Anda di halaman 1dari 3

1.

Penggunaan media sosial di antara kalangan generasi tua dan generasi adalah

sangat berbeza. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan media sosial oleh

generasi tua adalah lebih kepada untuk mendapatkan maklumat seperti berita atas talian

dan dokumentari jika dibandingkan dengan penggunaan media sosial oleh generasi

muda. Secara amnya, penggunaan media sosial adalah lebih luas dan tidak terhad kepada

mendapatkan maklumat seperti berita atas talian dan dokumentari. Oleh hal yang

demikian, terdapat perbezaan kepuasan terhadap kandungan media dalam kalangan

generasi tua dan generasi muda. Hal ini adalah disebabkan penggunaan media sosial

yang lebih memberi kepentingan kepada golongan muda berbanding golongan tua.

2. Pertama, media sosial sebagai platform kepada generasi muda terutamanya

pelajar dalam mencari maklumat tentang pelajaran. Secara amnya, media sosial telah

digunakan oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira, kanak-kanak, pelajar, pekerja atau

surirumah. Namun demikian, penggunaan media sosial oleh generasi muda terutamanya

pelajar dimanfaatkan sebagai platform untuk mendapatkan sumber maklumat dengan

menggunakan media sosial seperti Google dan Google Scholar. Oleh itu, kemudahan

media sosial telah memberi lebih kepuasan kepada generasi muda terutamanya mereka

yang bergelar pelajar.

3. Kedua, media sosial sebagai generasi muda untuk berhibur. Hal ini dikatakan

demikian kerana adanya kandungan media sosial seperti YouTube, Instagram, dan

Twitter sebagai tempat generasi muda meluangkan masa untuk berhibur. Selain itu,

terdapat juga media sosial yang dikenali sebagai media permainan video. Penggunaan

generasi muda sebagai berhibur dengan melayari akaun media sosial dan bermain
permainan video telah memberikan tahap kepuasan yang lebih kepada generasi muda

berbanding generasi tua.

4. Terakhir, media sosial sebagai platform bagi generasi muda untuk bersosial.

Dengan menggunakan akaun media sosial seperti WhatsApp, dan Facebook, mereka

boleh berhubung dengan keluarga yang berjauhan malah boleh berhubung dengan

masyarakat luar bagi menambah kenalan. Dengan itu, penggunaan media sosial sebagai

platform untuk generasi muda bersosial secara maya akan memberikan kepuasan yang

lebih kepada generasi muda jika dibandingkan generasi tua. Hal ini dikatakan demikian

kerana kurangnya pemahaman dalam penggunaan media sosial dalam kalangan generasi

tua.

5. Kesimpulannya, terdapat perbezaan dari segi kandungan media sosial yang

memberikan kepuasan yang lebih kepada generasi muda berbanding generasi muda

terhadap penggunaan media sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan media

sosial yang lebih meluas oleh generasi muda berbanding generasi tua. Oleh itu,

penggunaan media sosial perlulah digunakan dengan bermanfaat.


Rujukan

Azul, Mohd & Mohamad Salleh, Mohd Azul & Basir, Kamaliah & Salman, Ali & Nik, Hairi &

Omar, Nik. (2018). Media Sosial Dalam Transformasi Sistem Penyampaian Dan

Kualiti Maklumat Kolej Kediaman.

Omar, Faradillah Iqmar & Sallehuddin, Iza. (2011). MEDIA SOSIAL: KAJIAN TENTANG

PENGLIBATAN DAN KEPUASAN DALAM KALANGAN MAHASISWA.

10.13140/RG.2.1.4141.2005.

Anda mungkin juga menyukai