Anda di halaman 1dari 35

TOPIK 3

SISTEM FALSAFAH MORAL


PENDAHULAUAN
 Teori moral Barat berdasarkan kepada
falsafah-falsafah moral yang telah wujud
sejak zaman Greek/ Yunani kuno lagi
 Teori berkaitan berlandaskan pemikiran
rasional manusia
 bersifat relatif disebabkan pemikiran akal
manusia berubah-ubah.
Tokoh falsafah Greek :
Socrates (469-399SM) yang mengemukakan ajaran etika
dengan menggalakkan setiap manusia menuntut ilmu
pengetahuan untuk menjadi seorang yang bemoral.

Plato (427-347SM) di dalam bukunya The Republic


menyatakan cara terbaik untuk bermoral adalah
menjadikan diri sebagai contoh ikutan dan teladan yang
baik.

Aristotle (394-322SM) tujuan beretika mulia adalah untuk


mencapai kebahagiaan hidup dan cara untuk mencapai
etika yang mulia ialah dengan menggunakan segala
kekuatan akal dan fikiran.
Teori Moral Barat
Teori
Terbahagi 2: Moral
Barat
1. Teori Teleologis
2. Teori Deontologis

Teori Teori
Teleologis Deontologis
1. Teori Teleologis
Definisi – berasal daripada perkataan Yunani
“telos” bererti tujuan matlamat.

Huraian teori:

 Penilaian terhadap sesuatu perbuatan dibuat


berdasarkan akibat drpd perbuatan tersebut.
 Teori teleologikal mengatakan nilai betul atau
salah bergantung kepada kesan sesuatu
perbuatan.
 Akibat: membawa kebaikan – bermoral.
membawa keburukan – tidak
bermoral.
Ia terbahagi 2: Teori
Teleologis
1. Aliran Egoisme
2. Aliran
Utilitarianisme
ALIRAN ALIRAN
EGOISME UTILITARIANISME
1.Aliran Egoisme

Definisi Egoisme :
Ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai
itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai
itu buruk jika sesuatu merugikan diri sendiri.
Teori Egoisme (Egoism) merujuk kepada setiap
orang perlu bersifat keakuan, iaitu sebarang
perbuatan yang dilakukan oleh seseorang
semata-mata untuk memanfaatkan diri sendiri
dan tidak mempedulikan perasaan orang lain,
tidak kira orang itu dilayan dengan buruk
ataupun baik. Matlamat yang terutama ialah
untuk memberikan faedah kepada diri sendiri.
 Contoh yang Berkaitan Tindakan peperangan
British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum
Malaysia merdeka. British telah mengeksploitasi
bahan mentah di negeri-negeri Melayu untuk
tujuan kepentingan diri. Dalam situasi ini, British
dianggap golongan bangsawan yang kuat.
Manakala orang tempatan dianggap lemah dan
selalunya memberontak dengan menggunakan
prinsip ketuhanan untuk mempertahankan diri.
Jadi, peperangan British untuk menakluki tanah
Melayu adalah bermoral.
Kesimpulannya:

 Setiap manusia sepatutnya bertindak


demi kepentingan dirinya sendiri dan ia
mestilah boleh menghasilkan sesuatu yg
paling baik bagi dirinya.
2. Aliran Utilitarianisme
-Utilitarianisme berasal daripada perkataan
“utility” yang bermaksud berguna. Istilah
membawa maksud tingkah laku moral yang
menghasilkan kebaikan yang maksimun ke
atas semua pihak.

 diasaskan oleh Jeremy Bentham dan


John Stuart Mill.
 menegaskan sesuatu perbuatan itu
dianggap betul (bermoral) jika ia
membawa kepada akibat-akibat yg
diingini (kebaikan)
“Honesty is not the best policy”
 Jeremy Bentham telah memperkenalkan satu
kaedah saintifik untuk menganalisiskan kuantiti
keseronokan iaitu kalkulus hedonistik.

 Berdasarkan analisis tersebut tingkah laku moral


dapat ditentukan. Tingkah laku yang memberi
kegembiraan dan keseronokan kepada semua
pihak dikatakan satu tingkah laku yang baik dan
bermoral.

 Untuk menentukan keseronokan dan


kesengsaraan sesuatu tindakan mestilah
bersesuaian dengan peraturan atau undang-
undang moral universal.
Ia terbahagi 2:
ALIRAN
UTILITARIANISME
1. Utilitarianisme
Tindakan
2. Utilitarianisme
Peraturan

UTILITARIANISME UTILITARIANISME
TINDAKAN PERATURAN
1. Utilitarianisme Tindakan:
 sesuatu tindakan itu dibolehkan jika memberikan
akibat baik yg lebih besar drpd akibat buruk.
 eg. Mencuri sepotong roti utk diberikan kepada
pengemis yg sedang kelaparan.

2. Utilitarianisme Peraturan
 ia lebih mementingkan peraturan yg telah sedia
ada dalam masyarakat.
 eg. Kalau semua orang dalam masyarakat itu
mencuri – akan merugikan masyarakat tersebut
– tindakan ini dianggap tidak bermoral dan
salah.
2. Teori Deontologis
Definisi Deontologis
 Ia berasal drpd perkataan Yunani deon
bererti yg diharuskan @ diwajibkan.Tugas
atau kewajipan.

 Teori ini menegaskan bahawa betul @ salah


sesuatu tindakan bukan dilihat drpd akibat
tindakan itu sebaliknya ia boleh dilakukan
begitu sahaja kerana ia memang telah
dianggap baik @ buruk.
eg. Mencuri adalah perbuatan yg salah.
Ia terbahagi 2: Teori
Deontologis
1. Teori Deontologis
Peraturan
2. Teori Etika Situasi
Teori
Teori
Deontologis Etika
Peraturan Situasi
1.Teori Deontologis Peraturan
setiap tindakan perlu mengikut norma-
norma peraturan dalam masyarakat
tanpa perlu mempersoalkan akibat
drpd tindakan itu.

eg. Berbohong adalah


perbuatan yg salah.
2. Teori Etika Situasi
Tindakan seseorang ditentukan oleh
situasi pada masa itu.

eg.Berada dalam situasi di mana


seorang pembunuh upahan
bertanya sama ada orang yg
dicarinya ada dalam rumah @ tidak.
– boleh berbohong.
Kaedah Teori Moral Barat
1. Kaedah sikap baik
 Manusia mesti bersikap baik dan
seboleh-bolehnya memaksimumkan
akibat baik drpd yg buruk.
(sebenarnya- kita mesti buat baik dan
tinggalkan yg jahat.)
 Ia melibatkan semua – manusia,
haiwan, alam
1. Kaedah keadilan
 Keadilan dalam mengagihkan yg baik dan
yg buruk kepada manusia.
 Adil bermaksud persamaan, keperluan
dan kesesuaian..
Kelemahan Sistem Moral Barat
1. Sistem ini bercorak keduniaan – tanpa
agama
2. Sistem ini membawa pandangan yg bersifat
subjektif – tidak mempunyai peraturan yg
mutlak.
3. Sistem ini tidak mempunyai kekuatan
(moral force) – yg mendorong manusia
melakukan kebajikan dan mencegah
kejahatan. eg. Jenayah semakin
berleluasa.
4. ia berubah dari semasa ke semasa.
Teori Sekularisme
 Kemunculan Sekularisme lahir daripada
pergolakan yang berlaku dalam agama
Kristian pada abad pertengahan.
Kemunculan falsafah dan pemikiran baru
ini adalah berikutan tindak balas penganut
agama tersebut terhadap kongkongan dan
penguasaan gereja ke atas mojoriti ahli
masyarakat.
Prinsip Skularisme
a) Suatu fahaman yang menafikan hal-hal kerohanian.
b) Penolakan terhadap kewibawaan unsur-unsur kerohanian.
c) Penafian tentang adanya kehidupan yang tetap (akhirat).
d) Pemisahan di antara agama dan nilai kerohanian dengan
pemerintahan dan kehidupan keduniaan.
e) Kekuasaan sebagai kebebasan mutlak untuk merencana dan
menyusun dasar hidup manusia seterusnya melaksanakannya
sendiri tanpa apa-apa pergantungan dan hubungkait dengan
Tuhan.
f) Gereja dan institusi agama hanya terbatas kepada perkara-
perkara yang berhubung dengan masalah ketuhanan
sahaja.
Kaedah Dasar Skularisme

Franz Von Magnis telah memantapkan lagi moral sekular melalui dua
kaedah iaitu kaedah sikap baik dan kaedah keadilan.

a)Kaedah Sikap Baik


Kaedah ini mewajibkan manusia bersikap baik. Contohnya bercakap
benar, tidak menyusahkan dan merugikan orang lain, dan menghormati
kebebasan orang lain.

Kaedah Keadilan
Kaedah ini menegaskan keadilan dalam mengagihkan yang baik dan
yang buruk dan hanya melibatkan manusia.
Kelemahan Sekularisme

Teori Sekularisme hanya berdasarkan


pandangan dan pemikiran yang bersifat
relatif dan subjektif. Akibatnya, apa yang
dikatakan “baik” oleh moral sekular itu
hanya menjadi “baik” menurut anggapan
seseorang, sedangkan orang lain
menganggapnya “buruk”.

 Teori Sekular tidak mempunyai “kekuatan”
bersifat batin. Penilaian bersifat relatif
mengaburkan kenyataan bahawa
“kekuatan moral” itu adalah kekuatan batin
yang selalu mendorong untuk melakukan
kebaikan dan menghindari keburukan.
 Teori Sekularisme menolak peranan
agama dalam pembentukan moral
manusia atas alasan adalah sukar untuk
membuktikan bahawa untuk menjadi
bermoral seseorang itu mesti beragama
Contoh:
 Golongan Sekularisme telah memisahkan
hal agama dari sudut ekonomi dan
akhirnya berlakulah amalan riba yang
mana umat Islam sendiri telah tertindas
(S.S. Husain & S.A Ashraf. 1989).
 Segelintir sahaja penganut-penganut
Kristian yang mengunjungi gereja-gereja
untuk beribadat.
HEDONISME

 Hedonisme menurut pergertian Kamus


Dewan ialah pegangan atau pandangan
hidup yang mementingkan keseronokan
atau kesenangan hidup
 Sejarah, fahaman hedonisme didukung
oleh Aristipus salah seorang murid
falsafah Yunani yang terkenal iaitu
Socrates
 tujuan terakhir bagi kehidupan manusia
atau apa yang terbaik untuk manusia.
 Aristipus mengatakan bahawa yang
terbaik untuk manusia adalah kesenagan.
Hal ini terbukti kerana sudah lumrah
manusia ketika kecil akan tertarik kepada
kesenangan dan apabila telah
menikmatinya,dia tidak mencari sesuatu
yang lain dan menjauhkan diri daripada
ketidaksenangan
 Epicurus menekankan bahawa kebaikan
tidak mungkin akan difahami seandainya
kita menolak unsur kelazatan dalam hidup
seperti nikmat dapat dilihat dan didengar
oleh penglihatan dan pendengaran.
 hedonism mengariskan keseronokan
sebagai tunjang utama kehidupan.
Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh
akal manusia.
 Hal ini bertepatan dengan matlamat
sekularisme yang mahu memastikan
manusia bebas daripada segala unsur
ketuhanan.
EUDEMONISME
 Berasal daripada bahasa Yunani
eudaimonia εὐδαιμονία bermaksud
kebahagiaan. perkataan ini terdiri dari dua
suku kata "eu" ("baik", "bagus") dan
"daimōn" ("roh, dewa, kekuatan batin").
 Secara khususnya istilah ini menunjukkan
kepada keadaan kebahagiaan oleh
perlindungan roh yang murah hati.
 Eudaimonisme adalah pandangan hidup
yang menganggap kebahagiaan sebagai
tujuan segala tindak-tanduk manusia.
 Dalam eudaimonisme, pencarian
kebahagiaan menjadi prinsip yang paling
utama.
 Kebahagiaan yang dimaksud bukan hanya
terbatas kepada perasaan subjektif seperti
senang atau gembira sebagai aspek
emosional, melainkan lebih mendalam dan
objektif mengaitkan pengembangan
seluruh aspek kemanusiaan suatu individu
(aspek moral, sosial, emosional, rohani).
 Dengan demikian, eudaimonisme juga
sering disebut etika pengembangan diri
atau etika kesempurnaan hidup.
PENGAJIAN MORAL

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai