Anda di halaman 1dari 8

Iman, Islam

dan Ihsan
Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah
Iman
❑ Iman dari segi bahasa ialah membenarkan
❑ Ibn Kathir juga turut mengatakan iman dari segi bahasa
adalah membenarkan atau semata-mata membenarkan
❑ Takrif iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan
oleh Ali bin Abi Talib RA yang bermaksud:

“iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar


dengan hati dan perbuatan dengan anggota”
Imam Al-Ghazali menghuraikan makna iman adalah
pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan
itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun
(anggota-anggota)

Iman pada maknawi sebenar ialah membenarkan dengan


hati, menyatakan dengan lisan dan melakukan dengan
anggota badan. Secara ringkasnya, orang yang beriman
ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal
Islam
❑ Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab yang bermaksud
sejahtera, aman, harmoni dan dirujuk
❑ Dari segi istilah, memberi makna menyerah diri kepada
pencipta yang Maha Berkuasa dengan penuh keyakinan dan
mentauhidkannya serta melaksanakan segala suruhan dan
meninggalkan larangan-Nya.
❑ Maksud Islam ialah agama ciptaan Allah yang lengkap lagi
sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang
merangkumi penyusunan kehidupan manusia, baik yang
perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan
kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan
Ihsan
❑ Ihsan itu ialah bahawa “kamu menyembah Allah seolah-olah
kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya,
maka sesungguhnya Dia melihat kamu”

❑ Pengertian berdasarkan hadith Riwayat Muslim daripada


Saidina Umar bin Al-Khattab RA ialah mengabdikan diri
kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda
melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-
Nya maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu.
Maksudnya, kita perlu ikhlas dalam beribadah atau ikhlas
melaksanakan Islam dan Iman.
Perbezaan Bagi Islam, Iman
dan Ihsan
➢ Islam
i. Mentauhidkan Allah Subhanahu wa ta’ala
ii. Mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah
iii. Menunaikan rukun Islam yang difardhukan serta mengikuti ajaran yang
dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad Shallahu ‘alaihi wa sallam
➢ Iman
i. Membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan
ajaran-ajaran Allah Subhanahu wa ta’ala yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad Shallahu ‘alaihi wa sallam
ii. Memahami serta menghayati rukun iman dengan penuh keyakinan
iii. Melibatkan tiga unsur iaitu mengakui dalam hati Islam adalah agama yang
benar, menyatakan dengan lidah Islam adalah agama yang benar dan
mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung dalam syariat Islam
➢ Ihsan
i. Melakukan ibadat dengan khusyuk dan ikhlas serta yakin bahawa Allah Subhanahu
wa ta’ala sentiasa mengawasi setiap perbuatannya
ii. Melakukan ibadah dengan ikhlas hanya kerana Allah
iii. Sentiasa mengingati Allah dan memuji kebesaran Allah Subhanahu wa ta’ala
‫جزاكم هللا الخي‬
Terima Kasih
Thank you!

CREDITS: This presentation template was created by


Slidesgo, including icons by Flaticon, infographics &
images by Freepik

Anda mungkin juga menyukai