Anda di halaman 1dari 5

Bahagian A

Soalan 1a

1.0 PENGENALAN

Bahasa adalah satu sistem yang di gunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna
kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan mereka
berkomunikasi antara satu sama lain. Perkembangan bahasa adalah bahagian penting
daripada sifat kognitif manusia. Memahami perkembangan bahasa merupakan aspek penting
untuk memahami dasar dan mengingati pelbagai komponen linguistik. Aspek kognitif
komunikasi dalam bahasa difahami sebagai sama di antara primat, non-primat, dan manusia
dalam beberapa aspek dan berbeza dalam aspek-aspek lain iaitu cenderung komunikasi,
decorative ucapan, bahasa pengambilalihan, ucapan telegraphic, komponen morphosyntactic,
komponen pragmatis.

Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa adalah
suatu saluran yang membolehkan kanak–kanak menyusun dan mengutarakan idea serta
pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan
kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan
berinteraksi.Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaannya, memberi
pendapat atau pendangannya. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja
dapat merapatkan perhubungan kanak – kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan
kanak–kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya.

2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Bahasa merupakan satu media komunikasi sama ada verbal atau bukan verbal.
Berkomunikasi menggunakan bahasa bermaksud membunyikan suara atau perkataan untuk
menyampaikan sesuatu maksud. Melalui bahasa manusia dapat bertutur untuk melahirkan apa
yang dirasai atau yang difikir. Perasaan atau fikiran ini boleh melahirkan sama ada melalui
tulisan, bahasa isyarat, air muka atau melalui lukisan. Pendek kata bahasa membolehkan
manusia behubung antara satu sama lain. Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-
kanak. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa da rakan sebaya. Mereka membina
kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka.
Bayi yang baru dilahirkan dapat berinteraksi dengan orang lain pada kadar yang
paling minimum dengan menggunakan pancainderanya. Ia merasa, menghidu, mendengar,
melihat dan mengeluarkan bunyi tertentu semata-mata untuk melahirkan perasaan dan
kehendaknya. Sehinggalah usianya sebulan bunyi yang keluar dari mulut bayi yang boleh
dianggap sebagai pertuturannya cuma terhad dalam bentuk tangisan. Bunyi tangisan da nada
suara itu pula berbeza dari segi nyaring, kuat dan perlahan. Perbezaan bunyi tangisan
menggambarkan perasaan dan kehendak yang tertentu. Ini menunjukkan bahawa bayi sudah
mula untuk memperkatakan pada orang lain akan perasaan dan emosinya ketika itu.

2.1 Umur 0 hingga 2 tahun

Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi hanya boleh
menangis semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi
yang terkeluar daripada mulut bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk
tangisan. Nadanya menangis juga berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan.
            Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia mengelurakan
satu bunyi ‘kukur’. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab g. Pada waktu ini, mereka boleh
bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan
matanya akan melihat ke arah bunyi ibunya memanggilnya.
            Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang
bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti ‘ma-ma’, ‘ba-ba-, dan ‘da-da’. Perkembangan
pada perigkat ini merupakan peringhkat asas untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan
ini akan menolong mempercepatkan proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran
asas yang perlu bagi mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit.Usia 12 bulan
hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menuturkan perkataan. Oleh
itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk bercakap agar emosinya.

2.2 Umur 2 hingga 3 tahun

Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang kurang
difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia awal 2
tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah
mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar
menggunakan ayat yang betul dan baik.

            Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan


peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan
reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih
belum sempurna.Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan
bahasa , perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga
kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.Pengaruh
sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang bersosial
taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang
menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat luas.

2.3 Umur 4 hingga 5 tahun

Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak yang
berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan
suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka
menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang. Pada umur 5
tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lebih
kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus
menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama
rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak
mula belajar membaca.

3.0 KESIMPULAN
Secara konklusi, bahasa merupakan medium penting bagi kanak-kanak untuk berhubung dan
menyatakan kehendaknya . Adalah amat penting bagi orang dewasa untuk memahami
isyarat mereka. Proses perkembangan bahasa bagi kanak-kanak berlaku secara berperingkat
dan dipengaruhi oleh persekitaran. Hal ini demikian kerana, proses perkembangan bahasa
diperingkat kanak-kanak bergantung kepada quantiti perbendaharaan kata yang berjaya
diperoleh dan dikuasai. Perkembangan bahasa juga mempengaruhi perkembangan daya
pemikiran. Jadi bagi melahirkan kanak-yang bijak dan petah berkata-kata persekitaran
memainkan peranan yang penting. Oleh itu, amat mustahak bagi pihak ibu bapa,keluarga dan
masyarakat termasuk golongan pendidik seperti guru prasekolah memahami keadaan ini.
Mereka perlu menyediakan persekitaran yang meransangkan bagi menggalakkan minat
membaca. Contohnya, di prasekolah guru perlulah menyediakan sudut bacaan yang diisi
dengan bahan-bahan bacaan yang menarik dan pelbagai jenis dan pihak keluarga pula perlu
bertutur dengan perkataan yang sopan, bijak serta matang di rumah bagi melahirkan golongan
kanak-kanak yang pintar.

Soalan 1b

1.0 PENGENALAN

Perkembangan kanak-kanak adalah merangkumi beberapa aspek seperti kognitif,


psikomotor,bahasa, persepsi, spatial, fizikal, sensori dan emosi . Kesemua perkara
ini perlu diperhatikan agar penilaian yang dibuat dapat menggambarkan keadaan
sebenar tentang kekuatan dan kelemahan seseorang Pengetahuan tentang
perkembangan seseorang kanak-kanak adalah merupakan suatu perkara yang amat
penting untuk didalami. lni adalah kerana penelitian keatas ciri-ciri perkembangan
tersebut akan membawa kepada pembentukan kanak -kanak yang sempurna
disamping pemerhatian dapat dibuat sejajar dengan tahap perkembangan yang agar
permasalahan yang timbul dapat diatasi dengan rancangan yang si stematik, spesifik dan
efektif.

Gangguan pertuturan adalah ketidakupayaan untuk membentuk suara pertuturan


dengan betul dan lancar. Perbezaan yang jelas mesti dibuat antara gangguan pertuturan dan
gangguan pertuturan.Gangguan pertuturan mempengaruhi pembentukan motor bunyi atau
perkataan. Kelainan bahasa, sebaliknya, mempengaruhi tahap neurologi pembentukan bahasa.
Jadi masalahnya terletak pada pembentukan intelektual bahasa. Gangguan bahasa pada
kanak-kanak boleh mempunyai ciri dan penyebab yang paling berbeza.

Anda mungkin juga menyukai