Anda di halaman 1dari 17

INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN

Thulasimani Munohsamy
Institut Teknologi Brunei
Journal IPA Bil.23, 2014

Sinopsis

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat

penting.Teknologi ini telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang

menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai

dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja (A.Razak Ahmad, 2011). Penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi ini telah mendatangkan banyak kebaikan dalam semua

bidang pentadbiran dalam sesebuah negara. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan daripada

penggunaan teknologi ini. Teknologi maklumat dan komunikasi telah diintegrasikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Artikel ini membincangkan

maksud teknologi maklumat dan komunikasi dengan lebih terperinci serta maksud integrasi

teknologi ini dalam bidang pendidikan. Selain itu keperluan untuk mengintegrasi teknologi

maklumat dalam pendidikan serta contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

dalam pendidikan di beberapa buah negara turut dibincangkan. Ini kemudian diikuti dengan

strategi mengintegrasi teknologi maklumat dalam pendidikan dan masalah mengintegrasi

teknologi ini serta cara penyelesaian turut dibincangkan dalam artikel ini. Secara keseluruhannya

dapat disimpulkan bahawa integrasi teknologi maklumat dalam pendidikan membawa banyak

faedah dalam membentuk seseorang pelajar yang cerdik serta berpengetahuan yang secara

langsung menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara.

1
Pendahuluan

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat

penting.Teknologi ini telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang

menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai

dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Kemajuan ICT ini telah

mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Sesuatu perkara yang

dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik

tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah

dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan

pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur (A.Razak Ahmad, 2011). Kewujudan

teknologi maklumat ini telah memudahkan segala urusan tidak kira dalam apa jua bidang sperti

bidang pentadbiran, pengurusan, penyiaran dan media, telekomunikasi, perhubungan dan segala

bidang yang ada. Bidang pendidikan turut tidak ketinggalan.

Kewujudan ICT telah membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekaligus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar

mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-

projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi

yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak

jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik

Informasi Teknologi tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai

cendekiawan (A.Razak Ahmad, 2011). Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan

2
pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus

daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran yang berpusatkan pelajar. Dalam hal

ini pelajar menjadi focus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses

penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme (Rusmini Ku Ahmad,

2012). Oleh itu dalam artikel ini integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang

pendidikan dibincangkan. Untuk mendalami topik ini, antara isu-isu yang akan dibincangkan

adalah maksud teknologi maklumat serta integrasi, keperluan penggunaan teknologi maklumat

dalam bidang pendidikan, strategi mengintegrasi teknologi maklumat dalam pendidikan serta

masalah yang dihadapi dalam mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dibincangkan.

Perbincangan in di mulakan dengan maksud integrasi di perenggan seterusnya.

Apa itu Teknologi Maklumat?

Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology)

merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat

luas. Ia boleh berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,

menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa

mengira tempat dan waktu (Haliza, Nenly & Aidah,2012).

Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi

ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram dan sistem satelit dalam

menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan

teknologi maklumat. Pertamanya, teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia

digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh dengan menggunakan

3
komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakkan. Keduanya, adalah untuk

memanipulasikan maklumat dan proses semula imej dan ketiganya ialah ia digunakkan untuk

berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk

berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima (Haliza, Nenly &

Aidah,2012).

Manakala dalam satu terbitan Universiti Teknologi Malaysia, teknologi maklumat

digambarkan sebagai istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi

dan rangkaian data. Tiga teknologi asas yang menyokongnya ialah perkakasan komputer,

perisian komputer dan komunikasi data. Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan

teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan penerimaan

dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna

secara elektronik (FSKSM,UTM, 2010). Dengan itu dapat di simpulkan bahawa teknologi

maklumat dan komunikasi dapat memproses apa jua data, menyimpan serta menyampaikan data

bersama bunyi,serta imej yang amat berguna untuk mendalami semua bidang kerja yang wujud

kini. Setelah menjelaskan maksud teknologi maklumat, dalam bahagian seterusnya

membincangkan maksud integrasi.

Apa itu Integrasi?

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi

pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi

mesti digabung jalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi

nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Integrasi

ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perpektif yang lebih luas iaitu

4
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan

proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu para

pelajar memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna dan memahami ICT. Adalah penting

bagi pelajar untuk menguasai kebolehan–kebolehan ini semasa proses pembelajaran dan

pengajaran dalam setiap bidang kurikulum. Peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

membawa kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namum

begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting

dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan pengajaran dan

pembelajaran dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa

proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan denagan isi kandungan (Rusmini

Ku Ahmad, 2012). Dengan itu integrasi adalah menggunakan teknologi maklumat dan

komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menghasilkan pelajar yang lebih

berpengetahuan dan juga dapat mewujudkan proses pembelajaran yang lebih menarik. Keperluan

untuk mengintegrasikan ICT dalam pendidikan dibincangkan dalam perenggan seterusnya.

Keperluan untuk Mengintegrasi Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa terdapat beberapa stail pembelajaran

dikalangan pelajar. Pembelajaran secara konkrit adalah lebih selesa berbanding dengan

pembelajaran secara abstrak (Abdul Rahim Saad, 2000). Pelajar-pelajar diberi peluang

menggunakan semua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku dengan menggunakan

ICT. Selain itu peranan ICT juga meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan

pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran

5
yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan bahan

visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman

pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu

luas kepada guru dan juga pelajar untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta

penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau

luar, guru dan murid dapat memanfaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi

kefahaman yang lebih kepada pelajar-pelajar dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam

eksperimen sains, guru hanya menunjukan sesuatu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal

pendidikan mereka boleh berulangkali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal

sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang

diperbaharui dari masa ke semasa (Zalina Yahaya,2001). Melalui penggunaan komunikasi

elektronik, net meeting, chatroom dan sebagainya, guru dan murid dapat bertukar-tukar idea

semasa sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah lain. Pertukaran maklumat dengan

sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan

komunikasi guru dan murid di samping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan dan negara

masing-masing (Rusmini Ku Ahmad, 2012). ICT secara langsung mengalakkan pelajar untuk

mengetahui lebih banyak informasi daripada apa yang terdapat di dalam buku teks. Dengan

gambar atau imej serta bunyi lebih menarik perhatian pelajar. Dengan itu mengintegrasi ICT

dalam pendidikan dapat menggalakkan pelajar untuk meneroka dan menambah pengetahuan

serta pemahaman mereka.

Rosenberg (2001), berpendapat integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

memberi peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada

pelajar-pelajar. Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah

6
sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar

dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan,

pengkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan

penguasan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk

memasuki alam pekerjaan (Rusmini Ku Ahmad, 2012). Dengan ini, pelajar dapat membuat

meneroka serta mengulas kerja yang diberikan oleh guru, serta menggunakan teknologi ini untuk

menyampaikan kerja yang telah diberikan oleh pelajar dengan lebih berani dan menyerlah.

Bagaimana kita dapat mengintegrasi teknologi maklumat dalam pendidikan ini dibincangkan di

perenggan seterunya.

Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Pendidkan

Penggunan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat

dan seterusnya prestasi pelajar. Kajian yang dilakukan oleh US National Foundation

dalam Thomas (2000) tehadap 1735 ibu bapa dan 601 pelajar di Amerika Syarikat

mendapati 53% ibu bapa dan 48% pelajar mengatakan penggunaan utama internet

ialah untuk menyiapkan kerja sekolah. Kajian menunjukkan 43% daripada

responden kajian menyatakan penggunaan internet dan multimedia meningkatkan

prestasi pencapaian mereka di sekolah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh MCI

(1998), di Amerika Syarikat yang berkaitan dengan penggunaan internet dalam

pendidikan, 91% guru berminat dengan penggunaan internet semasa mengajar.

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa lebih 48% guru sudah menggunakan

internet dalam pengajaran mereka. Kebanyakkan guru dan masyarakat di Amerika

percaya internet dapat meningkatkan taraf pendidikan kerana 90% berpendapat

7
internet dapat meningkatkan pencapaian pelajar, 97% pelajar berpendapat internet

dapat menyediakan pelajar kepada kejayaan di masa hadapan, 87% berpendapat

internet dapat mengurangkan kos yang perlu guru gunakan dalam aktiviti dalam

kelas (Scribd.Inc, 2012). Ini adalah satu bukti yang menunjukkan bagaimana

mengintegrasi teknologi maklumat dapat mewujudkan pelajar yang cemerlang.

Kajian yang dijalankan oleh Becker (1999), pula terhadap 2250 orang guru

sekolah di Amerika Syarikat mendapati majoriti (59%) guru mempunyai akses

internet di rumah dan 39% mempunyai akses internet di sekolah. Dalam penggunaan

internet dalam pengajaran dan pembelajaran didapati 68% guru menggunakan

internet atas daya usaha sendiri untuk mencari maklumat bagi tujuan pengajaran.

Sementara itu dalam penggunaan internet sebagai alat komunikasi, di dapati bahawa

hanya 16% guru berkomunikasi dengan menggunakan e-mel dengan guru dari

sekolah lain dan hanya 18% guru menghantar informasi, pendapat, cadangan dan

hasil kerja pelajar ke laman web. Penggunaan internet kian berkembang dengan

rancak di Malaysia juga. Pada tahun 2000 tedapat sebanyak 700 000 pengguna

internet dan pada masa itu hanya sebanyak 250 000 orang gurundi negara ini yang

memiliki komputer peribadi dan kira-kira 20% saja yang mempunyai akses internet.

Perangkaan ini jelas menunjukkan pemilikan komputer ada kaitannya dengan

penggunaan teknologi internet. Pertambahan penggunaan dalam teknologi internet

kian berkembang selaras dengan pembangunan ICT di Malaysia (Scribd.Inc, 2012).

Banyak negara yang telah memulakan penggunaan ICT dalam pendidikan yang telah

mewujudkan proses pembelajaran yang berkesan. Begi mengintegrasi teknologi

8
maklumat, pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk menjayakan pengintegrasian ini.

Antara strategi mengintergrasi teknologi maklumat dibincangkan seterusnya.

Strategi Mengintegrasi Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Para guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mengintegrasi teknologi

maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kini bilangan guru yang

mempunyai akses ke Internet sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap

teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran mereka. Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi maklumat dalam

pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.

Dengan integrasi teknologi ini, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumat

kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru kini berperanan sebagai fasilitator, pengurus,

kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secara

individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru

membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat

dan komunikasi (Rusmini Ku Ahmad, 2012). Ini sebenarnya membantu pelajar meluaskan

bidang pembelajaran mereka di samping menggalakkan mereka untuk menjalankan bidang

kajian serta meningkatkan minat pelajar. Ini secara tidak langsung melahirkan pelajar yang lebih

berpengethauan serta mempunyai kebolehan melahirkan pelajar ynag berdikari serta

menyelesaikan masalah dalam semua mata pelajaran. Pelajar yang sedemikianlah diharapkan

dalam alam pekerjaan yang mempunyai persaingan yang hebat.

Selain daripada guru memainkan peranan, kurikulum juga perlu diubahsuai untuk era

internet. Salah satu kesan yang ketara merupakan penawaran subjek komputer di peringkat

9
sekolah rendah, menengah dan juga institusi pengajian tinggi. Kursus ini sendiri merupakan satu

cara untuk membolehkan para pelajar mengetahui dan menggunakan teknologi komunikasi. Kini

terdapat bidang-bidang pengajian yang baru seperti komputer, teknologi maklumat, pengurusan

maklumat, multimedia dan sebagainya. Tidak kuraang juga kesannya memanfaatkan komputer

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembentukan kurikulum adalah berkait rapat dengan

tujuan sesuatu program pendidikan masa depan. Pertimbangan yang wajar harus diberi perhatian

adalah perubahan ketara masa kini ialah aliran hala tuju dunia sejagat ke era gelombang ketiga

iaitu berasaskan maklumat. Perubahan-perubahan dalam pelaksanaan struktur kurikulum latihan

di maktab-maktab perguruan turut mengubah kurikulum di dalam bidang teknologi pendidikan

khususnya dalam penggunaan media pengajaran (Rusmini Ku Ahmad, 2012). Denagn

pengubahsuaian kurikulum dapat menggalakan guru-guru untuk menggunakan teknologi ini serta

para pelajar perlu menyedari kepentingan ini kerana ia sejajar dengan era globalisasi yang kian

hangat diperkatakan.

Memandangkan kanduangan internet yang amat luas dan tiada kawalan, maka satu

kawalan pengawalseliaan yang berkesan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan para pelajar

terdedah kepada maklumat yang berunsur negatif dan tidak bermanfaat terhadap proses

pembelajaran mereka. Pihak sekolah harus atau menghalang segala laman-laman web yang tidak

berkenaan bagi unsur pembelajaran dan pengajaran. Ini adalah kerana, pelajar boleh dipengaruhi

oleh unsur-unsur negatif yang menjurus kepada banyak gejala sosial yang tidak patut diamalkan.

Oleh itu pengawalseliaan teknologi maklumat dan komunikasi yang dapat di akses oleh para

pelajar perlu di kawal di sekolah.

Seterusnya untuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan guru, Zoraini (2000),

telah mencadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi

10
dengan kemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk

memudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan untuk guru

(Rusmini Ku Ahmad, 2012). Para guru dapat menyediakan kerja atau membuat kajian mereka di

sekolah untuk penyediaan bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kemudahan

ini, mereka tidak perlu bergantung untuk membuat segala penyediaan dan kajian untuk

pengajaran di rumah.

Selain daripada itu, langkah yang penting yang perlu di ambil kira ialah penyediaan

kemudahan komputer di sekolah. Dengan adanya kemudahan komputer di sekolah, guru-guru

boleh menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk menjana idea serta meningkatkan

kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah dikumpul. Peranan guru dalam

memantau penggunaan aplikasi pemproses perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah

perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Di

samping itu guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan

disiplin pelajar semasa penggunaan email, chat room dan sebagainya dengan betul. Penialaian

boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan perbincangan apabila hasil dibentangkan di dalam

kelas (Rusmini Ku Ahmad, 2012). Dengan adanya kawalan serta komputer-komputer di sekolah

di sambungkan ke satu komputer utama, maka guru dapat memantau pergerakkan pelajar

menggunakan komputer tersebut supaya pelajar tidak terpesong dari tujuan asal mereka.

Selain iti untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran

sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan

akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidkan Negeri merupakan

sumber rujukkan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan

kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar antara

11
sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk menhingkatkan kemahiran ICT

guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti

setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-

guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Di samping mmbincangkan strategi mengintegrasikan teknologi maklumat dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, masalah mengintegrasikan teknologi maklumat turut dibincangkan

di perenggan seterusnya. Ini adalah kerana setiap aplikasi yang baru dalam apa jua bidang, akan

ada masalahnya dan mengatasi masalah ini adalah cabaran oleh semua pihak yang terlibat untuk

menghasilkan keputusan yang maksimum.

Masalah Mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Cara Penyelesaiannya

Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan mengintegrasi teknologi

maklumat dalam pedidikan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah utama

ialah kepakaran guru yang terhad. Seseorang guru yang mempunyai komputer mempunyai kaitan

dengan tahap penggunaan internet. Menurut Zoraini (2000), dalam proses mengimplementasikan

program berasaskan komputer di sekolah, seorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya masih

terhad. Masalah seterusnya ialah kekurangan khidmat sokongan. Membekalkan dan

menyelenggara komputer di sekolah memerlukan kos yang tinggi. Disebabkan kekurangan

kakitangan sokongan yang boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan komputer

menyebabkan banyak komputer yang mengalami kerosakkan dibiarkan begitu sahaja tanpa

dibaik pulih. Selain dari itu, kerja-kerja membaikpulih komputer ini dibebankan kepada guru

yang mempunyai kemahiran tentang komputer. Bagi mengatasi masalah ini setiap sekolah perlu

diwujudkan unit sokongan teknikal bagi komputer yang khusus bukan sahaja dalam pemasangan

12
komputer malah dalam kerja baik pulih dan penyelenggaraan komputer (Scribid.Inc, 2012).

Dengan adanya unit khas untuk mengendalikan urusan pemasangan dan kerosakkan komputer di

setiap sekolah secara langsung mengurangkan beban guru untuk mengendalikan semua kerja

dalam masa yang terhad. Dengan itu guru hanya perlu menumpukan perhatian dalam pengajaran

dan ini menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan guru yang lebih bermotivasi.

Masalah seterusnya ialah masalah isi kandungan dalam internet. Maklumat yang banyak

di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada

pelajar. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, keganasan, hasutan,

khabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya.

Selain itu, keistimewaan internet ialah tiada seorang pun yang memiliki dan mengawalnya.

Semua orang mempunyai hak untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang maklumat di

internet. Ini menyebabkan terdapat banyak maklumat yang tidak tepat di internet. Maklumat ini

boleh mendatangkan bahaya sekiranya para remaja terutamnya golongan pelajar tidak dapat

membezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat

pengajaran dan pembelajaran melalui internet (Nancy, 1997). Oleh yang demikian, guru perlu

berupaya untuk menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media dan pelbagai sumber

serta membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing pelajar mendapat maklumat yang

tepat dan betul (Scribid.Inc, 2012). Guru dapat memberitahu kepada pelajar laman web yang

berpatutan yang boleh dilayari serta menyekat penggunaan kepada laman –laman yang

mengandungi unsur negatif supaya pelajar tidak dipengaruhi oleh unsur yang tidak patut. Oleh

itu guru perlu menyatakan garis panduan kepada pelajar dari awal lagi tentang penggunaan

internet yang betul.

13
Masalah seterusnya ialah masalah hakcipta. Teknologi komputer telah menjadi kerja-

kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang iaitu dengan hanya menggunakan arahan

‘save’ pada pemapar web. Biasanya maklumat yang terdapat di internet diperolehi secara

percuma. Dari sudut undang-undang, adalah menjadi kesalahan apabila sesorang menyiarkan

semula sesuatu maklumat di web tanpa kebenaran bertulis daripada penulis asalnya. Namun

demikian, terdapat ramai orang yang menyalin dan mempergunakan maklumat dan gambar

grafik dari internet tanpa menghiraukan masalah hakcipta (Warren, 1998). Masalah ini dapat

diatasi dengan guru memainkan peranan dari awal mengajar pelajar tentang plagiarism di mana

meraka tidak boleh mengambil sebarang maklumat tanpa membuat rujukan yang betul. Oleh itu,

penulisan rujukan serta rujukan dalam teks patut diajar dari awal lagi supaya pelajar tidak terlibat

dengan masalah hakcipta.

Disamping itu, kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996), mendapati masalah utama

penggunaan internet dalam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses internet supaya

proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian juga menunjukkan guru

memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas. Untuk mencapai tahap yang optima,

beberapa komputer diperlukan di dalam bilik darjah. Namum demikian, kemudahan ini sukar

diperolehi kerana kebanyakan sekolah hanya menawarkan akses internet untuk satu komputer

atau komputer yang terletak di perpustakaan atau makmal komputer sahaja. Penyusunan

demikian akan menyebabkan tahap penggunaan internet masih rendah dalam pengajaran dan

pembelajaran. Penggunaan internet menjadi sukar kerana tidak terdapat komputer dalam kelas.

Ini juga adalah disebabkan kekurangan peruntukan kewangan untuk membeli komputer dan

membuat penyelengaraan komputer. Seterusnya penggunaan internet walaupun ada kebaikan

terdapat kekurangan dimana pelajar yang selalunya mengakses internet lebih tertarik untuk

14
duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada keluarga dan

masyarakat. Senario ini menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila

berhadapan dengan orang ramai sedangkan untuk menjadi seorang pelajar yang berdaya saing,

mereka berkeupayaan untuk memberi idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan

kerjaya dan pembangunan kerjaya mereka kelak (Scibid.Inc, 2012). Kedua masalah ini dapat di

atasi. Masalah pertama dapat diatasi dengan adanya pihak swasta atau pihak luar membantu

sekolah-sekolah menyediakan kemudahan menambahkan komputer di bilik darjah. Sekolah-

sekolah juga boleh mengajurkan pelbagai kegiatan untuk menambahkan tabung sekolah untuk

memperolehi lebih banyak komputer. Seterusnya sikap pasif pelajar boleh diatasi dengan adanya

kerjasama daripada ibu bapa di mana, mereka perlu menghadkan penggunaan komputer di rumah

supaya pelajar tidak hanya duduk di depan komputer selama-lamanya. Guru-guru juga boleh

menyediakan latihan supaya pelajar dapat menggunakan pelbagai cara pembentangan di samping

hanya menggunakan teknologi maklumat. Ini adalah guru memainkan peranan penting untuk

melahirkan pelajar yang serba boleh.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya dapat dikatakan bahawa, teknologi maklumat dan komunikasi adalah

amat penting untuk dipelajari oleh setiap orang dalam era teknologi ini. Bidang pendidikan juga

tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan

pembelajarannya supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkemampuan. Dengan itu,

teknologi maklumat dan komunikasi telah diintegrasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Terdapat banyak kelebihan yang dicapai dengan berbuat sedemikian. Walau

bagaimanapun, setiap apa yang dilakukan pasti ada cabaran-cabarannya yang perlu dilalui.

15
Begitu juga dengan mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.

Terdapat beberapa masalah yang perlu dilalui sebelum serta semasa mengimplementasikan cara

pengajaran ini. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah yang

timbul dalam proses mengintegrasi teknologi maklumat dalam pendidikan. Setaiap masalah yang

dihadapi ada cara penyelesaiannya. Justeru itu di sini boleh disimpulkan bahawa, dengan

mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan dapat melahirkan generasi

yang celik teknologi maklumat, lebih berpengetahuan serta insan yang berkaliber dan bersedia

untuk alam pekerjaan. Ini secara tidak langsung juga dapat menyumbang kepada kemajuan serta

produktiviti sesebuah negara.

16
Bibliografi

Abdul Rahim Mohd Saad .(2001). Teknologi maklumat dan komunikasi:


Keperluanpertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja
dibentang diS e m i n a r D i n a m i k a P e r u b a h a n P e n g u r u s a n M e n u j u
E r a K p a d a 2 0 & 2 1 September 2001.

A.Razak Ahmad.(2011). Kepentingan Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi .


(Daripada) http://www.flashkitech.com/?p=501 10 April 2012

Haliza bt Sainan, Nenly Marudi &Aidah bt Sulaimah. (2012). Teknologi Maklumat ICT.
(Daripada) http://www.kumpulan/kawan.blogspot.com/p/test.html 12 April 2012

Rosenberg.J.M. (2001). E-Learning: Strategies for Delevering Knowledge in the Digital Age.
USA: McGraw-Hill

Rusmini Ku Ahmad. (2012). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. (Daripada)
http://www.iab.academia.edu/RusminiKuAhmad/Papers/524734/Integrasi_Teknologi_M
aklumat_dan_Komunikasi_Dalam_Pengajaran_dan Pembelajaran 10 April 2012

Scrbid.Inc. (2012). Teknologi Internet dalam Pendidikan: Ciri-ciri, Penggunaan, Aplikasi dan
Multimedia Interaktif. (Daripada) http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-
DALAM-PENDIDIKAN 12 April 2012

Sunal, Cyntia, S. Smith. (1998). Using Internet To Create Meaningful Instruction, Social
Studies,Jan/Feb 98 Vol. 89 Issue 1

Zalina Yahaya.(15 Julai 2002). IT dan Komputer: Nadi Sekolah Bestari. Utusan Malaysia

Zoraini Wati Abad. (2000). Computer Use In School Still Lacking. Computimes: New Starits
Times. 13 Julai 2000

17

Anda mungkin juga menyukai