Drone

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan :

a) Penggunaan dron di Australia adalah berdasarkan kelulusan CASA.


b) CASA adalah singkatan Institut Keselamatan Penerbangan Awam Australia di bawah Kementerian
Pengangkutan dan Infrastruktur .
c) CASA menguatkuasakan keperluan keselamatan penggunaan dron di bawah Akta Penerbangan Awam
1988 dan Peraturan Keselamatan Penerbangan Awam 1998.

Antara peraturan yang digubal untuk penggunaan dron di Australia :

a) Dron tidak boleh diterbangkan melebihi tinggi daripada 120 meter (400 kaki) di atas tanah.
b) Dron yang dipandu mestilah sekurang-kurangnya 30 meter daripada orang lain.
c) Hanya satu dron sahaja yang boleh diterbangkan dalam satu masa.
d) Hanya diterbangkan pada siang hari.
e) Dron mestilah diterbangkan dalam jarak pandang visual. Dimana dapat dilihat melalui mata sendiri dan
bukanlah melalui peranti.
f) Dilarang menerbangkan dron di atas atau berhampiran kawasan yang mempengaruhi keselamatan
awam atau operasi kecemasan yang sedang dijalankan tanpa persetujuan terlebih dahulu. Sebagai
contoh, operasi polis.
g) Dilarang untuk menerbangkan dron di atas orang atau di kawasan tumpuan orang ramai seperti taman,
pantai atau acara sukan yang sedang dijalankan.
h) Dilarang merakam atau mengambil gambar orang tanpa persetujuan mereka.
i) Dron yang mempunyai berat lebih daripada 100 gram, mestilah diterbangkan sekurang-kurangnya 5.5
kilometer daripada lapangan terbang terkawal.
j) Dilarang mengendalikan dron dengan cara yang berbahaya bagi pesawat, orang atau harta benda lain.

Bagaimana Akta dan Undang-Undang dapat ditambahbaik di Malaysia?

a) Mewujudkan aplikasi untuk membuat permohonan lesen dron


b) Menyediakan kawasan khusus dan sesuai untuk menerbangkan dron
c) Menetapkan harga lesen dron yang berpatutan dan tempoh penggunaannya dalam jangka masa yang
lama.
d) Memberi pengecualian permohonan lesen dron kepada yang menjadikan dron sebagai hobi
e) Mengadakan kempen kesedaran dan keselamatan kepada pemohon lesen dron supaya tidak menganggu
privasi orang lain dan operasi keselamatan yang sedang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai