Anda di halaman 1dari 8

Draf Teks Ucapan Pengetua : Mesyuarat Agung PIBG 2021

Terima kasih pengerusi majlis.

Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam


sejahtera, dan salam Sepuncak.

Yang Berusaha, ____________________, Yang Dipertua PIBG SMK ___________,

Barisan Penolong Kanan,

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,

Guru-guru SMK ______________,

Ahli jawatankuasa PIBG,

Tuan-tuan dan puan-puan ibu bapa kepada pelajar SMK ____________sekalian.

Alhamdulillah. Dengan izin Allah S.W.T., sekali lagi kita dapat menghirup
udara nyaman pada hari ini walaupun kita masih berperang dengan pendemik Covid
19 dan terpaksa menjalani hidup norma baharu. Syukur ke hadrat Allah kerana kita
bersama-sama dapat berkumpul dalam majlis yang penuh bersejarah dan amat
bermakna ini, julung kalinya diadakan secara atas talian , iaitu Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-16 Sekolah Menengah Kebangsaan ________ pada tahun 2021.

Saya bagi pihak warga Sekolah Menengah Kebangsaan ___________ingin


merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
______________________, Yang Dipertua PIBG SMK ______________ kerana
dapat meluangkan masa untuk bersama-sama kita semua pada hari yang sungguh
bermakna ini. Sesungguhnya, kehadiran tuan mencerminkan iltizam dan sikap
prihatin tuan terhadap pelajaran anak-anak di Sekolah Menengah Kebangsaan
_____________________________.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala
perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-16
dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih juga kepada semua wakil PIBG SMK
_____________________ yang turut serta bersama kita pada hari ini. Begitu juga
ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini.
Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan
misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih
kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam menjayakan majlis kali ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

SMK __________________ menggalas visi menjadi sekolah cemerlang


Daerah Kuala Selangor dengan misinya membangunkan sahsiah pelajar ke arah
kecemerlangan melalui pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaaan. Hal ini selaras dengan pepatah ‘Datang dengan Harapan, Pulang
dengan Kejayaan. Tahun 2020 dan 2021 ini adalah tahun yang sangat mencabar
dan kita semua tidak pernah lalui situasi sebegini. Kita dapat lihat semua sekolah
seluruh negara terkesan dengan pandemik COVID-19. Tidak terkecuali
_________________ kita. Pandemik COVID-19 memberi kesan yang cukup
mendalam kepada sektor pendidikan. Sekolah terpaksa ditutup di mana semua
anak-anak tingkatan 1 hingga tingkatan 5 kohort 2021 tidak dapat hadir ke sekolah.

Dalam usaha memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara


berterusan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, PDPR
atau kaedah lain yang bersesuaian telah dilaksanakan dalam tempoh tersebut.
Terima kasih kepada guru atas kesungguhan melaksanakan tanggungjawab dan
juga ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak dalam
menghadapi situasi yang sukar ini.

Kita sedia maklum bahawa anak-anak ini merupakan penyejuk hati,


pengarang jantung. Kelahiran seseorang anak menjanjikan harapan yang tinggi
menggunung kepada kedua-dua ibu bapa. Kejayaan anak-anak merupakan hadiah
yang paling bernilai untuk semua ibu bapa. Kemenjadian anak-anak adalah bermula
dengan ibu bapa. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa janganlah meletakkan
100% tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah sahaja.

Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam


memastikan kejayaan anak-anak ini. Sebagai permulaan untuk proses pengajaran
dan pembelajaran secara bersemuka nanti, ibu bapa perlu memastikan anak-anak
membawa peralatan sekolah seperti alat tulis serta buku teks. Selain itu, ibu bapa
perlu memastikan anak-anak bangun awal dan datang awal ke sekolah agar
masalah pelajar lewat boleh diatasi. Ibu bapa perlu memberikan tumpuan yang
sepenuhnya terhadap pelajaran anak-anak. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang
dan perhatian yang sewajarnya agar diri mereka tidak tersisih.

Anak-anak amat memerlukan inspirasi dan galakan untuk belajar. Minat


belajar perlu ditanam dan disemai dalam jiwa anak-anak kerana mereka ibarat kain
putih dan ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya. Anak-anak memerlukan
masa untuk bermesra dan berbincang dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu
memastikan bahawa mereka mempunyai masa untuk tujuan tersebut. Hal ini tidak
mustahil dilakukan walaupun ibu bapa sibuk bekerja. Ibu bapa boleh menelefon
untuk bertanya khabar atau makan semeja pada waktu yang berkesempatan.
Pokoknya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Hadirin yang dihormati sekalian,        

            Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG
menghadapi pelbagai cabaran membantu pihak sekolah dalam semua aspek
khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke
semasa. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita bagi
mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua
pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat,
iaitu membantu murid berjaya. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran
anak-anak di rumah, terutama ketika sesi PDPR berlangsung tidak dapat dinafikan.
Apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah mendapat banyak manfaat antaranya
pencapaian murid meningkat. Anak-anak juga tekun belajar, malah kes disiplin
dalam kalangan murid berkurangan dan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa
menjadi lebih baik.

Penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak khususnya ketika di rumah


sangat penting dan kajian membuktikan ia membawa perubahan yang ketara dalam
kejayaan seseorang anak. Melalui penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-
anak akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Anak-anak akan mencapai
keputusan akademik yang lebih cemerlang serta mempunyai motivasi yang lebih
tinggi di samping rekod kehadiran ke sekolah yang lebih baik.

Apa yang lebih penting adalah mewujudkan suasana pembelajaran di rumah


seperti menyediakan ruang untuk anak belajar dan memastikan anak mempunyai
jadual ulang kaji. Jika boleh, ibu bapa perlu menemani anak semasa dia sedang
belajar kerana kehadiran ibu bapa mengukuhkan perasaan dan mengekalkan
tumpuannya. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan
anak dan perbualan merupakan interaksi yang asas untuk menyelesaikan sesuatu
masalah atau isu secara sepakat. Berbincang dengan anak mengenai pelajaran
dapat mengetahui perkembangan pencapaiannya dan membimbingnya merangka
tindakan. Melalui perbincangan juga akan menghasilkan suatu pandangan bersama
tentang sasaran anak dalam pelajaran di samping membantunya mencapai cita-cita.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai


inisiatif, usaha dan program telah dilakukan oleh pihak KPM dan
seterusnya dilaksanakan di sekolah. Ini termasuklah pelbagai transformasi
pendidikan seperti program 1M1S, KSSM, PBS, MBM MBI dan dilakukan
berterusan untuk meningkatkan mutu kemenjadian murid.

Kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan PIBG diharapkan dapat
membantu SMK ______________ dalam melonjakkan prestasi PT3 dan SPM tahun
2021 ini. Pada tahun lepas keputusan SPM 2019 ……… meningkat dari segi jumlah
bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM ,iaitu sebanyak …. orang
berbanding SPM tahun 2018 iaitu seramai …..orang sahaja. Ini menunjukkan
prestasi SMK _______________ semakin baik dalam menghasilkan bilangan pelajar
yang mendapat semua A. GPS SMK ______________ juga semakin meningkat iaitu
….. Namun dari segi peratus lulus, kita merosot sedikit daripada …. % kepada ….
Saya berharap, keputusan SPM tahun 2020 yang baru sahaja selesai dan akan
diumumkan nanti akan melonjakkan pencapaian yang terbaik kepada SMK
_______________ dan melonjakkan keputusan terbaik juga di Daerah Kuala
Selangor. Manakala keputusan PT3 pada tahun 2019, SMK _____________ berjaya
melahirkan … orang pelajar yang mendapat semua A. …..mendapat 11 A (aliran
KAA) dan ….orang 10 A. Manakala, ….orang pelajar berjaya mendapat keputusan 6
A dan ke atas.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru, para ibu dan tidak lupa
kepada PIBG yang sentiasa menyokong usaha-usaha peningkatan akademik
sekolah tanpa jemu.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pepatah ada mengatakan, akal yang cerdas terletak pada tubuh badan yang
sihat. Kejayaan dalam bidang akademik tidak akan tercapai sekiranya berlaku
pengabaian kepada bidang Kokurikulum. Dalam usaha menjayakan misi ketiga iaitu
kecemerlangan kokurikulum, pihak sekolah tidak jemu-jemu membina para pelajar
agar mereka juga cemerlang dalam bidang ini.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, pelajar-pelajar sekolah ini telah
banyak mengharumkan nama SMK _______________ dan Daerah Kuala Selangor
dalam pelbagai kejohanan sama ada di peringkat Daerah, Negeri mahupun
diperingkat Kebangsaan. Walaupun sekarang negara berdepan pendemik Covid 19,
bukanlah halangan untuk anak-anak SMK ________________ meraih
kecemerlangan. Banyak pertandingan koakademik secara maya diadakan.
Contohnya, pada tahun 2020, anak-anak kita telah membawa nama baik daerah
Kuala Selangor dalam pertandingan Pertandingan Deklamasi Sajak Dan
Penyampaian Syair Secara Maya 2020 dengan menjadi Naib Johan negeri
Selangor bagi kategori Sajak. Pertandingan Poetry Recitation dan Pertandingan
Virtual Science pula sekolah kita menjadi Naib Johan Daerah Kuala Selangor .
Begitu juga Malaysia Mathematics Competition MMC, 5 pelajar sekolah kita berjaya
melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. Manakala Pertandingan Pengaturcaraan
, pelajar kita Berjaya meraih Naib Johan Kumpulan ke-2 terbaik peringkat Kategori
Bongsu [Men. Rendah] di peringkat kebangsaan. Begitu juga Pertandingan Inovasi
'Malaysia Young Scientists Conference & Exhibition' (Mysce'20) SMK Puncak Alam
berjaya menggondol 2 Silver Awards di peringkat antarabangsa .Pencapaian dalam
pelbagai acara yang melibatkan sukan golf, bola sepak, pertandingan ko-akademik,
badan beruniform dan sebagainya dalam aktiviti kokurikulum juga berjaya di raih.

Hadirin yang dihormati sekalian,        

Bidang Hal Ehwal Murid juga menyumbang aset yang bukan sedikit ke arah
menjayakan misi dan visi sekolah. Ianya melibatkan proses kemasukan pelajar,
mengurus, membimbing dan memantau perilaku dan disiplin pelajar sepanjang
mereka berada di sekolah. Negara memerlukan warga negara yang bukan sahaja
cemerlang dalam bidang akademik, tetapi tinggi sahsiah, terpuji akhlaknya dan
hebat disiplinnya. Oleh itu perlu wujud perimbangan antara cita-cita melahirkan
individu ber'mentaliti kelas pertama'; dan individu ber'personaliti menara' (towering
personality).
Tahun 2020 melakar pencapaian Anugerah Penarafan dan Pertandingan Unit
HEM Peringkat Negeri Selangor, SMK ________________ Berjaya meraih Johan
dalam pertandingan Ikon PRS dan Infografik Kerjaya di peringakat negeri Selangor,
seterusnya melayakkan kita menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Golongan pelajar hari ini adalah satu khazanah kepada negara kita kerana ia
merupakan ‘human capital’ yang penting. Dalam usaha melahirkan individu ini, pihak
Hal Ehwal Murid telah menjalankan beberapa program antaranya Kursus
Kepimpinan Pengawas dan Ketua Tingkatan, Spot Check kepada pelajar yang
dijalankan berterusan oleh pengawas, mengadakan Buku Kawalan Kelas untuk
mengatasi masalah ponteng kelas, tazkirah dan bacaan Yasin setiap hari Jumaat
saban minggu dan pertemuan dengan ibubapa kepada pelajar yang bermasalah.
Alhamdulillah, hasil usaha yang bersepadu antara Hal Ehwal Murid, AJK
Disiplin, Badan Pengawas, Unit Bina Insan dan kaunseling telah menampakkan hasil
yang positif. Sepanjang sebulan lebih persekolahan bagi anak-anak SPM 2020,
masalah disiplin terkawal dan tidak terdapat kes-kes yang berat yang ditemui. Oleh
itu saya berharap sesi persekolahan bersemuka nanti juga begitu. Para ibu bapa
juga perlu diberikan penghargaan di atas kesanggupan meluangkan masa untuk
datang ke sekolah apabila dipanggil untuk berbincang masalah anak mereka. Inilah
sikap terpuji yang perlu dikekalkan.

Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai
program sekolah. Hanya dengan kejasama semua pihak secara berterusan maka
anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi
sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Percayalah, kami para guru di SMK _________________ akan terus


berikhtiar bersungguh-sungguh dalam menjalankan amanah yang diberikan kepada
kami untuk memastikan generasi masa depan negara mendapat pendidikan yang
terbaik. Setiap keputusan yang dibuat adalah bertunjangkan kepada asas-asas yang
kukuh dengan mengambil kira kepentingan guru, murid dan ibu bapa bagi
memastikan usaha untuk melahirkan generasi masa hadapan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dicapai.

Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang


diterajui oleh __________________ yang banyak memberi sokongan baik dalam
bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Hasil usaha semua pihak, akhirnya
Dewan Sepuncak telah siap dan telah dapat digunakan oleh anak-anak sepuncak
semasa peperiksaan SPM 2020 baru-baru ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan
barisan PIBG, barisan guru sekolah ini amat dedikasi dan komited dalam membantu
sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan.

Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan


tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang
seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara.
Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai