Anda di halaman 1dari 5

SK.

BUKIT BERUNTUNG
JALAN MELATI, 48300 RAWANG. SELANGOR.

KERTAS KERJA
PROGRAM MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA MURID
(AMALAN GURU PENYAYANG)

TARIKH : JANUARI - NOVEMBER

TEMPAT : SK BUKIT BERUNTUNG

SASARAN : SEMUA MURID SESI PAGI DAN


PETANG

1
KERTAS KERJA
PROGRAM MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA MURID

1.0 Pengenalan
Tugas pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi
merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang
sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras
kepada usaha pendidikan. Dalam zaman yang serba moden dan mencabar,
kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya
segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil
tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik.
Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan
kesabaran yang tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Guru yang penyayang
dan penyabar akan berjaya dalam kerjayanya.

2.0 Rasional
i) Permasalahan murid- murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai
bagi membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan
pendekatan yang terkini dan disukai oleh murid tersebut.
ii) Generasi muda hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik,
di mana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka.
iii) Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid.

3.0 Objektif
i) Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
ii) Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras
dengan keperluan semasa.
iii) Membentuk perwatakan serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh
warga sekolah.

2
4.0 Motto
“ Kaulah Permata Hatiku Sayang”

5.0 Tempoh Pelaksanaan


Sepanjang tahun 2016.

6.0 Tempat
SK. Bukit Beruntung.

7.0 Sasaran
Semua murid sesi pagi dan petang SK. Bukit Beruntung.

8.0 Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn. Nor Azian Bt Abd Manan (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Pn. Norliza Bt Baharun (GPK HEM)
Naib Pengerusi : Pn. Umi Kalsom Bt Daud (GPK Kurikulum)
Pn. Hasanah Bt Ali (GPK Kokurikulum)
Pn. Sarina Bt Ramli (GPK Petang)
Penyelaras : Pn. Wan Ratnaizah Bt Wan Hussin
Setiausaha : Pn. Nor Laila Suriani Bt Mat Ail
AJK :
Dokumentasi : Pn. Zuraini bt Md Nayan
Sambutan :
Sesi Pagi
i) Bulan Januari (Pn. Wan Ratnaizah/UBK)
ii) Bulan Februari (Pn. Wan Ratnaizah/UBK)
iii) Bulan Mac ( Pn. Laila/ UBK)
iv) Bulan April (Pn. Wan Ratnaizah/UBK)
v) Bulan Mei ( Pn. Laila/ UBK)
3
vi) Bulan Jun (Pn. Wan Ratnaizah/UBK)
vii) Bulan Julai (Pn. Laila)
viii) Bulan Ogos (Pn. Wan Ratnaizah/UBK)
viiii) Bulan September ( Pn. Laila/ UBK)
x) Bulan Oktober (Pn. Wan Ratnaizah/UBK)
xi) Bulan November (Pn. Laila)

Sesi Petang
i) Bulan Januari (Pn. Zuraini )
ii) Bulan Februari (Pn. Zuraini)
iii) Bulan Mac ( Pn. Zuraini)
iv) Bulan April (Pn. Zuraini
v) Bulan Mei (Pn. Zuraini
vi) Bulan Jun (Pn. Zuraini
vii) Bulan Julai (Pn. Zuraini)
viii) Bulan Ogos (Pn. Zuraini
viiii) Bulan September (Pn. Zuraini
x) Bulan Oktober (Pn. Zuraini
xi) Bulan November (Pn. Zuraini)

9.0 Aktiviti Program


i) Ucapan Hari Lahir di Tapak Perhimpunan (Guru Bertugas/UBK)
ii) Sambutan Hari Lahir (Guru Kelas)
iii) Sambutan Hari Raya Perdana (Semua guru/ murid)
iv) Sambutan Hari Kanak-kanak (Semua guru/murid)

4
10.0 Kaedah pelaksanaan
i) Meraikan murid yang lahir pada bulan yang diraikan sepanjang tahun dengan
mengumumkan ucapan Selamat Hari Lahir semasa perhimpunan.
ii) Guru menyanyikan bersama murid menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir
kepada murid yang lahir pada bulan yang diraikan sepanjang tahun.

iii) Mempamerkan tarikh lahir murid di kelas.

11.0 Penutup
Diharapkan program ini dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan
sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana yang lebih harmoni
antara guru dengan murid, serta dapat mengurangkan salah laku disiplin murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.............................................. ...............................................
(ZURAINI BT MD NAYAN) (NORLIZA BT BAHARUN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan HEM,
Unit Bimbingan & Kaunseling. SK. Bukit Beruntung.
SK. Bukit Beruntung

Disahkan oleh,

..............................................
(NOR AZIAN BT ABD. MANAN)
Guru Besar,
SK. Bukit Beruntung.

Anda mungkin juga menyukai