagi merealisasikan matlamat pembelajaran
abad ke-21 iaitu memupuk pelajar berpengetahuan dan memiliki kemahiran teknologi sejajar
dengan perkembangan pendidikan negara. Impak positif daripada hikmah pandemik Covid-19
ini memberi dorongan kepada guru dan murid dalam menghadapi norma baharu. Berikut
adalah perspektif hikmah pendidikan ketika pandemik Covid-19:

i. Kepelbagaian Pendekatan Pedagogi

Para pendidik telah diberi pendedahan dan latihan berkaitan pendekatan pedagogi
pendidikan. Ilmu pengetahuan serta kemahiran yang dimiliki oleh pendidik dapat
dipraktikkan dalam PdPr semasa krisis pandemik Covid-19. Misalnya, para pelajar

17
perlu menggunakan aplikasi Google Classroom yang melibatkan komunikasi interaksi
antara guru dan pelajar melalui perlaksanaan tugasan, pertemuan realiti, kuiz dan
sebagainya. Tugas para pendidik meningkatkan kreativiti dan berinovatif bagi menarik
minat murid mempelajari pengajian semasa PdPr.

ii. Mempersiapkan pendidikan pada era-globalisasi

Pandemik Covid-19 telah membawa pengalaman berguna untuk generasi masa


hadapan iaitu tidak ada alasan untuk memutuskan sistem pendidikan ketika krisis
pandemik Covid-19 berlaku. Oleh itu, tanpa sistem pendidikan dan tiada aktiviti
perkembangan ilmu pengetahuan akan menyebabkan perancangan negara untuk
memperkasakan pendidikan akan terbantu. Pihak KPM dan para pendidik perlu
bersama berkomunikasi bagi meningkatkan mutu pendidikan ketika krisis pandemik
ini.

iii. Memahami sistem pendidikan terhadap keutamaan Islam

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika krisis pandemik Covid-19 melihat
kepada aspek penjagaan maqasid nyawa (hifz al-nafs) iaitu pendekatan penjagaan
keselamatan. Situasi pandemik masih belum kritikal untuk golongan pendidikan
menjalankan aktiviti pengajian kerana segala kemudahan telah disediakan oleh pihak
kerajaan. Pelajar juga perlu mengambil peranan sebagai pelajar yang berdisiplin agar
pelajar tidak mengalami keciciran dalam pengajaran.

KESIMPULANNYA

Melalui penggunaan aplikasi Google Classroom telah membawa lembaran baharu dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Suasana pembelajaran yang berinteraktif adalah sejajar dengan
perkembangan pendidikan di dunia pada era krisis pandemik Covid-19. Kajian ini telah
membincangkan cabaran yang menjadi faktor kelemahan penggunaan aplikasi Google
Classrrom dalam proses PdPr ketika krisis pandemik Covid-19. Kajian ini juga melihat tahap
persepsi pelajar pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom sebagai
alternatif proses PdPr ketika krisis pandemik Covid-19. Penggunaan aplikasi Google

18
Classroom telah menyediakan platform baharu dalam sistem pendidikan dan guru juga dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan kemahiran
teknologi guru pendidikan Islam.

Berdasarkan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa jika tahap persepsi pelajar
pendidikan Islam adalah positif terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom semakin
tinggi dan memberangsangkan, maka secara tidak langsung penggunaan aplikasi Google
Classroom telah berjaya membangunkan sistem pembelajaran secara maya ketika krisis
pandemik Covid-19 ini berlaku. Kejayaan melalui pembelajaran secara maya akan memberi
penanda aras kepada kemajuan sistem pendidikan negara. Kaedah pengajaran yang berasaskan
teknologi telah membantu guru untuk meningkat ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi
guru pendidikan Islam. Hal ini kerana, teknologi maklumat mampu membuktikan guru
pendidikan Islam berpotensi menyediakan pelajar yang mampu mengharungi kehidupan pada
era globalisasi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang timbul dalam penggunaan aplikasi Google
Classroom ini, masalah ini jelas mampu diatasi oleh semua pihak dari semasa ke semasa.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya lebih berusaha mencari resolusi terbaik
dalam menengani masalah yang timbul ketika proses PdPr berlaku. Olrh itu, diharapkan para
pendidik lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pedagogi serta
mengfokuskan penggunaan teknologi maklumat yang kerana ianya adalah satu keperluan yang
sangat penting ketika krisis pandemik Covid-19.

19
RUJUKAN

Bayu Kurniawan, Agus Purnomo & Idris. 2020. Pelatih Penggunaan Aplikasi Google
Classroom Sebagai Upaya Peningkatan Pembelajaran Online Bagi Guru Mata Pelajaran
IPS. International Journal Of Community Service Learning. 4(1): 1-9.
Baiq Rika Ayu Febrilia, Ita Chairun Nissa, Pujilestari & Dwi Utami Setyawati. 2020. Analisis
Keterlibatan Dan Respon Mahasiswa Dalam Pembelajaran Daring Menggunakan Google
Classroom Di Masa Pandemik Covid-19. Jurnal Pendidikan Matematika dan Matematika.
6(2): 175-184.
Hapini Awang, Zahurin Mat Aji, Wan Rozaini Sheikh Osman, Erwani Kamruddin,
Abdulrazak F.,Shahatha Al-Mashhadani & Shakiroh Khamis. 2020. Cabaran Dalam
Melaksanakan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi: Analisis Kes Persekitaran
Pembelajaran Maya-Frog Serta Strategi Untuk Melestarikan Penggunaan Google
Classroom Dalam Kalangan Guru. Journal Of Education Research And Indigenous
Studies. 1(1).
Hemi Ratnawati & Dwi Sulisworo. 2021. Efektivitas E-Learning Berbasis LMS Google
Classroom Dengan Strategi Discovery Learning Materi Fluida Statis SMA. Jurnal
Penelitian Pendidikan Fisika. 6(2): 137-154.
M. Kaviza, Shaharudin Saad & Asiah Dahaman. 2021. Kesan Pembelajaran Abad Ke-21
Melalui Aplikasi Google Classroom Terhadap Pencapaian Penguasaan Pengetahuan
Sejarah. Journal Of ICT In Education. 8(1): 92-103.
Mohd Rohimi Subri, Rohizani Yaakub & Azlinda Boheran Nudin. 2021. Pelaksanaan
Pengajaran Guru Cemerlang dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Ketika Pandemik
Covid-19: Satu Kajian Kes. PENDETA Journal of Malay Language, Education and
Literature. 12(3): 21-32.
Rachel lyne G. Pius, Anuar Ahmad, Norasmah Othman. 2021. Aplikasi Google Classroom
Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Journal Dunia Pendidikan. 3(1): 12-25.
Ribhan Binti Ibrahim dan Asmah Binti Nohd Subari @Sarman. 2021. Perspektif Hikmah
Pendidikan Atas Talian Ketika Wabak Covid-19. JQSS-Journal of Quran Sunnah
Education and Special Needs.5. 45-63
Su Wan Jen, Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore. 2020. Keberkesanan Penggunaan Google
Classroom dalam Pendidikan: Sorotan Literatur Bersistematik. Jurnal Dunia Pendidikan.
2(4): 39-53.
Siti Aisyah Ibrahim. 2021. Pandemik Covid-19: Cabaran Dan Impak Dalam Pendidikan Islam
Pembelajaran Murid. International Journal Of Advanced Research In Islamic Studies And
Education (ARISE). 1(1): 89-94.
Siti Asmah Mohamed & Maisurah Shamsuddin. 2020. Googe Classroom Sebagai Sistem
Pengurusan Pembelajaran (LMS) MOD Atas Talian Utuk Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jurnal Jabatan Sains
Komputer & Matematik. 66-75.

20
Zawiah binti bahrom. (2020). Pedagogi Norma Baharu: Cabaran Dan Hikmah. Jurnal Refleksi
Kepimpinan Jilid III. 74-85.

21

Anda mungkin juga menyukai