Anda di halaman 1dari 4

7.

0 HURAIAN DAN PENJELASAN PROJEK-PROJEK DAN AKTIVITI IPaQ:

IPaQ telah, sedang dan akan melaksanakan program-program berteraskan kepada ilmu al-Quran
sebagai satu asas utama bagi pembangunan modal insan melalui pembelajaran hinggalah kepada
pemahaman dan pengaplikasian ilmu al-Quran. Justeru itu, di dalam penubuhannyq, IPaQ telah
dipertanggung-jawabkan untuk memikir, mengikhtiar dan merangka rencana-rencana dan
program-program di LIMA gagasan usaha iaitu:

i) Pembelajaran,
ii) Pengajian,
iii) Pemahaman,
iv) Penghayatan dan
v) Pengaplikasian atau pengamalan,

ILMU AL-QURAN dalam kalangan ummah. Adalah diyakini hanya dengan menghayati dan
mengamalkan ilmu al-Quran untuk muslimin dan muslimat ia akan membantu bukan sahaja
pemantapan dan peningkatan akidah tetapi ia dapat menjana potensi diri untuk pencapaian hidup
demi manfaat keluarga dan komuniti.

7.1 Pelaksanaan Program Pembasmian Buta Huruf al-Quran menggunakan kaedah


Abahata :

Sebagai langkah asas, IPaQ telah menumpukan perhatian kepada usaha pembasmian buta
huruf al-Quran kerana hakikatnya masih ramai muslim muslimat Malaysia yang belum celik al-
Quran atau kurang mantap kelancaran pembacaan al-Quran. Adalah satu kenyataan bahawa
hanya seseorang muslim itu tahu membaca al-Quran barulah ia dapat memanfaatkan pengajaran
ilmu al-Quran untuk memudahkan penghayatan dan pengamalan ibrah al-Quran.

Paksi utama program ialah memanfaatkan Kaedah Abahata. Ini telah dipermudahkan dengan
pengiktirafan oleh Centre of Quranic Research Universiti Malaya (CQR UM) yang telah
membuat penilaian secara objektif dan telah memperakukan Abahata adalah kaedah yang efisyen
dan efektif untuk membanteras buta huruf al-Quran, walaupun dikalangan saudara-saudara baru
muallaf dan insan-insan istimewa, autistik.

Pelaksanaan Program Abahata telah dilakukan melalui :

i) Kelas-Kelas Baca-Tulis- Quran (BTQ).


ii) Latihan Tenaga Pengajar atau Training of Trainers (LTP / ToT)
iii) Kursus Pengajian al-Quran Pantas (KPQP) (Bersilibus)
iv) Seminar dan Bengkel ilmu al-Quran termasuk Pengajian Konmprehensif Pemahaman
Surah al-Fatihah
i) Kelas Baca-Tulis al-Quran:

Program ini telah terbukti keberkesanannya sebagai kaedah yang boleh membanteras buta huruf
al-Quran, setelah dilaksanakan untuk pelbagai kumpulan yang sebelumnya berada di dataran
sifar, tidak tahu membaca, malahan ada diantara mereka tidak kenal huruf-huruf, al-Quran.
Mereka telah boleh membaca dengan asas tajwid dan menulis rasm al-Quran setelah mengikuti
kelas BTQ Abahata diantara 20-30 jam sahaja.

Abahata telah terbukti ianya adalah efektif dan efisyen. Diantara individu dan kumpulan, berusia
dari 5 hinggi 75 tahun, yang menjadi testimoni keberhasilan kelas-kelas BTQ adalah:

a) Pelajar-Pelajar Pra-sekolah.
b) Pelajar-Pelajar di Sekolah-sekolah Rendah dan Menegah
c) Mahasiswa Kolej dan Universiti
d) Belia dan Dewasa yang tercicir atau lemah kelancaran pembacaan.
e) Para pesara dan warga emas.
f) Warga kerja peringkat rendah sebuah Kilang Automotif (Pekan, Pahang).
g) Anak-anak dan Warga Kerja Sebuah Ladang Kelapa Sawit (Tawau, Sabah)
h) Saudara-saudara baru atau muallaf
i) Warga Islam Komuniti Orang Asli di Pedalaman ( Raub dan Pekan, Pahang)
j) Warga Komuniti Champa dan Ronghiya, di Klang
k) Muallaf antarabangsa (Amerika, Filipina dan China)
l) Komuniti Negara-negara Islam di Canberra Australia
m) Pelajar-pelajar Madrasah Nurul Huda, Stung Treng, Kemboja
n) Insan-Insan Istimewa Autistik dan hiperaktif.

ii) Latihan Tenaga Pengajar (LTP) (Training of Trainers - ToT)

Sebagai sebahagian dari usaha untuk menyebarluas program kelas-kelas BTQ, IPaQ juga telah
melaksanakan program LTP / ToT untuk melahir para pembimbing dan tenaga pengajar Kaedah
Abahata. Kursus LTP / ToT ini hanya memakan masa selama dua hari kepada mereka yang telah
ada kebolehan membaca dan asas tajwid al-Quran.

Melalui tenaga pengajar yang telah ditauliahkan mereka akan membuka kelas-kelas
pembelajaran al-Quran di komuniti-komuniti kumpulan-kumpulan sasar sebagai usaha untuk
menjadikan al-Quran sebagai asas utama panduan hidup dunia dan akhirat.

iii) Kursus Bersilibus dan Bersijil:

Sebagai satu usaha untuk meningkatkan taraf pembelajaran Abahata, IPaQ telah memulakan
Kursus bersilibus dan bersijil di Universiti Malaya dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam
UM (APIUM), bermula semester pertama 2016.
iv) Seminar dan Bengkel Ilmu al-Quran

Pemahaman keperluan ilmu al-Quran dan untuk membantu pengertian surah-surah utama al-
Quran, IPaQ melaksanakan seminar-seminar dan bengkel-bengkel untuk dimanfaatkan oleh
kumpulan sasar secara yang lebih meluas.

Satu seminar yang terbesar telah dilaksanakan ialah di Kota Kinabalu melalui di Mahrajan Ilmu
Al-Quran Sabah 2016 (MIQS) pada Mei 2016 yang telah kini menzahirkan pelbagai faedah
termasuk gagasan penubuhan Institusi Pendidikan Darul al-Quran dan wakaf pembangunan
Sabah.

4.2 Program-Program IPaQ lain

Selain daripada program-program di atas IPaQ telah dan akan melaksanakan program-program
pembelajaran yang menjuruskan kepada pembacaan yang betul dan pemahaman kandungan al-
Quran menggunakan kaedah-kaedah cepat dan mudah.

4.3 Penerbitan:

IPaQ juga bertanggung-jawab untuk menerbitkan bahan-bahan percetakan sebagai sebahagian


dari usaha membantu dalam pembelajaran dan pengajaran ilmu al-Quran:

a) Buku Abahata
b) Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP)
c) Buku Pedoman Penting Mengenali Surah Al-Fatihah
d) Mushaf Al-Quran Rasm Uthmani dengan kod tajwid berwarna per kata dan terjemahan
yang diintergrasikan dengan teknologi Audio

4.4. Program-program dalam rancangan

Sebagai sebahagian dari usaha untuk membangun dan mengembangkan pembelajaran dan
pengajian ilmu al-Quran, IPaQ telah mengasaskan penubuhan entity-entiti berikut:

a) Wakaf Ar Ridzuan Perak (di bawah majlis agama islam Perak)


b) Akademi al-Quran Malaysia (AlQalam) :
c) Akademi Al-Quran Masyarakat : AQWAM
d) Akademi Qari Qariah
e) Darul al-Quran Sabah
f) Perkampunagn Islam Perak
g) Madrasah Darul Huda, Stung Treng, Kemboja (Pembesaran)

Disamping program-program di atas dari segi pengisian pula IPaQ bercadang untuk
melaksanakan program-program yang menjuruskan kepada pemahaman, penghayatan dan
pengaplikasian ilmu al-Quran melalui penerbitan kitab-kitab, kuliah-kuliah dan daurah-daurah
berkaitan. Adalah menjadi input utama di dalam program ini untuk diisi dengan tujuan untuk
memungkinkan peserta menjadikan ibrah al-Quran bagi penambah baikan diri dan akidah
disamping membantu pembangunan sosial, ekonomi dan komuniti.

Anda mungkin juga menyukai