Anda di halaman 1dari 6

1

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI

MINGGU 1 NOMBOR 5 (M1N5)

Nama pelatih : Nawwarah Binti Zainuddin

Minggu :1

Hari dan tarikh : Jumaat (30 Julai 2021)

Masa : 12.00 petang - 12.30 petang

Umur kanak-kanak : 4 tahun

Bilangan kanak-kanak : 1 orang

Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak sudah mengenal nama haiwan dalam bahasa rumi

Tema : Haiwan jinak

Tajuk : Mari Mengenal Huruf Hijaiyah

Objektif pembelajaran Pada akhir aktiviti, kanak-kanak boleh:


1. Mengecam huruf hijaiyah seperti alif, ba dan ta
satu persatu pada slide huruf hijaiyah dengan
bimbingan pengasuh.
2. Memadan huruf hijaiyah dengan nama haiwan
dalam bahasa arab menggunakan tangan pada
lembaran kerja mengikut contoh yang
ditunjukkan dengan bimbingan pengasuh.

Bidang pembelajaran Mula menunjukkan sikap tanggungjawab terhadap


diri sendiri dan tugas yang diberikan.

Bahan 1. Slide Huruf Hijaiyah


2. Lembaran kerja (huruf hijaiyah)

Tempat Ruang aktiviti di rumah


2

Langkah pengajaran Permulaan pengajaran :


1. Pengasuh membawa kanak-kanak ke ruang
aktiviti.
2. Pengasuh memperkenalkan diri kepada
kanak-kanak dan bermesra bersama kanak-
kanak serta memastikan mereka dalam
keadaan sihat dan selesa.
3. Pengasuh menunjukkan gambar haiwan
kepada kanak-kanak.
4. Pengasuh bersoal jawab dengan kanak-
kanak mengenai aktiviti yang akan
dilakukan menggunakan gambar haiwan
sebelum pengasuh memulakan aktiviti.

Kandungan pengajaran dan pembelajaran


untuk mencapai objektif :
5. Pengasuh memberi lembaran kerja tentang
huruf hijaiyah kepada kanak-kanak.
6. Pengasuh menerangkan aktiviti yang akan
dilakukan pada hari ini iaitu memadan
huruf alif, ba dan ta dengan nama haiwan
dalam bahasa arab.
7. Pengasuh menunjukkan demostrasi aktiviti
yang akan dilakukan kepada kanak-kanak
dengan melakukan garis lurus
menggunakan pensil untuk memadan huruf
alif, ba dan ta dengan nama haiwan dalam
bahasa arab.
3

8. Pengasuh meminta kanak-kanak untuk


melakukan aktiviti melakukan garis lurus
menggunakan pensil untuk memadan huruf
alif, ba dan ta dengan nama haiwan dalam
bahasa arab.

Langkah kontigensi
9. Pengasuh memberi pujian kepada kanak-
kanak kerana berjaya melakukan aktiviti
memadan huruf alif, ba dan ta dengan nama
haiwan dalam bahasa arab.
10. Jika kanak-kanak tidak berjaya melakukan
aktiviti memadan huruf alif, ba dan ta
dengan nama haiwan dalam bahasa arab,
pengasuh akan melakukan aktiviti soal
jawab menggunakan aplikasi Quizezz.

Penutup
11. Pengasuh membuat imbasan aktiviti dengan
menyebut huruf hijaiyah bersama kanak-
kanak menggunakan slide huruf hijaiyah.
12. Pengasuh memberi pujian kepada kanak-
kanak dan mengucapkan terima kasih
kepada mereka.
13. Pengasuh memulangkan semula kanak-
kanak kepada pengasuh asal mereka.
4

1. Keselamatan

 Pengasuh perlu memastikan meja-meja dalam ruang aktiviti tidak mempunyai bucu-bucu
yang tajam supaya kanak-kanak tidak tercedera.
 Pengasuh perlu memastikan pensil diggunakan sebelum dan selepas aktiviti diletakkan pada
tempat yang selamat supaya kanak-kanak tidak bermain yang boleh menyebabkan
kecederaan.

2. Kebersihan

 Pengasuh perlu memastikan ruang aktiviti selesa dan bersih sebelum dan selepas aktiviti
dilaksanakan tidak kotor supaya dapat mencegah kanak-kanak daripada mendapat jangkitan
kuman semasa melakukan aktiviti.
 Pengasuh juga perlu memastikan pengasuh dalam keadaan bersih supaya dapat mengelakkan
daripada mendapat penyakit semasa melakukan aktiviti.
 Pengasuh perlu memastikan kanak-kanak membasuh tangan selepas melakukan aktiviti.

3. Kesihatan

 Pengasuh perlu memastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat dari segi anggota fizikal,
mental dan intelek supaya kanak-kanak dapat melakukan aktiviti dengan selesa.
 Pengasuh perlu memastikan tiada kanak-kanak sakit semasa dan selepas melakukan aktiviti
disebabkan dapat mengelakkan kanak-kanak daripada masalah kesihatan.
 Pengasuh perlu memastikan kesihatan pengasuh dalam keadaan baik.
5

Refleksi

1. Penilaian

Aisyah Qaisara dapat mengecam dan menyebut huruf hijaiyah seperti alif, ba dan ta dengan betul.
Selain itu Aisyah dapat melakukan memadan huruf hijaiyah dengan gambar haiwan dengan betul
namun memerlukan bimbingan pengasuh untuk menerangkan nama haiwan dalam bahasa arab.
Hasil perlaksanaan aktiviti yang dilakukan objektif tercapai.

2. Kekuatan

Kekuatan dalam sesi perlaksanaan aktiviti adalah komunikasi yang jelas tentang penerangan isi
pembelajaran berkaitan huruf hijaiyah. Selain itu alat bantu mengajar seperti video huruf hijaiyah
yang jelas menyebabkan kanak-kanak mudah faham sepanjang tempoh melakukan aktiviti.
Pengasuh memberikan pujian dan bagus menyebabkan kanak-kanak ceria dan seronok melakukan
aktiviti.

3. Kelemahan

Kelemahan dalam sesi perlaksanaan aktiviti adalah lembaran kerja yang disediakan terlalu tinggi
dan tidak bersesuaian dengan isi pembelajaran. Selain itu, penerangan tentang sebutan nama
haiwan dalam bahasa arab kurang jelas menyebabkan kanak-kanak tidak memahami huruf hijaiyah
dengan padanan nama haiwan dalam bahasa arab.

4. Cadangan

Penabahbaikan yang dapat dilakukan pengasuh menyediakan lembaran kerja yang bersesuaian
seperti lembaran kerja yang khusus seperti huruf alif sahaja. Selain itu, memberi penerangan yang
jelas untuk kanak-kanak memahami tentang nama haiwan dalam bahasa arab. Bahasa yang
diggunakan semasa pembelajaran perlu mengikut perkembangan kanak-kanak supaya kanak-
kanak lebih faham isi pembelajaran.
6

LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI 5

Aisyah sedang melakukan padanan huruf hijaiyah dengan nama haiwan dalam bahasa arab pada

lembaran kerja.

Anda mungkin juga menyukai