Anda di halaman 1dari 3

1.

Penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak tidak lagi menjadi perkara

asing pada masa sekarang. Penggunaan media sosial pada awal usia kanak-kanak telah

menjadikan mereka lebih mudah untuk menyesuaikan diri mereka dalam dunia media

sosial kerana ibu bapa mereka menganggap bahawa penggunaan media sosial mampu

untuk meningkatkan kemahiran inovasi dan pemikiran kritis dalam kalangan kanak yang

membolehkan mereka menjadi lebih bijak. Namun demikian, penggunaan media sosial

oleh kanak-kanak tanpa pemantauan daripada ibu bapa terutamanya juga memberikan

kesan negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan media sosial dalam

kalangan kanak-kanak mampu untuk memberikan kesan positif di samping memberi

kesan negatif yang tidak dapat dielakkan jika tiada pemantauan.

2. Pertama, menyebabkan pembaziran dari segi masa. Penggunaan media sosial

oleh kanak-kanak tanpa pemantauan ibu bapa akan menyebabkan kanak-kanak akan

lebih mudah untuk terdedah dengan scrolling habits. Oleh itu, kanak-kanak akan

menghabiskan masa berjam-jam dengan media sosial seperti Facebook, Instagram dan

YouTube kerana terpengaruh dengan scrolling habits. Dengan itu, ketagihan terhadap

media sosial akan mengganggu masa kanak-kanak dan akan menyebabkan mereka

mempunyai masalah masa tidur yang cukup. Oleh hal yang demikian, mereka akan tidak

mempunyai tenaga yang secukupnya dan mengantuk untuk bersekolah pada

keesokannya kerana masa tidur yang tidak mencukupi.

3. Kedua, kanak-kanak akan terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan.

Penggunaan media sosial oleh kanak-kanak tanpa pemantauan ibu bapa akan

menyebabkan mereka kurang untuk melakukan aktiviti sehari seperti berjalan dan berlari
kerana leka menggunakan media sosial. Keadaan ini akan menyebab kanak-kanak lebih

mudah untuk menghidapi masalah obesiti atau kegemukan kerana penggunaan media

sosial yang berlebihan akan mengehadkan mereka untuk melakukan aktiviti luaran.

4. Terakhir, kanak-kanak tidak akan mempunyai kemahiran bersosial. Penggunaan

media sosial oleh kanak-kanak tanpa pemantauan ibu bapa akan menyebabkan mereka

tidak akan bercampur dengan orang lain atau masyarakat luar. Hal ini adalah disebabkan

kanak-kanak lebih cenderung untuk menghabiskan masa mereka untuk menggunakan

media sosial berbanding bercampur dan bersosial dengan masyarakat luar. Oleh itu,

keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran bersosial

dengan masyarakat luar.

5. Terdapat masih ibu bapa yang menganggap bahawa penggunaan media sosial

telah memberikan banyak kesan positif kepada kanak-kanak. Namun demikian, Terdapat

juga sejumlah ibu bapa atau penjaga yang tidak mempunyai kesedaran untuk memantau

perkembangan kanak-kanak mereka terhadap media sosial. Hal ini dikatakan

penggunaan media sosial oleh kanak-kanak tanpa pemantauan daripada ibu bapa

terutamanya akan memberikan impak yang negatif. Oleh itu, ibu bapa perlulah lebih

tegas dalam melakukan pemantauan kanak-kanak di media sosial.


Rujukan
Omar, Salmah. (2015). PENGARUH PERANTI TEKNOLOGI KEPADA PERKEMBANGAN
SOSIAL DAN PERMASALAHAN KESIHATAN KANAK-KANAK. Jurnal Kebajikan
Masyarakat. 1.
Su, C., & Zakiah, N. (2014). Persepsi dan penggunaan media sosial dari perspektif ibu
bapa: Satu analisis kualitatif. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of
Communication, 30.

Anda mungkin juga menyukai