Anda di halaman 1dari 10

Muka Depan

Forensik: Review Jurnal

1
Kandungan

1. Abstrak 3

2. Pengenalan 3

3. Metodologi 5

a. Jurnal 1 6

b. Jurnal 2 6

c. Jurnal 3 7

4. Perbincangan 7

5. Rujukan 10

2
1. Abstrak

Kertas kajian ini mengkaji isu kurangnya perbandingan antara data mengenai analisis

kesan percikan darah (BPA) dalam kajian, sama ada dari sudut teori atau eksperimen, dengan

data dunia sebenar daripada kes-kes jenayah forensik. Kertas kajian ini telah menilai tiga (3)

jurnal tentang BPA dan mendapati dua (2) daripadanya menggunakan pendekatan

eksperimental sahaja, hanya satu (1) jurnal yang menggunakan pendekatan teoretikal

pergerakan bendalir di samping turut menjalankan eksperimen. Di antara ketiga-tiga jurnal

tersebut, hanya terdapat satu (1) sahaja contoh perbandingan antara data yang diperoleh

dengan data dari dunia sebenar.

2. Pengenalan

Di dalam kes jenayah, polis dan pihak berkuasa bertanggungjawab menyiasat dan

mengenal pasti segala faktor dan aspek satu-satu kejadian dan mengenal pasti semua pihak

yang terlibat kejadian tersebut. Untuk tujuan tersebut, pihak berkuasa yang menyiasat kes

tersebut mengguna pelbagai teknik peralatan yang moden dan saintifik untuk

menyelesaikannya. Dalam kes serangan yang melibatkan pertumpahan darah, analisis kesan

percikan darah (Bloodstain Spatter Analysis - BPA) adalah salah satu teknik yang digunakan

di dalam bidang forensik moden untuk memahami lebih mendalam bagaimana sesuatu kes itu

berlaku.

Di dalam BPA, penyiasat atau penganalisis dalam satu-satu kes pertumpahan darah itu

mengkaji corak percikan darah yang terdapat di tempat kejadian. Bentuk dan pola percikan

darah tersebut dapat memberi gambaran dan maklumat mengenai punca dan asal-usul

percikan tersebut. Darah manusia terdiri dari cecair seperti plasma dan serum, yang mana

didalamnya terdapat komponen lain seperti sel darah merah, sel darah putih, platelet dan

rantaian protein. Darah pada mulanya berbentuk cecair ketika di dalam tubuh, kemudian

3
beransur-ansur menjadi tergumpal dan membeku setelah keluar dari tubuh dan terdedah

kepada udara [1].

Bidang BPA masih lagi berkembang dengan pelbagai kajian dan penyelidikan untuk

memperkukuhkan dan mengesahkan teknik-teknik yang diguna pakai. Selain menjalankan

kajian yang tradisional dan mengumpul data secara eksperimen, kaedah numerical analysis

dan simulation berdasarkan konsep fizik pergerakan bendalir (fluid dynamics) dan konsep

kepekatan bendalir (fluid viscocity) juga turut diguna pakai. Jalinan kedua-dua pendekatan

teoretikal dan eksperimental yang di dokong oleh data dunia sebenar (real world data) adalah

sangat penting untuk meningkatkan keberkesanan teknik BPA yang digunakan sekarang.

Antara isu yang timbul daripada kajian-kajian yang dijalankan dalam bidang BPA

sekarang ialah mengenai jurang perbandingan antara data teoretikal dan eksperimental

yang diperoleh daripada penyelidikan dengan data yang diperolehi dari kes dunia

sebenar. Dalam satu laporan bertajuk “Strengthening Forensic Science in the United States:

A Path Forward” oleh National Research Council, Amerika Syarikat, jawatankuasa yang

menkaji keberkesanan BPA telah menyebut “In, general, the opinions of bloodstain pattern

analysts are more subjective than scientific” . Di dalam rumusannya, jawatankuasa itu juga

menyebut “...extra care must be given to the way in which the analyses are presented in

court. The uncertainties associated with bloodstain pattern analysis are enormous.” [2].

Kertas kajian ini tertumpu kepada penyelidikan yang telah dibuat mengenai BPA

untuk mengenal pasti isu-isu yang barkaitan dengan jurang data yang diperkatakan. Sebanyak

tiga (3) jurnal mengenai BPA telah dikaji dan dinilai dari segi kualiti metodologi, data

penyelidikan yang diperolehi dan perbincangan dan rumusan yang dicapai. Turut dinilai

adalah kuantiti data kajian yang diperolehi sama ada mencukupi dan masih ada ruang untuk

penambahbaikan metodologi yang diguna pakai. Penilaian dan kajian terhadap jurnal-jurnal

4
tersebut diharap dapat memperkukuhkan lagi penyelidikan terhadap BPA yang bakal

dijalankan di masa hadapan.

3. Metodologi

Kesan darah boleh dibahagikan kepada tiga kategori: pasif / graviti, percikan (spatter)

dan berubah (altered). Kategori pertama bermaksud kesan darah yang coraknya terbentuk di

bawah pengaruh graviti. Kesan darah seperti itu sering digambarkan sebagai pasif. Contoh

kesan darah pasif ialah seperti darah yang mengalir atau bertakung di satu-satu tempat.

Kategori kedua pula adalah darah percikkan. Darah percikkan terhasil dari kejadian seperti

terkena tembakan, ataupun impak pada tubuh badan daripada hayunan objek yang keras.

Kumpulan ketiga ialah semua kesan darah lain yang tidak termasuk dalam kategori pertama

dan kedua, seperti darah tergumpal dan darah yang terhasil daripada penambahan cecair lain

[3].

Ketiga-tiga jurnal ini mengkaji kesan darah dalam kategori ketua iaitu percikkan

darah. Dua daripada jurnal tersebut melakukan kajian berbentuk eksperimental manakala satu

daripada jurnal itu melakukan kajian berbentuk teoretikal / numerical. Satu daripada jurnal

itu bertajuk “Determination of the maximum distance blood spatter travels from a vertical

impact” oleh Chris F. dan lain-lain [4], menggunakan impak dari pukulan objek keras sebagai

sumber percikan darah, manakala jurnal bertajuk “ Effect of different bullet calibers and

target distances on blood spatter” oleh Victoria E. dan Cassandra S. [5] pula menggunakan

tembakan peluru sebagai sumber. Jurnal yang ketiga berjudul “Charts based on millions of

fluid dynamics simulations provide a simple tool to estimate how far from its source specific

blood stain can be found” oleh Daniel A. [6] pula berbentuk teoretikal dan data hasil

kajiannya boleh diguna pakai untuk kedua-dua sumber percikan iaitu tempakan ataupun

impak objek keras.

5
a. Jurnal 1

Dalam jurnal “Determination of the maximum distance blood spatter travels from a

vertical impact”, kajian itu telah menggunakan pendekatan eksperimental untuk mengkaji

kesan darah akibat impak dari objek keras. Dalam eksperimen tersebut, setompok darah

dengan isipadu 1ml telah dikenakan impak antara dua permukaan kayu yang rata. Untuk

menggambarkan impak pada seseorang dala kedudukan berbaring, duduk dan berdiri,

eksperimen tersebut dijalankan pada 3 tahap ketinggian. Kayu pemukul yang digunakan juga

mempunyai 5 tahap ketinggian untuk mewakili impak tenaga kinetik yang berbeza-beza.

Eksperimen itu juga menggunakan darah babi pada suhu 37°C untuk mewakili darah

manusia. Kesan percikan darah ke atas kertas putih yang diletakkan pada lantai direkodkan

dari segi saiz dan jarak dari sumber. Sebanyak 140 bilangan data telah diperolehi dari

eksperimen ini.

b. Jurnal 2

Dalam jurnal “Effect of different bullet calibers and target distances on blood spatter”

pula, kajian itu telah menggunakan pendekatan eksperimental untuk mengkaji kesan darah

akibat tembakan. Dalam eksperimen tersebut, empat balang air yang mengandungi warna

yang berbeza digunakan untuk mewakili darah manusia, tetapi penulis tidak menyatakan

material apa yang digunakan pada balang tersebut sama ada plastik, kaca atau lain-lain. Dua

jenis senjata telah digunakan untuk kajian ini, satu pistol tangan berlaras 0.357mm dan satu

senapang memburu berlaras 0.30mm. Tembakan dari kedua-dua senjata itu di buat pada jarak

20 kaki dan 40 kaki. Percikan “darah” daripada tembakan itu di rekod pada satu skrin putih

dengan tiga sisi yang diletakkan 6 inci di belakang balang air berwarna tersebut. Saiz

percikan darah pada skrin tersebut direkodkan dan 4 bilanagn data telah diperolehi.

6
c. Jurnal 3

Dalam jurnal “Charts based on millions of fluid dynamics simulations provide a

simple tool to estimate how far from its source specific blood stain can be found”, kajian itu

telah menggunakan pendekatan teoretikal / numerical untuk menentukan jarak melintang

antara kesan percikan dengan sumber darah itu. Penulis menggunakan teori pergerakan

bendalir untuk menghasilkan trajektori titisan-titisan darah daripada sumbernya berdasarkan

halaju, sudut dan saiz titisan darah serta mengira nisbah elipsiti kesan darah terjatuh pada

siling atau lantai. Pengiraan ini telah menghasil lebih daripada 5 juta bilangan data yang

boleh diakses untuk perbandingan dengan kes dunia sebenar. Penulis juga menjalankan 2

eksperimen tembakan menggunakan satu pistol tangan dan satu senapang semi auto untuk di

bandingkan dengan data teoretikal yang dihasilkan.

4. Perbincangan

Ketiga-tiga jurnal tersebut membuat kajian mengenai BPA mengikut pendekatan dan

skop yang berbeza. Dua daripada jurnal itu bertajuk “Determination of the maximum distance

blood spatter travels from a vertical impact” dan “Effect of different bullet calibers and

target distances on blood spatter” hanya menggunakan kaedah eksperimental sebagai

pendekatan utama. Kedua-duanya juga mempunyai isu yang sama iaitu mendapatkan satu-

satu metodologi yang dapat menggambarkan keadaan kesan percikan darah dunia sebenar.

Dalam jurnal yang pertama oleh Chris F. Dan lain-lain, penggunaan dua permukaan

kayu yang rata untuk mewakili impak pukulan objek keras pada tubuh manusia terlalu mudah

dan tidak realistik berbanding kaedah-kaedah yang digunakan oleh kajian yang lain seperti

menggunakan mayat manusia yang disuntik dengan darah lembu [7]. Permukaan kayu yang

7
rata juga tidak menggambarkan penggunaan objek keras permukaan tidak rata seperti kayu

besbol yang biasa digunakan dalam kes-kes serangan. Dalam jurnal kedua oleh Victoria E

dan Cassandra S., penggunaan air untuk mewakili darah adalah tidak sesuai sama sekali

kerana perbezaan sifat fizikal yang jelas seperti kepekatan dan tegangan permukaan.

Bilangan sampel data yang diperolehi pada jurnal pertama ialah sebanyak 140. Walau

kelihatan tidak banyak, tetapi ujian statistik yang digunakan pada data tersebut menunjukkan

bilangan data yang digunakan adalah mencukupi dan signifikan dari sudut statistik.

Penambahbaikan yang boleh di buat termasuk menggunakan isipadu darah yang berbeza

(contohnya 0.5ml dan 2ml) dan menggunakan permukaan yang tidak rata untuk impak pada

darah. Berbanding jurnal pertama, jurnal kedua mempunyai bilangan data yang sangat sedikit

iaitu 4 sahaja. Malah tiada sebarang ujian statistik yang mampu di buat pada saiz sampel data

yang begitu kecil. Saiz sampel data untuk kajian ini perlu diperbesarkan dan dikenakan ujian

statistik untuk menjaga kualiti data yang diperolehi. Ini di samping menggunakan cecair yang

lebih mewakili darah dalam kajian seterusnya.

Jurnal yang ketiga oleh Daniel A. menggunakan pendekatan teoretikal dalam

kajiannya. Pengiraan trajektori darahnya telah menghasilkan lebih daipada 5 juta bilangan

data yang boleh dilombong dengan mudah. Salah satu kelebihan pendekatan ini ialah ianya

boleh digunakan pada kedua-dua kategori sumber kesan darah iaitu tembakan dan impak

objek keras. Ia adalah satu alat yang berguna untuk pengamal BPA mencari kebarangkalian

kedudukan sumber darah yang asal. Jurnal ini juga mempunyai 2 bilangan data daripada

eksperimen tembakan yang dijalankan di samping 4 lagi data yang diambil dari sumber lain

yang dibandingkan dengan sampel data teoretikalnya. Lebih banyak data eksperimental yang

diperlukan untuk dibandingkan dengan data teoretikalnya yang cukup ekstensif. Rajah 1 di

bawah menunjukkan rumusan perbandingan ketiga-tiga jurnal ini dalam aspek yang telah

dibincangkan.

8
Hanya jurnal ketiga sahaja yang ada membuat perbandingan antara data hasil kajian

dan data dari kes jenayah forensik sebenar, walaupun sampel data tersebut hanya satu sahaja.

Jurnal pertama dan kedua hanya membandingkan data yang diperolehi oleh kajian mereka

dengan data dari jurnal-jurnal yang lain. Kekurangan berbandingan antara data daripada

kajian dengan data dunia sebenar menjadikan teknik BPA yang dipraktikkan sekarang

melemahkan posisinya sebagai bukti yang kukuh dalam perbicaraan mahkamah. Lebih

banyak lagi kajian yang melibatkan data dunia sebenar perlu dijalankan bagi meningkatkan

keberkesanan kaedah BPA ini.

Jurnal 1 2 3
Teoretikal X X O
Bentuk Kajian
Eksperimental O O O
Impak Objek O X O
Sumber Darah
Tembakan X O O
Bilangan data diperolehi 140 4 5 juta
Perbandingan antara teori dengan eksperimen X X O
Perbandingan antara data kajian dengan data jurnal lain O X O
Perbandingan antara data kajian dengan data dunia sebenar X X O
Nota: O = Ya, X = Tidak

Jurnal 1: Determination of the maximum distance blood spatter travels from a vertical

impact.

Jurnal 2: Effect of different bullet calibers and target distances on blood spatter.

Jurnal 3: Charts based on millions of fluid dynamics simulations provide a simple tool to

estimate how far from its source specific blood stain can be found.

Jadual 1: Rumusan penilaian terhadap ketiga-tiga jurnal dalam beberapa aspek penting.

5. Rujukan

9
[1] A Simplified Guide To Bloodstain Pattern Analysis. National Forensic Science

Technology Center (dicapai pada 14 Mei 2021)

http://www.forensicsciencesimplified.org/blood/BloodstainPatterns.pdf

[2] Committee on Identifying the Needs of the Forensic Sciences Community, National

Research Council (2009). Strengthening Forensic Science in the United States: A Path

Forward. National Academies Press.

[3] Brodbeck, Silke (2012). Introduction to Bloodstain Pattern Analysis, SIAK-Journal

-Journal for Police Science and Practice (Vol. 2), 51-57, Online:

http://dx.doi.org/10.7396/IE_2012_E.

[4] Flight, C., Jones, M., & Ballantyne, K. N. (2018). Determination of the maximum

distance blood spatter travels from a vertical impact. Forensic science international, 293, 27–

36. https://doi.org/10.1016/j.forsciint.2018.10.015

[5] Erb, V., & Sheffield, C. (2017). Effect of different bullet calibers and target distances on

blood spatter. The Journal of Undergraduate Research, 3.

[6] Attinger D. (2019). Charts based on millions of fluid dynamics simulations provide a

simple tool to estimate how far from its source a specific blood stain can be found. Forensic

science international, 298, 97–105. https://doi.org/10.1016/j.forsciint.2019.02.052

[7] Rossi, C., Herold, L.D., Bevel, T., McCauley, L. and Guadarrama, S. (2018), Cranial

Backspatter Pattern Production Utilizing Human Cadavers. J Forensic Sci, 63: 1526-1532.

https://doi.org/10.1111/1556-4029.13713

10

Anda mungkin juga menyukai