Anda di halaman 1dari 5

Faktor Yang Menyebabkan Beban Wanita Berganda

1. Budaya Patriaki

- Budaya Patriaki Yang Meletakkan Wanita Dalam Golongan Kedua Di Dalam Institusi
Kekeluargaan. Walaupun Wanita Memiliki Pekerjaan Di Luar Namum Pada Pandangan
Masyarakat Wanita Tetap Wajib Melakukan Kerja Dalam Menguruskan Rumah Tangga
Seperti Mengemas Rumah Dan Melayani Anak-Anak Mereka

- Seterusnya, Sudah Menjadi Lumrah Wanita Yang Mendirikan Rumah Tangga Mereka
Telah Mendapat Gelaran Isteri Atau Seorang Ibu Dan Mereka Tidak Boleh Lari Daripada
Tugas Hakiki Dalam Menguruskan Rumah Tangga

- Mereka Juga Dianggap Sebagai Pelengkap Dalam Rumah Tangga,Tanpa Mereka Rumah
Tangga Akan Menjadi Cacat Cela Atau Serba Kekurangan
2. Ekonomi

- Pada Zaman Kemajuan Dalam Negara Kita Telah Membuatkan Wanita Terpanggil Untuk
Bekerja Dan Memenuhi Keperluan Keluarga.

- Kebanyakan Wanita Bekerja Adalah Untuk Membantu Kaum Lelaki Dalam Mencari
Nafkah Untuk Melansungkan Kehidupan Mereka Seharian.

- Selain Itu, Mereka Juga Bekerja Disebabkan Untuk Memenuhi Keperluan Sendiri Tanpa
Mengharapkan Kepada Orang Tua Atau Suami Mereka.

- Alasan Itu Juga Telah Menyebabkan Bebenan Mereka Berganda

3. Pendidikan Tinggi

- Pendidikan Yang Tinggi Juga Adalah Salah Satu Faktor Yang Mendorong Mereka Untuk Bekerja.

- Hal Ini Kerana, Pendidikan Yang Di Pelajari Oleh Kaum Wanita Telah Memberikan Kekuatan Untuk
Mereka Bekerja Dan Mempunyai Fungsi Dalam Masyarakat.
- Selain Pada Itu, Jawatan Yang Di Tawarkan Juga Telah Memberikan Alasan Yang Rasional Kepada
Wanita Untuk Memenuhi Jawatan Tersebut.

- Selain Itu, Golongan Wanita Yang Bekerja Mengatakan Bahawa Pekerjaan Mereka Memberi
Kepuasan Kepada Mereka Kerana Mereka Boleh Membuktikan Kepada Masyarakat Bahawa Mereka
Juga Boleh Memberikan Sumbangan Yang Besar Kepada Ekonomi Negara.

Kesan Beban kerja wanita

1. Hubungan dengan keluarga menjadi renggang

- Hal ini kerana wanita yang bekerja tidak mempunyai masa yang cukup dengan anak dan suami untuk
melakukan aktiviti kekeluargaan

- Kadang-kadang mereka terpaksa melakukan aktiviti keluarga tanpa ibunya kerana komitmen ibunya
terlalu tinggi kepada pekerjaan
- Ada juga di dalam kalangan wanita dan anak-anak telah berlaku pergaduhan kerana mereka kurang
bersama untuk memahami antara satu sama lain

2. Generasi masa hadapan akan berkurang

- Di zaman sekarang, kebanyakan masyarakat tidak mempunyai keluarga yang ramai kerana mereka
lebih utamakan pekerjaan berbanding perkembangan keluarga.

- Sekiranya keluarga mereka ramai, komitmen terhadap keluarga akan lebih besar sehingga mengganggu
pekerjaan seharian mereka.

- Di sebabkan itu, mereka lebih memilih untuk menghadkan perkembangan generasi dalam keluarga
mereka agar tidak mengganggu pekerjaan mereka.

- Sedikit sebanyak telah kesan ini telah menyebabkan wanita tidak mahu berkahwin dan bagi wanita
yang sudah berumahtangga, mereka tidak mahu mempunyai zuriat kerana bimbang akan mengganggu
komitmen kerja mereka.
3. masalah kesihatan kaum wanita

- Kebanyakan wanita yang bekerja mereka akan mengalami tekanan kerana telah bekerja di luar
kemampuan mereka.

- Ada juga dalam kalangan kaum wanita kemurungan yang melampau kerana bebanan kerja kepada
mereka sangat menyukarkan untuk menguruskan masa yang sangat terhad kepada mereka.

- Selain itu, bebanan kerja di pejabat juga mendorong mereka untuk membawa pulang masalah tersebut
ke rumah sehingga kebanyakan wanita tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat.

Anda mungkin juga menyukai