Anda di halaman 1dari 8

Bahagian A

Soalan 1a

1.0 PENGENALAN

Bahasa adalah satu sistem yang di gunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna
kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan mereka
berkomunikasi antara satu sama lain. Perkembangan bahasa adalah bahagian penting
daripada sifat kognitif manusia. Memahami perkembangan bahasa merupakan aspek penting
untuk memahami dasar dan mengingati pelbagai komponen linguistik. Aspek kognitif
komunikasi dalam bahasa difahami sebagai sama di antara primat, non-primat, dan manusia
dalam beberapa aspek dan berbeza dalam aspek-aspek lain iaitu cenderung komunikasi,
decorative ucapan, bahasa pengambilalihan, ucapan telegraphic, komponen morphosyntactic,
komponen pragmatis.

Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa adalah
suatu saluran yang membolehkan kanak–kanak menyusun dan mengutarakan idea serta
pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan
kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan
berinteraksi.Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaannya, memberi
pendapat atau pendangannya. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja
dapat merapatkan perhubungan kanak – kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan
kanak–kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya.

2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Bahasa merupakan satu media komunikasi sama ada verbal atau bukan verbal.
Berkomunikasi menggunakan bahasa bermaksud membunyikan suara atau perkataan untuk
menyampaikan sesuatu maksud. Melalui bahasa manusia dapat bertutur untuk melahirkan apa
yang dirasai atau yang difikir. Perasaan atau fikiran ini boleh melahirkan sama ada melalui
tulisan, bahasa isyarat, air muka atau melalui lukisan. Pendek kata bahasa membolehkan
manusia behubung antara satu sama lain. Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-
kanak. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa da rakan sebaya. Mereka membina
kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka.
Bayi yang baru dilahirkan dapat berinteraksi dengan orang lain pada kadar yang
paling minimum dengan menggunakan pancainderanya. Ia merasa, menghidu, mendengar,
melihat dan mengeluarkan bunyi tertentu semata-mata untuk melahirkan perasaan dan
kehendaknya. Sehinggalah usianya sebulan bunyi yang keluar dari mulut bayi yang boleh
dianggap sebagai pertuturannya cuma terhad dalam bentuk tangisan. Bunyi tangisan da nada
suara itu pula berbeza dari segi nyaring, kuat dan perlahan. Perbezaan bunyi tangisan
menggambarkan perasaan dan kehendak yang tertentu. Ini menunjukkan bahawa bayi sudah
mula untuk memperkatakan pada orang lain akan perasaan dan emosinya ketika itu.

2.1 Umur 0 hingga 2 tahun

Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi hanya boleh
menangis semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi
yang terkeluar daripada mulut bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk
tangisan. Nadanya menangis juga berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan.
            Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia mengelurakan
satu bunyi ‘kukur’. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab g. Pada waktu ini, mereka boleh
bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan
matanya akan melihat ke arah bunyi ibunya memanggilnya.
            Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang
bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti ‘ma-ma’, ‘ba-ba-, dan ‘da-da’. Perkembangan
pada perigkat ini merupakan peringhkat asas untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan
ini akan menolong mempercepatkan proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran
asas yang perlu bagi mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit.Usia 12 bulan
hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menuturkan perkataan. Oleh
itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk bercakap agar emosinya.

2.2 Umur 2 hingga 3 tahun

Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang kurang
difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia awal 2
tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah
mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar
menggunakan ayat yang betul dan baik.

            Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan


peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan
reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih
belum sempurna.Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan
bahasa , perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga
kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.Pengaruh
sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang bersosial
taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang
menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat luas.

2.3 Umur 4 hingga 5 tahun

Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak yang
berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan
suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka
menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang. Pada umur 5
tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lebih
kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus
menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama
rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak
mula belajar membaca.

3.0 KESIMPULAN
Secara konklusi, bahasa merupakan medium penting bagi kanak-kanak untuk berhubung dan
menyatakan kehendaknya . Adalah amat penting bagi orang dewasa untuk memahami
isyarat mereka. Proses perkembangan bahasa bagi kanak-kanak berlaku secara berperingkat
dan dipengaruhi oleh persekitaran. Hal ini demikian kerana, proses perkembangan bahasa
diperingkat kanak-kanak bergantung kepada quantiti perbendaharaan kata yang berjaya
diperoleh dan dikuasai. Perkembangan bahasa juga mempengaruhi perkembangan daya
pemikiran. Jadi bagi melahirkan kanak-yang bijak dan petah berkata-kata persekitaran
memainkan peranan yang penting. Oleh itu, amat mustahak bagi pihak ibu bapa,keluarga dan
masyarakat termasuk golongan pendidik seperti guru prasekolah memahami keadaan ini.
Mereka perlu menyediakan persekitaran yang meransangkan bagi menggalakkan minat
membaca. Contohnya, di prasekolah guru perlulah menyediakan sudut bacaan yang diisi
dengan bahan-bahan bacaan yang menarik dan pelbagai jenis dan pihak keluarga pula perlu
bertutur dengan perkataan yang sopan, bijak serta matang di rumah bagi melahirkan golongan
kanak-kanak yang pintar.

Soalan 1b

1.0 PENGENALAN

Perkembangan kanak-kanak adalah merangkumi beberapa aspek seperti kognitif,


psikomotor,bahasa, persepsi, spatial, fizikal, sensori dan emosi . Kesemua perkara
ini perlu diperhatikan agar penilaian yang dibuat dapat menggambarkan keadaan
sebenar tentang kekuatan dan kelemahan seseorang Pengetahuan tentang
perkembangan seseorang kanak-kanak adalah merupakan suatu perkara yang amat
penting untuk didalami. lni adalah kerana penelitian keatas ciri-ciri perkembangan
tersebut akan membawa kepada pembentukan kanak -kanak yang sempurna
disamping pemerhatian dapat dibuat sejajar dengan tahap perkembangan yang agar
permasalahan yang timbul dapat diatasi dengan rancangan yang si stematik, spesifik dan
efektif.

Gangguan pertuturan adalah ketidakupayaan untuk membentuk suara pertuturan


dengan betul dan lancar. Perbezaan yang jelas mesti dibuat antara gangguan pertuturan dan
gangguan pertuturan.Gangguan pertuturan mempengaruhi pembentukan motor bunyi atau
perkataan. Kelainan bahasa, sebaliknya, mempengaruhi tahap neurologi pembentukan bahasa.
Jadi masalahnya terletak pada pembentukan intelektual bahasa. Gangguan bahasa pada
kanak-kanak boleh mempunyai ciri dan penyebab yang paling berbeza.

2.0 LIMA KOMPONEN BAHASA


Lima komponen bahasa didefinisikan seperti berikut:

a.Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi
bunyi.
b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan
pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem).
c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-
perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat
tersebut.

d. Semantik merupakan sistem aturan yang mengatur makna dari kata dan perpaduan kata .
e.Pragmatik mengarah pada aspek sosial bahasa. Pragmatik mengatur sejumlah interaksi
percakapan .

Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas, masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti
berikut;

i. Fonologi
Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa
lisan. Mereka kerap membuat kesalahan  menggantikan bunyi dalam perkataan seperti
“nama” untuk “mama”, “blink” untuk drink”.

ii. Morfologi
Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan  yang luar biasa,
struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris).
iii. Sintaksis
Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh
memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.

iv. Semantik
Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah,
menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai.
v. Pragmatik
Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau
menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam  situasi yang berbeza.

3.0 CARA-CARA MENGUJI GANGGUAN BAHASA KANAK-KANAK

Proses penilaian melibatkan pengesanan, diagnosis, rancangan intervensi, laporan dan


penilaian susulan. Proses penilaian pengesanan adalah pertama yang mana ia bertujuan untuk
menentukan sama ada kanak-kanak itu perlu dirujuk untuk penilaian tambahan bagi
mengenalpasti perkembangannya lambat atau hilang upaya. Ia biasanya dilakukan dalam
masa yang singkat dan menilai kemahiran kanak-kanak itu secara keseluruhan. Proses
penilaian kedua ialah diagnosis. Diagnosis dibentuk untuk menentukan wujudnya kecacatan
pada kanak-kanak. Jika ada, soalan-soalan akan menentukan masalah dan kesan kecacatan itu
pada perkembangan kanak-kanak.

Proses penilaian perkembangan yang ketiga ialah rancangan intervensi. Intervensi


awal yang efektif. Ia berfaedah kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarganya.
Bayi dan kanak-kanak yang betatih, kanak-kanak mana yang terdedah kepada persekitaran
berisiko, kanak-kanak dengan jangkaan perkembangan lambat atau kanak-kanak prasekolah
yang dibuktikan tidak berkeupayaan seperti sindrom down.

Dalam proses penilaian perkembangan keempat pula ialah laporan atau penulisan
laporan selepas rancangan intervensi. Terdapat banyak keadaan bias dalam mendata yang
dilaporkan bukan dalam penilaian betul-betul. Penilai harus melaporkan bukan hanya apa
yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi juga bagaimana hasil itu diperolehi dan diukur.  

Seterusnya ialah proses penilaian perkembangan iaitu penilaian susulan selepas tiga
hingga enam bulan yang mana ia mengumpul kembali maklumat yang telah dinilai sebelum
ini untuk melihat kembali tahap kemajuan yang telah dicapai oleh kanak-kanak tersebut.
Penilaian ini biasanya dilakukan oleh pakar atau penilai yang sama menilainya sebelum ini.

4.0 INTERVENSI PENGAJARAN BAHASA


Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi
perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untk membantu memulihkan
atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai
intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak
masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang
khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara intervensi
pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah
penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:

i. Ajar bahasa di dalam situasi


Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami
isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu
ayah di kebun.

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal


Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut
peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep
baru Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak
masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan
sebagainya.

iv. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang
khususMenunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak
dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh
dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman
pembaca berita TV membaca berita.

v. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa


dalam lingkungan konteksnya.

Anda mungkin juga menyukai