Anda di halaman 1dari 19

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BENDUL

71500 TANJUNG IPOH,


NEGERI SEMBILAN.

BOBCAT
KATEGORI :
BERKUMPULAN SEKOLAH RENDAH

NAMA :
NORHAIZA BINTI ABD RAZAK (790718 - 10 - 5506)
SUMI AKIMA BINTI ISMAIL ( )
INOVASI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN : APLIKASI

PENGGUNAAN BOBCAT DALAM MENGATASI PEMAHAMAN

KONSEP ASAS DAN PENULISAN AYAT MATEMATIK DARAB

DENGAN BETUL.

ABSTRAK INOVASI

Pemahaman konsep asas dalam matematik adalah sangat penting bagi semua
murid menjadi mahir dalam sifir dan operasi pendaraban. Ini kerana sifir dan operasi
pendaraban adalah salah satu asas bagi mata pelajaran Matematik, amnya dan apa
sahaja yang melibatkan pengiraan, khususnya. Kegagalan menguasai konsep asas
matematik boleh menyebabkan seseorang murid itu sukar untuk mendapatkan
kecemerlangan dalam Matematik dan sekaligus menimbulkan rasa kurang minat dalam
mempelajari mata pelajaran ini.

Penghasilan bahan bantu pengajaran inovasi ini adalah bertujuan untuk mengatasi
masalah pemahaman konsep asas bagi darab dan sekali gus menulis ayat matemati
darab dengan betul dan tepat berpandukan rajah yang diberikan.
Kaedah penyediaan projek untuk kursus Aplikasi Komputer (DBC 2012) dengan strategi
penggunaan teknik PBL (Project Based Learning ) ini dihasilkan ialah untuk memberi satu
inovasi penyelesaian bagi penyediaan laporan projek yang inovatif dan mudah untuk
kursus Aplikasi Komputer. Seterusnya mematuhi format penyediaan laporan serta
memenuhi kriteria rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan. Rasional projek inovasi ini
dijalankan ialah kerana sebelum perlaksanaan strategi PBL ini, pelajar sering merasa
sukar untuk memilih tajuk projek yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka serta
tidak mengikut format penulisan laporan projek yang betul walaupun telah diterangkan
berulang kali di dalam kelas. Dengan perlaksanaan strategi PBL ini, dapat memberi
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam penyediaan laporan yang berkualiti
tinggi serta berfikiran kritis, persediaan asas dalam "generic skill" sebelum bergraduat,
sebagai elemen pengukuran PLO & CLO bagi DBC 2012 dan peningkatan prestasi
penilaian projek yang memberi kesan kepada keseluruhan pemarkahan markah
peperiksaan akhir .
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


Penghargaan
Kategori, tajuk dan sipnosis inovasi
Objektif
Kumpulan Sasaran
Latar belakang
Penyataan masalah

Huraian inovasi
Lain-lain keterangan
Lampiran
PENGHARGAAN
KATEGORI
Kategori Sekolah Rendah (Berkumpulan)

TAJUK INOVASI
‘BOBCAT’ = Bamboo Of Basic Operation

SINOPSIS INOVASI
STANDARD
STANDARD KANDUNGAN CATATAN
PEMBELAJARAN
2.3 Darab dalam 2.3.1 Mendarab dalam menggunakan pelbagai strategi
lingkungan 1000 lingkungan fakta asas bagi membina dan menyatakan
fakta asas darab.

OBJEKTIF
Bahan diwujudkan dengan berpandukan kepada Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 2 Semakan 2017 di bawah tajuk Operasi
Asas seperti di bawah :

OBJEKTIF UMUM:
1. Membolehkan murid memahami konsep asas darab dengan mudah.
2. Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik dengan menggunakan kaedah yang baru.
3. Memupuk semangat kerjasama antara murid dan menerapkan daya saing secara sihat.
4. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
5. Membina suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan menggunakan kaedah pembelajaran di
luar kebiasaan.

OBJEKTIF KHUSUS:
1. Murid dapat membandingbeza antara ahli dan kumpulan bagi membentuk ayat Matematik yang betul.
2. Murid dapat menulis ayat Matematik darab dengan betul dan tepat.
3. Murid dapat mengaplikasi pembelajaran dalam menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi
darab.
4. Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab.

KUMPULAN SASARAN
Seramai 12 orang murid Tahun 2 Nasai, di SK Ulu Bendul dijadikan sampel keberkesanan penggunaan bahan
inovasi.

LATAR BELAKANG

Alat ini telah diilhamkan secara bersama hasil perbincangan di antara fasilitator
{En. Gan Heok Guan (SISC+ PPD Kuala Pilah) dan Pn. Roshaida binti Ahman (SMK Senaling)}
pada perjumpaan perbincangan inovasi pertama. Bahan ini seterusnya diolah serta
direkacipta sepenuhnya oleh kami berdasarkan permasalahan yang sering
dihadapi oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul dalam memahami konsep asas darab
dari peringkat awal seperti yang telah termaktub di dalam DSKP Matematik Tahun 2.

 Masalah tersebut perlu diatasi supaya murid dapat menyelesaikan sebarang ayat matematik darab
secara spontan di tahun-tahun akan datang.
PERNYATAAN MASALAH
Antara masalah-masalah besar yang dihadapi oleh murid adalah:
1. Murid gagal menulis ayat Matematik darab berpandukan rajah yang diberi dengan tertib yang betul.
2. Murid tidak dapat membandingbeza antara ahli dan kumpulan dalam menulis ayat Matematik darab
dengan tepat.
3. Murid gagal menentukan jumlah atau hasil darab bagi ayat Matematik darab yang diberi dengan tepat.
4. Murid gagal menentukan kedudukan ahli dan kumpulan dalam ayat Matematik darab dengan tepat.

Antara kesukaran yang sering dihadapi oleh guru dalam memastikan murid menguasai topik darab ialah:
1. Guru kekurangan bahan maujud khas untuk mengajar tajuk darab.
2. Peruntukan PCG yang kurang bagi membolehkan pembelian bahan bantu mengajar sedia ada yang
dijual di pasaran yang kosnya adalah tinggi.
3.
HURAIAN INOVASI
1) PROSES BINA BAHAN
LANGKAH 1 : PENENTUAN KEPERLUAN BAHAN

i) Penentuan penggunaan dan keperluan bahan adalah seperti berikut:

Bil Bahan Unit


1 Buluh 3 batang
2 Skrew 1” 2 dozen
3 Skrew L 1 peket
4 Tutup botol 180 biji
5 Cat minyak tin kecil 3 warna
6 Berus cat halus 2 batang
7 Kertas pasir 2 keping
8 Straw terpakai 6 batang

LANGKAH 2: PENYEDIAAN BULUH


i) Buluh dipotong kepada ukuran 24” untuk bahagian badan dan selebihnya diraut untuk dijadikan
batang (12 batang).
ii) Buluh yang telah dipotong dibersihkan dengan kertas pasir.
iii) Proses pencantuman setiap bahagian bagi membentuk bahan inovasi.
iv) Bahan yang telah siap dipasang dicat dan dijemur untuk proses pengeringan.
v) Proses pemasangan skru L.

LANGKAH 3: PENYEDIAAN PENUTUP BOTOL


i) Penutup botol dikumpul dan dibersihkan.
ii) Penutup botol diagihkan mengikut saiz dan warna.
iii) Proses mengecat penutup botol berdasarkan kumpulan yang diagihkan.
iv) Proses menebuk lubang ditengah-tengah tutup botol.

LANGKAH 4: PENYEDIAAN KAD NOMBOR


i) Kad nombor dihasilkan menggunakan program Microsoft Word berdasarkan saiz yang diperlukan.
ii) Kad nombor dicetak pada kertas warna A4 yang dikehendaki.
iii) Kad nombor dipotong dan diliminit.
iv) Kad nombor ditebuk lubang.

2) MANUAL PENGENDALIAN BAHAN


3) ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
4) KEBERKESANAN INOVASI
Inovasi yang dihasilkan amat membantu murid dalam membina ayat matematik darab yang betul
dan tepat. Murid dapat membandingbezakan ahli dan kumpulan dalam ayat matematik darab
dengan penggunaan bahan inovasi ini. Selain itu, inovasi ini juga secara tidak langsung dapat membantu
guru dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan dengan menggunakan bahan
bantu mengajar. Murid-murid juga dilihat lebih berminat dan seronok belajar darab dengan penggunakan
bahan inovasi ini.
Keberkesanan inovasi ini juga dapat di lihat melalui ujian pra, post dan lembaran kerja
yang telah dilaksanakan untuk murid-murid tahun 2. Ujian telah dijalankan semasa proses
pembelajaran dan pembelajaran. Sekolah yang terlibat ialah SK Ulu Bendul. Seramai 12
orang murid dari Kelas 2 Nasa’I, SK Ulu Bendul telah di uji dan hasil dapatan adalah merujuk
kepada jadual dibawah:-
Analisis perbandingan keputusan ujian pra dan ujian post secara individu
10 soalan diberi.

BIL NAMA MURID UJIAN PRA UJIAN POST

1. Aura 6 10

2. Liya 5 10

3. Syazani 1 9

4. Damia 5 10

5. Akiff 2 10

6. Syafiqa 2 8

7. Aisy 1 7

8. Azfar 3 9

9. Wafri 5 10

10. Hafizi 0 6

11. Hadi 2 8

12. Raudhah 0 6

Buat graf

Masuk lembaran kerja sorng


5) POTENSI DISEBARLUASKAN

1. Potensi untuk disebarluaskan terhadap sekolah dan guru-guru lain


i) Melalui aplikasi Youtube

Laman sesawang : https://www.youtube.com/watch?v=HJkB3TBNBnQ


ii) Perkongsian Pintar dengan Guru-Guru SK Ulu Bendul

Tarikh : 21 Oktober 2020

Hari : Rabu

Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, SK Ulu Bendul

Masa : 2.00 – 3.00 ptg

iii) Perkongsian Pintar dengan guru-guru Daerah Kuala Pilah


Tarikh : 12 Oktober 2020

Hari : Isnin

Tempat : Bilik Seminar PPD Kuala Pilah

Masa : 2.30 – 5.00 ptg


KETERANGAN LAIN

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

MATA PELAJARAN :

Bahasa Malaysia

Kegunaan : 1) Menyusun suku kata bagi membentuk perkataan mudah

2) Menyusun perkataan bagi membentuk ayat mudah.

MATAPELAJARAN :

Bahasa Inggeris

Kegunaan : 1) Menyusun suku kata bagi membentuk perkataan mudah

3) Menyusun perkataan bagi membentuk ayat mudah.

MATA PELAJARAN :

BAHASA ARAB

Kegunaan : 1) Menyusun suku kata bagi membentuk perkataan mudah

MATA PELAJARAN :

Pendidikan Islam (Jawi )

Kegunaan : Menyusun, menulis dan membaca perkataan dalam jawi.

MATA PELAJARAN :

Pendidikan Seni Visual

Kegunaan : Menjadi tapak untuk membuat aktiviti anyaman.


LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai