Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PengenalanIstilah Ethnos berasal dari perkataan Greek yang bermaksud manusia, bangsa atau
budaya. Menurut Agar (1986) dalam Sabitha Marican, (2005) menyatakan “graphy” bermaksud
penjelasan mengenai sesuatu. Etnografi merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk
pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi dan dirujuk sebagai
penyelidikan saintifik semula jadi (field research). Pendapat ini dipersetujui oleh dua sarjana
iaitu Berg, (1995) dan Guy et al. (1987) dalam Sabitha Marican, (2005).
Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang
paling asas dalam penyelidikan sosial. Kadang kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan
bertulis mengenai sesuatu budaya tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan
kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kajian lapangan. Ia adalah kajian deskriptif
etnografi seperti “apakah budaya kumpulan itu?”. Oleh itu etnografi mengambarkan apa yang
dilakukan sesebuah masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Ia merupakan potret atau
gambaran mengenai manusia. Dengan demikian, kajian etnografi merupakan kajian yang
mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitan
Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang praktikal untuk
mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan, tingkahlaku dan bahasa. Kajian
etnografi merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk menerangkan, menganalisa
dan meinterpretasi bentuk “culture-sharing” sesuatu kumpulan seperti tingkah laku, kepercayaan,
bahasa, ekonomi, struktur politik, interaksi, kehidupan dan gaya dalam perhubungan. Untuk
interview, memantau dan medokumentasi bagi memahaminya. Masa yang lama diambil maka
memberi gambaran secara khusus terhadap budaya manusia. Ia bermula lewat abad ke 19 dan
awal abad ke20 dan kajian menggunakan kaedah etnografi mula diterbitkan pada 1920- an dan
1930-an oleh “Chicago Scholl of Sociology” (Pole & Morrison, 2003). Sekitar tahun 1950an
kajian etnografi masih baru dan menurut Hammersly (1998) sekitar tahun 1960-an kajian yang
menggunakan pendekatan etnografi semakin berkembang dan lebih banyak digunakan. Kajian
ini masih terbatas tetapi ianya terus berkembang sekitar tahun 1980an. Bermula tahun 1980-an
ahli etnografi telah mengenalpasti dan hanya memberi fokus kepada budaya kumpulan,
mengendalikan pemantauan, analisa data dan menulis kajian yang dilakukan (Creswell, 2005).
Mengikut
Gay (2003), Etnografi merupakan kajian yang menghuraikan dan
menganalisa sesuatu atau sebahagian daripada kebudayaan serta komuniti
dengan mengenalpasti dan menghuraikan kepercayaan dan amalan harian responden. Kajian
etnografi juga perlu mengkaji kedua-dua kumpulan iaitu respoden dan tempat dimana mereka
berinteraksi secara serentak. Topik dalam kajian etnografi tidak dinyatakan secara khusus pada
awal kajian. Kajian yang dijalankan dalam skala yang kecil dengan bilangan responden yang
terhad dan kontek kajian yang kecil. Pengkaji etnografi mesti menjalankan kajian dikawasan
semulajadi responden dalam tempoh masa yang tertentu untuk mengumpul
data.
Sanders (2004), menyatakan etnografi melibatkan gambaran dan belajar tentang budaya
manusia. Pengkaji sosial menggunakan kaedah etnografi untuk lebih memahami budaya dan
hubungan social menerusi pentafsiran dan praktikal. Keberkesanan kajian etnografi bukan
bergantung kepada perspektif penyelidik tetapi kepada dapatan data. Etnografi pada awalnya
menggunakan disiplin dalam antropologi iaitu meluangkan masa dengan penduduk tempatan
untuk membuat pemerhatian terhadap kehidupan dan amalan mereka. Biasanya kajian etnografi
traditional dilakukan secara individu dan mengambil masa dari beberapa bulan hingga bertahun
untuk menyiapkannya.