Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN

Sosiolinguistik merupakan satu subbidang linguistik yang mengkaji tentang hubungan

bahasa dan masyarakat secara saintifik. Menurut Trudgill dalam bukunya

Sociolinguistics: An Introductions (1974), sosiolinguistik adalah cabang linguistik yang

meninjau bahasa sebagai gejala sosial dan kebudayaan.

Sosiolinguistik juga merupakan cabang dari ilmu linguistik yang bersifat antardisiplin

yakni gabungan antara sosiologi dan linguistik.  Seperti kita ketahui bersama, sosiologi

adalah ilmu yang mempelajari bagaimana masyarakat itu terjadi, berlangsung, dan tetap

ada.  Sedangkan linguistik adalah bidang ilmu yang mempelajari bahasa. 

Secara sederhana, sosiolinguistik dapat diertikan sebagai bidang ilmu antardisiplin

yang mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan penggunaan bahasa itu di dalam

masyarakat. Namun, bidang sosiolinguistik ini dikenali dengan banyak nama.

Antaranya adalah seperti linguistik antrapologi, 'bahasa dalam kebudayaan' dan

'sosiologi bahasa'. Dengan kata mudahnya, bidang ini  memperkatakan aspek-aspek

perhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Jika diambil ungkapan 'bahasa dalam

masyarakat' maka dengan jelas akan tergambar bidang yang dicakupi oleh ilmu

sosiolinguistik, iaitu meliputi semua aspek bahasa dalam perhubungannya dengan

masyarakat.

Menurut pandangan Hudson (1980): Sosiolinguistik ialah kajian terhadap hubungan

bahasa dgn masyarakat dan organisasinya yang menggunakan bahasa tersebut.


1
Manakala Nababan (1993) menyatakan sosiolinguistik mempelajari dan membahas

aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya variasi yang terdapat dalam bahasa, yang

berkaitan dengan faktor kemasyarakatan; dapat digarap dengan menggunakan 3 kajian:

i. Kajian bahasa dalam konteks sosial dan budaya

ii. Kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan, ciri dan ragam bahasa dgn situasi,

faktor sosial dan budaya

iii. Kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat

Berbeza dengan pandangan Nik Safiah Karim (1988) kajian sosiolinguistik meliputi

semua aspek bahasa dan hubungannya dengan masyarakat yang mencakupi kajian

dialek dan idiolek, kedwibahasaan, profil sosiolinguistik, etnografi bahasa, sikap

bahasa, perancangan bahasa.

7.0 PENDAHULUAN

Dalam bidang sosiolinguistik, bahasa sering dikaitkan dengan gender ataupun jantina.

Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa,jantina dan gender

Bahasa merupakan satu sistem yang digunapakai sebagai alat perhubungan dalam

lingkungan satu kelompok manusia (Kamus Dewan, 2007). Penggunaan bahasa dapat

menggambarkan kecenderungan masyarakat penuturnya. Oleh yang demikian, untuk

menjelaskan bahasa haruslah melibatkan aspek-aspek sosial masyarakat tersebut seperti

2
strata sosial, umur, lingkungan dan lain-lain bergantung kepada penggunaannya. Salah

satu ciri yang berkaitan dengan penggunaan bahasa ialah faktor gender.

Gender merujuk kepada perbezaan karakter lelaki dan perempuan berdasarkan kepada

konstruksi sosial, budaya, status dan peranannya dalam masyarakat. Namun, terdapat

banyak perbezaan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan gender. Dalam

kaitan bahasa, kehidupan sosio politik dan budaya jelas menunjukkan bahawa bahasa

lelaki sememangnya berbeza dengan bahasa wanita. Perbezaan yang berlaku di antara

lelaki dan wanita dapat dilihat melalui beberapa ciri antaranya ciri-ciri fizikal, suara,

dan kemahiran bertutur.

Bahasa dan gender sudah mula dikaji sejak awal 1970-an yang mengkaji dua aspek iaitu

tingkah laku ucapan dan cara perbualan. Kajian ini dilakukan oleh ahli pengkaji Eropah

yang dan beberapa ahli pengkaji barat dari aspek antropologi.Antara pengkaji awal

ialah Mary Haas (1944/1964) , Robin Lakoff (1974), Labov (1966), Trudgill (1974),

L.Milroy (1980, 1982).

Dalam hasil pengkajian mereka,wujud satu sistem yang dikenali sebagai “bahasa

wanita”.Apakah pula yang dimaksudkan dengan bahasa wanita ini? Bagaimana bahasa

wanita boleh dikelaskan dan apakah pula ciri-cirinya sehingga ia dapat mewujudkan

sistemnya sendiri dalam bidang sosiolinguistik dalam kajian bahasa dan gender?Apakah

yang membezakan bahasa wanita ini dengan bahasa lelaki dan bagaimana peranannya

dalam konteks bahasa itu sendiri? Dalam kebanyakan hal,perbezaaan-perbezaan ini

amatlah kecil dan pada umumnya tidak disedari. Perbezaan-perbezaan ini dianggap

sebagai perkara biasa,sama seperti perbezaan pada paras wajah atau tingkah laku.

3
Menurut Peter Trudgill (1974), “kaum wanita menggunakan frasa dan perkataan yang

tidak pernah digunakan oleh lelaki dan apabila mereka (lelaki) menggunakannya akan

ditertawakan” sama seperti tingkah laku ataupun fitrah di mana hanya wanita sahaja

yang boleh menggunakan kain skirt.Jika lelaki menggunakan kain skirt maka ini

melanggar fitrah kejadian lelaki itu sendiri.

Kertas kerja ini akan membincangkan perbezaan bahasa lelaki dan wanita,hubungan

bahasa dan gender,ciri-ciri bahasa wanita di Malaysia secara khususnya yang meliputi

kaum Melayu, Cina dan India.

8.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Menurut ahli-ahli sosiolinguistik bahasa wanita berbeza dengan lelaki. Malah

terdapatnya ketidakseimbangan bahasa antara lelaki dan wanita. Namun, adakah benar

faktor gender itu memberi pengaruh dalam penggunaan bahasa. Selain itu, apakah

penyebab berlakunya perbezaan bahasa di antara lelaki dan wanita. Perkara ini harus

diteliti dengan lebih lanjut. Oleh itu, kajian ini adalah perlu untuk mendapatkan

jawapan bagi persoalan tersebut.

4.0 OBJEKTIF

Antara objektif kertas kerja ini ialah :

i) Menerangkan hubungan di antara bahasa dan gender

ii) Mengenalpasti perbezaan bahasa wanita dan lelaki

iii) Mengenalpasti dan menerangkan ciri – ciri bahasa wanita di Malaysia

iv) Membandingkan ciri –ciri bahasa wanita di Malaysia berdasarkan kaum

4
v) Menidentifikasi contoh mengikut ciri –ciri bahasa wanita di Malaysia

5.0 DEFINISI DAN ISTILAH

5.1. BAHASA

Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa? Secara umumnya, bahasa ialah kebolehan

semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang

dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.Menurut

Keraf dalam Smarapradhipa (2005:1), memberikan dua pengertian bahasa. Pengertian

pertama menyatakan bahasa sebagai alat komunikasi antara anggota masyarakat berupa

simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Kedua, bahasa adalah sistem

komunikasi yang menggunakan simbol-simbol vokal (bunyi ujaran) yang bersifat

arbitrari.

Owen pula dalam Stiawan (2006:1), menjelaskan definisi bahasa iaitu “language can be

defined as a socially shared combinations of those symbols and rule governed

combinations of those symbols”.Abdullah Hassan (1984:14) berpendapat “dalam

memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-

ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna

dan sifatnya sebagai alat perhubungan”

Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) “banyak dasar yang boleh dijadikan

asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut

fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau

komunikasi.

5
Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sitem lambang-lambang pertuturan yang

digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.

Raja Mukhtaruddin (1980: 25) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu

mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari

yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.

5.2 GENDER

Gender pula berasal daripada bahasa Latin iaitu “genus” yang bermaksud jenis.

Menurut Webster’s World Dictionary,gender menggambarkan perbezaan antara lelaki

dan perempuan dari segi nilai tingkah laku.

‘Sex’ is “biological or anatomical differences between men and women,” whereas

“gender” “concerns the phychological,social and cultural differences between male

and female” (Anthony Giddens, 1989: 158).

Gender Management System mengatakan bahawa gender adalah satu set ciri, peranan

dan corak tingkah laku yang membezakan wanita daripada lelaki dari aspek sosio dan

budaya.

Gender is the range of physical, biological, mental and behavioral characteristic

pertaining to, and differentiating between, masculinity and femininity.Depending on the

context, the term may refer to biological sex (i.e. the state of being male, female or

6
intersex), sex-based social structures (including gender roles and other social roles), or

gender identity (Wikipedia,April 2014).

Mary Holmes (2007:178) , gender is a complex phenomenon.The first task in

establishing the complexity of gender was to challenge the biological determinism

common in everyday thinking about differences between women and men.

WHO memberi batasan gender sebagai "peranan, tingkah laku, kegiatan, dan atribut

yang dianggap layak bagi lelaki dan wanita, yang dikonstruksikan secara sosial, dalam

sesuatu masyarakat.

Daripada definisi yang diberikan dapat kita rumuskan bahawa gender secara umumnya

membawa maksud suatu konsep budaya yang merujuk kepada ciri-ciri ataupun karakter

yang membezakan antara wanita dan lelaki samada secara biologi,tingkah

laku,mentaliti,fizikal dan sosio budaya.

6.0 HUBUNGAN BAHASA DAN GENDER

Di dalam masyarakat, tedapat dua jenis gender yang diakui iaitu lelaki dan perempuan.

Dalam kaitannya dengan penggunaan bahasa, menurut ilmu sosiolinguistik, dapat

dilihat adanya perbezaan ragam tutur dan bahasa yang digunakan oleh lelaki dan

wanita. Dalam sosiolinguistik, bahasa dan gender memiliki hubungan yang sangat erat.

Ada pepatah mengatakan “mengapa cara wanita berbicaraberbeza dengan lelaki?”

7
Beberapa pendapat mengatakan bahawa wanita, masyarakat menyedari bahawa status

wanita dalam berbahasa lebih rendah daripada lelaki sehingga mereka menggunakan

bentuk bahasa yang lebih standard daripada lelaki. Pendapat ini mengatakan bahawa hal

demikian mempunyai hubungan dengan cara lelaki memperlakukan wanita kerana

perbezaan yang dimiliki. Perbezaan antara lelaki dan wanita dapat dilihat dari segi

fizikal, suara, mahupun faktor sosiobudaya dalam bertutur (misalnya kesopanan).

Dalam bidang pekerjaan, wanita memiliki peranan yang berbeza daripada lelaki. Wanita

lebih sering menduduki posisi kedua, jarang menjadi orang pertama, contohnya sebagai

setiausaha, ahli politik dan lain-lain.

Menurut Wardhaugh (1988), terdapat Terdapat beberapa perbezaan berbahasa antara

lelaki dan wanita, di antaranya dalam fonologi, morfologi, dan diksi. Perbezaan

fonologi dapat dilihat dalam perbezaan dialek-dialek yang ada dalam Bahasa Inggeri

seperti bahasa Siberian Chukchi, lelaki kerap menggugurkan salah satu fonem /n/ dan /t/

ketika keduanya bertemu di antara dua vokal dalam satu kata manakala wanita tidak.

Contohnya,wanita menuturkan nitvaqenaat sedangkan lelaki menuturkan nitvaqaat.

Dalam perbezaan morfologi dan leksikon, Wardhaugh mengambil contoh yang

dikemukakan oleh Lakoff yang menyatakan bahawa dalam bahasa Inggeris wanita

sering menggunakan kosa kata warna seperti mauve, beige, aquamarine, lavender, dan

magenta; sedangkan lelaki tidak. Selain itu,bahasa Inggeris juga memiliki kosa kata

yang di dasarkan pada perbezaan gender/jantina, seperti actor – actress, waiter –

waitress, master – mistress, dan lain-lain.

8
Konsep gender berbeza dari seks atau jantina ( lelaki dan perempuan ) yang bersifat

biologi , walaupun dalam perbualan sehari-hari seks dan jantina boleh ditukar ganti .

Ilmu bahasa ( linguistik ) juga menggunakan istilah gender ( alternatif lain adalah genus

) bagi kumpulan kata benda ( kata nama ) dalam pelbagai bahasa . Banyak bahasa yang

terkenal dari rumpun bahasa Indo - Eropah ( contohnya bahasa Sepanyol ) dan

Afroasiatik ( seperti bahasa Arab), mengenal kata "maskulin " dan "feminin" (ada juga

menyebut kata " neutral") .

Dalam isu LGBT , jantina dikaitkan dengan orientasi seksual . Seseorang yang

merasakan identiti gendernya tidak selaras dengan jenis kelaminnya boleh menyebut

dirinya " intergender " , seperti dalam kes “pondan” .Neuteral (‘bukan lelaki/jantan atau

wanita/betina’) seperti “batu”, “sabun”, “malam”, “ball” (‘bola’), dan “sun”

(‘matahari’).

Gender ini dikenal sebagai “natural gender” dan merujuk kepada jantina dan objek

yang benar –benar nyata didunia. Gender yang tidak mempunyai kaitan persoalan

dengan jantina dikenal sebagai “gramatical gender” (‘gender tatabahasa ‘). Istilah

konsep gender diatas dikaitkan dengan kategori sosial.

Dalam konsep gender, ia lebih membincangkan peranan gender individu di masyarakat ,

sehingga masyarakat mengenal kejantanan dan kewanitaan. Sebagai ilustrasi, sesuatu

yang dianggap maskulin dalam satu budaya boleh dianggap sebagai feminin dalam

budaya lain. Dengan kata lain, ciri maskulin atau feminin itu bergantung kepada

konteks sosial - budaya bukan pada perbezaan jantina semata-mata.

9
6.1 PERBEZAAN BAHASA LELAKI DAN WANITA

Perbezaan bahasa di antara kedua-dua lelaki dan wanita ini sememangnya wujud.

Beberapa penelitian telah dilakukan oleh para ahli sarjana antaranya Trudgill, Jennifer

Coates, Chambers dan sebagainya telah menyatakan bahawa bahasa wanita lebih

lembut dan bersopan berbanding dengan bahasa atau pengucapan lelaki yang lebih

tegas dan langsung. Perbezaan ini dapat dilihat melalui struktur bahasa dan kosa kata

yang digunakan oleh lelaki dan wanita.

Menurut Wolfram (1967:76) kaum wanita memperlihatkan tahap kepekaan yang lebih

terhadap ciri-ciri bahasa yang diberi penilaian yang tinggi daripada lelaki. Manakala

menurut Labov (1990:205) kaum wanita secara konsisten lebih kerap menggunakan

bentuk-bentuk bahasa yang lebih mendekati bentuk-bentuk yang berprestij, daripada

yang berlaku di kalangan kaum lelaki. Malah menurut beliau dalam keadaan

stratifikasi sosiolinguistik yang mantap, kaum lelaki lebih banyak menggunakan

bentuk-bentuk tak baku, berbanding dengan kaum wanita.

Berdasarkan daripada kenyataan para ahli sarjana tersebut jelas memperlihatkan

kepada kita bahawa kaum wanita itu mempunyai ciri-ciri nilai bahasa yang lebih tinggi

berbanding lelaki. Perkara ini dapat kita lihat dalam pergaulan sehari-hari di antara

lelaki dan wanita. Bahasa kaum wanita didapati lebih sopan daripada bahasa kaum

lelaki yang lebih kerap menggunakan kata-kata kesat. Rata-rata kaum wanita lebih

10
banyak menggunakan bahasa sopan seperti kata ‘maaf’, ‘terima kasih’ dan sebagainya.

Namun berlainan pula apabila seseorang wanita itu berada dalam keadaan marah dan

sikap tidak senang maka mereka akan lebih banyak menggunakan perkataan-perkataan

yang bersifat eufemisme ‘berlapik” yang lebih sedap didengar kerana wanita ingin

menjaga hati orang lain terutama dalam pertuturan berbanding lelaki.

Ketegasan dalam berbahasa bagi kaum lelaki itu mungkin disebabkan lelaki yang

mempunyai sifat keberanian, kematangan, mempunyai kekuatan dan kegagahan

berbanding wanita. Malah lelaki mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berat

berbanding wanita terutama tugas dalam mencari nafkah untuk menyara keluarga

kerana tugas itu sememangnya dipikul oleh kaum lelaki. Walau bagaimanapun,

berlainan dengan kaum lelaki yang bersifat wanita sering menggunakan variasi bahasa

wanita dan sebaliknya wanita yang bersifat lelaki lebih gemar kepada variasi bahasa

lelaki.

Namun,sejauh manakah kebenarannya dalam dunia yang semakin global dan pesat ini

di mana kita dapat melihat kaum wanita mendominasi segalanya samada dalam bidang

pekerjaan, ekonomi,politik malah dalam sosial dengan melihat aspek berbahasanya.

Kalau dahulu yang ada hanyalah istilah “Iron Man”,tetapi kini,istilah itu digunakan

pula kepada wanita yang berkebolehan dalam semua aspek iaitu “Iron Lady” atau

dalam Bahasa melayunya ‘wanita besi’. Di Malaysia,siapa yang tidak kenal Datuk Dr.

Maznah Hamid yang merupakan Iron Lady pertama dan memiliki syarikat keselamatan

gergasi didunia.

11
Apa yang dikatakan oleh Trudgill dan ahli sarjana lain itu adalah secara stereotaip

apabila dibandingkan dengan masa kini.Ya,mungkin wanita zaman dahulu adalah

bersifat streotaip di mana mereka ini lebih mementingkan standard dalam berbahasa

kerana mereka adalah golongan yang ‘kedua’ dalam semua hal. Hal ini disebabkan

oleh sifat malu yang ada pada diri wanita itu sendiri.

Wanita pada hari ini merasakan diri mereka sudah setaraf dalam semua bidang dan

aspek termasuk keupayaan berbahasa sehingga wujudnya satu sistem yang dipanggil

“bahasa wanita”. Kita dapat melihat wanita hari ini lebih gagah daripada lelaki.

Mengapa? Wanita hari ini bukan wanita zaman dahulu kala yang menurut kehendak

lelaki membabi buta .Mereka sudah mempunyai matlamat hidup yang jelas bahkan

boleh hidup tanpa seorang lelaki. Kajian menunjukkan lelaki yang sudah kematian

isteri cenderung untuk berkhawin semula kerana mereka tidak boleh hidup tanpa

wanita. Berbeza halnya dengan wanita,apabila kematian suami masih boleh

meneruskan hidup tanpa lelaki. Walaubgaimanapun, sudah fitrah bahawa manusia

dijadikan berpasangan oleh Allah S.W.T maka sebenarnya wanita akan lebih berjaya

apabila adanya seorang lelaki begitu juga sebaliknya.

Oleh itu,wanita juga memerlukan lelaki dan sebaliknya lelaki juga memerlukan wanita.

Tidak ada dominasi gender pada zaman moden ini kerana wanita dan lelaki adalah

setaraf. Begitu juga pada kelakuan berbahasa. Bahasa lelaki dikatakan lebih tinggi

tahapnya berbanding wanita? Mungkin ya,jika dilihat pada abad ke-18 di mana wanita

adalah kaum yang sifatnya lemah lembut,sopan santun dan penyayang sehinggakan

bahasa mereka dilabel sebagai bahasa yang rendah tahapnya dengan penggunaan

adverba dan kata sifat yang banyak misalnya.

12
Cara wanita berbahasa berbeza dengan cara lelaki berbahasa.Perbezaan ini ditunjukkan

oleh ciri-ciri bahasa yang digunakan oleh wanita itu sendiri.

6.2 CIRI – CIRI BAHASA WANITA

Oleh sebab ramai wanita berada dalam korporat,maka aspek ini akan dijelaskan bagi

manfaat wanita dan juga lelaki. Dapatan daripada kajian yang dilakukan di Amerika

menunjukkan ada perbezaan jelas di antara bahasa lelaki dan bahasa wanita. Maureen

O'Conner (1968) telah mengkaji perubahan bahasa yang terpaksa dilakukan oleh orang

lelaki yang menjalani pembedahan untuk mengubah jantina menjadi wanita.

Pertama, orang lelaki itu terpaksa belajar menggunakan suara yang lebih halus dan

tinggi. Di samping itu, O'Conner juga mendapati ada banyak lagi dapatannya yang

menunjukkan perbezaan bahasa lelaki dan wanita. Ini termasuk pola intonasi, pola

ayat, kosa kata, dan bahasa badan yang menyaingi pertuturan. Tetapi, wanita yang

menjadi lelaki tidak mengalami banyak masalah. Pola bahasa wanita mudah diterima

oleh lelaki.

Walau bagaimanapun, lelaki yang menjadi wanita mengalami kesukaran dari segi

bahasa.

Lelaki juga perlu mula bercakap tentang topik-topik yang menjadi perbincangan

wanita seperti pakaian, harga barang rumah, hal-hal anak, resipi memasak, dan lain-

lain. Di samping itu beliau perlu belajar menggunakan pola intonasi wanita yang

13
meninggi pada hujung ayat. Beliau terpaksa belajar menggunakan ayat yang

menggunakan soalan di akhir ayat. Malah, beliau terpaksa belajar menggunakan

bahasa yang berlapik-lapik. Pendek kata, beliau terpaksa belajar menggunakan bahasa

wanita.

Ciri-ciri ini sahaja dipanggil bahasa wanita sebab lebih banyak digunakan oleh wanita.

Ada lelaki yang menggunakannya. Ada pula wanita yang menggunakan bahasa lelaki.

Apakah pula perbezaan bahasa wanita di Malaysia dengan melihat penggunaannya

mengikut kaum India,Cina dan Melayu?

6.3.1 PENGGUNAAN ADVERBA

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama,

dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Sebagai contoh , perhatikan ayat-

ayat contoh yang berikut:

1. Kami selalu memperkatakan hal itu.

2. Olahragawan itu sihat sentiasa.

3. Ahli perniagaan itu sering kali ke London.

Dalam ayat di atas, perkataan selalu,sentiasa,dan sering kali ialah, kata adverba kerana

masing-masing menerangkan kata kerja memperkatakan, kata adjektif sihat dan frasa

sendi nama ke London.

14
Wanita didapati lebih lancar dalam berkata-kata mahupun membaca dan dapat

menyebut sesuatu perkataan itu dengan lebih baik berbanding kaum lelaki. Bahasa

wanita juga dicirikan oleh ungkapan yang membesar-besarkan, melebih-lebihkan,

menekankan, dan rentetan tidak logikal. Ini dianggap sebagai ciri-ciri bahasa yang tidak

persis atau lebih emosional. Ungkapan begini menggunakan lebih banyak perkataan,

kata penguat (spt: sangat, juga, tentu, dll), kata emosi (spt: suka, benci, meluat, dll.).

Lelaki pula, kurang menggunakan kata-kata berlebihan ini, dan lebih banyak melakukan

kesalahan nahu, menggunakan kata-kata taboo dan slanga.

Kaum wanita india dan juga cina turut didapati lebih lancar dalam berbahasa ibunda

mereka berbanding kaum lelaki bangsa mereka.?????

CONTOH???

6.3.2 MULUT MURAI??

Perbezaan kaum lelaki dan kaum wanita dalam berbahasa ialah kaum wanita “bercakap

banyak” manakala kaum lelaki pula “banyak bercakap”. Apa yang di maksudkan

dengan “bercakap banyak” ialah wanita akan bercakap banyak untuk satu topik yang

sama dalam satu tempoh masa tertentu.Berbeza dengan lelaki yang dikategorikan

sebagai “banyak bercakap”yang bermaksud dalam satu tempoh masa mereka akan

bercakap mengenai topik yang berlainan.

Contoh : Dalam masa 1 jam,wanita mugkin hanya berbincang mengenai 1 topik

sahaja.Contohnya,topik masakan manakala lelaki mungkin sempat berbincang 2 atau 3


15
topik berlainan.Misalnya 15 minit yang pertama,topik baju.Minit yang seterusnya topik

bola dan sebagainya.

Tetapi adakah ia masih relevan dengan wanita masa kini? Wanita masa kini cenderung

untuk serius dalam sesuatu percakapan. Ya,mungkin benar wanita dilabel bercakap

banyak tetapi mereka bercakap tentang hal yang penting sahaja tidak seperti lelaki yang

kadang tidak di ketahui mana pangkal dan mana hujung topik-topik dalam perbualan

mereka.

Menurut kajian,wanita India gemar bercakap berbanding lelaki tetapi apa yang mereka

bualkan adalah perkara penting sahaja seperti pelajaran.Hal yang sama turut berlaku

wanita cina dan wanita melayu tetapi topic perbualan wanita melayu adalah lebih

bersifat femininim. Ini kerana,wanita melayu cenderung untuk berbicara mengenai

topik-topik wanita seperti masakan,baju,kosmetik dan sebagainya.

6.3.3 SIFAT BAHASA

?????????

6.3.4 SOALAN TAG

Soalan tag juga dikenali sebagai soalan ekoran atau soalan tempelan yang merujuk

kepada ayat tanya tag (tag question). Asmah Haji Omar (1993:392) menamakan ayat

16
tanya tag sebagai pertanyaan tempelan, yakni pertanyaan yang ditampelkan kepada ayat

berita atau ayat perintah.

Oleh kerana sifat kurang pasti yang ada dalam diri kaum wanita itu, maka apabila

membuat sesuatu, mereka gemar bertanya pendapat orang-orang yang rapat dengannya.

Wanita sering mengucapkan soalan hujungan (seperti: ya tak? bukan? kan?).

Contoh ayat: Beg nie cantik kan?

Akan tetapi wanita hari ini dilihat tidak lagi bersifat demikian. Jika mereka

menginginkan sesuatu mereka akan terus mendapatkannya tanpa perlu berfikir dua kali

atau menanyakan pendapat orang lain kerana mereka sudah tahu keptusan mereka

adalah terbaik. Penggunaan soalan tag oleh wanita jelas memang digunakan.Contohnya

“ha”, “ah”, “mei” dan “ho”.Mereka sering menggunakan soalan tag di hujung ayat.

Kaum wanita melayu memang menggunakan soalan tag ini, contohnya, “bukan”, “ya

tak” dan sebagainya. Manakala kaum India?

6.3.5 KEYAKINAN BERBAHASA

????????

6.3.5 KELANCARAN BERBAHASA

?????????????????

17
7.0 KESIMPULAN

8.0 RUJUKAN

Abdul Rashid Daing Melebek & Amat Juhari Moain. (2010). Sosiolinguistik dan Bahasa

Melayu. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Barnard.A.(2004). Sociology. London: Cambridge University Press.

Janet Holmes. (2008). An Introduction To Sociolinguistics. Third Edition. Pearson

Education Limited. England.

Nababan , P.W.J (1978). Sosiolinguistik: Suatu Pengantar. Jakarta Gramedia.

Nik Safiah Karim. (1998). Sosiolinguistik Bahasa Melayu Dan Pengajaran. Petaling

Jaya. Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Peter Trudgill. (1974). Sosiolinguistics:An Introductions. Middlesex. England. Penguin

Book Ltd.

18
Teo Kok Seong. (2002). Sosiolinguistik. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rashid Daing Melebek & Amat Juhari Moain. (2010). Sosiolinguistik dan Bahasa
Melayu. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

 
Barnard.A.(2004). Sociology. London: Cambridge University Press.

Coulmas, Florian. 2005. Sociolinguistics, The Study of Speakers’ Choices. New york:

Cambridge University Press.

Holmes, Janet. 1992. An Introduction to Sociolinguistics. London: Longman.

Jespersen, Otto. 1922. Language: Its Nature, Development and Origin. New York: The

MacMillan Company.

Vank Herk,Gerard. 2011. What is Sosiolinguistics? .UK. Blackwell Publishing

Nik Safiah Karim. 1984. Sosiolinguistik: Satu Pengenalan. Terjemahan daripada Peter

Trudgill. (1974). Sosiolinguistics:An Introductions. Dewan Bahasa Dan Pustaka

19
20

Anda mungkin juga menyukai