Anda di halaman 1dari 5

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran komputasional?

A. Satu proses pemikiran yang menggunakan kaedah seperti komputer untuk


menyelesaikan masalah.
B. Satu proses pemikiran bagi tujuan menyelesaikan masalah oleh manusia sendiri
berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan konsep asas
sains komputer.
C. Satu proses pemikiran yang memberi arahan kepada komputer untuk
melaksanakan tugasan.
D. Satu proses pemikiran bagi menyelesaikan masalah berbantukan komputer.

2. Apakah elemen terkecil bagi paparan imej digital pada skrin komputer?
A. Resolusi
B. Dimensi
C. Piksel
D. Bit

3. Manakah antara padanan atribut dan unit perwakilan berikut yang tidak benar?
Atribut Unit
A. Dimensi Piksel
B. Kedalaman bit warna Bit
C. Kadar sampel Bit per sampel
D. Kadar kedalaman bit Bit per saat

4. HTML ialah bahasa pengaturcaraan yang menggunakan kod-kod arahan yang dipanggil
sebagai

A. Heading
B. Tag HTML
C. Pautan
D. WWW
5. Tag paragraph headings bermula dengan <h1> hingga <h6>. Tag <h1> akan
memaparkan saiz teks ____________ manakala <h6> memaparkan saiz teks
____________.
A. terbesar, terkecil
B. terkecil, terbesar
C. sederhana, terbesar
D. terkecil, sederhana

6. Manakah pernyataan yang merujuk kepada sistem nombor perlapanan?


A. Menggunakan digit 0 hingga 8
B. Nombor ditanda dengan subskrip 8
C. Nombor selepas 9 adalah A.
D. Setiap digit tidak mempunyai nilai tertentu

7. Apakah nombor perlapanan bagi nombor perpuluhan 296810?


A. 56408
B. 56418
C. 56318
D. 56308

8. Manakah antara yang berikut merujuk kepada struktur kawalan pilihan bersarang?
A. Jika syarat pertama dipenuhi, semak syarat kedua. Jika tidak, tamat.
B. Jika syarat pertama dipenuhi, laksana pernyataan pertama. Jika tidak, laksana
pernyataan kedua.
C. Jika syarat pertama dipenuhi, laksana pernyataan pertama. Jika tidak, tamat.
D. Jika syarat pertama dipenuhi, tamat. Jika tidak, laksana pernyataan pertama.

9. Rajah 1 menunjukkan sebahagian kod arahan bagi mengira luas bulatan.


pi = 3.142

jejari1=float(input(“Masukkan jejari pertama : ”))


jejari2= float(input(“Masukkan jejari kedua : ”))

luasBulatan1= pi * (jejari1 * jejari1)


luasBulatan2= pi * (jejari2 * jejari2)
print(“Luas bulatan pertama ialah ”, luasBulatan1)
Rajah 1

Apakah pemalar yang digunakan dalam Rajah 1?


A. jejari
B. luasBulatan1
C. luasBulatan2
D. pi

10. Manakah antara pernyataan berikut akan menghasilkan output False jika p=10 dan q=2?
A. p%q= 5 AND p>q
B. p%q = 0 OR p==q
C. p//q = 5 OR p !=q
D. p >=q AND p**q = 102
11. Pernyataan 1 menunjukkan penggunaan teknik pemikiran komputasional dalam kehidupan
seharian.
Zetty dan ahli kumpulannya akan melaksanakan projek taman sains di sekolah. Semasa
fasa analisis masalah, dia telah membahagikan kawasan-kawasan taman sains itu
kepada beberapa bahagian yang akan diuruskan oleh ahli kumpulannya.
Pernyataan 1
Apakah teknik pemikiran komputasional yang digunakan dalam Pernyataan 1?
A. Peniskalaan
B. Leraian
C. Pengecaman corak
D. Pengitlakan

12. Manakah antara berikut merupakan kepentingan perkhidmatan keselamatan data


kriptografi?

I. Kerahsiaan
II. Integriti
III. Pengesahan
IV. Tiada sangkalan

A. I, II
B. I, II, III
C. II, III, IV
D. I, II, III, IV

13. Susunkan langkah-langkah yang terlibat dalam penyulitan (encryption) dengan tepat.
I. Pengirim menentukan jenis sifer
II. Pengirim menulis teks biasa
III. Pengirim memberikan kunci dan jenis sifer terlibat
IV. Penerima dapat membuka mesej
A. I, II, III, IV
B. II, III, IV, I
C. II, I, III, IV
D. II, III, I, IV

14. Pernyataan 2 merujuk kepada algoritma carian dan isihan.

Z merupakan satu teknik yang melibatkan dwipilihan. Sebelum


melakukan proses ini, item-item dalam senarai perlu diisih mengikut
urutan menaik. Kemudian item ditengah akan disemak. Jika item
ditengah adalah item yang dicari maka proses akan tamat.

Pernyataan 2
Apakah teknik Z yang sesuai digunakan dalam Pernyataan 2?
A. Linear Search
B. Bubble Sort
C. Binary Search
D. Bucket Sort
15. Azura diberi satu senarai [2,4,1,3]. Azura dikehendaki mengisih item-item dalam senarai
mengikut urutan menaik dengan menggunakan bubble sort. Apakah urutan bagi proses
pengisihan?
I. [6,5,8,7]
II. [6,8,5,7]
III. [6,5,7,8]
IV. [5,6,7,8]
V. [6,8,5,7]

A. V, IV, II, I, III


B. V, II, 1, III, IV
C. IV, V, III, I, II
D. IV, III, I, II, V

Anda mungkin juga menyukai