Anda di halaman 1dari 8

Sebelum Kerasulan

Selepas kelahiran:

-Baginda dipelihara oleh Halimahtul Sa’diyah di perkampungan Nabi Said yang jauh daripada
unsur negatif. Ia mengambil tempoh 2 tahun.

2-4 tahun:

-Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibril.

4-6 tahun:

-Nabi Muhammad s.a.w. tinggal bersama-sama dengan ibu baginda. Ketika berumur 6
tahun, baginda dibawa melawat kubur bapa baginda di Madinah. Ibu baginda meninggalkan
dabuak dalam perjalanan pulang ke Makkah. Ia mengambil tempoh 2 tahun.

6-8 tahun:

-Nabi Muhammad s.a.w. dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muthalib, hingga datuk
baginda meninggal dunia. Selepas itu, Nabi Muhammad s.a.w. tinggal pula dengan bapa
saudara baginda, Abu Thalib. Ia mengambil tempoh 2 tahun.

12 tahun:

-Nabi Muhammad s.a.w.mengikut Abu Thalib, ke Syam. Dipertengahan jalan Abu Thalib
mendapat nasihat daripada Buhira Al-Rahib ketika dibandar Bushra, sempadan Syam supaya
membawa pulang Nabi Muhammad s.a.w. ke Makkah kerana bimbang dibunuh oleh orang
Yahudi.

20 tahun:

-Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara baginda menyaksikan hilful fudhuli,


iaitu perjanjian untuk membela orang yang teranianya dalam perniagaan.

-Baginda menggembala kambing bersama-sama dengan saudara susuan diperkampungan


Nabi Said di Makkah.
Iktibar:

-Nabi Muhammad di didik oleh Allah s.w.t. dengan kehidupan yang mencabar sebagai
persediaan untuk dilantik menjadi rasul yang agung.

25 tahun: Berdagang ke Syam

-Ketika berumur 25 tahun, Nabi Muhammad s.a.w. berkecimpung dalam perniagaan diluar
Kota Makkah Al-Mukaramah. Baginda berurusan niaga dengan Saidatina Khadijah r.a.,
seorang wanita Quraisy yang sangat berharta dan berhati mulia. Rasulullah s.a.w. membawa
barang dagangan Saidatina Khadijah r.a. ke Syam dengan bantuan oleh misyarat, seorang
pekerja lelaki Saidatina Khadijah r.a. semasa berada di Syam, Nabi Muhammad s.a.w.
menjalankan perniagaan dengan penuh jujur dan amanah. Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w.
membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda.

Iktibar:

Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah Nabi Muhammad s.a.w.:

-Menunaikan amanah

-Mempunyai kerjaya

-Mendapat kepercayaan masyarakat

-Menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana

25 tahun: Berkahwin dengan Saidatina Khadijah r.a.

-Sekembalinya Nabi Muhammad s.a.w. pada kali kedua dari Syam, Saidatina Khadijah r.a.
mengambil keputusan untuk bekahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. pengalaman beliau
berurusan dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan kemuliaan akhlak yang diceritakan oleh
misyarat sudah cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Saidatina Khadijah r.a. menghantar salah seorang kawan rapatnya, Nafisah binti Munabiah
untuk menyatakan hasrat tersebut kepada Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w.
menerima hasrat mulia tersebut dan meminang Saidatina Khadijah r.a. melalui bapa
saudaranya Amru bin Asad. Hasil perkahwinan dengan Saidatina Khadijah r.a. Nabi
Muhammad s.a.w. dikurniai enam orang anak.

-Seorang lagi anak Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Ibrahim r.a. ialah hasil
perkongsian hidup baginda s.a.w. dengan Mariah Al-Qibdhiah.

Iktibar:
Antara akhlak mulia Nabi muhammad s.a.w. yang menarik perhatian Saidatina Khadijah r.a.
termasuklah:

-Jujur

-Menghormati keluarga

-Menjaga adab dan batas pergaulan

35 tahun: Peristiwa Peletakan Hajar Aswad

-Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berumur 35 tahun, Makkah dilanda banjir besar sehingga
meruntuhkan dinding Ka’bah. Nabi Muhammad s.a.w. turut membantu dalam pembinaan
tersebut. Apabila tiba masa untuk meletakkan semua hajar aswad dipenjuru Ka’bah, berlaku
perebutan antara ketua qabilah sehingga hampir berlaku pertumpahan darah.

-Akhirnya Abu Umayyat Makhzumi, seorang yang dihormati dalam kalangan kabilah arab
mengajukan cadangan yang diterima sebulat suara. Mereka bersedia menerima keputusan
orang pertama yang masuk kepintu Bani Syaibah ketika itu. Dengan takdir Allah s.w.t. orang
pertama memasukinya ialah Nabi Muhammad s.a.w. semua yang melihat Nabi Muhammad
s.a.w. masuk ke masjid berkata “Dialah al-Sidik al-Amin (orang yang benar lagi amanah)”.

-Nabi Muhammad s.a.w. menghamparkan rida’ (selendang) Baginda kemudian meletakan


hajar aswad ditengah-tengahnya. Baginda meminta ketua-ketua qabilah memengang hujung
rida’ tersebut dan membawanya beramai-ramai ke penjuru Ka’bah. Lalu Baginda mengambil
hajar aswad dan meletakkannya ditempat asal. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan
semua yang hadir berpuas hati.

Iktibar:

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad s.a.w.:

-Bersifat tauhid

-Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan

-Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab

-Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana

-Mendamaikan kehidupan masyarakat

Selepas kerasulan
40 tahun: Menerima Wahyu Pertama

-Aura kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. bermula ketika baginda berumur 40 tahun. Ketika
itu Baginda suka bersendirian digua hira’ untuk beribadat dan memikirkan cara
menyelamatkan umat daripada kesesatan Jahiliah. Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan,
Baginda didatangi malaikat Jibril a.s. Jibril a.s. memeluk erat Nabi Muhammad s.a.w. tiga kali
dan menyuruh baginda membaca. Setiap kali Jibril menyuruh baginda membaca, baginda
menjawab, “Saya tidak tahu membaca”. Akhirnya Jibril a.s. mengajar Nabi Muhammad
s.a.w. wahyu pertama:

Terjemahan:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Dia
mencipta manusia daripada segumpal darah beku. Bacalah, dan tuhanmu yang maha
pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa-apa
yang tidak diketahui.

-Setelah Nabi Muhammad s.a.w. menerima perintah Allah s.w.t. untuk menyampaikan
dakwah, Baginda menjalankan tugas dakwah dengan gigih dan sabar. Dakwah yang
disampaikan oleh Baginda mendapat sambutan daripada masyarakat arab terutama hamba
abdi dan golongan yang lemah. Namun begitu, ada juga yang menentang dawah Nabi
Muhammad s.a.w.

Orang yang pertama beriman dan menyokong dakwah Baginda ialah:

-Isteri Baginda, Saidatina Khadijah r.a.

-Sahabat karib Baginda, Saidina Abu Bakar r.a.

-Sepupu Baginda yang masih kecil, Saidina Ali bin Abu Talib r.a.

Iktibar:

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad s.a.w.:

-Tidak suka dengan kesesatan masyarakat

-Beribadat dan munajat kepada allah s.w.t.untuk memohon petunjuk

-Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah


-Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah

51 tahun: Israq dan Mikraj

-Saidatina Khadijah r.a. sentiasa setia mempertahankan dakwah Nabi Muhammad s.a.w.
disamping itu, bapa saudara Nabi, Abu Talib membela Nabi Muhammad s.a.w. walaupun
beliau tidak memeluk Islam. Kematian mereka berdua menyebabkan Nabi Muhammad
s.a.w. berduka cita. Kedukaan Nabi Muhammad s.a.w. ini terubat apabila baginda dibawa
menggembara menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. dalam peristiwa Israq dan
Mikraj. Yang berikut ialah kronologi ringkas peristiwa Israq dan Mikraj:

-Nabi Muhammad s.a.w. dibawa pada waktu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke
Masjidil Aqsar di Plastin.

-Dalam perjalanan, baginda ditunjukkan dengan pelbagai gambaran yang akan berlaku
pada umat Baginda.

-Baginda menjadi imam solat kepada para nabi di Masjid Aqsar.

-Baginda turun ke Makkah sebelum subuh dan penceritakan pengalaman Baginda kepada
penduduk Makkah.

-Baginda menghadap Allah s.w.t. dan menerima kefardhuan solat lima waktu.

-Baginda dibawa mikraj merentas tujuh lapisan langit sehingga ke Sidratul Muntaha.

Terjemahan:

Jabar bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila orang
Quraisy mendustakanku, aku berdiri di Hajar Ismail lalu Allah s.w.t. memperlihatkan
kepadaku Baitul Maqdis. Lantas aku menceritakan kepada mereka sifat-sifat Baitul Maqdis
sambil melihat kepadanya.

Iktibar:

Peristiwa Israq dan Mikraj memberikan iktibar bahawa Nabi Muhammad s.a.w.:

-Menjalani Israq Mikraj dengan roh dan jasad.


-Rasul yang terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti ajaran rasul sebelum Baginda.

-Menerima kefardhuan solat secara terus daripada Allah s.w.t. sebagai ibadat yang paling
utama dalam Islam.

-Mendapat pertolongan Allah s.w.t. ketika menyampaikan kebenaran.

53 tahun: hijrah ke madhinah dan pembetukkan negara islam

-Orang kafir Makkah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad s.a.w. dengan
pelbagai cara. Terdapat dalam kalangan sahabat yang disiksa dan dibunuh. Akhirnya Nabi
Muhammad s.a.w. mendapat perintah Allah s.w.t. untuk berhijrah bersama-sama dengan
para sahabat ke Madinah (Yashrib). Peristiwa ini berlaku 13 tahun selepas kerasulan
Baginda. Demi kepentingan dakwah, Nabi Muhammad s.a.w. menyahut perintah tersebut
mengharungi pelbagai halangan untuk berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Saidina
Abu Bakar al-Sidik r.a. dengan perancagan yang rapi, mereka akhirnya berjaya tiba ke
Madinah dengan selamat. Sebelum itu, Baginda singgah di kuba’ dan membina masjid yang
pertama disana.

-Di Madinah Nabi Muhammad s.a.w. membina pemerintahan yang berteraskan wahyu.
Baginda membina Masjid Nabawi, mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, dan menggubal
peyagam Madinah sebagai asas pembetukkan negara.

-Dalam membentuk tamadun yang unggul, Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi musuh
yang cuba menggugat keimanan Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. bersama-sama dengan
kaum Muhajirin dan Ansar mempertahankan Madinah daripada serangan musuh dengan
semangat juang yang hebat. Antara peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w.
termasuklah peperangan Badar,Uhud,Khibar,Pembukaan Makkah dan Khunan.

Peperangan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.:

-Rhazuat: Pasukan tentera Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w. (28
peperangan)

-Sariat: Pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan Baginda
melantik seorang ketua (Amir) untuk memimpin peperangan (54 peperangan).

-Jumlah semua ialah 82.

Iktibar:

Pengajaran yang dapat ambil daripada peristiwa hijrah dan kepimpinan Nabi Muhammad
s.a.w. termsuklah:

-Nabi Muhammad s.a.w. sanggup berkorban menangkan agama Allah s.w.t.


-Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan penuh amanah.

-Baginda membentuk pemerintahan yang adil berteraskan wahyu.

-Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam terbaik.

Jelas Nabi Muhammad s.a.w. tidak tolak banding

Terlalu banyak sumbangan nabi muhammad s.a.w.kepada tamadun Islam. Antaranya


termasuklah:

-Membina masyarakat bersatu padu mempertahankan negara.

-Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat kemasyarakatan disamping


tempat ibadat.

-Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban demi kesucian Islam.

-Menjadikan Madinah sebagai negara terunggul dan menjadi contoh tamadun yang
gemilang sehingga dikenali sebagai “Al-Madinahtul Munawarah” yang bererti kota
bercahaya.

Setiap muslimin wajib mencintai Nabi Muhammad s.a.w. antara tanda cinta kepada Baginda
s.a.w. termasuklah:

-Mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w., mematuhi perintah dan menjauhi larangan
Baginda.

-Sentiasa merindui baginda Nabi Muhammad s.a.w.Mmemuliakan dan bertawadu’ apabila


mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w. dengan bersalwat keatas Baginda.

-Mencintai uhlul baiti (orang yang ada pertalian keluarga dengan baginda) dan para
sahabat (orang beriman yang sempat bertemu Nabi Muhammad s.a.w.).

Iktibar:

-Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk memimpin manusia kejalan yang
benar.

-Kehidupan Baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan ketinggian agama


Islam.

-Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan sempurna yang menjadi asas
kecemerlangan tamadun hari ini.

-Umat manusia terhutang budi dengan jasa Nabi Muhammad s.a.w. yang tiada tolak
banding.
63 tahun: Kewafatan Rasulullah s.a.w.

-Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai Rasul, pada waktu Dhuha hari Isnin 12 Rabiul
Awal, tahun 11 Hijrah, dirumah Saidatina Ainsyah r.a., Nabi Muhammad s.a.w. dijemput
kembali menemui penciptanya. Berita duka kewafatan Nabi Muhammad s.a.w kekasih Allah
s.w.t. ini menggemparkan penduduk Madinah. Jasad Nabi Muhammad s.a.w. yang mulia
dimakamkan di rumah Saidatina Ainsyah r.a.

Anda mungkin juga menyukai