Anda di halaman 1dari 51

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang

seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani selaras dengan hasrat kurikulum bersepadu sekolah rendah (kbsr) dan falsafah pendidikan

negara.

Pada peringkat ini, bahasa melayu diajarkan sebagai mata muridan wajib, selaras dengan

status bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa melayu perlu

dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu

pengetahuan, seperti kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Berdasarkan sukatan muridan bahasa melayu sekolah rendah telah memuatkan senarai

kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari tahun 1 hingga tahun

6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur),

membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa melayu.

Huraian sukatan muridan bahasa melayu sekolah rendah ini pula, mengandungi perincian,

penjelasan serta huraian tentang sukatan muridan bahasa melayu. Di dalam huraian sukatan
2

muridan ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur,

membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang

sesuai bagi peringkat persekolahan murid.

Menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid. Kemahiran

membina ayat adalah salah satu aspek penting dalam bahasa melayu. Banyak kajian yang telah

dijalankan mendapati kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dari

aspek membina ayat dengan betul dan lengkap. Kebanyakan murid menghadapi masalah menyusun

idea dalam penulisan dan tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan

mereka disiapkan mengikut tujuan yang telah ditetapkan.

Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara

kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat

yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambilkira matlamat,

penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan

menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan

yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan

pembelajaran murid dalam bahasa melayu dan mata muridan tertentu. (Abdul rasid jamian)

Menurut abdul rasid dan zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan

menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata muridan bahasa melayu adalah

akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid

adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan

perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering

meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya.ini menimbulkan

pola bacaan yang merangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat
3

dan makna bahan bacaan tersebut.selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari

maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru.

Levin (1987) yang dikutip oleh noraini ombi (2009),cara memegang alat tulis akan

mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus

menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan

memasan manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan

dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan

menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika

menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan

lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis.

1.2 Pernyataan Masalah

Walaupun panduan tentang cara menulis kata majmuk ada dinyatakan dalam buku tatabahasa

dewan atau dalam buku sistem ejaan bahasa malaysia, namun masalah ini masih lagi menimbulkan

kerumitan kepada pengguna bahasa. Hal ini demikian kerana amat sukar untuk membezakan yang

mana kata majmuk dan yang mana frasa. Selain itu, ketidak tekalan dalam menetapkan cara

penulisan kata majmuk menimbulkan kesukaran kepada pengguna bahasa. Ini dapat dibuktikan

apabila ada kata majmuk yang ditulis secara terpisah ada yang ditulis bercantum.

Meskipun aspek kata majmuk merupakan hanya sebahagian kecil daripada huraian dalam

tatabahasa melayu, kata majmuk juga merupakan aspek yang perlu dikuasai oleh murid , jika

murid tidak dapat menguasai aspek kata majmuk, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi

murid dalam proses pembinaan ayat. Selain itu, disebabkan oleh perkembangan bahasa, banyak

istilah-istilah baru muncul hingga menyebabkan penciptaan istilah tersebut menggunakan

konstruksi kata majmuk. Dalam hal ini, cara penulisan kata majmuk haruslah tekal.
4

Setakat ini tidak ada kesepakatan daripada pengkaji dan pakar bahasa melayu untuk

menetapkan rumus yang mantap tentang kata majmuk. Pengkajian tentang kata majmuk

mempunyai beberapa perbezaan yang ketara dalam penghuraian dan penerangan dalam kajian-

kajian oleh para pengkaji yang berbeza. Antara pengkaji dan pakar bahasa masih lagi bercanggah

pendapat tentang konsep kata majmuk.

Umpamanya dalam aspek ejaan kata majmuk, terdapat perbezaan dalam soal menetapkan

sama ada kata majmuk patut dieja secara terpisah atau dirangkaikan penulisannya. Menurut liaw

yock fang (1986), terdapat 64 perkataan kata majmuk yang harus dirangkaikan penulisannya,

manakala nik safiah karim et al. (1989: 35), cuma 29 perkataan sahaja yang perlu dirangkaikan.

Kata majmuk yang selainnya mesti dieja secara terpisah. Asmah hj. Omar pula membenarkan

penggunaan tanda sempang (-) dalam penulisan kata majmuk untuk mengelakkan

kesukaran dalam penyebutan. Faktor ini sudah tentu menimbulkan masalah kepada para guru dan

murid.

Bukan sahaja murid atau murid yang keliru terhadap cara penulisan kata majmuk ini,

bahkan guru juga mempunyai pelbagai tafsiran dan fahaman tentang konsep kata majmuk

ini. Keadaan ini menjadi bertambah rumit kerana penyampaian guru tentang kata majmuk tidak

jelas, dan yang menjadi mangsa ialah murid atau murid itu sendiri.

Berdasarkan kekeliruan dan berbagai-bagai polemik tentang kata majmuk, pengkaji

menganbil keputusan untuk membuat kajian mengenai penggunaan dan penulisan kata

majmuk ini. Pengkaji berharap dengan kajian yang dijalankan ini akan dapat membantunya dalam

usaha untuk mengenal pasti masalah yang timbul dalam penggunaan dan penulisan kata majmuk di

kalangan murid sekolah pada masa kini.


5

1.3 Objektif Kajian

1. Untuk mengetahui sejauh mana murid tahun 5 sekolah ini dapat mengguna dan menulis

kata majmuk dengan tepat.

2. Untuk mengenal pasti jenis-jenis kesilapan kata majmuk yang dilakukan oleh murid-

murid tahun 5 sekolah ini.

3. Untuk mengenal pasti jenis-jenis kesilapan kata majmuk yang dilakukan oleh murid-

murid sekolah ini berdasarkan jantina.

1.4 Soalan Kajian

i. Adakah terdapat perbezaan antara murid-murid tahun 5 SK pahi dalam

penggunaan dan penulisan kata majmuk?

ii. Adakah terdapat perbezaan antara murid-murid tahun 5 SK pahi terhadap jenis-

jenis kesilapan kata majmuk sama ada dalam penggunaan atau dalam penulisan

kata majmuk?

iii. Adakah terdapat perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan SK pahi

terhadap jenis-jenis kesilapan kata majmuk sama ada dalam penggunaan atau

dalam penulisan kata majmuk?

1.5 Kepentingan Kajian

Kata majmuk merupakan aspek yang penting dalam tatabahasa bahasa melayu dan perlu dikuasai

oleh murid-murid sekolah rendah.

Kajian mengenai kesilapan penggunaan dan penulisan kata majmuk didapati masih

berkurangan. Walaupun terdapat segelintir hasil kajian ilmiah yang telah dijalankan, namun fokus
6

yang dibincangkan secara menyeluruh atau terlalu umum dan tidak difokuskan kepada aspek-

aspek yang lebih kecil atau spesifik.

Kajian ini bertujuan mendapatkan maklumat sebenar tentang penguasaan para murid

tentang penggunaan dan penulisan kata majmuk. Penguasaan penulisan kata majmuk

penting kerana dalam peraturan memberi markah bagi kemahiran penulisan sama ada dalam

peperiksaan, setiap kesalahan ejaan akan melibatkan pemotongan markah. Kesilapan yang

sering dilakukan oleh murid antaranya adalah dalam penulisan kata majmuk. Oleh itu guru

perlu peka terhadap perubahan aspek tatabahasa khususnya dalam bidang kata majmuk kerana

keprihatinan guru dapat mengelakkan kita daripada melakukan kesalahan di dalam pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, penguasaan dalam penulisan kata majmuk yang tepat dapat membantu

para murid sekolah rendah dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

Kajian ini diharap dapat menimbulkan kesedaran tentang pentingnya menulis kata majmuk

dengan cara yang betul. Kesedaran ini seterusnya akan dapat mendorong semua pihak yang terbabit

khususnya para guru untuk meneliti dan mengikuti setiap perubahan yang berlaku di dalam bahasa

melayu.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap murid -murid tahun 5 SK pahi, kuala krai, kelantan. Pengkaji

memilih sekolah ini kerana bertugas dan berpengalaman dengan murid-murid yang menjadi sampel

untuk kajian ini.

Pengkaji telah memilih seramai 50 orang murid sebagai sampelan bagi kajian ini. Pemilihan

sampelan adalah secara rawak berdasarkan jantina. Sampelan berdasarkan jantina terdiri daripada
7

25 orang murid lelaki dan 25 orang murid perempuan. Sampelan yang dipilih mempunyai

kebolehan yang berbeza-beza dan mempunyai latar belakang pendidikan dan sosio-ekonomi

keluarga yang berlainan antara satu dengan yang lain.

Kajian tentang penguasaan kata majmuk di kalangan murid tahun 5 ini hanya berdasarkan dua

ujian berikut:

i. Menjawab secara bertulis 30 soalan objektif mengenai kata majmuk.

ii. Menjawab secara bertulis ujian Penulisan Bergambar (24 soalan) tentang kata majmuk.

Bagi tujuan kajian ini , pengkaji telah menetapkan hanya tiga kategori kata majmuk

telah dipilih untuk diuji dalam kajian ini. Sumber utama kajian kata majmuk ini berpandukan

maklumat dan peraturan yang telah ditetapkan di dalam buku tatabahasa dewan edisi baharu

terbitan dewan bahasa dan pustaka tahun 1994. Aspek yang dikaji ialah:

i. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas

ii. Penggandaan kata majmuk

iii. Pengimbuhan kata majmuk


8

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Konsep Kata Majmuk

Menurut Asraf (1994:14), proses pemajmukan merupakan salah satu cara pembentukan kata

dalam bahasa Melayu. Yang dimaksudkan dengan proses pemajmukan ialah cara mengombinasikan

dua atau lebih patah kata untuk membentuk satu kata yang baru yang padu atau yang sebati. Kata

yang dibentuk dengan cara ini dikenal sebagai kata majmuk. Sebagai rumusannya, pembentukan kata

majmuk berlaku seperti proses yang berikut:

A + B = C

Sebagai contoh, kata ‘apa’ tergolong dalam kelas kata ganti tanya. Kata ‘bila’ tergolong dalam

kelas kata keterangan tanya. Apabila kedua-dua patah kata yang berlainan kelas itu dipadu menjadi

kata majmuk ‘apabila’ maka kelasnya kata hubung pula.

Asraf juga mengatakan bahawa dua patah kata yang dipadu menjadi satu mungkin sama atau

tidak sama kelasnya. Kata majmuk yang terbentuk daripada paduan dua kata itu pun mungkin sama

dan mungkin juga tidak sama kelasnya dengan salah satu atau kedua- dua patah kata yang menjadi

komponennya itu. Misalnya, kata majmuk ‘apabila’ tidak sama kelasnya dengan kedua-dua patah

kata ‘apa’ dan ‘bila’. Ini berbeza dengan kata ‘mata air’. Kata mata dan kata air sama kelasnya,

8
9

iaitu kata Nama. Apabila dipadu menjadi kata majmuk ‘mata air’, kelasnya masih kata nama juga.

Demikian juga kata ‘dari’ dan kata ‘pada’ sama kelasnya, iaitu kata sendi. Kata majmuk ‘daripada’

yang terbentuk daripada paduan dua patah kata’dari’ dan kata ‘pada’ Sama kelasnya, iaitu kata sendi.

Kata majmuk daripada yang terbentuk daripada paduan dua patah kata sendi ‘dari’ dan ‘pada’ itu pun

masih kata sendi juga.

Kata majmuk ‘bagaimana’ tergolong dalam kelas kata keterangan tanya. Kata majmuk

ini merupakan hasil paduan kata sendi ‘bagai’ dengan kata ganti Tanya ‘mana’. jadi, kata majmuk

‘bagaimana’ tidak sama kelasnya dengan kedua-dua kata ‘bagai’ dan ‘mana’. Begitu juga dengan

kata majmuk kasih sayang, penat lelah, dan suka duka masing- masing terdiri daripada dua komponen

kata majmuk lemah lembut dan tinggi rendah itu tadi. Namun demikian kata majmuk kasih

sayang, penat lelah dan suka duka tidak tergolong dalam kelas kata adjektif tetapi tergolong dalam

kelas kata nama pula.

Kata kerja ‘gulung’ dapat dipadu dengan kata nama ‘tikar’. Paduan ini

menghasilkan kata majmuk ‘gulung tikar’ yang tergolong dalam kelas kata intransitif. Kata majmuk

angkat kaki, buang air, campur tangan, geleng kepala, pasang aksi, pilih bulu, dan tutup mulut pun

demikian, iaitu tergolong dalam kelas kata kerja intransitif tetapi terbentuk daripada kata kerja dan kata

nama sebagai komponennya.

Kata ‘tumbuk’ ialah kata kerja seperti kata ‘gulung’ tadi. Kata ‘rusuk’ ialah kata nama seperti

kata ‘tikar’ tadi. Namun demikian, apabila dipadu menjadi kata majmuk tumbuk rusuk’ maka

kelasnya bukan kata kerja intransitif seperti gulung tikar tadi tetapi seperti kata nama. Demikianlah

kata majmuk ikat pinggang, lempar cakera, lompat pagar, reka bentuk, dan tunjuk perasaan,

9
10

semuanya tergolong dalm kelas kata nama dan komponennya terdiri daripada kata kerja dan

kata nama.

Satu lagi contoh ialah kata majmuk ‘keras kepala’ yang tergolong dalam kelas kata adjektif.

Komponen kata adjektif majmuk ini iailah kata adjektif (keras) dan kata nama (kepala). Bentuk kata

adjektif yang lain, antaranya ialah ‘buruk siku’, ’gelap mata’, ’geli hati’, ’panjang tangan’, ’ringan

tulang’ dan ‘tajam akal’. Semua kata ini dari segi maknanya dikenal sebagai idiom atau simpulan

bahasa, tetapi dari segi bentuknya adalah kata majmuk.

Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelaslah bahawa kata majmuk dapat dibentuk dengan

mengombinasikan dua patah kata yang kadang-kadang berlainan kelasnya. Kata majmuk yang

terbentuk daripada paduan dua patah kata itu pun kadang-kadang sama kadang-kadang tidak

sama kelasnya dengan salah satu atau kedua-dua patah kata yang menjadi komponennya.

Selain itu, daripada contoh-contoh yang diberikan, ternyata bahawa kata majmuk dapat

digolongkan dalam beberapa kelas, iaitu kata nama majmuk, kata adjektif majmuk, kata kerja majmuk,

kata sendi majmuk, kata keterangan majmuk, dan kata hubung majmuk. Kelas kata majmuk ini dapat

ditentukan atas dasar fungsinya dalam pembinaan ayat.

Berdasarkan fungsinya, sesuatu kata majmuk kadang-kadang dapat digolongkan dalam dua

kelas kata. Misalnya kata majmuk cerdik pandai tergolong dalam kelas kata adjektif jika berfungsi

sebagai atribut. Jika berfungsi sebagai subjek atau objek, kata majmuk cerdik pandai tergolong dalam

kelas kata nama pula.

10
11

2.2. Penulisan Kata Majmuk

Persoalan mengenai kata majmuk sering diperkatakan terutama aspek penulisannya, iaitu sama ada

ditulis bercantum atau terpisah. Dalam hal ini masih ada pengguna bahasa yang berasa keliru dan

kurang pasti akan cara penulisannya.

Sebagai pedoman umum, kata majmuk biasanya dieja terpisah dan bukannya bercantum.

Berkaitan hal ini, Tatabahasa Dewan Edisi Baharu menyebut bahawa bentuk kata yang

penggunaannya sudah mantap sebagi satu kata yang utuh ditulis bercantum. Bentuk-bentuk kata

tersebut ialah ‘antarabangsa’, ’beritahu’, ‘bumiputera’, ‘jawatankuasa’, ‘kakitangan’, ‘kerjasama’,

‘olahraga’, ‘matahari’, ‘setiausaha’, ‘sukarela’, ‘suruhanjaya’, ‘tandatangan’, ‘tanggungjawab’,

‘warganegara’, dan ‘pesuruhjaya’ (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1994 ; 75).

Berdasarkan senarai di atas, dapatlah diperhatikan bahawa bilangan kata majmuk yang

ditulis bercantum tidaklah banyak berbanding dengan kata majmuk yang ditulis terpisah. Kata

majmuk yang ditulis terpisah ini pula dapat dibahagikan kepada tiga kelompok.

Kelompok pertama ialah kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya

ialah ‘gambar rajah’, ‘biru laut’, ‘air hujan’, ’jalan raya’, ‘nasi minyak’, ’terima kasih’, ‘luar biasa’,

‘merah muda’, ‘alat tulis’, ‘bandar raya’, ‘tengah hari’, ‘jam tangan’, ‘meja tulis’, ‘bom tangan’, ‘kapal

terbang’ dan ‘kuning langsat’ (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,1994 : 74).

Kata majmuk yang digunakan sebagai gelaran juga ditulis terpisah seperti ‘Perdana

Menteri’, ‘Duta Besar’, ‘Raja Muda’, ‘Setiausaha Politik’, ‘ Penolong Pendaftar’, ‘Ketua Menteri’,

‘Naib Canselor’, ‘Profesor Madya’, ‘Timbalan Ketua Pustakawan’, dan ‘Ketua Setiausaha

Negara’ (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1994 :74).

11
12

Kelompok ketiga ialah yang berupa simpulan bahasa. Kata majmuk begini juga ditulis

terpisah seperti ‘kaki ayam’, ‘buah hati’, ‘duit kopi’, ‘makan angin’, ‘pilih kasih’, ‘anak emas’, ‘bulan

madu’, ‘manis mulut’, ‘tumbuk rusuk’, dan ‘berat tangan’ (TatabahasaDewan Edisi Baharu, 1994 :74).

Bagi kata majmuk yang digandakan pula , penetapan yang dibuat ialah bahawa unsur

pertamanya sahaja digandakan. Contohnya seperti ‘alat-alat tulis’, ‘balai-balai raya’, ‘suku-suku

kata’, ‘jirim-jirim organik’, ‘Menteri-Menteri Besar’, ‘Penolong-Penolong Pendaftar’, ‘gambar-

gambar rajah’, ‘kapal-kapal terbang’, garis-garis pusat’, ’model-model linear’, ‘Naib-Naib Canselor’

dan ‘Ketua-Ketua Menteri’ (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1994 :76)

Selain penggandaan, kata majmuk juga melibatkan proses pengimbuhan. Terdapat dua cara

penulisan kata majmuk yang diberi imbuhan, yakni sama ada ditulis terpisah atau ditulis bercantum.

Jika kata majmuk tersebut hendaklah ditulis terpisah. Sebagai contoh kata majmuk ‘bercampur aduk’,

‘berlitar selari’, ‘mengambil alih’, ’ditemu bual’ dan ‘daya serapan’ (Tatabahasa Dewan Edisi

Baharu, 1994 : 76). Sebaliknya, jika sesuatu kata majmuk itu diberi imbuhan apitan, ia hendaklah

ditulis bercantum. Contohnya seperti ‘mencampuradukkan’, ‘kedayaserapan’, ‘mengarispusatkan’,

‘menyatupadukan’ dan ‘diurusniagakan’ (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1994 : 76).

Sebagai rumusannya dapatlah dikatakan bahawa kata majmuk secara umumnya ditulis

terpisah. Hanya kata majmuk yang sudah mantap dan kata majmuk yang menerima imbuhan apitan

sahaja yang ditulis bercantum.

2.3 Literatur Berkaitan

Masalah kesilapan dalam penggunaan dan penulisan tatabahasa bahasa Melayu khususnya kata

majmuk masih berlaku sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah

12
13

menengah. Berkaitan perkara ini satu tindakan perlulah diambil bagi mengatasi masalah ini. Guru

hendaklah sentiasa memberi penekanan atau pendedahan tentang penggunaan dan cara

penulisan kata majmuk. Pendapat dan pandangan pengkaji tempatan dan luar negara tentang kata

majmuk yang dipaparkan ini diharap boleh membantu kita mendalami konsep kata majmuk di dalam

sesuatu bahasa itu sendiri.

Terdapat buku-buku yang ditulis bagi menjelaskan penggunaan dan cara penulisan kata

majmuk. Antaranya, Abdullah Hassan (1984: 158) menyatakan bahawa penulisan kata majmuk itu

bergantung pada kebiasaan, sama ada hendak ditulis bercantum atau pun secara terpisah. Konstituen

yang ditulis berpisah-pisah ini masih lagi dianggap sebagai kata majmuk, yakni bergabung dari

segi sintaksis, iaitu ia masih bersifat sebagai satu kata.

Dalam satu bengkel di Dewan Bahasa dan Pustaka 1982, Abdullah Hassan menyatakan:

……………..ejaan menjadi ukuran kata majmuk, iaitu perlulah dieja bersambung untuk

membezakannnya daripada rangkai kata. Tentu sekali ‘Ketua menteri’, perdana menteri’ Akan tetap

dianggap kata majmuk Sama ada tertulis sebagai satu kata atau dua kata ……………. Tidak dinafikan

ada kecenderungan menggabungkan konstituen kata majmuk.

Peraturan-peraturan penulisan kata majmuk yang diikuti oleh kekecualian-

kekecualian tertentu sering kali mendatangkan masalah kepada para murid. Hal ini perlu diberi

perhatian. Mungkin perlu diwujudkan satu peraturan menulis kata majmuk yang mantap, sama

ada perlu diwujudkan satu peraturan menulis kata majmuk yang mantap, sama ada kata majmuk

perlu ditulis secara merangkaikan konstituen atau sebaliknya. Jika kita lihat dalam bahasa Inggeris,

juga berlaku perkara yang sama seperti dalam bahasa Melayu, iaitu tiada peraturan yang tetap

tentang penulisan kata majmuk. Misalnya, ‘bedroom’ dirangkaikan, ‘tax-free’ dihubungkan dengan

13
14

tanda sempang, dan ‘reading materials’ dipisahkan pula ejaannya. Selain itu, terdapat juga perkataan

yang mempunyai tiga bentuk misalnya, ‘flower pot’ dan ‘flower-pot’ (Randolp Quirk, 1972 :

1019 ).

Keadaan yang sama juga berlaku dalam penulisan kata majmuk bahasa Melayu. Nik

Safiah Karim, Farid M. Onn, Hasyim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (1994 : 75 ) telah

menyenaraikan lima belas perkataan bahasa Melayu yang dikatakan mantap sebagai satu perkataan.

Zainal Abidin Hj.Peton, Abdul wahab b. Maadah, dan Mariani bt. Che Hanafi (1992 :

178) menyatakan, dalam proses pemajmukan perlu ditulis atau dieja secara terpisah.

Sungguhpun begitu, ada bentuk kata majmuk yang mengandungi dua kata kasar yang digabungkan dan

kata-kata ini telah mantap.

Abdullah Hassan (1986) menyatakan, “Penulisan kata majmuk itu bergantung pada

kelaziman……….”. Perkataan ‘kelaziman’ yang digunakan oleh Abdullah Hassan turut mendorong

wujudnya pelbagai fahaman tentang cara penulisan kata majmuk.

Kecederungan menulis kata majumuk secara terpisah kerapkali dipengaruhi oleh komponen-

komponen kata majmuk itu sendiri yang terdiri daripada konstruksi dua atau lebih kata dasar

atau kata unggulan. Sebaliknya pula kecenderungan merangkaikan konstituen kata majmuk

semasa menulisnya dipengaruhi oleh aspek sintaksisnya yang bergabung. Walau bagaimanapun,

fenomena ini perlu ditangani secara rasional dan akur terhadap ketetapan yang telah dibuat.

Di dalam bahasa Melayu, hanya lima belas kata majmuk yang telah mantap dan perlu

dirangkaikan konstituen-konstituennya apabila ditulis sebagaimana yang tercatat di dalam buku

14
15

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1994 : 75). Peraturan yang sama juga perlu diikuti oleh guru

dan murid di sekolah kerana buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1994) telah dijadikan

tatabahasa pegangan pada masa kini.

Dari segi jumlah kata majmuk yang telah mantap juga telah banyak kali berubah (sebelum

perkembangan mutakhir, 1994). Kepekaan dan keperihatinan para murid dalam aspek ini benar-

benar teruji oleh perubahan ini. Dr. Liaw Yock Fong (1985) menyenaraikan enam puluh

empat kata majmuk yang perlu dirangkaikan penulisannya. Muhani Hj. Abdul Ghani (1987) pula

menyenaraikan empat puluh kata majmuk yang mantap, dan hanya sembilan daripadanya

tersenarai dalam buku Nik Safiah Karim (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1994) . Ab. Razak Ab.

Karim (1994 154) telah menyenaraikan dua puluh sembilan kata majmuk yang telah mantap dan utuh.

Kata-kata ini dieja sebagai satu kata walaupun ia mengandungi dua kata dasar.

Keadaan kata majmuk yang sentiasa berubah-ubah ini telah menimbulkan kekeliruan

kepada murid. Kekeliruan yang timbul ini ditambah pula oleh pengaruh media massa yang kerap

memaparkan cara penulisan kata majmuk yang salah. Pengaruh media massa ini sangat besar

kesannya terhadap perkembangan bahasa dan para murid sering menjadikan media massa sebagai

bahan rujukan mereka.

Proses penterjemahan juga sering menimbulkan kerumitan terhadap penulisan kata majmuk.

Prinsip penterjemahan berdasarkan ‘satu kata kepada satu kata’ boleh menyebabkan kata

majmuk yang sepatutnya dieja terpisah tetapi telah dieja secara berangkai. Misalnya, ‘terima kasih’

(‘thank’) , ‘rangkai kata’ (‘pharase’) dan sebagainya.

15
16

Asmah Hj. Omar (1980) mahukan supaya kata majmuk selapis atau kata majmuk jati

(‘matahari’, ‘bumiputera’, ‘warganegara’ dan seumpamanya) mahupun kata majmuk berlapis (kata

majmuk yang menerima imbuhan ) hendaklah sama ada ;

i) Disambungkan unsur-unsur yang terlibat

ii) Diletakkan tanda sempang di antara unsur-unsur yang berkaitan.

Kenyataan Asmah Hj.Omar di dalam kaedah (ii) di atas adalah untuk tidak mengelirukan

penyebutan apabila vokal bertemu vokal dan konsonan bertemu konsonan apabila kaedah (i)

digunakan.

Walau bagaimanapun pengkaji berpendapat bahawa pendapat Asmah ini masih boleh

dipertikaikan kerana telah sekian lama penutur-penutur bahasa Melayu menuturkan pelbagai kata

tunggal / kata akar / kata dasar atau kata lain yang menggabungkan suku- suku kata yang antaranya

pasti mempertemukan konsonan dan vokal atau sebaliknya, vokal bertemu konsonan dan konsonan

bertemu konsonan. Walau bagaimanapun, kaedah (i) yang disarankan oleh Asmah memang

digunakan di dalam penulisan kata majmuk. Yang telah mantap (utuh).

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, kita dapat lihat dengan jelas bahawa ahli- ahli

bahasa sendiri juga tidak sependapat tentang penulisan kata majmuk. Walau bagaimanapun

pendapat dan pandangan mereka harus dimurnikan supaya saling melengkapi antara satu

sama lain. Persoalan ‘semakin banyak polemik semakin mematangkan bahasa Melayu’ atau

‘semakin banyak polemik semakin mengelirukan pengguna bahasa Melayu’ harus diambil perhatian.

kini telah ada buku tatabahasa yang dianggap sebagai rujukan utama (Nik Safiah Karim, 1994,

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu).

16
17

2.4 Kajian Berkaitan

Khairul Anuar (1992) dalam bukunya ‘kesalahan tanda baca dan ejaan ‘, mendapati bahawa kesalahan

yang sering dilakukan dalam penulisan kata majmuk ialah yang berkaitan dengan cara penulian

sesuatu perkataan itu sama ada bersambung (ditulis dalam satu perkataan) atau pun ditulis secara

terpisah. Beliau mendapati bahawa dalam keadaan ini murid atau murid sering keliru dan melakukan

kesilapan.

Azman Hj. Wan Chik (1983) dalam kajiannya ‘Kesilapan Penggunaan Bahasa Malaysia

Oleh Murid-Murid Melayu’ , mendapati bahawa peratus kesilapan penggunaan imbuhan di

kalangan murid dwibahasa adalah lebih tinggi (33.33%) berbanding dngan peratus kesilapan

yanmg dilakukan oleh murid-murid dwibahasa, iaitu imbuhan ‘ber-‘ ,‘me-‘ dan ‘me-…-kan’.

Sementara itu murid kumpulan satu bahasa pula telah membuat lima jenis kesilapan penggunaan

imbuhan dalam karangan mereka, iaitu imbuhan ‘ber-‘,‘ter-‘, ‘me-‘, ‘di-‘, dan ‘me-…-kan’.

Kajian-kajian yang telah dijalankan di atas hanya menyentuh tentang penggunaan imbuhan

secara umum sahaja. Ia tidak dikhususkan kepada penggunaan imbuhan kata majmuk. Pada

umumnya, penulisan dan kajian tentang penggunaan imbuhan dan penulisan kata majmuk yang

telah dijalankan sama ada di dalam atau pun di luar negara dapat memberi gambaran latar belakang

tentang kajian yang akan dijalankan. Di samping itu kajian-kajian ini juga dapat membantu penyelidik

menjalankan kajian serta kaedah menghuraikan data yang diperolehi daripada kajian pengkaji-pengkaji

tersebut.

17
18

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kaedah kajian iaitu dari segi reka bentuk kajian hinggalah kepada kaedah

pengumpulan data. Bagi menentukan kajian ini menepati keperluan dan objektifnya, kaedah

yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Penulisan Bergambar dan Ujian Objektif Aneka

Pilihan terhadap responden yang dipilih..

Kertas ujian mengandungi 30 soalan objektif dan ujian Penulisan Bergambar (24 soalan).

Murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan ini. Pencapaian murid adalah

berdasarkan ketepatan mereka menjawab soalan-soalan yang diberikan. Ini bertujuan untuk menilai

kefahaman murid tentang penggunaan dan penulisan kata majmuk. Kebolehan mereka menjawab

soalan-soalan yang dikemukakan akan menggambarkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam

aspek kata majmuk ini. Perbincangan dalam bab ini adalah bertumpu kepada tajuk-tajuk seperti reka

bentuk kajian, persampelan kajian, instrumen kajian dan penganalisisan data.

18
19

3.2 Kaedah Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua kaedah untuk mendapatkan maklumat daripada

sampel yang dipilih. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah ujian. Kaedah ini

membolehkan secara langsung pengkaji melihat responden menggunakan dan menulis kata majmuk.

Kaedah ujian ini dijalankan dalam dua bentuk yang berbeza.

Pertama, responden dikehendaki menjawab soalan-soalan (tiga puluh soalan) objektif

yang berkaitan dengan kata majmuk. Soalan-soalan yang digunakan dalam kajian ini merupakan

himpunan soalan yang digunakan dalam kajian ini merupakan himpunan soalan-soalan kata majmuk

dalam Ujian Bulanan Berkala Bahasa Melayu Tahun 5 yang lepas.

Pengkaji menggunakan item kata majmuk soalan Ujian Bulanan Berkala Bahasa Melayu

Tahun 5 kerana item-item ini telah dibuktikan tinggi kesahan dan kebolehpercayaannya. Dalam

ujian ini, pengkaji lebih berminat melihat tentang penggunaan kata majmuk di dalam ayat.

Bentuk ujian kedua pula ialah ujian Penulisan Bergambar (24 soalan), untuk membolehkan

pengkaji melihat atau mengenal pasti kesalahan cara penulisan kata majmuk secara khusus.

Bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan ujian Penulisan Bergambar itu tinggi, pengkaji

terlebih dahulu akan membincangkannya dengan pensyarah penyelia.

3.3 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini adalah dalam bentuk kajian kes. Pemerhatian akan ditumpukan

kepada kebolehan murid menggunakan dan menulis kata majmuk. Murid- murid dikehendaki

menjawab ujian yang terdiri daripada ujian objektif dan ujian Penulisan Bergambar. Masa yang

diberikan untuk menjawab soalan tersebut ialah satu jam. Jawapan-jawapan akan dikumpul,

19
20

kemudiannya diteliti dan seterusnya dibuat analisis secara perbandingan antara murid lelaki dan murid-

murid perempuan.

3.4 Persampelan Kajian

Setelah mendapat kelulusan untuk menjalankan kajian daripada guru besar sekolah, pengkaji telah

bertemu pula dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu SK Pahi bagi mendapatkan bantuan dalam

pemilihan sampel kajian (responden). Dengan bantuan Ketua Panitia Bahasa Melayu, pengkaji telah

membuat pemilihan sampel kajian berdasarkan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan iaitu dari segi

jumlah dan jantina responden.

Jadual 1 . Taburan Sampel Kajian Berdasarkan Jantina.

Jantina Bilangan
Lelaki 25

Perempuan 25
Jumlah 50

Sampel yang dipilih juga terdiri daripada murid-murid yang hampir sama pencapaiannya. Pemilihan ini

adalah berdasarkan keputusan ujian bulanan mata muridan bahasa Melayu dan peperiksaan penggal 1.

20
21

3.5 Instrumen Kajian

Dalam proses menjalankan kajian ini, alat yang digunakan untuk mengumpul data adalah seperti

berikut:

3.5.1 Ujian Objektif

Ujian objektif yang dijalankan ini terdiri daripada 30 soalan objektif aneka pilihan. Setiap

soalan mengandungi empat pilihan jawapan. Di sini murid dikehendaki memilih jawapan yang

paling tepat berdasarkan ayat yang dikemukakan. Tujuan ujian objektif ini adalah untuk

melihat penguasaan murid tentang penggunaan kata majmuk. Butiran ujian (item ujian itu)

adalah seperti berikut:

i. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas


ii. Penggandaan kata majmuk
iii. Pengimbuhan kata majmuk

3.5.2 Ujian Penulisan Bergambar

Ujian Penulisan Bergambar ini bertujuan untuk melihat sama ada murid menguasai cara

penulisan kata majmuk ujian ini memerlukan murid menulis kata majmuk dengan betul

berdasarkan situasi bergambar yang diberi..

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Maklumat dan data diperolehi berdasarkan analisis keputusan ujian yang dijalankan. Pengkaji

menetapkan prosedur berikut supaya kajian ini akan berjalan lancar.

3.6.1 Persediaan

21
22

Persediaan bagi kajian ini telah dijalankan secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat

permulaan, pengkaji telah menyediakan satu set soal selidik yang terdiri daripada dua

bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A terdiri daripada ujian objektif dan

bahagian B ujian penulisan kata majmuk berdasarkan situasi bergambar

Bagi ujian objektif aneka pilihan, item-item ujian terdiri daripada 10 item ujian bagi

kata majmuk yang terdiri daripaada rangkaian kata bebas, 10 item bagi penggandaan kata

majmuk dan 10 item bagi pengimbuhan kata majmuk.

Setelah selesai menggubal item ujian objektif aneka pilihan, pengkaji seterusnya

menggubal pula item bagi ujian Penulisan Bergambar yang terdiri daripada 3 item. Setiap

bahagian kata majmuk yang diuji ini, terdiri daripada 4 item iaitu 4 item kata majmuk

yang terdiri daripada rangkaian kata bebas, 4 item kata majmuk yang mendukung maksud

kiasan, 4 item kata majmuk bentuk yang telah mantap, 4 item bagi penggandaan kata majmuk

dan 4 item bagi pengimbuhan kata majmuk.

3.6.2 Proses Menjalankan Kajian

Responden yang digunakan dalam kajian ini adalah merupakan murid-murid tahun 5, SK Pahi.

Sebagai langkah permulaan, pengkaji telah bertemu dengan guru besar sekolah, Ketua

panitia bahasa Melayu dan guru mata muridan Bahasa Melayu tahun 5 untuk

mendapatkan kebenaran bagi menjalankan kajian ini. Setelah mendapat kebenaran

daripada ketiga-tiga pihak di atas, pengakaji dengan bantuan Ketua panitia bahasa

22
23

Melayu dan guru mata muridan bahasa Melayu telah memilih murid-murid berdasarkan

prosedur-prosedur yang telah ditetapkan iaitu seramai 50 responden.

Setelah pemilihan siap dibuat, pengkaji mula menjalankan ujian dan soal selidik

terhadap 50 orang responden yang dipilih itu. Ujian ini dimulakan dengan responden

menjawab soalan-soalan ujian 1 dan diikuti oleh ujian 2. Kesemua ujian dan soal selidik ini

dijalankan dalam masa 60 minit iaitu 20 minit bagi ujian 1 dan 40 minit bagi ujian 2.

Pentadbiran ujian ini dijalankan dengan responden menjawab satu demi satu ujian iaitu

dimulakan dengan responden menjawab ujian 1. Setelah ujian 1 selesai dijalankan pengkaji

mengumpul semua jawapan murid dan memastikan jumlah kertas ujian mencukupi

mengikut bilangan yang telah ditetapkan iaitu 50 set. Langkah yang sama juga dijalankan

terhadap ujian 2 dan soal selidik.

Setelah semua ujian dan soal selidik siap dijalankan, pengkaji mula memeriksa

jawapan responden dan memberi markah berdasarkan ‘Peraturan Memberi Markah’ (PMM)

yang telah ditetapkan iaitu bagi soalan objektif satu soalan adalah satu markah. Begitu juga

dalam ujian Penulisan Bergambar satu jawapan yang betul akan mendapat satu markah.

3.7 Prosedur Penganalisisan Data

Setelah semua kertas jawapan dikumpulkan dan diperiksa, pengkaji mula menganalisis jawapan-

jawapan dalam ujian 1 dan ujian 2. Kertas-kertas jawapan telah disemak secara manual. Setiap item

betul telah diberikan Markah 1 dan item yang salah Markahnya 0. Kesemua Markah yang diperoleh

dalam ujian 1 dan ujian 2 telah diolah dalam bentuk peratus (%). Proses pengolahan Markah-Markah

tersebut ke dalam bentuk peratus (%) adalah dengan menggunakan formula berikut:

23
24

i. Ujian 1 (ujian objektif aneka pilihan)

Bilangan Betul X 100 = 100 %

30

30 X 100 = 100 %

30

ii. Ujian 2 (ujian Penulisan Bergambar)

Bilangan Betul X 100 = 100 %

15

30 X 100 = 100 %

15

Markah mentah murid yang diperoleh daripada ujian objektif aneka pilihan dan ujian

Penulisan Bergambar akan diproses dengan menggunakan program ‘ Microsoft Excell’ dan akan

diolah dalam bentuk peratus (%) dan dibentangkan dalam bentuk gambar rajah dan jadual . Daripada

data-data ini pengkaji akan memaparkan dapatan kajiannnya tentang penguasaan murid terhadap kata

majmuk berdasarkan persoalan kajian yang telah ditetapkan itu.

Pada keseluruhan bab ini menjelaskan segala aspek yang berkaitan dengan kaedah kajian

yang digunakan untuk melihat tentang kesalahan penggunaan dan penulisan kata majmuk di

kalangan murid tahun 5 SK Pahi. Hasil daripada dapatan kajian ini digunakan untuk menjawab tiga

tujuan kajian yang telah dikenal pasti.

24
25

BAB IV

HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, perbincangan akan ditumpukan kepada analisis yang dibuat berdasarkan jawapan

responden di dalam ujian 1, ujian 2 dan soal selidik yang telah dijalankan. Ujian 1 merupakan ujian

Penulisan Bergambar yang mengandungi 24 item. Manakala ujian 2 pula merupakan ujian objektif

yang mengandungi 30 soalan objektif aneka pilihan. Soal selidik dalam kajian ini merupakan

soal selidik terhadap murid yang berkaitan dengan sosioekonomi, taraf pendidikan ibu bapa murid

dan tindakbalas murid terhadap ujian 1 dan ujian 2.

Analisis yang dijalankan ini adalah berdasarkan persoalan dan tujuan kajian seperti yang

dinyatakan dalam Bab 1. Perbincangan dilakukan berdasarkan dapatan daripada analisis-analisis

seperti berikut:

I. Analisis markah untuk mengetahui pencapaian responden dalam

bidang penulisan ( Ujian Penulisan Bergambar) dan penggunaan

(Ujian Objektif Aneka Pilihan) kata majmuk:


II. Analisis markah dan soalan untuk mengetahui jenis-jenis kesilapan

penggunaan dan penulisan kata majmuk yang kerap dilakukan oleh

murid-murid tahun 5 SK Pahi, Kuala Krai, Kelantan.

4.2 Analisis Dapatan Kajian Berdasarkan Ujian 1 Dan Ujian 2


26

Hasil daripada ujian yang dijalankan, pengkaji telah memeriksa dan menganalisis soalan- soalan dan

dapatan kajian dalam ujian (Ujian Penulisan Bergambar) dan ujian 2 (Ujian Objektif Aneka Pilihan).

Setiap ujian sama ada ujian 1 atau pun ujian 2, Markah untuk satu soalan betul ialah 1 dan untuk soalan

yang salah Markahnya 0. Pengkaji kemudian menganalisis markah mentah yang diperoleh oleh

murid. Dengan menggunakan program ‘Microsof Excel’, Pengkaji telah mengolah markah mentah

tersebut dalm bentuk peratus (%), min dan dibentangkan dalam bentuk jadual dan rajah.

4.2.1 : Prestasi Responden Dalam Ujian 1 Dan Ujian

Jadual 1 . Jadual Menunjukkan Pencapaian Responden Dalam Ujian 1 (Ujian Penulisan

Bergambar)

Markah ujian Bilangan

87 3
83 5
79 5
75 4
71 8
67 4
63 5
58 3
54 4
50 3
46 2
42 2
38 1
33 1
Jumlah 50
27

Jadual 1 bertujuan untuk memperlihatkan pencapaian responden dalam ujian 1

(ujian Penulisan Bergambar). Ujian ini bertujuan untuk menguji prestasi responden dalam

bidang penulisan kata majmuk. Berdasarkan paparan markah dalam Jadual 5, terdapat

hanya tiga orang responden mendapat markah 87% iaitu markah paling tinggi,

manakala satu orang responden mendapat 33% iaitu markah paling rendah.

Markah lain yang diperoleh dalam ujian ini ialah lima orang responden mendapat 83%,

lima orang responden mendapat 79%, empat orang responden mendapat 71% , empat orang

responden lagi mendapat 67%, lima orang responden mendapat 63%, tiga orang responden

mendapat 58%, empat orang responden lagi mendapat 54%, tiga orang responden mendapat

50%, dua orang responden mendapat 46%, dua orang responden mendapat 42%, dan

seorang responden mendapat 37%.

Jadual 2. Jadual Menunjukkan Pencapaian Responden Dalam Ujian 2 (Ujian Objektif Aneka

Pilihan)

Markah Bilangan
ujian 2 Responden
83 1
77 2
73 4
70 5
67 4
63 3
60 3
57 5
50 4
47 6
40 4
37 3
33 3
30 3
Jumlah 50
28

Ujian 2 pula bertujuan untuk memperlihatkan pencapaian responden dari segi

penggunaan kata majmuk. Berdasarkan Jadual 2, didapati hanya seorang responden mendapat

markah tertinggi iaitu 83% dan tiga orang responden mendapat markah paling rendah iaitu

30%. Selain itu, terdapat hanya dua orang responden yang mendapat markah 77%,

manakala empat orang responden lagi mendapat markah 73%, ini diikuti lima orang

responden lagi mendapat 70%, empat orang responden lagi mendapat 67%, tiga orang

responden lagi mendapat 63%, tiga orang responden lagi mendapat 60%, lima orang

responden lagi

4.2.2 Prestasi Responden Dalam Ujian 1 Mengikut Kelompok Kata Majmuk Yang

Diuji.

Jadual 3. Bilangan Responden Yang Menulis Dengan Betul Mengikut Kata Majmuk Yang Diuji.
Kelompok Kata Bilangan Responden
Kata Yang Diuji Peratus (%)
Majmuk Betul
Kata majmuk yang Gambar rajah 46 92
terdiri daripada Terima kasih 50 100
rangkaian kata Bandar raya 45 90
bebas Duta besar 32 64

Alat-alat tulis 49 98
Pengandaan kata Ketua-ketua menteri 44 88
majmuk Pesuruhjaya-pesuruhjaya 25 50
Jawatankuasa- jawatankuasa 20 40

31 62
Bercampur aduk
Pengimbuhan kata 27 54
Ditemu bual
majmuk 17 34
Diurusniagakan
18 36

Berdasarkan Jadual 3 di atas, prestasi responden dalam menulis kata majmuk dilihat

dari sudut kelompok kata majmuk. Setiap kelompok terdapat empat kata majmuk yang dipilih

dan diuji dalam bentuk ujian Penulisan Bergambar.


29

4.2.3 Prestasi Responden Dalam Ujian 2 Mengikut Kelompok Kata Majmuk Yang

Diuji.

Jadual 4: Bilangan Responden Yang Dapat Menjawab Dengan Betul Mengikut Kelompok Kata
Majmuk Yang Diuji Dalam Ujian 2
Kelompok kata Bilang responden Peratus
Kata yang diuji
majmuk betul (%)

Terima kasih 49 98
Luar biasa 33 66
Rangkaian kata
Jalan raya 32 64
bebas
Air hujan 29 58
Meja tulis 19 38

Alat-alat tulis 26 52
Kapal-kapal terbang 32 64
Penggandaan Balai-balai raya 30 60
Setiausaha-setiausaha 30 60
Menteri-menteri besar 36 68

Menemubual 42 84
Dicampur aduk 31 62
Pengimbuhan Mengambil alih 40 80
Menyatupadukan 27 54
Satupadukan 22 44

Berdasarkan Jadual 4, prestasi responden dalam ujian 2 (penggunaan kata majmuk)

dilihat dari sudut kelompok kata majmuk. Setiap kelompok terdapat lima kata majmuk yang

dipilih dan diuji dalam bentuk ujian objektif aneka pilihan.

Jadual 4 juga menunjukkan bahawa min pencapaian keseluruhan murid dalam

ujian 2 ialah 34.0 (68.6%). Pencapaian ini meliputi keseluruhan enam kategori kata

majmuk yang diuji iaitu kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas, kata

majmuk yang terdiri daripada istilah khusus, kata majmuk yang mendukung maksud
30

kiasan, kata majmuk bentuk yang telah mantap, penggandaan kata majmuk dan termasuk

pengimbuhan kata majmuk.

Berdasarkan data yang terdapat dalam jadual tersebut, ini jelas menunjukkan

bahawa pencapaian yang paling tinggi ialah pencapaian bagi kategori kata majmuk yang

mendukung maksud kiasan. Min pencapaian bagi kata majmuk tersebut adalah 41.4

(82.8%) . pencapaian ini diikuti oleh kata majmuk yang terdiri daripada istilah khusus iaitu

min pencapaiannya ialah 36.0 (76%), kemudian pencapaian ini diikuti pula oleh kata

majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas dan pengimbuhan, kedua–dua kata

tersebut memperoleh min pencapaian yang sama iaitu 32.4 (64.8%).

Seterusnya pencapaian ini diikuti oleh pencapaian bagi kategori penggandaan kata

majmuk iaitu min pencapaiannya ialah 3...8 (61.6%). Min pencapaian kata majmuk yang

terdiri daripada bentuk kata yang telah mantap memperoleh 29.2 (58.4%) ia merupakan min

pencapaian yang paling rendah bagi ujian 2. (ujian objektif


31

BAB V

RUMUSAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini, beberapa kesimpulan dan cadangan kajian lanjut akan dikemukakan berdasarkan

analisis terhadap ujian (ujian Penulisan Bergambar dan ujian objektif aneka pilihan) yang telah

dijalankan terhadap murid di SK Pahi, Kuala Krai, Kelantan. Selain cadangan kajian lanjut, beberapa

cadangan juga akan dikemukakan bagi memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran kata majmuk.

Bagi cadangan-cadangan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran kata

majmuk, beberapa cadangan yang difikirkan sesuai akan dikemukakan bagi membantu guru-guru,

khususnya guru-guru bahasa Melayu. Semua cadangan-cadangan ini diharap dapat membantu guru-

guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam atau pun di luar kelas. Begitu juga

dengan pihak-pihak yang lain sama ada terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kata majmuk ini. Segala cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini diharap

akan dapat membantu mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna kata majmuk terhadap cara

penulisan kata majmuk ini. Pengkaji merasakan bahawa hasil kajian dan cadangan ini penting kepada
32

pengguna bahasa terutama sekali di kalangan murid yang akan menduduki peperiksaan kerana

sebarang kekeliruan dan kesilapan yang dilakukan boleh merugikan murid tersebut.

Selain cadangan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran kata majmuk,

beberapa cadangan terhadap penyelidikan atau kajian seterusnya juga akan diikemukakan dalam bab

ini bagi membantu pengkaji seterusnya yang ingin menjalankan kajian mereka dalam bidang yang

sama iaitu aspek kata majmuk.

5.2 Kesimpulan

Setelah dianalisis, didapati prestasi responden / murid dalam penggunaan kata majmuk masih berada

pada tahap sederhana. Ini dapat dilihat daripada markah pencapaian dalam setiap ujian iaitu ujian 1

(ujian Penulisan Bergambar) dan ujian 2 (ujian objektif aneka pilihan) tersebut. Walau bagaimanapun,

pencapaian dalam ujian 2 yang menguji murid dari aspek penggunaan kata majmuk adalah lebih baik

jika dibandingkan dengan ujian 1 yang menguji murid dari segi penulisan kata majmuk. Ini

menunjukkan bahawa murid lebih menguasai dari aspek penggunaan kata majmuk berbanding dengan

penulisan kata majmuk.

Analisis dari segi jenis kata majmuk pula, didapati kedua-dua ujian menunjukkan bahawa

pencapaian kata majmuk yang berbentuk kiasan adalah lebih baik berbanding dengan kata

majmuk jenis lain. Pencapaian paling rendah pula adalah berbeza di antara penulisan dan penggunaan

kata majmuk. Dari aspek penulisan kata majmuk, pencapaian paling rendah adalah bagi kata majmuk

yang terdiri daripada pengimbuhan kata majmuk.


33

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian yang dijalankan ini hanya merupakan sebahagian kecil usaha pengkaji untuk mendapatkan

gambaran tentang penulisan dan penggunaan kata majmuk di kalangan murid. Ini adalah

disebabkan kekangan dan batasan yang dihadapi poleh pengkaji. Jadi, untuk memperkayakan lagi

bidang kajian ini, berikut ialah beberapa cadangan untuk kajian lanjutan.

1. Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini melibatkan 50 orang murid sahaja dari sebuah

sekolah. Oleh itu, pengkaji lain yang ingin melanjutkan kajian ini diharap dapat meluaskan

sampel kajian ke beberapa buah sekolah yang berlainan.


2. Dengan cara ini pengkaji dapat melihat keputusan yang lebih baik, menyeluruh dan

permasalahan sebenar akan dapat dilihat dengan lebih jelas.


3. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian sahaja. Bagi mendapatkan

keputusan dan maklumat yang lebih terperinci, dicadangkan dalam kajian seterusnya

pengkaji bolehlah menggunakan atau menggabungkan kaedah pengumpulan data melalui

pemerhatian dan temu bual bagi membantu pengkaji mendapatkan maklumat yang di akui

kesahan dan kebolehpercayaannya.

5.4 Cadangan Untuk Memperbaiki Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Kata Majmuk.

Percanggahan pendapat dikalangan ahli bahasa dan perubahan yang sering berlaku terhadap penulisan

kata majmuk sememangnya mengelirukan terutama sekali di kalangan murid dan pendidik. Sejak

sekian lama, masalah penulisan kata majmuk ini sering diperkatakan terutama sekali bagi kata

majmuk yang telah mantap atau yang ditulis secara berangkai rapat. Sehubungan itu, berikut

diberikan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai serta penting dalam usaha mengelakkan

kekeliruan yang berlaku di kalangan pengguna kata majmuk terutama sekali dikalangan murid dan

pendidik.
34

1. Para guru sendiri hendaklah menggunakan cara penulisan kata majmuk dengan betul

terutama semasa menulis di papan hitam atau dalam penyediaan dan penggunaan alat bantu

mengajar (ABM). Sehubungan itu setiap guru khususnya guru bahasa Melayu perlu

memiliki buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu sebagai bahan rujukan semasa mengajar.
2. Ketegasan guru juga merupakan faktor penting dalam memastikan murid mematuhi peraturan

penulisan kata majmuk. Ketika memeriksa kerja bertulis atau latihan murid, guru hendaklah

memastikan bahawa murid menulis kata majmuk dengan tepat.


3. Selain guru mata muridan bahasa Melayu, guru bagi mata pelajaran lain juga

seharusnya tidak mengambil sikap tidak mahu campur tangan dalam soal ini. Mereka

seharusnya membantu serta mempraktikkan konsep bahasa Melayu merentasi

kurikulum dengan ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab. Hanya melalui kerjasama daripada

semua guru sahaja masalah ini akan dapat dikurangkan dan seterusnya konsep bahasa Melayu

merentasi kurikulum tercapai.


4. Latihan dan ujian yang berkaitan dengan kata majmuk hendaklah dijalankan dengan lebih

kerap supaya kelemahan murid dapat dikesan dan diatasi dengan segera. Melalui keputusan

atau pencapaian murid dalam latihan dan ujian ini, guru akan dapat mengambil

tindakan yang sewajarnya berdasarkan kebolehan murid tersebut dan ini akan

membolehkan objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai.


5. Selain itu, guru seharusnya mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kata majmuk

sebelum guru tersebut masuk kelas untuk mengajar.

Sememangnya menjadi harapan semua pihak agar cara penulisan kata majmuk tidak terus

menimbulkan kekeliruan dan mendatangkan masalah, terutama di kalangan para murid dan para

pendidik. Jika percanggahan pendapat dilakanagan ahli bahasa terus berlaku dan kekeliruan akan

berterusan, pihak pendidik akan menghadapi masalah dalam pengajaran. Ini secara tidak langsung

akan merugikan murid yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Dengan ini, diharap
35

langkah yang disarankan di atas akan diambil perhatian dan dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang

terlibat dalam menghadapi masalah ini.


36

BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid Mahmood. 1992. Betulkan Kesalahan Bahasa Anda.Kuala Lumpur: Ensimal Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. 1980. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar

Bakti Sdn. Bhd

Ab Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt Dan Ab. Rahin Selamat. 1997. Pengajian Melayu 1. Petaling

Jaya: Longman Malaysia.

Arbak Othaman. 1985. Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. 1993. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Asraf. 1994 (a). Sedikit Tentang Bentuk Kata Majmuk. Pelita Bahasa, Ogos: 14 –15.

Awang Sariyan. 1989. Beberapa Aspek Kesalahan Tatabahasa Dalam Penggunaan Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Direct Art Co.

John. T. Jensen. 1995. Morfologi Stuktur Kata Dalam Nahu Generatif. Trj. Ajid Che Akob. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Sbdul Aziz. 1997., Pengajian Melayu 2. Ketrampilan Bahasa.

Kuala Lumpur: Kump. Budiman Sdn. Bhd.

Liaw Yock Fang, Abdullah Hassan. 1998. Nahu Melayu Moden. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Md. Sidin Ahmad Ishak, Mohd Saleh Rahamad. 1998. Strategi Bahasa Panduan Nahu Dan Retorik

Untuk Penulisan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Muhani Hj. Abdul Ghani. 1987. Mengeja Ejaan Rumi Dengan Betul. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Nik Safiah Karim. et. al. 1994. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.
37

Raminah Hj. Sabran Dan Rahim Syam. 1995. Kajian Bahasa: Untuk Pelatih Maktab Perguruan.

Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn .Bhd.

Samsu Yaakob. 2002. Penulisan Kata Majmuk. Jendela Utara, April: 7.

Siti Hajar Hj Abdul Aziz. 1996. Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur: Kump.

Budiman Sdn. Bhd


38

Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor. 2002 . Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna.

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributirs Sdn . Bhd.

Teuku Iskandar (Penyusun). 1989 . Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka.


39

LAMPIRAN C

Ujian 1

Tujuan: untuk mengetahui penguasaan murid dalam penulisan kata majmuk.

Arahan: Dengar perkataan yang disebut dengan teliti, kemudian tulis perkataan-perkataan yang telah

anda dengar dalam ruangan di bawah.

Bil. Kata Yang Didengar


1 gambar rajah
2 terima kasih
3 bandar raya
4 Duta besar
5 kemas kini
6 garis pusat
7 reka bentuk
8 atur cara
9 kaki ayam
10 makan angin
11 manis mulut
12 anak emas
13 antarabangsa
14 tanggungjawab
15 kakitangan
16 suruhanjaya
17 alat-alat tulis
40

18 Ketua-ketua menteri
19 pesuruhjaya-pesuruhjaya
20 jawatankuasa-jawatankuasa
21 bercampur aduk
22 ditemubual
23 kedayaserapan
24 diurusniagakan
41

LAMPIRAN E Arahan: Dengar perkataan yang disebut dengan teliti, kemudian tulis perkataan-

perkataan yang telah anda dengar dalam ruangan di bawah.

Bil. Kata Yang Didengar


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
42

LAMPIRAN

Arahan: Kertas ini mengandungi 30 soalan objektif aneka pilihan. Jawab semua soalan.

Soalan 1 hingga soalan 18

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Razak telah dijadikan ____________________oleh keluarga Encik Talib semenjak Kematian ibu

bapanya.

A. Anak tiri B. Anak angkat C. Anak saudara D. Anak

kandung

2. Maksud kata menemu ramah ialah_____________________

A. Berjumpa B. berbincang C. Memberitahu D. Menemubual

3. Kalau ayah____________________tahun ini, ayah akan membawa kamu melancong ke negara

jiran.

A. Ada rezeki B. Murah rezeki C. Terbuka rezeki D. Mencari rezeki


43

4. Pihak polis terpaksa__________________untuk meleraikan pergaduhan itu.

A. Lepas lalu B. Angkat kaki C. Campur tangan D. Tangkat muat

5. __________________pasaran saham di Bursa saham Kuala Lumpur hari ini ditutup dalm keadaan

lembap.

A. urus niaga B. Berurus niaga C. Diurusniagakan D. Mengurus niaga

6. Kumariah yang menjadi __________________sehingga menyebabkan Razali dan Len Wai

bergaduh.

A. batu loncatan B. Batu resam C. Batu bata D. Batu api

7. Setelah empat tahun berkahwin, pasanagan suami isteri itu telah dikurniakan seorang

________________.

A. mata air B. Cahaya mata C. Rambang mata D. Mata keranjang

8. Usaha _________________ minyak di perairan Terengganu masih diteruskan lagi .

A. cari gali B. Cari lagi C. Cari kaut D. Cari korek


44

9. Nurul meminati _________________ Matematik kerana ia tidak membosankan dan aktivitinya

mencabar minda.

A. Matapelajaran B. Mata pelajaran C. Mata-mata pelajaran D. Mata pelajaran

-mata pelajaran

10. _________________ bangunan itu sungguh unik dan menaraik.

A. Rekabentuk B. Reka bentuk C. Rekabentuk-rekabentuk D. Reka bentuk-reka

bentuk

11. __________________ pertandinagn lagu-lagu patriotik berbicang di dalam dewan itu.

A. uruetia B. Urus setia C. Urusetia-urusetia D. Urus setia-urus

setia

12. “_________________kerana telah membantu saya menyelesaikan masalah itu”. Kata Ramalah

kepada Rini. A. Terima kasih B. Ucap tahniah C. Terimalah syabas

D. Syukur alhamdulillah

13. Hiasan di dalam rumah itu sungguh __________________ dan menakutkan.


45

A. Luar biasa B. Cantik sekali C. Buruk sangat D. Menarik

perhatian

14. Masakan itu _________________ dengan pelbagai bahan perencah menyebabkan rasanya sungguh

sedap.

A. Campur aduk B. Dicampur aduk C. Dicampuradukkan D.

Mencampuradukkan

15. Sejak __________________ pengurusan syarikat bapanya Hadi menjadi semakin sibuk dan sukar

untuk dihubungi oleh rakan-rakannya.

A. Ambil alih B. Mengambilalih C. Mengambil alih D. Pengambilalihan

16. Usaha untuk _________________ dua puak yang bertelagah itu menemui jalan buntu .

A. Satu padu B. Bersatu padu C. Satu padukan D.

Menyatupadukan

17. _________________ semua masyarakat di kampung itu untuk memudahkan proses penenpatan

semula masyarakat.
46

A. Satu padu B. Bersatu padu C. Satu padukan D.

Menyatupadukan

Soalan 18 da n soalan 19

Pilih jawapan yang paling tepat untuk mengisi tempat-tempat kosong dalam petikan berikut

Jalan raya yang rendah mutunya juga menjadi salah satu sebab daripada sebab- sebab

kemalangan jalan raya. Di setengah-setengah tempat, ______ (18) ________ amat sempit,

berlubang-lubang dan tidak dibaiki. Jalan sangat licin apabila hujan dan tidak mempunyai parit

yang sempurna untuk mengelakkan ______ (19) _______ daripada bertakung di permukaan

jalan.

18. A. Jalan kaki B. Jalan raya C. Jalan denai D. Jalan-jalan raya

19. A. Air hujan B. Mata air C. Air lumpur D. Lopak-lopak air

Soalan 20 Hingga Soalan 25


47

Pilih ayat-ayat yang betul menggunakan perkataan bergaris.

20. I Pesta Buku Antarabangsa akan diadakan di Kuala Lumpur.

II Murid-murid Sekolah Menengah Permai akan mengadakan lawatan sambil belajar ke

pameran sains Antaraba ngsa

III Penduduk Malaysia terdiri daripada antarabangsa Melayu, Cina dan India.

IV Selepas merdeka, negara mulai menyertai pertandingan-pertandingan sukan di

peringkat antarabangsa.

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja D. II,III dan IV sahaja

21. I Negara memerlukan ramai sukarela untuk bertugas di Sukan Komanwel akan datang.

II Semua ahli pertubuhan sukarela kecuali Ahmad itu diwajibkan hadir dalam mesyuarat

III Para petugas sukarela yang bertugas dalam temasya sukan itu telah diberi ganjaran

yang lumayan.

IV Sebagai Nina sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas-tugas kebajikan sukarela.


48

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. II, III dan IV

sahaja

22. I Jawatankuasa yang ditawarkan kepada Amin tidak setaraf dengan kelulusannya.

II Keputusan itu telah diputuskan oleh ahli jawatankuasa dalam mesyuarat yang lalu.

III Satu jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan bagi menangani masalah

penyalahgunaan dadah.

IV Semua ahli jawatankuasa yang dilantik dikehendaki menjalankan tugas dengan

cemerlang.

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. II, III dan

IV sahaja

23. I “Beritahu Diana tentang maklumat ini”, kata Cikgu Aminah kepada Siti.

II “Beritahu semua rakan awak tentang perjumpaan paada petang ini”, kata Mak Yam

kepada Nora.

III Segala peraturan akan beritahu kemudian oleh ketua lawatan.

IV Notis beritahu tentang penutupan jalan itu telah ditampal di kedai Pak Majid sejak dua

hari yang lepas.

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I,II dan III sahaja D. II,III dan IV

sahaja
49

24. I Kejohanan olahraga Sekolah Kebangsaan seri Murni akan diadakan pada minggu

depan.

II Setiap kali sukan, acara yang paling diminati oleh Zarina ialah acara olahraga.

III Sekolah Kebangsaan Seri Menanti mendapat spuluh pingat emas dalam kejohanan

olahraga peringkat daerah yang baru lalu.

IV Azri mengambil bahagian dalam setiap acara olahraga dalam temasya sukan yang lalu.

A. I sahaja B. I dan II sahaja C. I, II dan III sahaja D. I,II,III dan IV

25. I Pak samad baru membeli satu set meja tulis untuk anak kesayangannya.

II Gadis yang berkulit kuning langsat itu kakak saya.

III Jam tanga n Ainal sungguh cantik dan mahal harganya.

IV Kapal terbang adalah satu-satunya kenderaan yang digunakan untuk naik ke bulan.

A. I sahaja B. I dan II sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 26 hingga Soalan 30

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26.

A. Alat-alat tulis di kedai Pak Mat disusun denganrapi.

B. Alat-alat tulis di kedai Pak Mat disusun dengan rapi.


50

C. Alatulis-alatulis di kedai Pak Mat disusun dengan rapi.

D. Alat tulis-alat tulis di kedai Pak Mat disusun dengan rapi.

27.

A. Ka pal-kapalterbang itu tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke selatan kerana cuaca buruk di

sana.

B. Ka pal-kapal terbang itu tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke selatan kerana cuaca buruk di

sana.

C. Kapalterba ng-kapalterbang itu tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke selatan kerana cuaca

buruk di sana.

D. Kapal terbang-kapal terba ng itu tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke selatan kerana cuaca

buruk di sana.

28.

A. Pengundian itu akan dijalankan di balai-balairaya di seluruh negeri.

B. Pengundian itu akan dijalankan di balai-balai raya di seluruh negeri.

C. Pengundian itu akan dijalankan di balairaya-balairaya di seluruh negeri.

D. Pengundian itu akan dijalankan di balai raya-balai raya di seluruh negeri.

29.

A. Jamuan itu diadakan untuk meraikan kedatangan setia-setiausaha yang baru

mendaftar di pejabat itu.


51

B. Jamuan itu diadakan untuk meraikan kedatangan setia-setia usaha yang baru mendaftar di

pejabat itu.

C. Jamuan itu diadakan untuk meraikan kedatangan setiausaha-setiausaha yang baru mendaftar di

pejabat itu.

D. Jamuan itu diadakan untuk meraikan kedatangan setia usa ha-setia usa ha yang baru mendaftar di

pejabat itu.

30.

A. Ketibaan Menteri Besar-Besar itu disambut dengan paluan kompang.

B. Ketibaan Menteri-Menter iBesar itu disambut dengan paluan kompang.

C. Ketibaan Menteri-Menter i Besar itu disambut dengan paluan kompang.

D. Ketibaan Menteri Besar-Menteri Besar itu disambut dengan paluan kompang.

Anda mungkin juga menyukai