Anda di halaman 1dari 31

PANDUAN PENULISAN ILMIAH

JABATAN SEJARAH
FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN

Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang


disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti Malaya
namun disesuaikan mengikut keperluan penulisan Jabatan Sejarah.
Pelajar Ijazah Dasar Jabatan Sejarah yang sedang menyediakan Projek
Ilmiah juga mesti mematuhi garis panduan ini sebagai latihan penulisan
ilmiah yang baik dan memastikan pelajar menulis mengikut prosedur
penulisan ilmiah yang betul.

Hakikatnya wujud pelbagai format dalam menyediakan sebuah


penulisan ilmiah. Namun, untuk tujuan keseragaman bagi penulisan-
penulisan Ilmiah dari Jabatan Sejarah dan juga mengelakkan kekeliruan
dalam kalangan para pelajar dan pensyarah, panduan ini boleh
digunapakai untuk menyediakan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah masing-
masing.

1
PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

Setelah pelajar jelas dengan tajuk yang dipilih, setiap pelajar perlu
menyediakan ‘Kertas Cadangan Penyelidikan’ (Proposal). Apabila
semua draf bab penulisan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah selesai kelak,
Kertas Cadangan Penyelidikan ini (atau sebahagian di dalam) perlu
dimurnikan berdasarkan kajian yang telah dijalankan dan menjadi bab
satu ‘Pendahuluan’ bagi Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah masing-masing.
Bagi tujuan keseragaman seluruh penulisan Tesis/Disertasi/Projek
Ilmiah Jabatan Sejarah, penyediaan proposal perlu mengikut format di
bawah:

1. Bidang Kajian (bagi Tesis dan Disertasi sahaja)

2. Tajuk Kajian
Pernyataan yang menggambarkan kajian.

3. Latar Belakang Kajian


Memberi gambaran secara umum tentang tajuk kajian yang dipilih.

4. Persoalan Kajian
Persoalan kajian perlu dimulakan dengan isu utama yang berbangkit
atau permasalahan yang hendak diselesaikan dan diikuti dengan satu
atau beberapa persoalan yang berkaitan dengan kajian.

5. Objektif Kajian
Objektif kajian ialah perkara-perkara yang hendak dicapai dalam
kajian bagi membolehkan Persoalan Kajian dijawab.

6. Skop Kajian
Skop kajian merupakan lingkungan kajian. Lingkungan ini
melibatkan tempoh masa, tema dan lokasi yang dipilih. Justifikasi
terhadap skop kajian ini perlu diajukan dengan jelas.

7. Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ialah kedudukan kajian yang dilakukan dalam
bidang dan penulisan sejarah sedia ada.

2
8. Ulasan Literatur
Ulasan literatur merupakan ulasan terhadap kajian-kajian lepas yang
relevan dengan tajuk yang dipilih. Misalnya buku, bab buku, artikel
jurnal dan tesis. Laporan/kertas kerja/ prosiding persidangan atau
sumber primer tidak boleh digunakan untuk membuat ulasan
literatur. Untuk peringkat pascasiswazah, latihan ilmiah tidak perlu
dibuat ulasan literatur tetapi hanya disenaraikan sahaja (kecuali
tiada langsung sumber lain berkaitan kajian untuk dijadikan ulasan
literatur )

9. Kaedah Penyelidikan dan Sumber


Kaedah penyelidikan adalah pendekatan yang digunakan dalam
penyelidikan sejarah sama ada kaedah kualitatif atau kuantitatif atau
kedua-duanya. Sumber terdiri daripada dua kategori iaitu sumber
primer dan sumber sekunder. Pelajar perlu menjelaskan kaedah dan
sumber-sumber yang digunakan dalam kajiannya.

10. Pembahagian Bab


Pembahagian bab ialah struktur kajian yang dipersembahkan dalam
Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah.

11. Bibliografi
Keseluruhan senarai sumber yang dirujuk.

12. Cadangan jadual kerja (bagi Tesis dan Disertasi sahaja)


Cadangan jadual kerja perlu dilampir bersama bagi menunjukkan
gerak kerja yang akan dilaksanakan sepanjang pengajian.

3
PANDUAN PENYEDIAAN TESIS/DISERTASI/PROJEK ILMIAH

Semua pelajar diharap mematuhi panduan ini bagi tujuan keseragaman


Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah yang dihasilkan di Jabatan Sejarah,
Universiti Malaya. Pelajar dinasihatkan berbincang dengan penyelia
masing-masing mengenai panduan penyediaan tesis/disertasi/latihan
ilmiah.

Penulisan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah

1. Tajuk

- Bagi Tesis dan Disertasi, tajuk hendaklah seperti yang


diluluskan oleh Fakulti atau Senat.
- Bagi Projek Ilmiah, tajuk hendaklah seperti yang telah
dipersetujui dengan penyelia masing-masing.

2. Jumlah perkataan bagi penulisan ilmiah,

Tesis (PhD) – Tidak melebihi 100,000 patah perkataan.


(min=60,000)
Disertasi (MA) – Tidak melebihi 60,000 patah
perkataan.(min=40,000)
Disertasi (Mod campuran - MA) – Tidak melebihi 40,000 patah
perkataan. (min 30,000)
Projek Ilmiah (BA) – Di antara 15 ribu hingga 20 ribu patah
perkataan. (min. 10,000)

*Jumlah patah perkataan ini tidak termasuk nota kaki,


bibliografi, jadual, rajah dan lampiran.

3. Abstrak

- Bagi Tesis/Disertasi, pelajar perlu menyediakan abstrak


dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, tidak melebihi
500 patah perkataan setiap satu. Abstrak hendaklah ditulis
secara langkau sebaris (single spacing) dalam satu (1)
perenggan tanpa keywords dan tajuk tesis.

4
- Bagi Projek Ilmiah, pelajar perlu menyediakan abstrak
dalam Bahasa Malaysia sahaja tidak melebihi 500 patah
perkataan. Abstrak hendaklah ditulis secara langkau sebaris
(single spacing) dalam satu (1) perenggan tanpa keywords dan
tajuk tesis.

-Abstrak mengandungi perkara utama kajian, persoalan /isu


yang ingin diketengahkan, objektif kajian, metodologi,
dapatan kajian dan sumbangan kajian

4. Format penulisan

- Menggunakan kertas bersaiz A4 yang berkualiti (80 gram).


- Teks ditaip dalam langkau 2 (double spacing) dan langkau 1
(single spacing) bagi nota kaki, jadual dan rajah.
- Jenis huruf (font) tulisan; Times New Roman, bersaiz 12,
manakala font bersaiz 10 bagi nota kaki.
- Tajuk besar dan tajuk kecil boleh dibezakan dengan
penggunaan saiz font tertentu, penggunaan cetak tebal (bold),
juga penggunaan huruf besar (uppercase) dan kecil
(lowercase).
- Jangan gunakan nombor untuk mengasingkan sub-tajuk.
(contoh: 1.0, 1.1, 1.1.1 dan lain-lain).
- Setiap perenggan baru tidak perlu langkauan.

5. Format memasukkan petikan langsung.


(Lihat contoh memasukkan petikan di dalam Lampiran 2)

- Petikan langsung yang kurang daripada 3 baris (sekitar


kurang daripada 30 patah perkataan) tidak perlu dipisahkan
dari teks namun perlu diletakkan tanda pembuka dan penutup
kata. Contoh “...........................................”

- Bagi Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah yang ditulis dalam Bahasa


Malaysia, jika petikan yang kurang daripada 3 baris itu
berbahasa Inggeris, petikan tersebut perlu diitalickan tetapi
tidak perlu diitalickan untuk yang berbahasa Malaysia.
Demikian juga sebaliknya. Petikan mestilah mempunyai
rujukan di nota kaki.

5
- Petikan langsung lebih daripada 3 baris (sekitar lebih
daripada 30 patah perkataan) hendaklah ditaip secara indent.
• Font yang digunakan sama saiz dengan teks iaitu 12.
• Ditaip ke dalam sedikit (1 tab dari teks) di sebelah kiri
dan kanan.
• Ditaip langkau 1 (single spacing).
• Tidak perlu italic. (Bagi bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris)
• Tidak perlu tanda pembuka dan penutup kata.
• Bagi petikan langsung yang diambil dari pertengahan
ayat, perlu diletakkan tanda ... (3 titik)
• Petikan mestilah mempunyai rujukan di nota kaki.
- Sekiranya calon mengambil data, maklumat atau fakta dari
mana-mana sumber tetapi dimuatkan ke dalam penulisan
dalam bentuk ayat sendiri atau diolah sendiri, sumber tersebut
tetap perlu dinyatakan di nota kaki.

6. Format birai (margin)


(Lihat panduan birai (margin) di dalam Lampiran 3)

- Atas: 2.0 cm
- Bawah: 2.0 cm
- Kanan: 2.0 cm
- Kiri: 4.0 cm

Pastikan, Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar juga termasuk dalam


birai ini.

7. Penomboran halaman

- Font bersaiz 10.


- Letakkan nombor halaman di kedudukan 1 cm bahagian
kanan bawah halaman.
- Halaman pertama (1) bermula di Bab 1:Pendahuluan.
- Pernomboran sebelum halaman 1, menggunakan nombor
roman (contoh: i, ii, iii) – iaitu di bahagian awal seperti
Abstrak, Penghargaan, Senarai Kandungan, Senarai Jadual,
Senarai Kependekan dan lain-lain yang seumpama
dengannya.

6
- Halaman Tajuk (Title Page) pada muka hadapan
Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah dianggap telah bermula halaman
‘i’ tetapi tidak dicetak nombornya pada helaian tersebut.
Halaman berikutnya terus dicetak dengan nombor ‘ii’.

8. Tanda-tanda bacaan dalam penulisan.

- Menjarakkan perkataan berikutnya 1 bar (1 space bar) selepas


tanda-tanda baca berikut;
. , : ; ) ’ ” ?
Contoh: Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 2.

- Merapatkan perkataan berikutnya selepas tanda-tanda berikut;


/ ( ‘ “
Contoh: Masyarakat asing/luar (bukan warganegara) di
Malaysia.

- Bagi tanda-tanda bacaan ; : , / dirapatkan dengan


perkataan sebelumnya.

Persembahan

1. Format meletakkan Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar

- Setiap Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar dan yang lain (jika


ada) seumpama dengannya perlu dinomborkan secara
berasingan mengikut turutan bab.
(Contoh Bab 1; Bermula dengan Jadual 1.1, diikuti Jadual 1.2,
Jadual 1.3 dan seterusnya. Bab 2; Jadual 2.1, diikuti jadual
2.2, Jadual 2.3 dan seterusnya)
- Setiap Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar dan yang lain
seumpama dengannya mesti mempunyai tajuk selepas
pernomboran di bahagian atas dan catatan sumber di bahagian
bawah.
- Sekiranya Jadual atau Rajah memerlukan lebih daripada satu
halaman, di halaman kedua dan berikutnya perlu ditulis
sambungan. (Contoh; Sambungan Jadual 2.1)

7
(Lihat contoh penomboran, peletakan tajuk dan sumber bagi
Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar dan yang lain seumpama
dengannya di Lampiran 4)

2. Susun atur halaman bagi perkara-perkara yang terkandung di


dalam penulisan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah.
Untuk tujuan keseragaman, perkara-perkara berikut perlu disusun
mengikut turutan di bawah,

- Halaman tajuk
- Borang Perakuan dan pengesahan penyelia (Projek Ilmiah)
ATAU Borang Perakuan Pengesahan Keaslian
(Tesis/Disertasi)
- Abstrak
- Abstract (Tesis dan Disertasi sahaja)
- Penghargaan
- Isi Kandungan
- Senarai Jadual, Senarai Gambar, Senarai Peta, Senarai Rajah,
Senarai Lampiran (jika ada)
- Senarai Kependekan
- Bab 1: Pendahuluan (mengandungi, Pengenalan, Persoalan
Kajian, Objektif Kajian, Skop Kajian, Kepentingan Kajian,
Ulasan Literatur, Kaedah Penyelidikan dan Pembahagian Bab.
- Bab 2 dan Bab-bab Seterusnya Kesimpulan (ditulis sebagai
Bab. Contoh Bab 7: Kesimpulan)
- Bibliografi
- Lampiran

Nota:
-Pelajar tidak dibenarkan meletakkan halaman pembahagian
bab (page breaker) bagi memisahkan setiap bab.
- Tiada numbering bagi semua sub bab. Contoh 1.1: Latar
belakang….
- Size font pada setiap tajuk bab atau sub-bab ialah 12.

3. Format meletakkan Lampiran.

- Lampiran perlu dinomborkan secara berturutan.

8
- Setiap Lampiran mesti mempunyai tajuk selepas pernomboran
di bahagian atas dan catatan sumber di bahagian bawah.
- Lampiran diletakkan selepas Bibliografi.
(Lihat contoh peletakan lampiran di Lampiran 5)

Nota Kaki dan Bibliografi

1. Penulisan nota kaki dan bibliografi.

- Rujukan dan sebarang maklumat tambahan, hendaklah ditulis


dalam bentuk nota kaki sahaja. Nota hujung tidak dibenarkan.
- Nombor penunjuk nota kaki hendaklah bermula dengan 1 di
setiap bab. Oleh itu, maklumat setiap sumber (walaupun
diulang guna) perlu ditaip sepenuhnya bermula di setiap bab.
- Menggunakan singkatan hlm. untuk halaman.
- Format menulis nota kaki dan bibliografi boleh dirujuk di
Lampiran 1.

2. Susunan dan Kandungan Bibiliografi


Untuk tujuan keseragaman, Bibilografi perlu disusun mengikut
turutan berikut.

i. Sumber Primer
- Tidak diterbitkan
- Diterbitkan

ii. Sumber Sekunder


- Buku
- Makalah/Bab dalam buku
- Akhbar
- Kertas Persidangan
- Tesis/Latihan Ilmiah/Disertasi/Projek Ilmiah

iii. Wawancara – Biodata ringkas responden, tarikh dan lokasi


wawancara dilakukan perlu dimuatkan.

iv. Laman Sesawang (memasukkan alamatnya dan tarikh


dilayari)

9
Nota: Bibliografi disusun mengikut abjad pada bahagian masing-
masing dan tidak diberi pernomboran. Ditaip dalam langkau 1
(single spacing)

Penjilidan dan Penyerahan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah

1. Format penulisan bagi kulit Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah dan


halaman hadapan.
(Lihat Lampiran 6)

2. Format penjilidan

- Projek Ilmiah mesti dijilid dengan kulit keras (hard cover)


berwarna hijau tua.
- Tesis/Disertasi pula dijilid dengan kulit lembut (soft cover)
(bagi tujuan semakan) berwarna merah “rexine”.
- Huruf pada kulit berwarna emas.

3. Penyerahan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah untuk pemeriksaan.

- Pelajar perlu mendapat pengesahan (tandatangan) daripada


penyelia masing-masing terlebih dahulu sebelum mengajukan
Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah mereka.
• Untuk Projek Ilmiah, Borang Perakuan dan Pengesahan
Penyelia disediakan di jabatan dan perlu ditandatangani
oleh calon dan penyelia dan diletakkan sebelum Abstrak.
• Untuk Tesis/Disertasi Borang Perakuan Keaslian
Penulisan boleh dimuat turun dari laman web
http://ips.um.edu.my dan perlu ditandatangani oleh calon
dan saksinya serta diletakkan sebelum Abstrak. Calon
perlu menggunakan perakuan keaslian penulisan sama ada
dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
- Pelajar perlu menghantar;
• 2 salinan Projek Ilmiah ke Jabatan pada tarikh yang
ditetapkan.
• 5 salinan Tesis/Disertasi ke Pejabat Dekan.

10
• 1 salinan elektronik (softcopy) Tesis/Disertasi yang
disimpan di dalam CD berformat PDF.
- Projek Ilmiah tidak akan diterima sekiranya dihantar lewat
dari tarikh yang ditetapkan dan pelajar dianggap gagal.

4. Penyerahan salinan akhir setelah disemak dan dilakukan


pembaikan sebagaimana yang diminta jika ada. (Tesis dan
Disertasi sahaja)
- 2 salinan Tesis/Disertasi yang dijilid dengan kulit tebal/keras
berwarna merah “rexine”.
- 1 salinan elektronik (softcopy) Tesis/Disertasi yang disimpan
di dalam CD berformat PDF.

5. Format salinan eletronik (Tesis dan Disertasi sahaja)


- Salinan elektronik (softcopy PDF) dalam bentuk CD/Pendrive
yang diserahkan harus mengandungi Tesis/Disertasi dalam
format msword (doc) atau txt.
- Pada kulit sampul CD perlu dicetakkan maklumat berikut
(dengan font Calibri bersaiz 11);
i. Nama
ii. No. Matrik
iii. Tajuk Tesis/Disertasi
iv. Fakulti
v. Tahun

(Lihat Lampiran 7)

11
PERINGATAN

Bagi tujuan keseragaman, penyediaan Kertas Cadangan dan penulisan


Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah, pelajar perlu memberi perhatian kepada
perkara berikut:

1. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan sebarang kata ganti nama


diri sendiri (seperti saya, penulis, pengkaji, penyelidik) semasa
pembentukan ayat di dalam Kertas Cadangan dan Penulisan Ilmiah
masing-masing.
2. Pelajar dinasihati mempelbagaikan jenis sumber untuk Ulasan
Literatur seperti buku, artikel jurnal, bab dalam buku dan
Tesis/Disertasi/Latihan Ilmiah/Projek Ilmiah tahun-tahun
sebelumnya. Sebaiknya ulasan disusun mengikut kategori yang
berkaitan dengan tajuk tesis.
3. Pelajar dilarang memplagiat sebarang penulisan. Pelajar yang
melanggar peraturan ini boleh digantung pengijazahannya.
4. Pelajar diingatkan supaya membuat pertemuan berkala (sekurang-
kurangnya sekali dalam sebulan) dengan penyelia masing-masing
dan memastikan mengisi juga menandatangani borang pertemuan.
5. Pelajar tidak dibenarkan mengaju Tesis/Disertasi/Projek Ilmiahnya
untuk pemeriksaan tanpa pengesahan daripada penyelia masing-
masing.
6. Pelajar Pascasiswazah yang menyediakan Tesis atau Disertasi perlu
sentiasa mengambil perhatian syarat-syarat lain yang ditetapkan
oleh universiti dalam pencalonan masing-masing. Misalnya
keperluan Candidature Defence, Pembentangan Proposal dan lain-
lain syarat yang dikenakan.

12
Lampiran 1
Format Menulis Nota Kaki dan Bibliografi

Garis panduan menulis Nota Kaki dan Bibliografi bagi penulisan


Projek Ilmiah, Tesis/Disertasi M.A., Tesis Ph.D dan Esei
Jabatan Sejarah, Universiti Malaya

NOTA KAKI

Nota kaki asasnya bertujuan memberi maklumat tentang bahan (buku,


artikel, dokumen dan lain-lain) yang dirujuk oleh penyelidik. Pengunaan
nota kaki dalam penulisan ilmiah adalah penting untuk mengukuhkan
naratif, memberi penerangan mengenai sumber rujukan dan mengelakkan
tuduhan plagiat atau plagiarism. Maklumat setiap sumber yang dirujuk
(primer dan sekunder) oleh penulis harus dinyatakan dalam nota kaki
sebagai satu prinsip asas penulisan berbentuk ilmiah.

1. Buku

- Pada kali yang pertama (di setiap bab), maklumat yang lengkap
harus di beri dalam nota kaki mengikut susunan berikut.

Nama penulis
Tajuk buku (italic)
Tempat buku diterbitkan
Penerbit
Tahun buku diterbitkan
Halaman yang dirujuk

Contoh:

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala


Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2003, hlm. 10-12.

G. P. Means, Malaysian Politics, London: Hodder and Stoughton, 1976,


hlm. 24.

13
- Apabila disebut kali yang kedua dan berikutnya, hanya
maklumat ringkas perlu diberi:

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung, hlm. 14.

G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 20-24.

- Jika penulis dan halaman yang sama dirujuk berturut-turut,


nota kaki harus ditulis seperti berikut:

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung, hlm. 14.


Ibid. (bermaksud sumber rujukan yang sama, iaitu Ramlah Adam,
Kemelut Politik Semenanjung)
Ibid., hlm. 20-22. (jika halaman berbeza)

2. Artikel Jurnal

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Khoo Kay Kim, “Nasionalisme di Malaysia”, Malaysia Dari Segi


Sejarah, Jil. 3, No. 2, Jun 2004, hlm. 20-22.

Richard S. Grayson, “Imperialism in Conservative Defence and Foreign


Policy”, Journal of Imperial and Commonwealth History, Jil. 34, No. 4,
Dis. 2006, hlm. 505-527.

3. Buku yang disunting/diedit

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Mohammad Redzuan Othman dan Danny Wong Tze Ken (editor),


Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2006, hlm. 10.

14
Bila disebut kali yang kedua nota kaki boleh diringkaskan seperti berikut:

Mohammad Redzuan Othman dan Danny Wong Tze Ken (editor),


Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, hlm. 10.

- Bagi buku yang disunting oleh beberapa editor, biasanya lebih


dari dua orang penulis, ditulis seperti berikut:

Danny Wong Tze Ken, et al., Sejarah: Sumber dan Pendekatan, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 15-20.

4. Bab dalam buku

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, “Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur,
1890-1914”, dalam Mohammad Redzuan Othman dan Danny Wong Tze
Ken (editor), Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 10-25.

Hong Lysa, “Ideology and Oral History Institutions in Southeast Asia”,


dalam Patricia Lim Pui Huen, Oral History in Southeast Asia, Singapore:
Institute of Southeast Asia, 1998, hlm. 20-25.

5. Rekod Kolonial British

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Contoh untuk surat/telegram,

Sir Donald MacGillivray kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan, 1


Feb. 1956, CO 537/211 (35).

[Iaitu, nama penulis surat/telegram dan penerima, tarikh surat dan


nombor fail berkenaan – CO 537 merujuk kepada nombor siri fail, 211

merujuk kepada fail tertentu; dan (35) adalah surat spesifik yang terdapat
dalam fail berkenaan.]

15
Contoh lain,

Setiausaha Kolonial Negeri-negeri Selat kepada Residen Selangor, 20


Jan. 1875, SSF 3/75.

Surat Residen Singapura, J. Prince kepada Gabenor John Anderson, 7


Nov. 1827, SSR A39.

Contoh untuk Laporan,

Ucapan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan, Oliver Lyttelton, 1 Ogos


1955, di Majlis Mesyuarat Persekutuan, CO 1022/210 (11).

Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Bebas, Kuala Lumpur: Pencetak


Kerajaan, 1957, hlm. 30-40.

Minit Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, 31 Dis. 1877.

6. Surat Persendirian

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Tan Cheng Lock kepada Tunku Abdul Rahman, 1 Julai 1955, Surat
Persendirian Tan Cheng Lock, SP 13/1/21.

Koleksi Surat-surat Baginda Omar Terengganu, Terlampir, Surat Residen


Konsular Singapura kepada Baginda Omar, 1858, SP 6/51.

7. Surat Khabar

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

New Straits Times, 27 August 1961


Utusan Malaysia, 2 Jan. 2004.

16
8. Majalah

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Mohd. Khalid Saidin, “Naskah-Naskah Lama Mengenai Sejarah Johor”,


Dewan Bahasa, Bilangan 6, Ogos 1971, hlm. 9.

9. Dokumen Rasmi (yang diterbitkan)

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Annual Report of the Federated Malay States, 1899, hlm. 1.

Report on the Administration of the Straits Settlements during the Year


1855-56, hlm. 2.

10. Tesis/Latihan Ilmiah

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Tew Peng Kooi, Sejarah Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Tesis Ph.D,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006, hlm. 20-24.

A.C. Milner, The Malay Raja: A Study of Malay Political Culture in East
Sumatra and the Malay Peninsula in the Early Nineteenth Century, Tesis
Ph.D, Cornell University, United States of America, 1977, hlm. 10.

Ramlah Jaafar, Kegiatan Bugis di Johor 1718-1824, Latihan Ilmiah


B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1979/1980,
hlm. 11.

17
11. Temubual

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Temubual bersama Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim di Jabatan
Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 27 April 2010.

12. Sumber Internet

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Jim Zwick, Anti-Imperialism in the United States, 1898-1935,


http://www.rochester.ican.net/~fjzwick/ail98-35.html (accessed
12/5/2010).

Khoo Kay Kim, Sistem Pendidikan Negara,


http://www.selangorkini.com.my/my/rencana/18 (tarikh diakses 12 Dis.
2009).

18
BIBLIOGRAFI

Bibliografi adalah senarai bahan rujukan yang digunakan oleh penyelidik


dalam menyiapkan Projek Ilmiah dan merupakan satu keperluan yang
wajib dalam penulisan berbentuk ilmiah. Ia menunjukkan sejauh mana
pelajar berkenaan mendalami subjek yang dikaji dan sumber-sumber
yang dirujuk. Bahagian ini misalnya boleh dibahagikan kepada beberapa
bahagian seperti berikut:

Sumber Primer

a. Dokumen Rasmi
(Rekod-rekod CO, Minit Mesyuarat NNS, Fail Sekretariat Negeri dan
lain-lain seumpama dengannya ). Contohnya,

CO 537: Colonies General, Supplementary and Secret Original


Correspondence.

CO 1022: Southeast Asia Department, Original Correspondence.

b. Sumber Primer lain

Contohnya,

Fail Parti UMNO


SP 13, Surat Persendirian Tan Cheng Lock..
SP 6/51, Koleksi Surat-surat Baginda Omar Terengganu.
Laporan Tahunan Lembaga Pelabuhan Klang, Klang: Lembaga
Pelabuhan Klang, 1964.
Laporan Suruhanjaya Reid, Kuala Lumpur: Pencetak Kerajaan, 1957.

Sumber Sekunder

a. Buku dan makalah di dalam Jurnal, Majalah dan lain-lain

19
Buku

Means, G.P., Malaysian Politics, Kuala Lumpur: Oxford University


Press, 1970.

White, Nick, Business, Government and the End of Empire, Kuala


Lumpur: Oxford University Press, 2001.

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala


Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2003.

*Rujukan bagi bab buku yang dimasukkan dalam nota kaki tidak
akan dimasukkan di sini. Hanya buku tersebut sahaja di paparkan
dalam bibliografi.

Contoh nota kaki: Khoo Kay Kim, “Dasar British di Pahang”, dlm.
Norazit Selat (ed.), Pahang Sejarah dan Budaya, Pekan: Lembaga
Muzium Pahang, 2000, hlm. 78.

Bibliografi ditulis seperti berikut: Norazit Selat (ed.), Pahang Sejarah


dan Budaya, Pekan: Lembaga Muzium Pahang, 2000.

Jurnal

Contoh-contoh jurnal adalah seperti berikut;

Journal of Imperial and Commonwealth History


Journal of Southeast Asian Studies (JSEAS)
Journal of Malaysian Branch of Royal Asiatic Society (JMBRAS)
Malaysia Dari Segi Sejarah
PURBA
Sejarah
dan lain-lain

Kaedah penulisan bibiliografinya adalah:

Khoo Kay Kim, “Nasionalisme di Malaysia”, Malaysia Dari Segi


Sejarah, Jil. 3, No. 2, Jun 2004.

20
Grayson, Richard S., “Imperialism in Conservative Defence and Foreign
Policy”, Journal of Imperial and Commonwealth History, Jil. 34, No. 4,
Dis. 2006.

b. Surat Khabar dan Majalah

Contoh-contoh Surat Khabar dan Majalah adalah seperti berikut;

Malay Mail
Straits Times
Utusan Melayu

Kaedah penulisan bibliografinya adalah,

New Straits Times, 27 Ogos 1961.


Utusan Malaysia, 2 Jan. 2004.

Sekiranya menggunakan akhbar yang sama dengan begitu banyak tarikh,


pelajar tidak perlu menyenaraikan kesemuanya. Adalah memadai dengan
menulis seperti contoh berikut;

Utusan Melayu, Januari 1931 – Disember 1945.

c. Tesis dan Disertasi

Khoo Kay Kim, The Beginnings of Political Extremism in Malaya, 1915-


1935, Tesis Ph.D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1973.

Rohana Mohamed Noor, Perjuangan Politik Khadijah Sidek, Disertasi


M.A., Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003.

* Sila rujuk jurnal penerbitan Jabatan Sejarah, Sejarah, untuk maklumat


lebih lanjut mengenai pengunaan sistem Chicago dalam menulis nota
kaki.

*Nota kaki hendaklah ditulis menggunakan Times New Roman saiz 10.

21
Lampiran 2
Contoh memasukkan petikan langsung di dalam teks dan indent.

22
Lampiran 3
Format Birai (Margin)

23
Lampiran 4
Contoh meletakkan rajah yang pertama di dalam Bab 1.

24
Contoh meletakkan jadual yang kedua pada Bab 2

25
Contoh meletakkan gambar yang kedua di Bab 3

26
Lampiran 5
Contoh meletakkan lampiran (lampiran yang ketiga)

27
Lampiran 6
Contoh kulit Projek Ilmiah dan tulang kulit

Warna kulit hijau


tua

BA
2010/11

28
... sambungan, Lampiran 6
Contoh kulit Tesis/Disertasi dan tulang kulit

Warna kulit
‘rexine’ merah

29
Contoh halaman hadapan/tajuk (selepas kulit Tesis/Disertasi/Projek
Ilmiah)

30
Lampiran 7
Contoh salinan eletronik (Tesis dan Disertasi sahaja)

31

Anda mungkin juga menyukai