Anda di halaman 1dari 2

KESAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI MELALUI PENJAJAHAN

BENTUK PEMIKIRAN DAN BUDAYA

Antara kesan perkembangan teknologi dan komunikasi melalui penjajahan dalam bentuk
pemikiran ialah melahirkan masyarakat yang lebih berilmu.Seniman German iaitu Johannes
Gutenberg telah mencipta kaedah mencetak pada pertengahan 1400 dan dalam 50 tahun
selepas itu,seluruh Eropah telah menggunakan teknologi tersebut dan akhirnya tersebar ke
serata dunia.Penciptaan teknologi mesin pencetak bertujuan untuk menghasilkan lebih banyak
buku agar setiap masyarakat pada waktu itu mampu mempunyai buku mereka sendiri.Hal ini
juga mencetus lebih ramai masyarakat yang berminat untuk melahirkan lebih karya buku
kerana mudah untuk mengahsilkan dalam kuantiti yang banyak bagi dijual di pasaran.Dengan
adanya buku pada setiap masyarakat,ini menjadikan masyarakat menjadi lebih berilmu dan
pemikiran mereka akan menjadi lebih terbuka.Hal ini jelas menujukkan bahawa teknologi mesin
cetak dari Barat telah menghasilkan lebih ramai masyarakat yang berilmu kerana masyarakat
mampu memiliki buku mereka sendiri.

Selain itu,kesan perkembangan teknologi dan komunikasi melalui penjajahan dalam bentuk
budaya ialah menggantikan budaya hiburan tradisional dangan hiburan moden.Pada tahun
1956,syarikat US iaitu Ampex telah mencipta perakam video dan ini telah diinovasikan oleh
sebuah syarikat firma di Jepun iaitu Sony melalui penciptaan kaset video.Dengan penciptaan
video kaset tersebut,kebanyakan masyarakat lebih tertarik untuk menonton hiburan melalui
video kaset berbanding menonton hiburan tradisional seperti opera kerana video kaset lebih
mudah ditonton.Para penonton tidak perlu ke mana-mana dan hanya menonton hiburan
tersebut di rumah.Hal ini menjadikan teknologi ini akhirnya tersebar luas ke serata dunia dan ini
telah mengubah budaya masyarakat di kebanyakan negara.

Seterusnya,kesan perkembangan teknologi dan komunikasi melalui penjajahan dalam bentuk


budaya ialah memudahkan komunikasi dalam masyarakat.Pada tahun 1876,Alexander Graham
Bell telah mencipta telefon.Telefon ini berupaya untuk menghubungkan seorang individu itu
dapat beriteraksi dengan individu yang lain walaupun tidak berada di tempat yang
sama.Sebelum adanya telefon,masyarakat berinteraksi dan menghantar isyarat melalui cara
tradisional seperti isyarat dari bunyi drum dan terpaksa menggunakan suara yang
lantang.Dengan adanya teknologi telefon,hal ini membolehkan masyarakat mampu beriniteraksi
dengan lebih mudah.Penciptaan telefon ini akhirnya telah digunakan di seluruh dunia dan ini
menggantikan budaya tradisional masyarakat berhubung sebelum ini.Jelaslah bahawa
perkembangan teknologi dan komunikasi telah memudahkan komunikasi antara masyarakat.

Buku Communication : the impact of science and technology


By Solway, Andrew
Buku The impact of technology on Asian, African, and Middle Eastern library collections by
Lanham, Md. : Scarecrow Press

Anda mungkin juga menyukai