Anda di halaman 1dari 6

21. Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan di sebuah kilang.

 Penyediaan jadual pemeriksaan ke atas mesin


 Kerja-kerja pembaikan mesin yang rosak

Apakah yang berkaitan dengan aktiviti di atas?


A Paten
B Hak cipta terpelihara
C Perlindungan insurans dan keselamatan
D Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang

22. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sumber teknologi.

Perisian Komputer

Bagaimanakah sumber teknologi tersebut membantu seorang pengurus pengeluaran


kilang kereta?
A Mempercepatkan urusan pembayaran gaji pekerja
B Memudahkan urusan latihan dan pembangunan kakitangan
C Membuat keputusan membeli input dengan tepat pada masa
D Mempercepatkan proses melayan pelanggan di bilik pameran.

23. Bagaimanakah perniagaan melidungi sumber teknologi?


A Memohon kelulusan daripada SIRIM
B Memohon lesen daripda Suruhanjaya Syarikat Malaysia
C Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan pihak MyIPO
D Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan syarikat insurans

24. Gambar di bawah menunjukkan dua model kereta yang hampir sama dari segi reka
bentuk bagi dua syarikat pengeluar kereta.

Berdasarkan gambar tersebut nyatakan sumber teknologi yang terlibat bagi syarikat
PERODUA dan Daihatsu.
A Harta intelek
B Bangunan dan kemudahan
C Kemahiran dan pengalaman
D Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
25. Pernyataan manakah menerangkan tentang sumber pembiayaan?
A Terdiri daripada wang tunai sahaja
B Alat yang digunakan untuk memulakan perniagaan
C Dana yang diperlukan untuk memulakan perniagaan
D Instrumen yang diperlukan untuk menghasilkan barang

26. Pada minggu lepas, Encik Nagen memulakan perniagaan bengkel kereta dan motor.
Beliau menggunakan wang simpanan di bank.
Apakah sumber pembiayaan yang digunakan oleh En. Nagen?
A Overdraf
B Dalaman
C Akaun Simpanan
D Bank dan institusi kewangan

27. Antara berikut, manakah kekurangan mendapatkan sumber pembiayaan daripada agensi
kerajaan?
I Persaingan sengit
II Jumlah pinjaman yang terhad
III Memerlukan cagaran dalam bentuk harta
IV Sukar menambah modal dalam masa yang singkat
A I dan II B I dan III
C II dan III D III dan IV

28. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan.

I Membuat permohonan
II Pembiayaan diluluskan
III Menyediakan rancangan perniagaan
IV Mendapatkan khidmat nasihat kewangan

Manakah langkah yang betul untuk mendapatkan sumber pembiayaan?


A I, II, III dan IV
B II, I, IV dan III
C III, IV, I dan II
D I, III, II dan IV
29. Maklumat yang berikut berkaitan dengan Cik Jihan.

Cik Jihan merupakan seorang tukang jahit yang mengambil upah menjahit pakaian
di sekitar Kawasan rumahnya. Pelanggannya sangat berpuas hati dengan hasil
jahitan Cik Jihan. Setelah beberapa tahun, Cik JIhan mengambil keputusan untuk
memulakan sebuah butik menggunakan modal simpanannya dan sumber
pembiayaan daripada agensi kerajaan.

Mengapakah Cik Jihan mengambil keputusan untuk membuat permohonan kepada agensi
kerajaan dan bukan dengan bank dan institusi kewangan?
I Kos pinjaman lebih murah
II Jumlah pinjaman tidak terhad
III Beliau tidak mempunyai cagaran bernilai
IV Pinjaman tidak tertakluk kepada terma dan syarat
A I dan II B I dan III
C II dan IV D III dan IV

30. Apakah yang dimaksudkan dengan Penyata Kewangan?


A Rekod yang menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan bagi tempoh tertentu
B Rekod tidak formal menunjukkan kegiatan kewangan perniagaan
C Rekod urusniaga dalam buku catatan pertama
D Rekod aliran tunai sesebuah perniagaan

31. Pihak berkepentingan manakah yang memerlukan penyata kewangan untuk membuat
keputusan memberikan kemudahan kredit dagangan kepada pelanggan?
A Pemilik
B Pelabur
C Pembekal
D Pembiaya

32. Apakah kegunaan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi kepada seorang usahawan?
I Untuk mengetahui aset perniagaan
II Untuk mengetahui hutang perniagaan kepada pihak luar
III Untuk meramal prestasi perniagaan pada masa hadapan
IV Untuk merancang strategi mengawal jumlah perbelanjaan operasi
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

33. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri usahawan.

Seorang yang dapat mereka cipta keluaran baharu.


Apakah ciri tersebut?
A Kreatif
B Inovatif
C Berpandangan jauh
D Berani mengambil risiko
34. Mengapakah pemilihan lokasi perniagaan yang sesuai penting untuk kejayaan usahawan?
A Memudahkan aktiviti promosi
B Dapat meminimumkan kos jualan
C Memudahkan usahawan mendapat pembiayaan
D Dapat memaksimumkan jualan dan keuntungan

35. Bagaimanakah kerjaya dalam bidang perniagaan memberi faedah kepada matlamat
peribadi seseorang usahawan?
A Memberi kebebasan mengurus kehidupan harian diri dan keluarga
B Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat
C Dapat menghasilkan pelbagai produk yang memenuhi keperluan pengguna
D Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial perniagaan

36. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan.


 Bilangan pemegang syer sehingga 50 orang
 Menggunakan perkataan “Sendirian” sebagai sebahagian nama kedainya.

Apakah akta yang berkaitan dengan penubuhan perniagaan tersebut?


A Akta Koperasi 1993
B Akta Syarikat 2016
C Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
D Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2016

37. Apakah faedah yang diperoleh oleh seorang peniaga yang mendaftarkan perniagaan di
Suruhanjaya Syarikat Malaysia?
A Memperoleh untung lumaya
B Dikenakan cukai perniagaan rendah
C Melayakkan mendapat kemudahan menjalankan perniagaan
D Dikecualikan membayar lesen perniagaan untuk tempoh tiga tahun pertama

38. Encik Abdul ingin menubuhkan satu perniagaan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut.

 Menjual syer kepada rakan dan kenalan


 Bilangan maksimum ahli yang dibenarkan oleh undang-undang ialah 50 orang

Langkah manakah yang betul tentang prosedur penubuhan perniagaan berkenaan?


A Mendapatkan kelulusan nama perniagaan Mengisi borang A Menghantar
borang bersama dokumen ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
B Permohonan carian nama syarikat Permohonan Pemerbadanan Syarikat
Notis Pemerbadanan dikeluarkan oleh Suruhanja Syarikat Malaysia (SSM)
C Permohonan kelulusan nama perniagaan Mengisi borang A Notis
Pemerbadanan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
D Permohonan carian nama syarikat Melantik setiausaha syarikat Permohonan
Pemerbadanan Syarikat
39. Antara berikut manakah tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh usahawan selepas
mendaftar perniagaan?
I Mempamer sijil perakaunan
II Mempamerkan papan tanda perniagaan
III Mendaftarkan perubahan perniagaan dalam masa 20 hari
IV Memperbaharui sijil perakaunan perniagaan dalam tempoh 15 tahun
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

40. Pernyataan manakah yang benar mengenai pemasaran?


A Aktiviti pertukaran hak milik sesuatu produk
B Aktiviti untuk menyalurkan produk dan perkhidmatan
C Aktiviti untuk merancang dan mengawal aspek perbelanjaan dalam perniagaan
D Aktiviti mengeluarkan barang untuk memenuhi kehendak pengguna

- KERTAS SOALAN TAMAT –


SKEMA JAWAPAN

21 D 31 D
22 B 32 D
23 C 33 A
24 C 34 D
25 C 35 A
26 B 36 B
27 A 37 C
28 C 38 B
29 B 39 A
30 A 40 B

Anda mungkin juga menyukai