Anda di halaman 1dari 2

Sajak Alam Sekitar

Sajak tentang Alam Sekitar

Disuatu pagi yang sunyi,


Pabila matahari menyinsing,
Hembusan lembut bayu pagi didesa,
Mengukirkan sebuah senyuman ketenangan.

Kicauan burung berterbangan,


Memecah keheningan pagi,
Jauh berbeza dengan kehidupan kota,
Ketika ini baruku sedar akan keindahan desa,
Yang tidak ternilai khazanah alamnya.

Ironinya,
Ketika kita sedang leka mengejar pembangunan,
Ketika negara sedang rakus mengejar permodenan,
Kita lupa dan alpa!

Pencemaran air yang menghapus kehidupan akuatik,


Pencemaran udara yang telah meragut kesegaran udara,
Telah membawa 1001 kerosakan,
Kepada seisi bumi ini.

Kita tidak sedar,


Bumi telah tenat ketika ini,
Oleh kerana kerasukan manusia,
Kepada siapa yang harus dipersalahkan,
Ketika berlakunya bencana alam.

Pencemaran sungai,
Masalah suhu pemanasan global,
Penyebabnya penipisan global,
Berpunca dari sikap manusia!
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!
Masih belum terlambat untuk kita,
Memelihara khazanah alam,
Tanggungjawab kita.

Berkonsepkan bumi hijau,


Dan kehidupan flora dan fauna,
Masih dapat dikekalkan lagi,
Keindahan alam semesta,
Kepada generasi akan datang.

Ingatlah,
Bahawa alam ini adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya,
Alam ini,
Merupakan anugerah tuhan yang istimewa umtuk umat manusia,
Keindahannya,
Mencerminkan keperibadian manusia.

Anda mungkin juga menyukai