Anda di halaman 1dari 5

Kisah Pendayung Sampan dengan Professor

"Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu
pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak
banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut
dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang.

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu
membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke
langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak
hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung
sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya
Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas


hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu
menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor
itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"
Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini,
kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh
nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung
sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung
sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang
ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan
pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini,
kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu
sambil berenang menuju ke pantai.

Moral of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna
kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam
hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari
kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan
kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri untuk apakah ilmu yg
dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Si Ayah , Anak dan Keldai

Pada suatu hari yang tenang, seorang tua masuk ke pasar dengan menaiki seekor
keldai, manakala anaknya mengikut si bapa dari belakang. Melihat tingkah laku si
ayah itu, setengah orang pun berkata,
“Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, dia menunggang keldai
sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dan kata-kata yang kurang disenangi


daripada orang ramai maka Si Ayah pun turun dari keldainya itu lalu diletakkan
anaknya di atas keldai itu. Melihat yang demikian, maka timbulah kata-kata lain,
“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya senang-senang naik keldai,
sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Si Ayah pun terus naik ke atas belakang
keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian timbulah pula kata-kata lain.
Kali ini orang ramai pula berkata lagi,
“Lihat itu dua orang menaiki seekor keldai, kasihan alangkah terseksanya keldai
itu.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Si Ayah dan anaknya
turun dari keldai itu.Namun begitu, masih lagi terdengar suara orang berkata,
“Dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai dibawa itu tidak pula ditunggangi.”

Moral Of The Story : Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan
manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan
melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah
yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Jangan Berkata Tidak Sebelum Memcuba


lkisah, seorang pembuat jam tangan bertanya kepada jam yang sedang dibuatnya.

“Wahai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik 31,104,000 kali selama
setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mampukah saya?”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?”

“Lapan puluh enam ribu, empat ratus kali? Dengan jarum yang halus-halus seperti
ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?”

“Dalam satu jam mesti berdetik 3,600 kali? Sebanyak itu? Tetap juga jam tersebut
ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudiannya bertanya kepada si jam.
“Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?”

“Haaaa, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh yakin.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa,
detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata
selama satu tahun dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik
sebanyak 31,104,000 kali.

Moral Of The Story : Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan
yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya,
kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil juga mampu untuk
dilakukan sekalipun. Jangan berkata “tidak” sebelum anda mencuba.

Airmata Mutiara

Pada suatu hari seekor anak tiram di dasar laut mengadu dan mengeluh pada
ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik.
“Anakku,” kata sang ibu sambil bercucuran air mata, “Tuhan tidak memberikan
pada kita, barang tangan sekalipun, sehingga ibu tak bisa menolongmu.”

Si ibu terdiam, sejenak, “Sakit sekali, aku tahu anakku. Tetapi terimalah itu sebagai
takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu
melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah
perutmu. Hanya itu yang boleh kau lakukan”, kata ibunya dengan sendu dan
lembut.

Anak tiram pun melakukan nasihat ibuya. Rasa sakit bukan alang kepalang.
Terkadang di dalam kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata
ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disedarinya sebutir mutiara
mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin
berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar.

Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengilap, dan
berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah
menjadi mutiara. Air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini,
sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta tiram lain yang
cuma disantap orang.
Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahawa penderitaan
adalah lorong untuk menjadikan “tiram biasa” menjadi “tiram luar biasa”. Kerana
ia menegaskan bahawa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah “orang
biasa” menjadi “orang luar biasa”.

Kebanyakan orang yang putus asa disaat berada di dalam kesusahan kerana
mereka tidak tahan dengan cubaan yang mereka alami. Ada dua pilihan
sebenarnya yang boleh kita pilih. Menjadi `tiram biasa’ yang disantap orang, atau
menjadi `tiram yang menghasilkan mutiara’. Sayangnya, lebih banyak orang yang
mengambil pilihan pertama, sehingga tidak menghairankan bila jumlah orang yang
berjaya lebih sedikit dari orang yang `biasa-biasa saja’.

Mungkin disaat ini kita sedang mengalami kepayahan, kekecewaan, patah hati,
atau terluka kerana orang-orang di sekitar kamu. Namun cubalah untuk tetap
tersenyum dan
sematkan dalam hati “Airmataku diperhitungkan Tuhan.. dan penderitaanku ini
akan mengubah diriku menjadi mutiara.”

50 sen atau 5 Ringgit

“Saudara ingin tahu sesuatu yang menarik? Itu merupakan kanak-kanak yang
paling bodoh di dalam dunia,” kata Si Gunting Rambut kepada pelanggannya
sambil menunjukkan jari pada seorang kanak-kanak yang sedang bermain di luar.

“ Mengapa?”, tanya pelanggan tersebut kehairan.

“Mari saya tunjukkannya”, kata Si Gunting Rambut dengan bangga.

“ Hoi budak, mari sini sekejap. Di sini ada sedikit wang iaitu sekeping duit syiling
50 sen dan sehelai duit kertas RM5. Sila pilih dan pergilah membeli aiskrim
menggunakan duit tersebut, “ arah Si Gunting Rambut.

Kanak-kanak tersebut agak sukar hendak membuat pilihan. Akhirnya dia hanya
mengambil duit syiling 50 sen. Lalu beredarlah kanak-kanak tersebut daripada
kedai itu. Dia kelihatan gembira kerana mendapat wang untuk membeli aiskrim.

“ Tengok. Kan saya sudah kata. Walaupun terdapatnya pilihan antara duit kertas
RM5 dan duit syiling 50 sen, kanak-kanak itu tetap memilih duit syiling 50 sen.
Alangkah bodohnya kanak -kanak itu. Sudah banyak kali saya lakukan demikian,
namun dia tetap memilih duit syiling 50 sen, “ cerita Si Gunting Rambut sambil
ketawa.
Si pelanggan kurang senang dengan jawapan yang diterima. Lalu ia mengambil
keputusan bertanya kepada si budak tersebut sendiri di luar nanti.

“ Mengapa kamu mengambil duit syiling 50 sen dan tidak mengambil duit kertas
RM5. Bukanklah nilainya lagi besar.”

“ Ya, saya tahu itu. Tetapi jika saya mengambil wang tersebut dan bukannya duit
syiling 50sen, maka permainan ini akan tamat. Saya tidak akan mendapat aiskrim
lagi pada masa akan datang.”

Moral of the story : Apa kesimpulan daripada cerita di atas? Kesimpulannya,


jangan memandang rendah pada orang lain. Mungkin kita sendiri yang sebenarnya
yang sedang diperbodohkan.

Kisah ikan dalam air

Dalam satu masyarakat ikan yang berkoloni di dalam air. Ada seekor pemuda ikan yang
ego. Pemuda ikan ini selalu mengengkari seruan ikan-ikan yang lebih berpengalaman dan
lebih tua atau lebih dulu makan garam laut daripadanya. Ikan-ikan tua selalu
menasihatkan masyarakat tentang makanan yang tergantung di tali, dan janganlah
sesekali mereka cuba memakannya walaupun rasanya mungkin sedap dan kelihatan
sungguh lazat. Itu adalah tipu daya. Sekiranya kamu makan juga kamu akan dibawa keluar
dari alam ini.

Di sana kamu tidak boleh bernafas kerana tiada air. Kamu akan dipotong-potong dan
dimasukkan kedalam minyak yang panas dan akhirnya kamu akan di makan oleh makhluk
ghaib bernama manusia yang kejam itu. Pemuda ikan yang ego itu tidak mempercayai
langsung cerita ini. Katanya tak logik adanya alam seperti itu. Itu adalah karut dan rekaan
ikan-ikan tua. Mana ada makhluk ghaib seperti itu, ia tak logik begitu lah fikiran pemuda
yang menganggap dirinya lebih bijak dari ikan-ikan lain. Pada suatu hari sedang pemuda
ikan itu keluar mencari makan maka terjumpalah cacing yang tergantung dengan tali.

'' Agaknya inilah yang diberitahu oleh ikan-ikan tua tu, nampak macam sedap,lazat
berkrim dan tidak seperti merbahayakan. Mungkin kalau aku tak makan, mesti si tua itu
pula yang memakannya. Aah baik aku makan.. makanan ni kan logik..he he.'' lalu pemuda
ikan itu terus membaham cacing itu tiba-tiba dia tercekik sesuatu dan berusaha
mengeluarkannya namun gagal. Rasa kesal menyelubunginya '' kalaulah aku mendengar
nasihat mereka, tidaklah jadi begini''. Pemuda ikan itu menarik tali itu dengan harapan ia
akan putus. Tetapi sebaliknya sesuatu telah menarik tali itu keatas permukaan air dan
terus mengheret pemuda ikan itu keluar dari air. Maka nampaklah dia alam lain tanpa air
dan nafasnya terasa sesak.

Rupa-rupanya benar apa yang dikatakan oleh ikan tua, kini yakinlah dia tentang kebenaran
itu, kalaulah dia boleh melepaskan diri dan kembali ke dalam laut dia akan memberi
peringatan kepada ikan-ikan lain supaya ikutlah cakap ikan yang lebih tua kerana mereka
lebih ilmu dan pengalaman. Sekian ye, anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai