Anda di halaman 1dari 5

5.

Kebaikan dan keburukan Pluralisme Agama Mengikut Perspektif Agama


5.1. Kebaikan pluralisme agama mengikut perspektif agama Islam
5.1.1. Menjadi faktor utama dalam meningkatkan nilai peradaban di Malaysia
dengan aman
Pluralisme agama mengikut perspektif atau pandangan Islam juga dilihat dapat
memberikan pelbagai kesan positif terhadap masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini dikatakan
demikian kerana setiap lapisan masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai latar belakang
agama yang berbeza-beza. Oleh hal yang demikian, amalan dan kepercayaan yang dianuti
oleh setiap golongan masyarakat ini perlulah dihormati seperti mana yang diterapkan oleh
agama Islam yang menegaskan kepada seluruh umatnya untuk berpegang teguh dan
mempercayai agama Islam tanpa mengabaikan sikap hormat-menghormati antara agama
lain1. Maka, dengan wujudnya pluralisme agama ini akan menjadikan sesebuah negara
sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang beradab dan bermoral.
Selain itu, menurut perspektif agama Islam, pluralisme agama juga memberi kebaikan
kepada setiap penganut agama mahupun masyarakat majmuk di Malaysia kerana teras dan
dasar setiap agama yang berlandaskan adab dan moral dalam kehidupan seharian. Hal ini
dikatakan demikian kerana asas kepada setiap agama adalah benar di mana setiap agama
mengajar dan mendidik umatnya untuk melakukan serta menyebarkan kebaikan tanpa
batasan. Oleh hal yang demikian, pluralisme agama dapat sedikit sebanyak membantu
sesebuah negara dalam menerapkan dan mendidik rakyat menjadi lebih bermoral. Keadaan
ini akan menjadikan semangat untuk melakukan kebaikan dalam diri setiap individu dapat
ditingkatkan. Hal ini dikatakan demikian kerana asas dan dasar sesebuah agama itu adalah
sama iaitu membuat kebaikan mendorong masyarakat sesebuah negara untuk berlumba
dalam melakukan kebaikan di muka Bumi.
Kebaikan pluralisme ini juga dapat dilihat melalui hubung kait antara agama seperti
agama Islam dan agama Kristian di mana kedua-dua agama ini mempunyai hubungan yang
sangat rapat kerana mempunyai sejarah yang berkait. Contohnya, kedua-dua agama ini dapat
dikaitkan dengan Nabi-Nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Isa. Oleh hal yang demikian, kedua-
dua agama ini perlu bekerjasama dalam memperjuangkan nilai moral, keadilan sosial,
keamanan dan kebebasan. Dengan cara ini, keamanan sesebuah negara dapat dikekalkan

1
Toleransi dan Pluralisme Menurut Pengalaman Masyarakat Bidayuh. Dipetik dari
https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=NzA0NDI%3D pada
15 April 2021.
dan ditingkatkan kerana nilai peradaban dan moral masyarakat yang tinggi kerana berpegang
teguh terhadap teras sesebuah agama iaitu mengamalkan kebaikan2.

Maka, dengan itu pluralisme agama mengikut perspektif agama Islam juga
memberikan beberapa kebaikan terhadap negara dan masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini
dikatakan demikian kerana asas kepada setiap agama itu adalah berlandaskan kebaikan dan
nilai moral yang memberi impak positif kepada negara iaitu menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang bermoral dan beradab manakala kebaikannya kepada masyarakat
majmuk adalah dapat hidup dalam sebuah negara yang aman tanpa berlakunya permusuhan
antara agama.

2
Dari Kepelbagaian Agama Kepada Pluralisme Agama: Sejarah Perkembangan. Dipetik dari
http://irep.iium.edu.my/2473/1/PLURALISME_AGAMA.pdf pada 15 April 2021.
6. Kebaikan dan Keburukan Pluralisme Agama Mengikut Perspektif Agama
6.1. Keburukan pluralisme agama mengikut perspektif agama Islam
6.1.1. Menggugat sosio-politik umat Islam di Malaysia melalui ajaran sesat

Fahaman terhadap pluralisme agama di Malaysia kini semakin berkembang selari


dengan perkembangan sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana fahaman terhadap pluralisme
yang semakin didorong oleh segolongan individu yang tidak bertanggungjawab untuk
kepentingan diri sendiri. Oleh itu, perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan bermoral ini
akan memberi impak yang besar terhadap sesebuah negara yang mempunyai masyarakat
yang pelbagai agama seperti negara Malaysia.

Dengan itu, fahaman terhadap pluralisme agama ini akan memberikan kesan negatif
kepada negara dari segi sosio-politik agama Islam di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian
kerana dengan adanya fahaman terhadap pluralisme ini akan mengganggu akidah dan
kepercayaan umat Islam yang menjadi hukum ataupun rukun menjadi seorang yang beriman
kepada Tuhan. Oleh hal yang demikian, perkembangan terhadap fahaman pluralisme ini akan
mendatangkan pelbagai kesan terhadap pelbagai pihak terutamanya masyarakat dan negara.

Antara kesan yang paling ketara terhadap masyarakat dan negara adalah fahaman
pluralisme ini akan menimbulkan banyak ajaran sesat. Hal ini dikatakan demikian kerana
kurangnya pengetahuan terhadap agama terutamanya bagi umat Islam itu sendiri. Keadaan
ini akan mendorong kepada kekacauan dan huru-hara kepada sesebuah negara mahupun
masyarakat sekeliling kerana ajaran sesat yang wujud akibat daripada fahaman yang tidak
sahih akan menimbulkan banyak keburukan.

Ajaran sesat yang masih bergerak aktif pada masa ini adalah ajaran Kerajaan Langit.
Ajaran sesat ini telah diasaskan oleh Ariffin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin
di mana Ayah Pin telah menyatakan bahawa semua agama adalah sama dengan
mengamalkan setiap agama melalui cara yang mereka sukai3. Gerakan ajaran sesat ini
bermula apabila Ayah Pin ini keluar daripada kumpulan ajaran Hassan Anak Rimau kerana
menganggap ajaran tersebut terpesong lalu membuat kumpulannya sendiri. Dengan
penubuhan ini, ajaran Ayah Pin ini telah berkembang sehinggalah pada tahun 20054.
Walaubagaimanapun, kejatuhan kumpulan ajaran sesat ini masih memberi kesan yang
mendalam terhadap setiap lapisan masyarakat dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana

3
Perkembangan Awal Pluralisme Agama Di Malaysia. Dipetik dari
http://www.ukm.my/isoit/wp-content/uploads/2018/09/Earni-elmy.pdf pada 15 April 2021.
4
Kejatuhan Kerajaan Langit. Dipetik dari https://odisi.my/2020/10/20550/ pada 15 April
2021.
masih terdapat pengikut-pengikutnya yang bergiat aktif dalam menyebarkan ajaran tersebut.
Oleh hal yang demikian, fahaman terhadap ajaran sesat ini telah memberi kesan negatif yang
mendalam.

Antaranya adalah mendorong seseorang untuk melakukan keganasan terutamanya


bagi golongan yang berkeluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana ajaran tersebut telah
terdorongnya daripada ajaran tersebut untuk melakukan keganasan. Sebagai contoh,
seseorang individu yang terjebak dengan fahaman ajaran Ayah Pin akan sanggup
menghabiskan harta, malah anak juga turut dikorbankan untuk diberikan kepada ketua ajaran
sesat ini iaitu Ayah Pin5. Keadaan ini akan menyebabkan keamanan sesebuah keluarga akan
tergugat di samping menyebabkan kemiskinan. Selain itu, hubungan kekeluargaan yang telah
lama terjalan juga akan terputus kerana adanya pengikut ajaran sesat.

Di samping menggugat institusi kekeluargaan, fahaman dan ajaran Ayah Pin ini juga
memberi kesan kepada pengamal itu sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan yang
diamalkan oleh pengamal ajaran sesat ini adalah bercanggah dengan ajaran yang diturunkan
oleh Nabi Muhammad SAW. Perkara ini dapat dibuktikan dengan amalan yang diamalkan oleh
penganut ajaran Ayah Pin kerana terdapat banyak ajaran yang bertentangan dengan agama
Islam seperti pengamal ajaran Ayah Pin ini tidak bersembahyang6. Oleh hal yang demikian,
amalan yang disebarkan ini jelas terpesong kerana sembahyang lima (5) waktu dalam sehari
adalah merupakan Rukun Islam yang kedua daripada 5 rukun Islam tersebut.

Bukan itu sahaja, kesan akibat daripada penglibatan terhadap ajaran Ayah Pin ini juga
memberi impak kepada masyarakat sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana pengaruh
ajaran sesat ini akan menyebabkan hubungan silaturahim akan terputus antara pengamal dan
masyarakat7. Contohnya, penganut ajaran sesat tidak akan mengikuti aktiviti sosial yang
dijalankan seperti majlis kenduri dan sebagainya. Keadaan ini akan menyebabkan hubungan
antara masyarakat menjadi tidak utuh dan boleh menimbulkan kekacauan. Oleh hal yang
demikian, perkara ini adalah bertentangan agama Islam yang mendidik umatnya untuk saling
menghormati antara satu sama yang lain tidak mengira agama.

5
Keluarga: Ajaran Zikrullah Ratib Kuat Ayah Pin. Dipetik dari
http://studentsrepo.um.edu.my/104/6/BAB_3.pdf pada 15 April 2021.
6
Pengamal: Ajaran Zikrullah Ratib Kuat Ayah Pin. Dipetik dari
http://studentsrepo.um.edu.my/104/6/BAB_3.pdf pada 15 April 2021.
7
Masyarakat: Ajaran Zikrullah Ratib Kuat Ayah Pin. Dipetik dari
http://studentsrepo.um.edu.my/104/6/BAB_3.pdf pada 15 April 2021.
Namun demikian, perkembangan pengaruh ajaran sesat tidak terhad kepada ajaran
Ayah Pin. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat ajaran sesat lain yang berkembang di
Malaysia iaitu ajaran Syiah. Sehingga 2017, telah didapati sebanyak 19 ajaran sesat yang
masih bergiat aktif daripada 39 ajaran sesat yang dikesan dan dikenal pasti di Selangor seperti
yang dijelaskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Oleh hal yang demikian,
daripada 19 ajaran sesat yang masih aktif tersebut, 3 ajaran sesat telah dikesan mampu untuk
menggugat keselamatan dan keamanan negara. Menurut Ahmad Yunus (2017, 7 November
2017), 3 ajaran sesat yang mampu mengancam ketenteraman negara adalah fahaman Syiah,
ajaran Millah Abraham dan kumpulan Militan Daesh.

Selain itu, negeri Selangor juga merupakan antara negeri yang mempunya banyak
pusat pengajian seperti Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta8. Oleh hal yang
demikian, keadaan ini akan bertambah serius apabila fahaman dan ajaran sesat ini
berkembang dan mempengaruhi golongan muda di IPT terutamanya kerana keadaan ini akan
menyebabkan struktur ajaran yang mampu menggugat keamanan negara bertambah utuh.
Hal ini dikatakan demikian kerana penyebaran ajaran Syiah dikesan telah dilakukan melalui
pengedaran buku yang berunsurkan ajaran Syiah. Bahan bacaan ini telah diedarkan di
kawasan yang strategik seperti di perpustakaan, masjid dan di universiti.

Oleh itu, fahaman terhadap ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan Syiah
memberikan kesan negatif terhadap pengamal, masyarakat dan negara. Hal ini dikatakan
demikian kerana fahaman terhadap ajaran sesat yang mampu menggugat keselamatan
negara disebabkan kurangnya ilmu agama terutamanya ilmu agama Islam.

Fahaman Syiah Dan Keharmonian Agama Islam Di Malaysia: Perspektif Pendekatan


8

Keselamatan Negara. Dipetik dari


https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/viewFile/26946/8279 pada 15 April 2021.

Anda mungkin juga menyukai