Anda di halaman 1dari 12

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 30-41, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Keberkesanan Penggunaan Teknik Pecahan Smiley Face Dalam


Tajuk Pecahan Bagi Murid Tahun 5
(The Effectiveness of the Use of Smiley Face Technique in Fractions
For Year 5 Students)
Guganeswaran Anandaram1*, Siti Mistima Maat1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: guga.13au@gmail.com

Accepted: 15 November 2021 | Published: 1 December 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid Tahun 5
terhadap topik pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak menggunakan teknik
Smiley Face. Seramai 10 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah di daerah Kota Tinggi
dan telah dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Instrumen kajian ini
merupakan ujian pra dan ujian pasca untuk mengukur tahap am kefahaman murid Tahun 5
terhadap topik pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Analisis deskriptif dan
Ujian-T berpasangan diaplikasikan dengan menggunakan SPSS versi 21 dan data-data kajian
dianalisis pada tahap signifikan p < 0.05 untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian
menunjukkan nilai p=0.00, p < 0.05 dan membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan
dengan pencapaian peserta kajian dalam ujian pra dengan ujian pasca. Intervensi teknik
Smiley Face dapat membantu meningkatkan kefahaman murid untuk menyelesaikan soalan
topik pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan betul. Justeru teknik ini boleh
dijadikan pilihan guru untuk meningkatkan kemahiran murid semasa pengajaran dan
pemudahcaraan topik pecahan di dalam kelas Matematik. Implikasinya, teknik Smiley Face
wajar didedahkan kepada murid Tahun 5 supaya mereka ada pilihan untuk memilih teknik
yang bersesuaian semasa menjawab soalan pecahan. Teknik Smiley Face membantu murid
menjawab soalan tanpa kesalahan berbanding teknik bentuk lazim.

Kata kunci: matematik, pecahan, intervensi, operasi tambah dan tolak, sekolah rendah

Abstract: This action research aims to increase Year 5 students understanding in fractions
involving addition and subtraction operations using the Smiley Face technique. A total of 10
Year 5 students in a primary school in the district of Kota Tinggi were selected using purposive
sampling method. The instrument of this study is a pre-test and post-test to measure the general
level of understanding of Year 5 students on fractions involving addition and subtraction
operations. Descriptive analysis and paired T-Test were applied using SPSS version 21 and
the data were analyzed at a significant level of p <0.05 to test the study hypothesis. The findings
of the study showed a value of p = 0.00, p <0.05 and proved that there was a significant
difference with the achievement of study participants in the pre -test and post-test. Smiley Face
technique interventions can help improve students understanding in solving fractional topic
questions involving addition and subtraction operations correctly. Therefore, this technique
can be used as a teacher's choice to improve students' skills during the teaching of fraction
topics in the Mathematics class. The implication is that the Smiley Face technique should be
exposed to Year 5 students so that they have the option to choose the appropriate technique
when answering fraction questions. The Smiley Face technique helps students to answer
questions without error compared to the usual technique.

30
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 30-41, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Keywords: mathematics, fractions, interventions, addition and subtraction operations,


elementary school
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Matematik merupakan suatu bidang yang memberi peluang kepada murid untuk berfikir dan
menyelesaikan masalah dengan kemahiran yang mereka miliki. Pecahan adalah salah satu topik
yang harus dikuasai semasa pembelajaran subjek Matematik. Pecahan merupakan topik
Matematik yang sering menjadi masalah kepada murid untuk diselesaikan. Trivena et al.,
(2017) telah memberi takrif bahawa pecahan dilihat sebagai satu topik yang paling sukar untuk
difahami terutamanya murid-murid sekolah rendah. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2017)
mengatakan bahawa murid-murid sekolah rendah masih lemah dan tidak dapat
mengaplikasikan konsep pecahan dengan baik dalam soalan yang dikemukakan dalam
peperiksaan. Pecahan diperkenalkan kepada murid selepas murid mengenal sifat dan
konsepnombor bulat. Konsep pecahan merupakan pengetahuan yang baru berbanding konsep
nombor bulat yang menggunakan operasi asas. Konsep pecahan diaplikasikan dalam topik-
topik lain dalam bidang Matematik. Pemahaman konsep pecahan yang mendalam akan
membantu pembelajaran algebra dan pengetahuan tentang algebra seterusnya akan
mempersiapkan pelajar kepada tahap pendidikan matematik yang lebih tinggi (Azid et al.,
2020).

Pemahaman konsep pecahan yang kukuh tidak patut diabaikan dalam pengajaran dan
pemudahcaraan subjek Matematik. Murid sekolah rendah sentiasa tidak berasa selesa dan tidak
mahu mencuba soalan-soalan pecahan. Murid yang lemah dalam pembelajaran tidak mahu
memikirkan jalan penyelesaian dan terus berputus asa dengan topik pecahan. Konsep pecahan
adalah topik yang lebih sukar daripada nombor bulat serta murid sering salah faham konsep
pecahan (Yensy, 2021). Maka guru bertanggungjawab untuk membantu murid untuk menukar
perspektif terhadap topik pecahan ini. Sekiranya murid didedahkan dengan suatu kaedah yang
mudah dan relevan sudah pasti murid akan menunjukkan minat untuk menjawab soalan
pecahan. Pelbagai kaedah dan intervensi baru dapat didedahkan kepada murid untuk memilih
cara yang lebih sesuai untuk menyelesaikan soalan pecahan.

Intervensi yang mudah memberi peluang kepada murid untuk menukar pandanganya terhadap
subjek Matematik dan topik pecahan. Intervensi dalam subjek Matematik mampu
mempengaruhi proses perkembangan konsep Matematik murid-murid dengan mendorong
pemindahan pengetahuan secara cepat (Watts et al., 2017). Guru cenderung menerangkan
konsep pecahan dengan hanya visualasi sahaja sedangkan topik pecahan perlu disampaikan
kepada murid dengan menggunakan model atau bahan konkrit. Seorang guru yang baik mesti
dapat mewujudkan keadaan dimana murid tidak lagi menganggap Matematik adalah satu
subjek yang sukar untuk difahami. Penukaran persepsi murid terhadap topik pecahan
menyebabkan murid berasa seronok dan membantu murid memahami konsep pecahan. Teknik
Smiley Face telah dibina sebagai suatu intervensi yang dapat membantu dalam menyelesaikan
soalan pecahan. Pengaplikasian teknik ini telah dikaji dalam kajian ini dengan menggunakan
Model Kemmis dan McTaggart (1988). Empat langkah iaitu memerhati, merancang, bertindak
dan mereflek telah dijalankan dalam kajian ini menurut Model Kemmis
dan McTaggart.

31
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 30-41, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

2. Pernyataan Masalah

Singga dan Effandi (2020) telah mentakrifkan bahawa murid kurang berminat dan menghadapi
kesukaran dalam mengambarkan secara visual penyelesaian soalan pecahan. Murid sering
melakukan kesilapan semasa menukar penyebut soalan pecahan dan memberi jawapan yang
salah pada akhirnya. Huraian daripada kajian Singga dan Effandi (2020) menunjukkan bahawa
lima peserta kajian gagal menyelesaikan soalan pecahan disebabkan tidak mempunyai
kefahaman operasi pecahan yang kukuh.

Masalah pemahaman operasi pecahan dalam kalangan murid sekolah disokong dalam kajian-
kajian lain juga. Faridah (2018) mendapati bahawa murid tidak menguasai cara menyelesaikan
soalan pecahan dan sering melakukan kesilapan semasa menjawab soalan. Kajian yang telah
dijalankan oleh Jannah dan Prahmana (2019) juga menyokong pernyataan
ini dimana mereka telah menyatakan bahawa murid memerlukan bantuan daripada guru untuk
memahami langkah penukaran penyebut dalam soalan pecahan.

Murid sering melakukan kesilapan semasa menukar nombor penyebut walaupun sudah
mempelajarinya di dalam kelas. Murid juga lupa untuk buat pendarapan dengan pengangka.
Prinsip penukaran penyebut sering diselesaikan dengan pelbagai cara yang boleh memberikan
jawapan yang salah (Aksoy dan Yazlik, 2017). Masalah ini patut diatasi dengan baharu supaya
murid tidak lagi melakukan kesilapan apabila menambah dan menolak soalan pecahan.

3. Persoalan Kajian

Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana teknik pecahan
Smiley Face memberi impak positif dalam tajuk pecahan yang melibatkan operasi tambah dan
tolak bagi murid tahun 5. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membantu murid mengukuhkan
kemahiran asas konsep pecahan dalam operasi tambah dan tolak. Maka persoalan kajian ini
adalah:

i. Adakah teknik Smiley Face dapat meningkatkan penguasaan murid dalam


menyelesaikan soalan pecahan dengan betul?
ii. Adakah teknik Smiley Face mempengaruhi tahap pencapaian murid dalam topik
pecahan tambah dan tolak?

4. Ulasan Kajian Lepas

Pengajaran dan pembelajaran topik pecahan boleh menjadi rumit tetapi pemahaman pecahan
adalah kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap murid. Topik pecahan telah mula
diperkenalkan pada awal persekolahan seseorang murid iaitu pada Tahun 1. Konsep yang diajar
menjadi semakin kompleks dan rumit pada setiap tahun mengikut tahap murid. Pecahan
mempunyai dua nombor, pengangka (bahagian) dan penyebut (keseluruhan). Operasi tambah,
tolak, darab dan bahagi disertakan apabila murid sudah mula menguasai konsep asas pecahan.
Khairulazuad Husain (2021) membuktikan bahawa murid akan menghadapi kesukaran dalam
mempelajari pecahan ini apabila mereka tidak menguasai konsep asas pecahan dengan baik.

Dalam kajian artikel-artikel lepas, didapati bahawa pecahan dikategorikan antara topik yang
paling sukar untuk difahami dan diselesaikan oleh murid (Schreiter et al., 2021). Langkah
menyamakan penyebut dalam operasi tambah dan tolak pecahan sering menjadi masalah
kepada murid (Makrufah, 2019). Jawapan murid akan menjadi salah sekiranya murid tidak

32
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 30-41, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

dapat menyamakan penyebut dengan betul. Kadang - kadang murid juga melakukan kesalahan
atas sebab kecuaian mereka. Satu teknik atau kaedah perlu didedahkan kepada murid supaya
mereka tidak lagi melakukan kesalahan seperti ini dalan soalan pecahan.

Intervesi merupakan satu langkah yang baik untuk meningkatkan pencapaian dan pemahaman
murid dalam konsep Matematik (Bryant et al., 2021). Intervensi dapat mempengaruhi persepsi
murid dan mengubah cara penyelesaian soalan Matematik murid. Berdasarkan penelitian
artikel yang dipilih, guru perlu bersedia dan memberi tunjuk ajar yang boleh menarik minat
murid seterusnya membantu menyelesaikan soalan Matematik dengan cara yang kreatif
(Vinkler, 2020). Teknik baru seperti Smiley Face mampu memberikan motivasi yang tinggi
dan memastikan murid menjawab soalan pecahan dengan betul.

5. Metodologi

Reka bentuk kajian tindakan digunakan dalam kajian ini. Kajian tindakan dijalankan untuk
menganalisis pembelajaran profesional, mengkaji amalan pengajaran, menyelesaikan masalah
dan memahami proses atau fenomena dalam konteks tertentu (Uohnson, 2020). Pengkaji telah
menjalankan kajian tindakan ini bagi mengkaji amalan pengajaran teknik Smiley Face dan
mengetahui keberkasanannya terhadap jawapan murid. Ancaman kepada kesahan dalaman dan
kesahan luaran telah diatasi dalam reka bentuk kajian tindakan ini. Kesahan dalaman
merupakan perubahan yang berlaku dalam pembolehubah bersandar disebabkan oleh
pembolehubah bebas (Flannelly et al. 2018). Jadual 1 menjelaskan faktor kesahan dalaman
yang terdapat dalam kajian ini dan cara mengatasinya.

Jadual 1: Faktor-faktor kesahan dalaman dan cara mengatasinya


Bil. Ancanan Cara mengatasi
1 Kematangan peserta Menggunakan peserta yang mempuyai keupayaan sama dari segi
umur dan tahap kematangan iaitu murid Tahun 5 dari kelas yang
sama.

2 Ujian pra Pendedahan kepada ujian pra boleh mempengaruhi prestasi


Ujian Pasca.
Urutan item soalan teah diubah dalam ujian pasca.
Ujian pasca dijalankan selepas 1 minggu ujian pra dijalankan.

3 Mortaliti Kehadiran peserta kajian tidak terjejas sebab kajian dijalankan


semasa hari persekolahan dan semua murid telah hadir tanpa
gagal.

4 Alat ukur kajian Kandungan instrumen telah disahkan oleh guru cemerlang dan
ketua panitia.

Dirujuk daripada Campbell and Stanley (1963)

Kesahan luaran adalah sejauh mana kesimpulan dapat dipanjangkan pada populasi dan dalam
konteks yang berbeza-beza (Bernstein, 2018). Kesahan luaran merujuk kepada ancaman yang
menghalang dapatan kajian untuk membuat kesimpulan secara am.

33
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 30-41, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 2: Faktor-faktor kesahan luaran dan cara mengatasinya


Bil. Ancanan Cara mengatasi
1 Kesan ciri-ciri peserta kajian Pengenal pasti responden kajian yang hasilnya dapat
digeneralisasikan melalui memilih 10 orang responden yang
mempunyai perkembangan kognitif dan kebolehan akademik
yang sama dari kelas yang sama iaitu kelas Tahun 5.
Tempoh masa ujian pra dan ujian pasca yang sama kepada
semua murid.
Soalan ujian yang disediakan berdasarkan DSKP Matematik
Tahun 5.
Kandungan instrumen telah disahkan oleh guru cemerlang dan
ketua panitia.

Dirujuk daripada Campbell and Stanley (1963)


Ancaman-ancaman dalaman dan luaran telah dipertimbangkan dan telah diatasi. Pemahaman
konsep yang baik mengenai kesahan dalaman dan luaran mampu membantu merancang dan
menjalankan kajian yang lebih bernilai (Andrade, 2018).Model Kemmis dan Mac Taggart
(1988) telah digunakan sebagai model penyelidikan kajian tindakan ini.

Penyediaan pelan tindakan

Membuat refleksi Bertindak mengikut pelan

Mengumpul dan menganalisis data

Rajah 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988)

5.1 Peserta Kajian


Peserta kajian ini melibatkan murid Tahun 5 di sebuah sekolah jenis kebangsaan di daerah Kota
Tinggi, Johor. Peserta kajian yang terpilih adalah seramai sepuluh orang dan kesemua murid
tersebut daripada kelas yang sama. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan oleh
pengkaji untuk memilih peserta kajian. Kaedah persampelan bertujuan membantu memastikan
perserta kajian dipilih berdasarkan ciri tertentu mengikut tujuan dan kehendak pengkaji dan
data yang diperoleh adalah berfokuskan tujuan kajian dijalankan (Ames et al., 2019).

5.2 Instrumen Kajian


Instrumen yang telah dipilih dalam kajan ini adalah ujian pra dan ujian pasca untuk mengetahui
perkembangan murid sebelum dan selepas mengikuti intervensi. Instrumen ini telah dibina oleh
pengkaji. Instrumen ini mengandungi 10 soalan yang berasaskan operasi tambah dan tolak
dalam topik pecahan. Pengetahuan asas pecahan dan langkah penambahan dan penolakan
pecahan telah diuji menggunakan intrumen ini. Pengkaji telah memberikan soalan instrumen
ini kepada Ketua Panitia dan guru Matematik yang berpengalaman untuk menyemaknya.
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen telah dapat dipastikan dengan pelaksanaan
penyemakan ini.

34
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 30-41, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

5.3 Pelaksanaan Kajian


Reka bentuk kajian tindakan dipilih dalam kajian ini bagi melihat keberkesanan kaedah Smiley
Face dari segi perubahan pencapaian responden dalam menyelesaikan soalan penambahan dan
penolakan melibatkan pecahan. Model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) telah
diaplikasikan dalam kajian ini yang melibatkan empat langkah iaitu tinjauan awal, merancang
tindakan, melaksanakan tindakan dan memerhati serta mereflek Model ini dipilih dalam kajian
tindakan ini kerana model Kemmis dan McTaggart (1988) sesuai diaplikasikan dalam kajian
yang melibatkan proses pengajaran dan pemudahcaraan (Hasmam dan Ismail, 2021)

5.3.1 Tinjauan Awal


Pengkaji telah mendapati murid-murid mengalami kesukaran apabila menjawab soalan
pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Murid telah memberikan jawapan yang
salah walaupun telah mengenali dan memahami konsep asas tambah dan tolak dalam topik
pecahan. Kesalahan ini sering berlaku walaupun telah diberi penerangan berkali-kali. Murid
tetap buat kesalahan yang sama dalam buku latihan mereka. Pengaji telah mengesan masalah
ini dan telah membuat keputusan untuk menyelesaukan masalah ini dengan menjalankan kajian
tindakan ini.

5.3.2 Merancang Tindakan


Pengkaji telah merancang tindakan berdasarkan tinjauan awal yang telah dibuat. Pada langkah
ini, data-data telah dikumpulkan dengan melaksanakan ujian pra. Ujian pra dilakukan sebelum
Teknik Smiley Face diperkemalkan kepada peserta kajian. Masa pelaksanaan ujian pra adalah
selama 15 minit. Dapatan kajian telah direkodkan dan dianalisis selepas melaksanakan ujan
pra. Seterusnya pelaksanaan tindakan iaitu pengajaran dan pembelajaran mengenai teknik
Smiley Face dirancang oleh pengkaji.

5.3.3 Melaksanakan Tindakan dan Memerhati


Ujian pra dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahuai tahap penguasaan murid dalam topik
pecahan yang melibatkan penambahan dan penolakan. Ujian pra dilakukan sebelum pengajaran
teknik Smiley Face dilaksanakan. Ujian pasca dijalankan setelah selesai menjalankan
pengajaran teknik Smiley Face kepada responden kajian. Soalan yang sama digunakan dalam
ujian pra dan ujian pasca untuk membandingkan perkembangan peserta kajian menjawab
soalan. Analisis deskrpitif dilakukan dengan membuat pengiraan bilangan item yang betul dan
peratus markah yang diperolehi. Analisis deskriptif dipilih kerana untuk dianalisis berdasarkan
min, purata, median dan frekuensi. Hasil dapatan kajian dan pengelolahan data senang ditafsir
dan memberi gambaran yang jelas kepada pembaca (Yusuf, 2018).

Penggunaan Teknik Pecahan Smiley Face


Teknik Smiley Face telah dicetus untuk menyelesai kan masalah murid dalam menyemakan
penyebut pecahan semasa menjawab soalan pecahan. Menyamakan pecahan merupakan
bahagain yang paling penting dalam topik pecahan (Pedersen & Bjerre 2021). Teknik ini
membantu murid menjawab soalan pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak tanpa
buat kesilapan.

35
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 30-41, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rajah 2: Melukis Smiley Face (Langkah 1)

2 1
4 + 3
x
Rajah 3: Menulis Soalan Dalam Smiley Face (Langkah 2)

+
12

Rajah 4: Darab Kedua-Dua Penyebut Pecahan (Langkah 3)

6 +4
12

Rajah 5: Darab Nombor Dalam Mata Pertama Dengan Penyebut Kedua Dan Darab Nombor Dalam
Mata Kedua Dengan Penyebut Pertama (Langkah 4)

36
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 30-41, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

10 5
=
12 6

Rajah 6: Menambah Nombor Pada Pengangka Dan Pemudahkan Jawapan (Langkah 5)

5.3.4 Mereflek
Dapatan yang diperoleh melalui ujian pasca dibandingkan dengan dapatan ujian pra. Pengkaji
menganalisis perbezaan tersebut, merekodkan dan membuat refleksi mengenai semua tindakan
yang telah dijalankan.

6 Dapatan Kajian

Persoalan Kajian 1: Adakah teknik Smiley Face dapat meningkatkan penguasaan murid
dalam menyelesaikan soalan pecahan dengan betul?

Peningkatan dalam kefahaman murid dengan mendapatkan jawapan yang betul telah
dibandingkan dalam kedua-dua intrumen kajian.

Rajah 7: Perbandingan Jawapan Responden Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Rajah 2 jelas memperihalkan perkembangan peserta kajian dalam menjawab soalan pecahan
yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan betul. Murid telah samakan penyebut setelah
memperkenalkan teknik Smiley Face. Penggunaan teknik Smiley Face telah membantu murid
untuk memberikan jawapan yang betul pada akhimya. Kali ini murid tidak
lupa untuk menyamakan penyebut pecahan semasa menambah dan menolak pecahan. Maka,
dapat disimpulkan bahawa kemahiran menyamakan penyebut tanpa gagal dapat ditingkatkan
setelah mempelajari dan mengapli kasikan teknik Smiley Face.

Perbandingan skor instrumen ujian pra dan ujian pasca telah memastikan keberkesanan
penggunaan teknik pecahan Smiley Face dalam tajuk pecahan bagi murid Tahun 5.
Perbandingan pencapaian kedua-dua ujian ditunjukkan mengikut bilangan soalan yang boleh
dijawab oleh murid seperti dal am Jadual 2 di bawah.

37
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 30-41, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 3: Faktor-Faktor Kesahan Luaran Dan Cara Mengatasinya


Peserta Ujian Peratus Ujian Peratus Peningkatan
Kajian Pra Pasca Peratus
Pencapaian
PK1 3 30% 10 100% 70%
PK2 1 10% 8 80% 70%
PK3 4 40% 10 100% 60%
PK4 0 0% 9 90% 90%
PK5 7 70% 10 100% 30%
PK6 2 20% 10 100% 80%
PK7 3 30% 9 90% 60%
PK8 5 50% 10 100% 50%
PK9 4 40% 10 100% 60%
PK10 5 50% 10 100% 50%

Berdasarkan Jadual 3 tersebut dapat dilihat kemahiran dalam menyelesaikan soalan pecahan
yang melibatkan operasi tambah dan tolak telah meningkat. Tujuh orang murid telah menjawab
kesemua soalan dengan betul. 3 orang murid lagi telah cuai dan semasa menulis jawapan untuk
operasi tambah dan tolak. Maka, 7 orang murid telah mendapat 100% jawapan betul dalam
ujian pasca. Seorang peserta kajian menunjukkan peningkatan peratus yang paling iaitu 90%.
Peningkatan peratus pencapaian yang majoriti iaitu 60% telah ditunjukkan oleh tiga orang
peserta kajian. Seorang perserta menunjukkan peningkatan yang terendah iaitu 30%. Oleh itu,
dapat dilihat bahawa teknik Smiley Face dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
menyelesaikan soalan pecahan dengan betul.

Persoalan Kajian 2: Adakah teknik Smiley Face mempengaruhi tahap pencapaian murid dalam
topik pecahan tambah dan tolak?

Pengkaji menggunakan statistik deskriptif perbandingan min dan analisis Ujian-T berpasangan.
Statistical Package For The Social Science (SPSS) digunakan untuk menganalisis bagi
mendapatkan data deskriptif iaitu min, peratus, kekerapan, sisihan piawai dan data inferens
melalui ujian-t berpasangan. Data-data kajian ini dianalisis pada tahap signifikan p≤0.05 untuk
menguji hipotesis kajían. Ujian-T berpasangan yang digunakan dalam kajian ini telah
memenuhi andaian-andaian seperti pembolehubah bersandar bersifat selanjar, pembolehubah
tidak bersandar perlu terdiri daripada 2 kumpulan berkaitan, iaitu peserta yang sama dilibatkan
dalam kedua-dua ujian pra dan pasca, bertaburan normal atau hampir normal bagi perbezaan
antara pasangan yang sepadan dan tiada unsur luaran yang signifikan dalam perbezaan antara
dua kumpulan. Kesemua andaian statistik telah dipatuhi dalam kajian ini.

Jadual 4 menunjukkan perbezaan nilai sisihan piawai dan min di antara dua ujian. Terdapat
perbezaan signifikan min antara keputusan ujian pra (min= 3.40, sisihan piawai = 2.066)
berbanding ujian pra selepas mengikuti intervensi teknik Smiley Face (min= 9.60, sisihan
piawai = 0.699) dalam pembelajaran algoritma.

Jadual 4: Statistik Deskriptif Perbandingan Min antara Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian n Min Sisihan Piawai
Ujian Pra 10 3.40 2.066
Ujian Pasca 10 9.60 0.699

38
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 30-41, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Berdasarkan Jadual 4, nilai p menunjukkan bahawa terdapat nilai yang signifikan. Nilai yang
ditunjukkan adalah t = -11.625, df = 9. p<0.05, maka 𝐻0 adalah ditolak. (𝐻0 : Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara skor murid sebelum dengan selepas sesi intervensi teknik
Smiley Face) Hasil analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan skor min
ujian pra dan ujian pasca.
Jadual 5: Hasil Analisis Ujian–T Berpasangan
t df Sig.
Pencapaian -11.625 9 0.00

Effect size merupakan suatu cara untuk mengetahui keberkesanan intervensi pembelajaran yang
dijalankan dalam kajian (Johar et al., 2019). Menurut rumus Effect Size dari Cohen untuk One-
Group Pretest-Posttest Design saiz yang lebih dari 1.00 mempunyai kesan yang tinggi. Bagi
kajian ini Effect size adalah 3.676 iaitu > 1.00, maka teknik Smiley Face mempunyai kesan
yang tinggi dalam pengajaran topik pecahan.

5.0 Perbincangan Dan Kesimpulan

Perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca jelas membuktikan penguasaan murid dalam
menyelesaikanan soalan pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Konsep pecahan
tidak difahami sepenuhnya oleh murid dan mereka sering buat salah konsep semasa menjawab
soalan (Nurul dan Roslinda, 2021). Murid sering melakukan kesilapan semasa menukar
penyebut dalam pecahan (Schumacher dan Malone, 2017) sebelum mengikuti kelas intervensi.
Salah faham konsep dan kesukaran mengaplikasikan penukaran penyebut jelas ditunjukkan
dalam jawapan ujian pra.

Gaya penulisan jawapan murid telah berubah setel ah teknik Smiley Face diperkenalkan dalam
kelas intervensi. Intervensi yang baik mampu memberi impak positif kepada pencapaian murid
(Brisson et al., 2017). Ujian pasca yang dijalankan telah menunjukkan impak postif yang dapat
daripada penggunaaan teknik Smiley Face. Murid telah menukar penyebut bagi pecahan
dengan betul tanpa melakukan kesilapan seperti dalam ujian pra.

Dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi penggunaan teknik Smiley
Face dalam soalan pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak berbanding teknik
bentuk lazim (kaedah tradisional). Min skor bagi ujian pasca selepas mengikuti intervensi
teknik Smiley Face lebih tinggi berbanding ujian pra. Perbezaan ini menunjukkan bahawa
intervensi Smiley Face memberi impak positif ke atas jalan penyelesaian murid pada soalan
pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Vajravelu (2018) telah telah mentakrifkan
intervensi dalam Matematik mampu mengubah penguasaan murid terhadap soalan Matematik
berbanding kaedah tradisional iaitu bentuk lazim.

Kesimpulannya, dapatan kajian ini yang positif membuktikan teknik Smiley Face boleh
diaplikasi kan dalam pengajaran dan pemudahcaraan topik pecahan yang melibatkan operasi
tambah dan tolak. Murid-murid boleh menggunakan teknik dan menukar penyebut pecahan
dengan betul. Guru Matematik boleh memperkenalkan teknik Smiley Face kepada muridnya
dan membantu murid memahami konsep pecahan dengan mudah. Murid boleh memilih teknik
yang mudah ini sebagai langah penyelesaian berbanding teknik tradisional semasa menjawab
soalan pecahan.

39
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 30-41, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rujukan

Aksoy, N. C., & Yazlik, D. O. (2017). Student Errors in Fractions and Possible Causes of
These Errors. Journal of education and training studies, 5(11), 219-233.
Ames, H., Glenton, C., & Lewin, S. (2019). Purposive sampling in a qualitative evidence
synthesis: A worked example from a synthesis on parental perceptions of vaccination
communication. BMC medical research methodology, 19(1), 1-9.
Andrade, C. (2018). Internal, external, and ecological validity in research design, conduct,
and evaluation. Indian journal of psychological medicine, 40(5), 498-499.
Azid, N., Hasan, R., Nazarudin, N. F. M., & Md-Ali, R. (2020). Embracing Industrial
Revolution 4.0: The Effect of Using Web 2.0 Tools on Primary Schools Students'
Mathematics Achievement (Fraction). International Journal of Instruction, 13(3), 711-
728.
Bernstein, J. L. (2018). Unifying SoTL methodology: Internal and external validity. Teaching
& Learning Inquiry, 6(2), 115-126.
Brisson, B. M., Dicke, A. L., Gaspard, H., Häfner, I., Flunger, B., Nagengast, B., &
Trautwein, U. (2017). Short intervention, sustained effects: Promoting students’ math
competence beliefs, effort, and achievement. American Educational Research Journal,
54(6), 1048-1078.
Bryant, D. P., Pfannenstiel, K. H., Bryant, B. R., Roberts, G., Fall, A. M., Nozari, M., & Lee,
J. (2021). Improving the Mathematics Performance of Second-Grade Students with
Mathematics Difficulties through an Early Numeracy Intervention. Behavior
modification, 45(1), 99-121.
Campbell, D.T., & Stanley, J.C.(1963) Experimental and Quasi-Experimental Designs for
Research. Chicago, Amerika: Rand McNally & Company Chicago.
Faridah, F. (2018). Penggunaan Metode Latihan Siap Upaya Meningkatkan Kemampuan
Menyelesaikan Pecahan Dengan Siswa Kelas Iva Sd Negeri 010 Tembilahan Hulu
Kecamatan Tembilahan Hulu. Selodang Mayang: Jurnal lImiah Badan Perencanaan
Pembangunan Daerah Kabupaten Indragiri Hilir, 4(1).
Flannelly, K. J., Flannelly, L. T., & Jankowski, K. R. (2018). Threats to the internal validity
of experimental and quasi-experimental research in healthcare. Journal of health care
chaplaincy, 24(3), 107-130.
Hasmam, A., & Ismail, N. N. A. (2021). Penggunaan Kaedah" Yadun Yayaya" Untuk
Meningkatkan Kemahiran Menulis Huruf Ya Dalam Perkataan. Asean Comparative
Education Research Journal On Islam And Civilization (ACER-J). elSSN2600-769X,
4(1),95-103.
Husain, K. (2021). Keberkesanan Teknik Kfc Ke Atas Pencapaian Pelajar Dalam Topik
Pecahan Separa. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 13, 72-95.
Jannah, A. F., & Prahmana, R. C. IL. (2019). Learning fraction using the context of pipettes
for seventh-grade deaf-mute student. Journal for the Education of Gifted Young
Scientists, 7(2), 299-321.
Johar, M. N., Nordin, N. A. M., & Mesbah, N. (2019). Kesan Realiti Visual Berasaskan
Terapi ke Atas Ketahanan Berjalan dan Kualiti Hidup Penghidap Osteoarthritis Lutut.
Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 17(2),113-120.
Johnson, E. S. (2020). Action Research. In Oxford Research Encyclopedia of Education.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2017. Kupasan Mutu Jawapan Matematik UPSR 2016.
Makrufah, E. (2019). Peningkatan Hasil Belajar Matematika Materi Penjumlahan dan
Pengurangan Pecahan dengan Menggunakan Strategi Pembelajaran Cooperative Type
Numbered Head Together (NHT) Pada Siswa Kelas V MI PERWANIDA Kecamatan

40
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 30-41, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Argomulyo Kota Salatiga Tahun Pelajaran 2018/2019 (Doctoral dissertation, IAIN


SALATIGA).
Nurul Atiqah & Roslinda Rosli (2021). Year Four Pupils' Self Efficacy and Knowledge of
Fractions. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1), 77-87.
Pedersen, P. L., & Bjerre, M. (2021). Two conceptions of fraction equivalence. Educational
Studies in Mathematics, 107(1), 135-157.
Schreiter, S., Vogel, M., Rehm, M., & Dörfler, T. (2021). Teachers ‘diagnostic judgment
regarding the difficulty of fraction tasks: A reconstruction of perceived and processed
task characteristics.
Schumacher, R. F., & Malone, A. S. (2017). Error patterns with fraction calculations at fourth
grade as a function of students’ mathematics achievement status. The Elementary
school journal, 118(1), 105-127.
Singga, A. A., & Effandi, Z. (2020). Penggunaan Model Bar Dalam Kemahiran Penyelesaian
Masalah Pecahan Tahun 6. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(), 113-124.
Trivena, V., Ningsih, A. R., & Jupri, A. (2017). Misconception on addition and subtraction of
fraction at primary school students in fifth-grade. In Journal of Physics: Conference
Series, 895(1), p. 012139.
Vajravelu, K. (2018). Innovative Strategies for Learning and Teaching of Large Differential
Equations Classes. International Electronic Journal of Mathematics Education, 13(2),
91-95.
Vinkler, L. (2020). Alternative tools for motivating young primary school students when
learning Maths. Journal of Process Management. New Technologies
Watts, T. W., Clements, D. H., Sarama, J., Wolfe, C. B., Spitler, M. E., & Bailey, D. H.
(2017). Does Early Mathematics Intervention Change the Processes Underlying
Children's Learning?. Journal of Research on Educational Effectiveness, 10(1), 96-
115.
Yensy, N. A. (2021). The Method to Solve Problems About Fraction by Using the
Manipulative Media. In International Conference on Educational Sciences and
Teacher Profession (ICETeP 2020) (pp. 338-342). Atlantis Press.
Yusuf, C. R. M. (2018). Melukis Keluk Keseimbangan Firma Pasaran Persaingan Sempurna
Untuk Tiga Jenis Keuntungan Pasaran Persaingan Sempurna Dengan Konsep ‘Potong
Pizza’. Selangor Humaniora Review, 2(2), 48-60.

41
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved