Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN

[ 35 markah ]
SOALAN 6 : PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Usaha mengekalkan keharmonian negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum


dilihat bukan satu perkara mudah dan boleh dipandang enteng.

Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohamad Nazri Abdul Latiff berkata,
kunci kepada perpaduan dan keharmonian kepelbagaian kaum antaranya adalah dengan
menjunjung Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, dalam kehidupan masyarakat majmuk
yang diamalkan di negara ini, semua pihak perlu memahami asal usul, menghormati serta
menerima budaya, bahasa, agama dan cara hidup setiap bangsa. “Sekiranya kunci ini
disematkan dalam dada setiap insan yang berada di bumi bertuah ini, sudah pasti
keharmonian dapat berkekalan.

“Bagaimanapun, tidak dinafikan ada segelintir golongan yang bersikap dan bersifat
ekstremis yang bertindak menabur fahaman perpecahan serta menyemarakkan api perkauman
bagi mencetuskan suasana tidak aman dalam negara demi kepentingan peribadi,” Menurut beliau
lagi sekiranya semua rakyat berpegang kepada kunci tersebut maka golongan yang sering
mencetuskan perkauman dapat dibendung.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Perpaduan Kunci Keharmonian”
oleh Syajaratulhuda Mohd Rosni,
Sinar Harian, Februari 2020
Bahan 2

Mahasiswa perlu menjadi penggerak dalam memperkasakan semangat integrasi


nasional dalam mengukuhkan semangat perpaduan dan penyatuan erat masyarakat berbilang
kaum di negara ini.

Walaupun kebelakangan ini sering kali tercetusnya isu yang boleh mengeruhkan
hubungan antara kaum, mahasiswa perlu rasional dengan membuat penilaian bijak agar
persengketaan yang berlaku tidak berlarutan lama sehingga menjejaskan keharmonian dan
kestabilan negara.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau
Pinang, Amirul Muhamad Afif berkata, sebagai golongan intelektual dan berpelajaran,
mahasiswa tidak seharusnya terlalu taasub dalam sesuatu perkara terutamanya apabila timbul
persengketaan yang melibatkan perbezaan fahaman serta pendapat. Menurutnya, isu
perkauman, agama dan politik sempit sering menjadi modal tercetusnya ketegangan dan
sekiranya perkara itu tidak ditangani dengan berhemah boleh mengundang kehancuran sekali
gus merugikan masa depan golongan muda.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Mahasiswa penggerak usaha perkasakan integrasi nasional”
oleh, Amirul Muhamad Afif, Sinar Harapan, Februari 2020
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menyemarakkan api perkauman.
[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persaman usaha mengekalkan


keharmonian negara?
[3 markah]

(iii) Dewasa ini, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat sangat dititikberatkan
dan dipelihara oleh pelbagai pihak agar keadaan negara dalam keadaan
harmonis.

Pada pendapat anda, apakah langkah -langkah yang dilaksanakan oleh


pelbagai pihak untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu?
[3 markah]

(iv) Keluarga anda akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari
Raya Aidil Fitri tersebut akan diadakan di kawasan perumahan tempat tinggal
keluarga anda yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

Cadangkan kriteria-kriteria yang perlu ada pada anda dan keluarga anda
lakukan ketika majlis rumah terbuka diadakan supaya majlis tersebut berjalan
lancar.

[4
markah]
Bahagian A

Maklumat di bawah merupakan sebahagian daripada cara-cara mencegah penyakit


berjangkit. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mencegah penyakit berbahaya.
Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

“ Sememangnya terdapat banyak organisma hidup sama ada di dalam atau di luar tubuh kita.
Umumnya, kewujudan organisma ini tidak berbahaya, bahkan ia mungkin mendatangkan manfaat.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, beberapa organisma boleh menyebabkan penularan
penyakit.Ada beberapa penyakit berjangkit boleh merebak daripada seorang individu kepada individu
lain.Sebahagian yang lain boleh disebarkan oleh serangga atau haiwan. Dalam sesetengah kes, punca
penyakit berjangkit mungkin kerana pengambilan makanan atau air yang tercemar mahupun
terdedah kepada organisma persekitaran.Bagi anak kecil yang sedang mengembang imunisasi tubuh,
pasti mereka lebih terdedah dan berisiko untuk dijangkiti. “

Cara-cara mencegah penyakit berbahaya

Membasuh tangan dengan cara yang betul

Membasuh tangan dengan cara yang betul Memakai pelitup muka