Anda di halaman 1dari 6

BAB 2

Objektif Pengurusan Islam


Asmahan Mokhtar, Nurshahiza Mohamad Isa

Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat penting. Di antara kepentingan objektif
termasuklah: (Rasid Muhamad : 2011)
1. Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang
hendak dicapai. Ia menjadi garis panduan yang hendak dituju oleh sesebuah organisasi
2. Dengan adanya objektif yang jelas, membolehkan segala sumber yang ada serta segala usaha dapat
digerakkan kea rah pencapaian objektfif yang telah digariskan.
3. Melalui objektif juga membolehkan perancangan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan
mengambilkira realiti masa kini, pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan.
4. Di samping itu, objektif juga membolehkan pengukuran dilakukan dengan sebaik mungkin
terhadap pencapaian diperolehi. Ia akan mengenalpasti masalah dan cabaran pendekatan yang
dilakukan untuk menghadapi masalah datang.

Objektif umum sesebuah organisasi seharusnya tidak lari dari matlamat umum syari’ah Islamiah iaitu:
(Rasid Muhamad : 2011)
1. Menjaga keselamatan agama Menjaga keselamata agama merupakan matlamat syariah yang
pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim. Agama menjadi pemisah kualiti sebenar
seorang muslim dan ia berkait rapat dengan soal akidah. Dalam konteks organisasi, aspek
keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak
bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang
dianuti seseorang. Sebaliknya kegiatan yang meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu
dibudayakan
2. Menjaga keselamatan jiwa(nyawa) Salah satu tujuan atau maqasid al-syariah ialah menjaga dan
memelihara jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia. Ia mewajibkan seseorang itu memelihara
nyawanya sendiri dan juga nyawa orang lain. Ini sejajar dengan firman Allah: Bermaksud:
“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, Kami tetapkan atas Bani Israil,
bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan
membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia
telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang
manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” (al-
Maidah:32) Keterangan ayat di atas menjelaskan bahawa nyawa perlu dipelihara oleh setiap
individu. Oleh itu, dalam konteks organisasi, persoalan keselamatan harus diberi keutamaan. Ini
termasuklah unsur keselamatan di tempat kerja atau di lapangan perlu dititikberatkan. Segala
kegiatan yang boleh menggugat atau mengancam nyawa manusia hendaklah dihindarkan.
3. Menjaga keselamatan akal. Menjaga akal dan pemikiran merupakan di antara matlamat syariah
Islam. Oleh itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang paling
berharga kepada manusia. Ia juga merupakan keistimewaan yang membezakan manusia
berbanding makhluk yang lain. Akal bukan sahaja perlu dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya
demi kebaikan ummah secara keseluruhan. Oleh itu, segala bentuk unsur yang boleh merosakkan
akal adalah dilarang sama sekali, termasuklah minum arak, dadah serta memikirkan perkara yang
tidak terjangkau oleh akal manusia Ini berdasarkan firman Allah: Bermaksud: “Wahai orang-orang
yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan
batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan . Oleh itu
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” Al-Maidah:90
4. Menjaga keselamatan Maruah. Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu
matlamat syariah. Oleh itu segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan
keturunan manusia adalah dilarang sama sekali. Ini sejajar dengan firman Allah : Bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Al-Isra’:32 Dalam konteks organisasi,
perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zina dan mencabul kehormatan orang lain
hendaklah dihalang dengan segera. Ini dapat dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran
beragama serta mewujudkan budaya yang boleh mengukuhkan nilai dalaman dan akhlak pekerja.
Dengan itu, organisasi dapat dillihat sebagai bersih dari pelbagai unsur negatif yang boleh
menjatuhkan maruah warganya serta merendahkan reputasinya di kalangan masyarakat.
5. Menjaga keselamatan harta Menjaga harta dan pemilikan merupakan salah satu tujuan atau
maqasid alsyariah. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya: Bermaksud: “Dan orang lelaki
yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka
sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman
pencegah dari Allah, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”(al-Maidah:38)
Pengertian ayat di atas menjelaskan bahawa tidak ada seseorang pun yang dibenarkan melakukan
pencerobohan terhadap harta orang lain. Justeru itu, setiap individu diberikan kebebasan untuk
mencari, memiliki serta menggunakan harta dengan cara yang halal. Dalam hal ini, warga
organisasi hendaklah memelihara harta organisasi, menggunakannya secara berhemah dan tiada
berlaku pemborosan. Warga organisasi hendaklah memastikan diri mereka memperolehi harta
yang halal dan menjauhinya daripada mendapatkannya dengan cara yang salah seperti rasuah,
salahguna kuasa dan sebagainya. Segala amalan yang baik tersebut perlu dijadikan budaya di
kalangan warga organisasi. Dengan itu, pendapatan yang diperolehi akan bersih dan diberkati
Allah. (Rasid Muhamad : 2011)

Oleh itu bagi mencapai objektif pengurusan Islam, strategi, pendekatan, etika dan budaya yang
ingin dikembangkan di dalam sesebuah organisasi, perlulah seiring dengan matlamat syariah Islam di
samping mencapai matlamat khusus organisasi itu sendiri.
BAB 3
TERAS PENGURUSAN ISLAM

1. TAUHID
Pengesaan Allah SWT tanpa sekutu. Kemuncak kepada hubungan dengan Allah SWT

2. KHILAFAH
Manusia sebagai pemimpin di muka bumi yang ditaklif oleh Allah SWT tidak pada makhluk lain.
Kelebihan manusia pada akalnya

3. TASKHIR
ketundukan alam semesta kepada manusia sebagai khalifah
Imam Al-Asfahani menyebutkan makna taskhir adalah “pemberdayaan sesuatu untuk tujuan tertentu
secara paksa (tanpa alternatif)
Dalam Al-Qur’an setiap kali disebut kata sakhkhara, hampir selalu dimaksudkan untuk
menggambarkan bahwa segala ciptaan Allah di langit dan di bumi ditundukkan untuk mengikuti
sistem “sunnatullah” yang telah Allah letakkan

4. TAZKIYAH
Penyucian diri dan harta

5. KARAMATUL AL INSAN
Salah satu tanggungjawab utama pemimpin itu ialah memelihara karamatul insan iaitu menjaga
kehormatan diri ,memelihara moral dan keunggulan peribadi supaya dapat dijadikan contoh yang baik
oleh pengikutnya (Mohd Amin Salleh, 1990)
BAB 4
PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
1. AS- SYURA
Al-Syura bermaksud sebelum sesuatu keputusan itu dibuat, kita diwajibkan terlebih dahulu
mengadakan perbincangan. Ia bertujuan untuk memberi peluang penyertaan ahli di samping
mendapat keputusan majoriti.
Dalil yang berkaitan dengan prinsip Al-Syura, firman
Allah s.w.t yang bermaksud: “..dan bermesyuaratlah dengan mereka….. (Ali Imran: 159).
Dua skop syura dalam pengurusan Islam.
(a) Perlantikan khilafah/jawatan penting
(b) Membuat sesuatu keputusan.

2. AL ADALAH
Meletak sesuatu pada tempatnya

3. AL HURIYYAH
Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih melakukan sesuatu perkara di samping
mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Seseorang individu itu diberi hak untuk
beragama, berfikir, bersuara, mencari harta dan sebagainya mengikut batasan yang
dikuatkuasakan.
Dalil yang berkaitan Al-Hurriyyah, firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiada paksaan dalam
beragama” (Al-Baqarah: 265)

4. AL MUSAWAH
Ia bermaksud manusia adalah sama di sisi undang-undang yang telah diwajibkan oleh Allah
SWT.
Jenis-jenis persamaan:
1. Persamaan terhadap tanggungjawab undang-undang. Iaitu setiap individu sama ada majikan
atau pekerja hendaklah bertanggungjawab mentaati segala undang-undang yang telah
diwahyukan.
2. Persamaan dalam tanggungjawab terhadap hukuman. Kesalahan yang dilakukan hendaklah
ditanggung oleh pesalah tersebut dan tidak boleh ditanggung oleh orang lain.
3. Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.
BAB 5
HUKUM DAN PERATURAN SYAR'IE PENGURUSAN ISLAM

1. Wajib
(perintah buat) perintah Allah Ta'ala kpd sekalian mukallaf supaya melakukan sesuatu
secara suruhan yg jazam (putus) dan diberikan pahala kepada mereka yg melakukan
dan berdosa kepada mereka yg meninggalkannya.. cth : solat,puasa

2. Sunnat/Sunnah
(perintah buat) perintah Allah Ta'ala kpd sekalian mukallaf supaya buat tetapi dgn
cara tidak jazam/tidak secara putus dgn makna dapat pahala org yg melakukan dan
tidak berdosa kalau ditinggalkan. seperti : bersugi,sekalian solat2 sunat dll.

3. Harus
(tiada perintah) tidak perintah buat dan tidak perintah tinggal dan buat tidak dapat
pahala dan tinggal tidak dapat dosa.. cth : makan,minum,tidur dsbnya.

4. Haram
(perintah tinggal)perintah Allah Ta'ala kpd sekalian mukallaf supaya meninggalkan
sesuatu secara tegahan yg jazam (putus) dan diberikan pahala bg yg meninggalkanya
dan berdosa bg mereka yg melakukannya.. Cth : minum arak,berzina

5. Makruh
(perintah tinggal) perintah Allah Ta'ala kpd sekalian mukallaf supaya meninggalkan
sesuatu tetapi tegahan itu secara tidak putus dgn makna dapat pahala kalau kita
tinggal dan tak berdosa kalau kita buat. Cth : cerai,cabut uban dan semua yg
bertentangan dgn sunnah
BAB 6
FIQH AL ALAWIYAT DALAM PENGURUSAN ISLAM

Definisi
Fiqhbermaksud kefahaman dan pengetahuan berkenaan hukum syarak.
Cara pengambilan hukum-hukumnya daripada nas-nas al- Quran dan Sunnah Rasulullah
SAW.
Al-aulawiyat pula bererti ‘keutamaan’.
‘fiqh al-Aulawiyyat’ bermaksud keutamaan dalam melakukan sesuatu, baik antara sesuatu
itu sendiri atau sesuatu yang lain atau antara perkara-perkara dalam sesuatu yang hendak
dilakukan itu sendiri.
Juga diertikan sebagai meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang
sebenar dengan pertimbangan keadilan, sama ada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-
hakam dan nilai-nilai akhlak mulia.

Kepentingan
Dr. Yusof al-Qaradawi, Kepentingannya:
1. Dapat merawat kecelaruan nisbah dan pertimbangan dari sudut syarak.
2. Meletakkan sesuatu pada kedudukannya secara adil.
3. Menentukan keutamaan masing-masing berasaskan kepada pertimbangan syarak
yang betul dengan berpandukan kepada bimbingan wahyu dan akal.
4. Semua perkara diletakkan pada tempatnya berpandukan ukuran keadilan tanpa
prejudis atau berat sebelah.

Dharuriyyat,
Keperluan Utama seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal

Hajiyyat
Keperluan selepas keperluan utama kenderaan, pendidikan, kesihatan, perkahwinan

Tahsiniyyat
Lebih kepada melengkapkan sesuatu yang ada sebatas kepada minimum hajiyat. Ia
merupakan lebih kepada kehendak semata-mata seperti hidup yang senang, mewah tetapi
tidak jatuh kepada pembaziran

Aplikasi Fiqh al-Awlawiyat

Tahtit- mengaplikasikan keutamaan dalam penentuan pelan strategik, menyelesaikan


masalah, membuat keputusan dalam perancangan
Qiyadah- pemahaman tentang perkara yg menjadi prioriti dalam kerja, amalan, dakwah,
jihad, gerakan dan sebagainya. Dasarnya adalah mendahulukan yang penting dari yang tidak
penting dan mendahulukan yang lebih penting dari yang kurang penting.

Anda mungkin juga menyukai