Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARAAN HI TEA 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR KECHIL

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan
bermula sebentar lagi.

UCAPAN PENGUMUMAN

Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan para hadirin sekalian  ke Majlis Hi Tea


Simfoni Kasih, Badan Kebajikan Guru da Staf SKSPK bagi tahun 2019, kita
simfonikan Kenangan Terindah kita 11 purnama yang lalu disini, Setahun
Bersama Seabad Terasa, Ukhwah Terjalin Berkekalan lah Hendaknya.

Sirih berlipat bersama pinang,

Pinang berasal Pulau Mutiara;

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
UCAPAN PEMBUKAAN

Bismillahhirrohmanirrohim…
Assalamualaikum w.t.b

Yang berbahagia, Encik Mohd Asri Bin Ahmad,


Guru Besar SK Sungai Pasir Kechil.

Yang berbahagia, Encik Mat Aker Bin Derashid.


Guru Besar SK Haji Husin Dol (Mantan Guru Besar Kita )

Yang berusaha, En Muhammat Hilmi Salam Bin Ismail


Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf SKSPK

Yang dihormati, Tn.Haji Yaakob Bin Awang,


Guru Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum,

En. Khilmi Bin Ibrahim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn. Sarfina Binti Ahmad, Guru Penolong kanan Kokurikulum ,

En. Azhar Bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Petang

Barisan Ahli jawatan kuasa Badan Kebajikan Guru dan staf


Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil..

Seterusnya rakan-rakan guru yang dihormati serta tetamu-tetamu jemputan


sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
berkumpul dalam majlis gilang gemilang, Majlis Simfoni Kasih.Badan
Kebajikan Guru dan Staf SKSPK bangi tahun 2019.

Semoga  majlis ini dapat dijadikan  wadah untuk kita bersatu , bekerjasama dan
saling bantu membantu  demi membangunkan serta memartabatkan Sekolah
Kebangsaan Sungai Pasir Kechil di persada arus perdana kecemerlangan
pendidikan negara.

..... biar seketika saya bermadah...


Sudah acap kali bersiaran sepalung minggu ini, bukan,.. benarnya, berdekad
sudah menjahit irama dipentas ini,..terasa debaran bertiup gasar...mampu
daku bertahan dengan sisa sumbang,
yang ada tersisip tinggal ....moga majlis berdansa majunya... moga tiada
libasan kekurangannya .... moga angin yang baru ,moga pentas yang baru...
bakal datang menteenya ,...

Hadirin sekalian,
BACAAN DOA

Ilmu ibarat cahaya penyuluh


Berkatnya penuh dengan rahmah
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon semoga barokah

Dengan itu , majlis mempersilakan al-Fadhil Ustaz Mahyuddin Bin Mohamad,


untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

BACAAN DOA TAMAT

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada al-fathil Ustaz Mahyuddin atas
pimpinan bacaan doa sebentar  tadi.

Semoga majlis ini  dimulai dengan rahmat , pertengahannya barakah , dan disudahi
dengan keampunan Yang Maha Esa ,  in sha allah.

Seterusnya, Majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Muhammat Hilmi Salam


Bin Ismail, Pengerusi Badan Kebajikan guru dan staf untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PENGERUSI TAMAT

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Muhamat Hilmi Salam atas ucapan
itu tadi.

Para hadirin yang dirahmati sekalian,   

Dari Melaka pergi ke Serdang,


Singgah sebentar di Bukit Serindit;

Tuan umpama bintang gemilang,

Titipkan amanat barang sedikit.

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berbahagia En. Mohd Asri Bin Ahmad,
Guru Besar SK Sungai Pasir Kechil, untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

UCAPAN GURU BESAR TAMAT

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi..

AMANAT TUAN JADI PEGANGAN,


UNTUK KAMI INSAN KERDIL,
KEPRIHATINAN TUAN SANGAT DIHARAPKAN,
AGAR KERJASAMA TERUS TERJALIN    

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau dilipat sebesar kuku


Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Sebelum kita ke acara seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


slaid perjalanan suka duka pahit manis warga SK Sungai Pasir Kechil

PERSEMBAHAN SLAID TAMAT

Demikian tadi persembahan slaid tentang perjalanan warga SK Sungai Pasir


Kechil, 11 pernama yang lalu...  Untuk pengetahuan hadirin, slaid tadi adalah hasil
kreativiti  dan inovasi …………………………
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan.
Selat teduh lautan tenang,
Banyak labuh perahu acheh
Makan malam sudah terhidang
Jemputlah jamah sekapur sirih.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput para hadirin untuk menikmati


juadah yang telah disediakan...Dipersilakan

MAJLIS MAKAN MALAM TAMAT...


DISULAMI DENGAN MAJLIS CABUTAN BERTUAH...
SELESAI MAJLIS CABUTAN BERTUAH

Para hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya acara cabutan bertuah itu tadi ,maka selesailah majlis kita
pada malam ini.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Buah pinang di atas para,


Rasanya kelat tidak terkata;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua;
Di lain masa bersua lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai