Anda di halaman 1dari 57

KEBERKESANAN KAEDAH KOPERATIF STAD TERHADAP PRESTASI DAN

MINAT PELAJAR TINGKATAN SATU DALAM TOPIK AREA.

MUHAMMAD ADHA BIN ROSLI


811008045115001
SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( MATEMATIK ) DENGAN KEPUJIAN
PPT PETALING JAYA
0133138171
DR SAFIAH BT MD YUSOF

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI


OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
KANDUNGAN MUKA SURAT

ABSTRAK 4
( BAB 1 ) MASALAH KAJIAN
1.1 Pengenalan 5
1.2 Latar Belakang 6

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Kerangka konseptual 8


1.5 Tujuan Kajian
9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Takrifan Istilah 11
1.9 Rumusan 14

( BAB 2 ) TINJAUAN LITERATUR


2.1 Pengenalan 15
2.2 Literatur Berkaitan 15
2.3 Kajian Berkaitan
17
2.4 Rumusan 18

( BAB 3 ) METODOLOGI KAJIAN


3.1 Pengenalan 19
3.2 Reka bentuk kajian 20

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 21


3.4 Instrumen Kajian 21
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 22
3.6 Prosedur Analisa Data 22

2
3.7 Rumusan 24

( BAB 4 ) ANALISIS DATA


4.1 Pengenalan 24
4.2 Profil Responden 26
4.3 Analisa Kajian 26
4.4 Dapatan Skor Ujian Pra dan Ujian Pos 27
4.5 Dapatan Soal Selidik 32
4.6 Rumusan 33

( BAB 5 ) PENUTUP
5.1 Pengenalan 34
5.2 Ringkasan Kajian 34
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 35
5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian 37
5.5 Implikasi Dapatan Kajian 38
5.6 Cadangan 39
5.7 Rumusan 40

RUJUKAN 41

LAMPIRAN
Lampiran A ( Soal Selidik )
45
Lampiran B ( Ujian Pra ) 46
Lampiran C ( Ujian Pos ) 51
Lampiran D ( Contoh RPH ) 56

3
ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan Pembelajaran


Koperatif ( PK ) STAD dapat meningkatkan prestasi pelajar dan menarik minat pelajar
kepada subjek Matematik khususnya dalam topic Area. Terdapat beberapa objektif yang
telah disasarkan dalam kajian ini. Bagi mencapai objektif berkenaan ia telah dibantu oleh
beberapa ujian. Iaitu Ujian Sikap dan Prestasi Pra serta Ujian Sikap dan Prestasi Pos.

Secara keseluruhanya kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan Satu di Sekolah


Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang
pelajar yang mempunyai pencapaian agak rendah dalam mata pelajaran matematik. Dua
teknik pengajaran dan pembelajaran digunakan.

Satu kumpulan ( 1 Amanah ) diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran


secara Pembelajaran Koperatif (PK) - STAD iaitu murid belajar secara berkumpulan
dimana mereka digalak bersoal jawab dan berbincang dalam aktiviti pembelajaran
mereka. Ia adalah berpusatkan murid.

Kumpulan yang satu lagi (1 Maju ), tidak menggunakan kaedah koperatif.


Mereka dijadikan kelas kawalan dan menjalankan pembelajaran seperti biasa iaitu secara
tradisional yang berpusatkan guru.

Kedua-dua kumpulan kemudiannya akan diuji dengan soalan ujian yang sama
untuk melihat pencapaian kedua-dua kumpulan. Data akan dianalisis untuk dijadikan
bahan dapatan yang perlu disimpulkan sebagai satu keputusan kajian.

4
Segala dapatan daripada ujian-ujian yang telah dilaksanakan dianalisis secara
kuantitatif. Ia bagi mendapatkan jawapan samada Pembelajaran Koperatif ( PK ) STAD
mampu meningkatkan prestasi murid dan sekaligus menarik minat murid terhadap
Matematik terutama bagi topic Area.
( BAB 1) MASALAH KAJIAN

1.1      PENGENALAN
 
Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif ini adalah menggunakan idea ‘perancah’
(scaffolding) dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana pelajar yang cerdas
telah membimbing pelajar yang lambat  (peer group teaching)  dalam zon perkembangan
proksimal.  Pada kebiasaannya, pengajaran dan bimbingan oleh rakan sebaya lebih
berkesan daripada bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru kerana pemikiran lateral
telah digunakan oleh rakan pelajar yang lebih mahir.

1.2        LATAR BELAKANG KAJIAN


 
Matlamat utama pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah untuk menjadikan
pengajaran lebih efektif, di mana pelajar dapat memperolehi pengetahuan,
mempertingkatkan pemahaman dan memantapkan lagi tahap pemikiran sepenuhnya.
Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan.
 
Walaupun terdapat pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran
koperatif dipilih untuk mengurangkan jurang antara pelajar supaya pelajar tidak merasa
tersisih dengan rakan sebaya serta meningkatkan pencapaian akademik dan mengeratkan
perhubungan antara individu dengan bekerjasama dalam kumpulan.
 
Kaedah ini juga telah membantu pelajar yang lemah dan mempunyai masalah
berinteraksi untuk menampilkan diri dalam kumpulan kecil semasa latihan matematik dan
kemahiran kolaboratif diutamakan. Justeru itu, pembelajaran koperatif digunakan
sepenuhnya untuk menggalakkan peningkatan pembelajaran matematik samada bagi

5
pelajar yang berkebolehan dan lemah matematik (Slavin,Leavey,& Madden,1984;Slavin,
Madden & Leavey, 1984).

1.3 PENYATAAN MASALAH

Matapelajaran Matematik merupakan matapelajaran teras dan sangat penting kepada


pelajar. Bagaimanapun, didapati prestasi pelajar dalam matapelajaran Matematik masih
lagi di tahap yang kurang memuaskan. Ditambah lagi dengan penggunan Bahasa
Inggeris di dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Sehubungan itu,
cadangan kajian ini adalah bertujuan untuk memperbaiki prestasi pelajaran Matematik
dan hendak mengkaji sejauhmana keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif STAD
dalam matapelajaran Matematik amnya dan topik Area khususnya.

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh para guru matematik ialah kegagalan
pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam Matematik. Bergabung
dengan masalah kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sederhana dan lemah
serta pelbagai tahap pencapaian, situasi menjadi semakin rumit untuk ditangani oleh
guru-guru yang masih meneruskan kepada kaedah mengajar yang berpusatkan guru
sahaja. Ditambah lagi dengan topik yang diajar adalah topik baru kepada pelajar iaitu
Area. Keadaan ini memerlukan pelajar benar-benar faham apa yang disampaikan oleh
guru.
Oleh itu, perlu wujud keperluan yang mendesak untuk mencari penyelesaian dengan
mencari kaedah-kaedah yang berbeza dengan apa yang biasa telah dilakukan dalam bilik
darjah.

Menurut Slavin ( dalam Noor Shah Saad, 2002) guru yang berkesan dapat dicapai
melalui pembelajaran koperatif di mana terdapat tiga ciri utama iaitu persandaran positif
antara ahli, kemahiran sosial dan tanggungjawab individu. Di sekolah, pencapaian pelajar
dalam matapelajaran Matematik didapati semakin merosot apabila murid itu melangkah
masuk ke sekolah menengah, apalagi apabila matematik itu diajar dalam Bahasa Inggeris.

6
Kebanyakan daripada guru masih mempraktikkan kaedah tradisional walaupun telah
menghadiri pelbagai kursus teknik pengajaran yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

Di Malaysia, kajian tentang kaedah koperatif telah dilakukan oleh Gan Teck Hock
(1998) dari Maktab Perguruan Sarawak, Miri telah mendapati teknik pembelajaran
koperatif sangat sesuai untuk menangani masalah penguasaan kemahiran asas matematik
dalam kelas yang terdapat daripada pelbagai tahap pencapaian.

Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran
Kaedah Kooperatif menggunakan Strategi Kumpulan Pelajar Divisyen Pencapaian
(STAD – Student Teams Acheivement Division) untuk meningkatkan prestasi pelajar
dalam mata pelajaran Matematik. Masa konteks pengkaji bersama pelajar sampel adalah
selama 10 jam dan tidak melebihi 6 minggu.

1.4       KERANGKA KONSEPTUAL 

Guru bertindak sebagai fasilatator dengan merancang  dan merangka gerak kerja
serta aktiviti pelajar dengan bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi. Pelajar
yang dipilih dimasukkan dalam beberapa kumpulan kecil haruslah heterogenus. Strategi
serta aktiviti yang dijalankan berdasarkan kepada pembelajaran koperarif di mana setiap
pelajar dalam setiap kumpulan dapat menyumbang ke arah kejayaan kumpulan mereka
dengan saling bantu-membantu untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan.
Ganjaran yang merupakan hadiah disediakan kepada kumpulan yang menang dalam
pertandingan yang dijalankan.              
Kerangka konseptual dapat diringkaskan dalam bentuk gambarajah. Berikut
merupakan kerangka konseptual yang diringkaskan.

PEMBELAJARAN
KOPERATIF MODEL - Tingkatkan pencapaian pelajar
STAD dalam topik luas segiempat.

- Mengubah sikap dan pandangan


pelajar terhadap Matematik.

7 - Meningkatkan kerjasama
dikalangan pelajar.
PEMBELAJARAN
TRADISIONAL

KERANGKA KONSEP KAJIAN


1.5 TUJUAN KAJIAN

Apabila kajian ini dijalankan, beberapa penentuan akan dicapai.  Sejauh manakah
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kaedah koperatif yang menggunakan strategi
kumpulan pelajar – divisyen pencapaian (STAD) dapat membantu pelajar dalam
mencapai pencapaian yang optima serta meningkat prestasi dan keyakinan pelajar dalam
menghadapi mata pelajaran Matematik. Di samping itu, kajian ini juga akan
berkeupayaan meninjau dan mengenalpasti perkara-perkara seperti kelemahan dan
kebaikan kaedah atau perubahan sikap dan kesanggupan pelajar dalam menerima aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berbeza yang mampu meningkat prestasi dalam
penerimaan pelajaran secara pemahaman berbanding hafalan
 
Disamping itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada kaedah pengajaran
koperatif model STAD lebih berkesan berbanding dengan cara pengajaran dan
pembelajaran tradisional. Ia juga untuk menunjukkan peningkatan minat murid terhadap
mata pelajaran Matematik.

a.Objektif Kajian

Di akhir kajian, adalah diharapkan agar beberapa objektif akan dicapai di mana
yang paling utama adalah:

1. Untuk mengkaji sejauhmana keberkesanan kaedah pengajaran koperatif      


terhadap pencapaian prestasi pelajar berbanding kaedah pengajaran tradisional.    
2. Untuk mengkaji kaedah pembelajaran koperatif mampu menarik minat pelajar
dibandingkan dengan kaedah tradisional.

8
 b.Persoalan Kajian
Dengan mencapai objektif dan tujuan yang ditentukan, pengkaji dapat
menjawab beberapa persoalan :-
1.    Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pelajar yang
mengalami pembelajaran koperatif (STAD) berbanding kaedah tradisional?   
 
2. Adakah kaedah ini mampu menarik minat pelajar terhadap matapelajaran
matematik berbanding dengan kaedah tradisional?

 
c.Hipotesis Kajian 
Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian ini, satu hipotesis nul dikemukakan:-
 
       a.  Hipotesis nul             :  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi
                                                pelajar yang mengalami pembelajaran koperatif (STAD)
                                                berbanding dengan kaedah tradisional. 
          Hipotesis alternative   :  Terdapat perbezaan prestasi pelajar yang mengalami
                                                 pembelajaran koperatif (STAD) berbanding dengan
                                                 kaedah tradisional.

b. Hipotesis nul             :  Tidak terdapat perubahan yang signifikan dalam sikap dan
minat pelajar yang menerima rawatan.
          Hipotesis alternative   :Terdapat perubahan yang signifikan dalam sikap dan minat
pelajar yang menerima rawatan.

9
1.6       KEPENTINGAN KAJIAN

Daripada kajian ini, adalah diharapkan bahawa para guru akan mendapat
maklumat mengenai kepentingan menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif. Kajian
ini dapat menjawab banyak persoalan yang selalu menjadi tanda tanya bagi para pendidik
dan pihak kementerian bagaimana untuk menjadikan pembelajaran itu lebih berkesan
demi untuk meningkatkan prestasi pelajar di samping menjadikan mata pelajaran
matematik satu mata pelajaran yang amat menyeronokkan dan meningkatkan minat
pelajar.  Kajian ini dijangka  mampu  memberi panduan alternatif kepada guru untuk
manjalankan aktiviti pengajaran sekiranya memperolehi pelajar daripada kumpulan
sederhana  atau kumpulan  yang mempunyai pelbagai tahap pembelajaran.
 
Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat tambahan   kepada guru tentang
kepentingan penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan prestasi
pelajar lemah, sederhana dan cerdas. Kajian juga sebagai panduan alternatif kepada guru
untuk menjalankan aktiviti pengajaran sekiranya memperolehi pelajar yang pelbagai
tahap pencapaian dalam pembelajaran.

1.7    BATASAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa batasan tertentu iaitu :


i)    Kajian ini dijalankan hanya di sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur sahaja.
ii)   Kajian ini hanya melibatkan satu mata pelajaran sahaja iaitu Matematik.

10
iii)  Sampel kajian terdiri daripada dua sebuah buah kelas sahaja iaitu kelas 1 Amanah
dan 1 Maju dimana bilangan pelajar setiap kelas ialah seramai 30 orang. Oleh itu, hasil
kajian tidak dapat digeneralisasikan untuk semua pelajar Tingkatan 1.
iv)  Pelajar yang terlibat dalam kajian ini hanya mewakili pelajar Tingkatan 1 pada tahun
kajian dan tidak mewakili kesemua pelajar sekolah itu.   

1.8 TAKRIFAN ISTILAH

Berikut ialah merupakan beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini :

1 Konsep
Menurut Cangelosi, 1996 konsep merupakan satu kategori yang dibina
oleh daya pemikiran manusia dengan mewujudkan satu kelas spesifik
yang memiliki satu set ciri-ciri yang sama.

2 Pembelajaran
Robert M.Gagne dalam bukunya The Condition of Learning
mendefinasikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau
kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan
yang disebabkan oleh proses pertumbuhan.

Menurut Morgan dan King dalam bukunya Introduction to Psychology


pula mentafsirkan pembelajaran sebagai tingkah laku yang kekal hasil
daripada pengalaman yang diperolehi atau latihan yang telah dijalani.

3 Penguasaan
Penguasaan merupakan proses dimana seseorang individu mampu untuk
mengaplikasi perkara-perkara baru yang diperolehi, di dalam kehidupan
seharian dan mampu mengubahsuai mengikut kesesuaian.

4 Pengajaran

11
Pengajaran ialah aktiviti atau tindakan yang praktikal dilakukan secara
sengaja dan disedari untuk membantu pembelajaran.

5 Prestasi Pelajar
Prestasi pelajar merupakan kemampuan pelajar menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran dan hanya boleh dikenalpasti melalui ujian-
ujian bulanan, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun dan sebagainya.
Dalam kajian ini, prestasi pelajar diukur melalui Ujian Pra dan Ujian Pos.

6 Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif


Menurut Salvin(1992), pengajaran dan pembelajaran koperatif sebagai
suatu kaedah pembelajaran di mana pelajar daripada berbagai-bagai
peringkat kebolehan bekerjasama dalam suatu kumpulan kecil bagi
mencapai satu matlamat.
Selain itu, pembelajaran koperatif adalah pembelajaran dalam kumpulan
heterogenius di mana biasanya terdapat pelajar cerdas dan pelajar lemah.
Dalam aktiviti pembelajaran, pelajar cerdas dikehendaki membantu pelajar
lemah. Pelajar cerdas telah berusaha membantu pelajar lemah bersungguh-
sungguh, kerana untuk menjadikan suasana lebih mementingkan
kerjasama, markah yang diperoleh setiap individu dalam kumpulan akan
menjadi markah kumpulan. Semangat kerjasama akan menjadi semakin 
tinggi untuk memastikan markah yang diperoleh itu tinggi jika kumpulan-
kumpulan ini dikehendaki bertanding dengan kumpulan lain.

8 Kumpulan Pelajar-Divisyen Pencapaian (STAD)


STAD atau Kumpulan Pelajar- Divisyen Pencapaian digunakan sebagai
strategi dalam Kaedah Pembelajaran Koperatif untuk menangani masalah
pembelajaran pelajar dari pelbagai keupayaan akademik.  Setiap kumpulan

12
yang terdiri daripada 4 atau 5 orang ahli akan diberi tugasan untuk dikaji
dan dibincang di kalangan mereka. Ahli kumpulan yang akan saling
membantu antara satu sama lain juga  dapat meningkatkan pencapaian
mereka. Selepas tempoh perbincangan tamat, pelajar  diuji secara individu.
Kumpulan di mana ahli-ahlinya mencatat pencapaian yang tinggi
berbanding rekod yang lepas, akan diberi ganjaran. Ganjaran ini  dikumpul
untuk mengira pencapaian di akhir waktu kajian dan pemenang keseluruhan
akan diumumkan.

9 Ujian Pra
Ujian yang diberikan kepada pelajar pada permulaan kajian untuk
mendapatkan maklumat berkaitan pengetahuan sedia ada pelajar dan
pengesahan tahap penguasaan pelajar bagi sesuatu topik yang hendak
diajar. Maklumat ini dapat membantu guru merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

10 Ujian Pos
Ujian yang diberikan kepada pelajar pada akhir perlaksanaan kajian bagi
menentukan dan menilai tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
kaedah inkuiri penemuan yang dipilih.

11 Pembelajaran tradisional

Pembelajaran tradisional atau pembelajaran biasa adalah di mana guru


menyampaikan pengajaran secara kuliah kepada pelajar di dalam kelas.
Situasi kelas pula tersusun rapi dalam barisan dan guru menjadi pusat
perhatian pelajar di hadapan kelas. Strategi pengajaran dan pembelajaran
menggunakan buku teks dan berpusatkan guru di mana pelajar mendengar
semua arahan guru. Pelajar pula akan menyelesaikan latihan secara
individu (Johnson & Johnson).

13
1.9 RUMUSAN

Secara keseluruhannya bab ini menghuraikan tentang latar belakang, objektif


penyelidikan, soalan-soalan kajian, hipotesis kepentingan dan batasan kajian. Umumnya
bab ini merumus bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah
koperatif dapat meningkatkan prestasi dan minat pelajar dalam matematik di samping
menerapkan nilai semangat kerjasama antara ahli di dalam kumpulan. Didapati interaksi
antara murid dapat meningkatkan kebolehan seseorang murid itu memproses maklumat
dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid (Slavin, 1996). Secara ringkasnya,
interaksi dalam kumpulan kecil membantu murid menganalisis, berbincang dan
bersintesis idea untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman murid dalam
konteks yang lebih bermakna. Dengan ini diharap guru-guru di peringkat sekolah supaya
sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang komputer
bagi memudahkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
 

14
( BAB 2 ) TINJAUAN LITERATUR
 
2.1       PENGENALAN
Kajian ini adalah untuk mengkaji sejauhmana akan keberkesanan pembelajaran
kooperatif , STAD terhadap prestasi pelajar. Dalam bab ini, pengkaji akan
membincangkan mengenai kaedah pembelajaran kooperatif dalam matapelajaran
Matematik, serta bacaan dan kajian yang berkaitan dengan Pembelajaran Kooperatif.
 
2.2       LITERATUR BERKAITAN
Pembelajaran koperatif merupakan strategi pengajaran yang berjaya di mana
kumpulan kecil, setiap kumpulan dengan pelajar dari tahap keupayaan berbeza,
menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran untuk memperbaiki kefahaman mereka
terhadap sesuatu subjek, dalam hal ini matapelajaran Matematik. Setiap ahli kumpulan
kecil tersebut bukan sahaja perlu bertanggungjawab untuk belajar apa yang diajar, malah
turut  membantu pembelajaran rakan ahli yang lain. Dengan tidak secara langsung ini
dapat memupuk suasana berorientasikan pencapaian.
 
Dalam buku Methodologi Dalam Pengajaran Matematik, 2004, dinyatakan lima
strategi Pembelajaran Kooperatif, iaitu :-
(i)      Penyiasatan Kumpulan (Group Investigation)
(ii)     Kumpulan Pelajar-Divisyen Pencaoaian (STAD- Student Teams-Achievement
          Division.
(iii)    Kumpulan-Permainan-Kejohanan (TGT – Teams-Games-Tournament)
(iv)    Kumpulan-Membantu Individu (TAI – Team Assisted Individualization)

15
(v)     Jigsaw
Lebih daripada 70 kajian yang ditaja, telah membuat kerja penyiasatan dan bahagian
ikhtisas pendidikan juga telah membuktikan bahawa pembelajaran kooperatif adalah
sangat berkesan. Kajian ini telah tercatat dalam internet (http;//www.ed.
gov/pub/OR/consumer guide).

Pembelajaran  kooperatif terbahagi kepada tiga komponen iaitu : persediaan


pelajaran, pengajaran pelajaran dan penilaian pelajaran.
Semasa peringkat persediaan pelajaran guru:-
  a.    memilih tajuk dan objektif yang sesuai untuk aktiviti pembelajaran koperatif
  b.    merancang aktiviti
  c.    mengenalpasti cara untuk mengalakkan elemen pembelajaran koperatif
  d.    mengenalpasti  peranan
  e.    membentuk kumpulan.

 Untuk mengenalpasti objektif kandungan Matematik untuk pengajaran, guru


boleh menguji dari pelbagai sumber, contohnya;
1.   Buku Panduan Kurikulum
2.   Buku Teks Matematik  Tingkatan Satu
3.   Maklumat Penilaian dari Temuduga
4.   Ujian Rujukan Kriteria
5.   Analisis Kesalahan
 
Objektif kolaboratif, bergilir-gilir boleh dilihat dari Panduan Kurikulum dan rujukan lain
(e.g., Jackson,Jackson & Monroe, 1983; McGinnis & Goldstein, 1984; Walker et al.,
1983).  Di samping itu, interaksi dan tingkahlaku kumpulan pelajar dipantau untuk
memastikan kemahiran kolaboratif (seperti mendengar, berkongsi, ambil peranan,
menanyakan soalan, pengawalan diri, kata sepakat, menyumbang idea) adalah keperluan
tambahan untuk membolehkan pelajar berjaya kearah melengkapkan tanggungjawab
kepada kumpulan.

16
Menurut Johnson et al.(1994), terdapat lima elemen asas pembelajaran kooperatif:
1.  Pergantungan antara ahli yang positif
2.  Interaksi bersemuka
3.  Kebertanggungjawapan
4.  Tingkahlaku kumpulan
5.  Pengurusan dalam kumpulan
Pada Peringkat kedua iaitu persediaan pelajaran, aspek yang penting adalah peranan guru.
Guru perlu :-
a.      mempunyai pelajar yang boleh bergerak pantas selepas arahan langsung.
b.      bersedia dengan aktiviti dan bahan
c.      mengawasi perkembangan pelajar dalam kumpulan
d.      peneguhan apabila berlakunya tingkahlaku kolaboratif.
 
Pada peringkat ketiga, iaitu peringkat  penilaian pelajaran, guru boleh menilai dengan:-
a.      memantau pelajar semasa aktiviti pembelajaran kooperatif
b.      mengadakan tugas individu mengikut aktiviti pembelajaran kooperatif
c.      menanyakan pelajar apakah sumbangannya dalam kumpulan (penilaian kendiri)
 
Sebagai langkah terakhir, apabila aktiviti Pembelajaran Kooperatif tamat, guru telah
mentadbir ujian individu untuk mengenalpasti sejauh mana pelajar telah meningkat dalam
matapelajaran Matematik. (post-test)
 

2.3       KAJIAN BERKAITAN


Dengan menggunakan  aktiviti Pembelajaran Kooperatif, guru dapat membantu
pelajar untuk membuat perhubungan antara tahap konkrit dan abstrak melalui interaksi
rakan dalam kumpulan dan rekabentuk aktiviti yang menarik.
Walaupun kebanyakan kajian contohnya seperti Johnson & Johnson, 1986, menyokong
bahawa pembelajaran kooperatif adalah lebih efektif untuk pelajar lemah di dalam
sesebuah kumpulan dan menggalakkan persetujuan antara pelajar dalam kumpulan,

17
namun terdapat juga beberapa pengkaji yang berfikiran lain.. Oleh itu, dalam kumpulan
Pembelajaran Kooperatif, dengan arahan yang sempurna dan persediaan yang sempurna
(i.e. kemahiran sebelum memberi arahan langsung), pelajar yang lemah pun akan dapat
bermanfaat dalam matapelajaran Matematik melalui interaksi rakan sebaya .

 
Pembelajaran koperatif adalah susunan arahan yang popular untuk pengajaran Matematik
untuk pelajar cerdik dan lemah. Gandingan dengan arahan langsung, Pembelajaran
koperatif adalah jaminan sebagai tambahan kepada arahan buku teks dengan memberi
peluang kepada pelajar lemah dengan kemahiran matematik dan konsep, sebab dan
penyelesaian masalah dengan rakan sekumpulan, menggunakan bahasa matematik untuk
membincang konsep dan membuat perkaitan dengan kemahiran lain. Pembentukan
pembelajaran yang baik, menggunakan komponen persediaan pelajaran, pengajaran
pelajaran dan penilaian pelajaran boleh menawarkan pelajar yang lemah peluang dalam
pengajaran matematik. (Diane Pedrotty Rivera, The University of Texas, 1996)
 

2.4        RUMUSAN
Kesimpulannya, telah banyak kajian kes dijalankan oleh para pengkaji dan kajian tersebut
menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif menunjukkan banyak kebaikan jika
dibandingkan dengan pembelajaran secara individu atau tradisional. Selain itu juga
wujudnya kesan yang positif terhadap pelajar dari segi sikap, minat, keseronokan dalam
mempelajari mata pelajaran matematik dengan lebih mendalam dan peningkatan
pencapaian dalam kemahiran penyelesaian masalah dan aktiviti metakognitif.

Pembelajaran koperatif dikatakan dapat menambah minat pelajar terhadap pelajaran


kerana ia adalah proses yang melibatkan pelajar secara aktif. Adalah diharapkan strategi
ini dapat memupuk semangat bekerjasama dikalangan para pelajar di mana pelajar yang
pintar akan membimbing pelajar yang lembam. Seterusnya dapat meningkatkan
pencapaian pelajar Tingkatan Satu khususnya dalam matapelajaran Matematik.

18
( BAB 3 ) METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai hubungan ke atas penggunaan kaedah
pembelajaran secara koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap minat dan
prestasi pelajar di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa. Dalam
kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran bagi tajuk subjek matematik tingkatan satu iaitu tajuk Area.

Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai hubungan ke atas pembelajaran
Koperatif (STAD) terhadap minat dan prestasi pelajar. Kaedah yang akan digunakan
ialah kaedah bekerjsama dalam satu kumpulan kecil. Bagi tinjauan kajian, bab ini akan
membincangkan mengenai rekabentuk kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data dan
tatacara penganalisa data.

 
3.2     REKA BENTUK KAJIAN
       
Pengkaji memilih sampel dengan menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi kerana ia
melibatkan dua kelas yang berbeza dalam tingkatan 1 dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Puteri Titiwangsa.

Kajian Kaedah Pembelajaran Koperatif (STAD) ke atas bilangan pelajar seramai 30


orang daripada Tingkatan 1 kelas yang pertama, pengkaji akan melihat sejauh mana

19
sampel pelajar ini dapat meningkatkan kefahaman konsep Matematik dan seterusnya
meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran Matematik jika dibandingkan
dengan  sampel pelajar dari Tingkatan 1 bagi kelas yang ke kedua yang menjalani
pengajaran Kaedah Tradisional.

Sampel pelajar dari kedua-dua kelas diberi ujian pra  sebelum kajian dimulakan.
Keputusan ujian akan  dijadikan sebagai pengukur  di mana pengkaji akan menyediakan
segala aktiviti yang berasaskan Kaedah Pembelajaran Koperatif untuk sampel pelajar dari
kelas yang pertama. Kelas yamg kedua hanya dijadikan kelas kawalan dan diajar secara
kaedah tradisional.

Kajian berasaskan Kaedah Pembelajaran Koperatif akan dijalankan selama 10 jam dan di
akhir kajian, ujian pos akan dikendalikan terhadap pelajar-pelajar sampel dari kedua-dua
kelas. Reka bentuk kajian diringkaskan seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1
Reka bentuk Kajian
Kumpulan Sebelum Semasa Selepas

Rawatan Ujian pra sikap Rawatan Ujian pos sikap


( 1 Amanah ) Ujian pra pencapaian Ujian pos pencapaian
Kawalan Ujian pra sikap - Ujian pos sikap
( 1 Maju ) Ujian pra pencapaian Ujian pos pencapaian

20
3.3       POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN  

Sekolah yang akan dibuat kajian ini, mempunyai 9 buah kelas Tingkatan 1 yang hampir
kesemuanya adalah pelajar Melayu.  Namun begitu kajian hanya meliputi 2 buah kelas
sahaja. Kelas yang akan diambil untuk dikaji adalah dua buah kelas yang mempunyai
hampir sama bilangan murid dan prestasi pencapaiannya. Maklumat tersebut diperolehi
melalui guru kelas bagi kedua-dua kelas tersebut. Sampel yang dipilih adalah seramai 60
orang.

Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 daripada kelas yang
agak lemah iaitu sebagai kumpulan eksperimen (1 Amanah) dan kumpulan kawalan
(1 Maju). Semua pelajar di dalam (1 Amanah) dipilih sebagai sampel kajian untuk
mengkaji keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif. Pelajar daripada kelas
(1 Maju) dijadikan kumpulan kawalan. Pelajar Tingkatan 1 dipilih kerana mereka tidak
terlibat dengan peperiksaan umum dan tajuk dan kandungan matematik Tingkatan 1
hanya menguji pengetahuan matematik asas sahaja.

3.4      INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:-
1.         Kajian akan dimulakan dengan pelajar dikemukakan ujian pra  untuk mengetahui
            tahap dan taraf pencapaian pelajar dalam Matematik bagi kedua-dua kumpulan
            eksperimen dan kawalan. Sebanyak 10 soalan telah disediakan. Setiap item yang
            betul akan diberikan skor 10 markah dan item yang salah akan diberikan skor 0.
Jumlah skor yang diperolehi oleh responden kemudiannya ditukar ke bentuk
peratus supaya lebih mudah ditafsirkan. 
2.         Untuk mengetahui minat dan sikap pelajar terhadap matematik serta maklumat
            tentang latar belakang pelajar soalan dalam bentuk soal selidik akan dikemukakan

21
pada awal dan semasa akhir kajian untuk kedua-dua kumpulan.
3.         Selepas tamat tempoh kajian, soalan ujian pos dijalankan mengikut tajuk
            yang telah diajar oleh pengkaji iaitu luas segiempat. Ujian ini khususnya adalah
            untuk melihat keberkesanan Kaedah Koperatif yang telah dijalankan berbanding
            dengan Kaedah Tradisional. Soalannya hampir menyerupai soalan ujian pra dan
            cara analisa pun sama seperti ujian pra.
 
 
3.5     PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
 
Proses pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas yang
pertama di mana pelajar-pelajar tersebut yang akan mengambil ujian pra, seterusnya 
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran koperatif STAD selama 5 minggu berturut-
turut untuk 2 waktu dalam seminggu. Pengkaji mengambil masa guru Matematik kelas
tersebut. Pengkaji membekalkan pelajar dengan borang soal selidik (Lampiran A) untuk
mengetahui latar belakang dan minat pada waktu pertama hari pertama di dalam kelas
tersebut.  Pengkaji juga telah menggunakan 1 waktu dalam minggu pertama untuk
menjalankan ujian pra (Lampiran B) dan ujian pos (Lampiran C) akan dijalankan pada
minggu kelima. Untuk menjamin kesahan kajian ini, pelajar telah diingatkan supaya tidak
meniru dan bersikap jujur dengan memberi  maklumat-maklumat yang tepat.

 
3.6      PROSEDUR ANALISA DATA

Proses penganalisaan data ini akan dibuat secara terperinci bermula dengan
mencari peratusan kelulusan keseluruhan sehinggalah menganalisa kemantapan pelajar
daripada setiap item soalan bagi kedua-dua kelas tersebut. Walaupun kelas yang kedua
hanya dijadikan kelas  kawalan , kedua-dua ujian akan diberikan kepada kedua-dua kelas
tersebut untuk membanding beza keberkesanan pengajaran  secara koperatif  dengan
kaedah tradisional.

22
Maklumat mengenai markah dan gred pelajar dalam ujian pra adalah untuk
melihat keupayaan awal pelajar. Maklumat ini juga akan digunakan untuk mencari
hubungan antara keberkesanan pembelajaran koperatif  STAD dan prestasi pelajar. Data
yang dikumpul daripada soalan ujian pra dan ujian pos akan dianalisa berdasarkan skema
pemarkahan.  

 Setiap item soalan yang dikemukakan kepada pelajar akan dianalisa  secara
terperinci menggunakan kriteria di atas supaya satu analisa yang jelas dapat dilakukan
untuk mengetahui perkembangan pelajar di akhir kajian. Kerja berpasukan juga tidak
diabaikan kerana ia adalah yang paling utama dalam pembelajaran koperatif. Oleh itu,
guru boleh melihatnya dari semasa ke semasa sepanjang pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.   

Setelah memeriksa kertas ujian pra dan pos berdasarkan kriteria di atas, beberapa
analisa dilakukan. Analisa ujian pos akan dibuat untuk membandingkan keputusan
markah min bagi kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Setiap keputusan
direkodkan. Tujuannya ialah untuk melihat keberkesanan pengajaran koperatif
berbanding dengan kaedah tradisional.
 
 Data yang dikumpul akan dianalisis berdasarkan skema permarkahan yang
ditetapkan oleh pengkaji. Oleh yang demikian, perbandingan boleh dibuat sebelum dan
selepas sesi intervensi dijalankan. Penganalisaan ini akan menentukan kejayaan kajian
yang dijalankan. Skema pemarkahan yang akan digunakan oleh pengkaji adalah seperti
berikut :

GRED MARKAH
A 80-100
B 65-79
C 50-64
D 40-49
E 0 - 39

23
3.7 RUMUSAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk quasi eksperimen yang terdiri 2 kumpulan iaitu
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan menduduki ujian
pra. Kumpulan eksperimen akan menerima proses pengajaran dan pengajaran dengan
menggunakan kaedah koperatif (STAD) manakala kumpulan kawalan hanya akan diajar
secara tradisional.

Responden akan diminta menjawab soalan-soalan ujian pos dan borang soal selidik. Bagi
kumpulan kawalan, mereka hanya mengikuti pembelajaran biasa dan turut menduduki
ujian pos yang sama dan melengkapkan soal selidik yang diberikan. Data yang akan
diperolehi, dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferens dengan bantuan program
SPSS.

24
(BAB 4) DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Pada bab yang lalu telah pun diterangkan iaitu penyelidikan yang dijalankan ini

melibatkan dua buah kelas tingkatan satu. Satu kelas diletakkan di bawah kumpulan

eksperimen dan yang satu lagi adalah kumpulan kawalan. Setiap kumpulan mempunyai

30 orang pelajar. Kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan terbentuk daripada

pelajar-pelajar yang sedia ada di dalam kelas masing-masing dan mempunyai tahap

keupayaan yang hampir sama pencapaiannya berdasarkan ujian bulanan yang lepas.

Dalam penyelidikan ini, pelajar kumpulan eksperimen diajar secara Kaedah Koperatif

(STAD) dalam tajuk Area. Manakala kumpulan kawalan hanya diajar dengan

menggunakan kaedah tradisional. Pelajar-pelajar ini diuji terlebih dahulu dengan

menggunakan instrumen ujian pra tentang penguasaan tajuk pecahan. Selepas

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah

koperatif ke atas kumpulan eksperimen dan kaedah tradisional ke atas kumpulan

kawalan, penguasaan pelajar-pelajar diuji sekali lagi melalui ujian pos dan soalan kaji

selidik. Bab ini memaparkan data-data yang akan dianalisis secara statistik yang telah

diperolehi oleh kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Penganalisis statistik ini

akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu profil responden dan analisa data.

25
4.2 PROFIL RESPONDEN

Kajian ini melibatkan seramai 60 orang pelajar Tingkatan satu di di Sekolah Menengah

Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Semua pelajar yang terlibat dalam kedua-

dua kelas adalah pelajar perempuan. Ini kerana sekolah ini merupakan sekolah aliran

perempuan sahaja. Berdasarkan kepada latar belakang ekonomi, rata-rata pelajar adalah

dari golongan yang sederhana tetapi kukuh pendapatan ibu bapanya. Maklumat ini

diperolehi daripada guru kelas responden. Berdasarkan kepada ujian bulanan yang lepas,

kedua-dua kelas iaitu kelas eksprimen dan kelas kawalan mempunyai tahap pencapaian

yang kurang memberangsangkan. Tahap pencapaian kedua-dua kelas ini juga hampir

sama.

4.3 ANALISA KAJIAN

Seterusnya analisa kajian data yang telah dijalankan serta laporan hasil ujian hipotesis

yang menentukan keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran secara koperatif

adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah penyampaian maklumat secara

tradisional akan ditunjukkan. Ujian yang dijalankan adalah ujian yang diberikan kepada

dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dari kelas yang

berlainan setelah kedua-dua kumpulan menjalankan kaedah yang telah ditetapkan.

Keputusan hasil ujian dibuat perbandingan.

Dalam tajuk Area kumpulan eksperimen telah menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan kaedah koperatif iaitu jenis STAD manakala

kumpulan kawalan pula, diajar secara tradisional dengan menggunakan kaedah syarahan.

26
Dalam kumpulan eksperimen, guru akan membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan kecil

yang terdiri daripada pelajar yang baik prestasinya dengan pelajar yang agak lemah.

Mereka dikumpulkan dalam satu kumpulan. Ia bagi mencapai objektif agar mereka saling

bekerjasama dan saling bantu membantu. Kumpulan kawalan telah menjalankan

pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk yang sama dengan menggunakan kaedah

tradisional secara penyampaian maklumat melalui syarahan dan lakaran di papan putih.

Setelah selesai kedua-dua kumpulan menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran, ujian pos telah diadakan untuk pelajar-pelajar tersebut. Markah-markah

ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dikumpulkan.

Data kedua- dua kumpulan Eksperimen dan Kawalan diuji dengan mencari min, sisihan

piawai, varians populasi dan ujian t dengan menggunakan program SPSS.

4.4 DAPATAN SKOR UJIAN PRA DAN UJIAN POS

Jadual 4.1 Pengredan dan Pentafsiran Skor Ujian Pra dan Ujian
Pos
____________________________________________________________
Skor Gred Tahap pencapaian
____________________________________________________________
80 - 100 A Cemerlang
67 - 79 B Baik
55 – 66 C Memuaskan
40 – 54 D Lemah
0 - 39 E Sangat lemah
____________________________________________________________
Skor E dikira gagal

27
Berikut adalah merupakan keputusan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan:
Jadual 4.2 : Gred Skor Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Kelas Eksperimen

Gred Ujian Pra Peratusan Ujian Pasca Peratusan


_____________________________________________________________________

A 0 0.0 6 20.0
B 0 0.0 11 36.7
C 1 3.3 4 13.3
D 14 46.6 6 20.0
E 15 48.6 3 10.0
______________________________________________________________________

Jadual 4.3 : Gred Skor Ujian Pra dan Pos Bagi Kelas Kawalan
_____________________________________________________________________
Gred Ujian Pra Peratusan Ujian Pasca Peratusan
_____________________________________________________________________
A 0 0 0 0
B 0 0 0 0
C 5 16.7 6 20.0
D 20 66.6 21 70.0
E 5 16.7 3 10.0
______________________________________________________________________
Berdasarkan dalam Jadual 4.2 dan 4.3 tidak ada seorang pelajar pun yang mendapat gred
A dan B bagi Ujian Pra. Pengetahuan sedia ada pelajar bagi topik ini adalah rendah.
Walaubagaimanapun keputusan ujian pra bagi kelas kawalan adalah lebih baik daripada

28
kelas eksperimen. Ini dapat kita lihat di mana hanya 1 orang(3.3%) sahaja yang mendapat
gred C bagi kelas eksperimen manakala 14 orang(46.6%) pelajar mendapat gred D dan 15
orang(48.6%) lagi mendapat gred E. Keputusan kelas kawalan adalah lebih baik
berbanding dengan kelas eksperimen di mana prestasi responden yang mendapat
sekurang-kurangnya gred C adalah seramai 5 orang(16.7%). Bilangan responden yang
mendapat gred D adalah seramai 20 orang (66.6%) dan gred E pula seramai 5 orang
(16.7%) pelajar.

Keputusan ujian pos pula, menunjukkan perbezaan yang ketara di mana kedua-dua
kumpulan pelajar, pretasi mereka telah meningkat. Bagi kumpulan kawalan bilangan
responden yang mendapat gred C meningkat dari 5 orang(14.3%) kepada 8 orang(22.9%)
dan bagi gred D pula ianya telah meningkat kepada 21 orang(60%) manakala bagi gred E
turun kepada 6 orang(17.1%) sahaja. Peningkatan yang amat memberangsangkan dapat
kita kesan di dalam kelas eksperimen di mana 6 orang(17.1%) pelajar mendapat gred A
dan 11 orang(31.4%) pelajar mendapat gred B. Di dalam ujian pra tidak ada seorang
pelajarpun yang mendapat gred A ataupun B. Bilangan pelajar yang mendapat gred C
juga telah meningkat daripada seorang kepada 7 orang(20%). Ini menyebabkan bilangan
responden yang mendapat gred D dan E telah turun kepada 8 orang(22.9%) dan 3
orang(8.6%).

Dalam ujian pos jumlah responden yang lulus dalam kumpulan eksperimen ialah
seramai 30 orang ( 91.4%). Jumlah ini adalah lebih baik dibandingkan dengan kumpulan
kawalan yang jumlah respondennya yang lulus ialah seramai 29 orang sahaja (82.9%).
Jumlah responden yang gagal dalam kumpulan eksperimen pula ialah seramai 3 orang
(8.6%) manakala kumpulan kawalan seramai 6 orang (17.1%). Ini menunjukkan
pencapaian kumpulan eksperimen adalah jauh lebih baik berbanding kumpulan kawalan.

29
4.4.1 Analisa Perbandingan Skor Min Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimen dan
Kumpulan Kawalan.

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat samada berlakunya perbezaan yang
signifikan bagi kumpulan eksperimen dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Kedua-
dua kumpulan didapati prestasi pelajar meningkat bagi ujian pos dibandingkan dengan
ujian pra tetapi keberkesanan pengajaran menggunakan kaedah koperatif boleh
ditentukan menggunakan Ujian T. (Rujuk Lampiran T-Test : Perbandingan Skor Min
Ujian Pos antara Kumpulan Eksperimen dengan Kumpulan Kawalan)

Jadual 4.4 : Skor Min Ujian Pra Dan Pos bagi Kumpulan Eksperimen Dan
Kumpulan Kawalan

Ujian pra Ujian pos

Kumpulan N Min SD Min SD

Eksperimen 30 40.29 7.24 62.91 18.34


Kawalan 30 42.60 10.52 48.17 9.20

Berdasarkan jadual di atas didapati nilai sisihan piawai Dalam Ujian Pra bagi
kumpulan eksperimen adalah sebanyak 7.24. Nilai yang kecil ini menunjukkan serakan
data (markah pelajar) yang diperolehi mempunyai kepadatan yang tinggi. Apabila kita
bandingkan dengan Ujian Pos, nilai sisihan piawai telah mencecah sehingga 18.34. Di
sini kita dapat mengetahui bagi Ujian Pos, markah yang diperolehi lebih terserak
daripada minnya iaitu kepadatannya semakin berkurang. Perkara yang sama tidak berlaku

30
bagi kumpulan kawalan. Sebaliknya sisihan piawai Ujian Pra adalah sebanyak 10.52 dan
menurun kepada 9.20. Ini bererti serakan data tidak berlaku dan kepadatannya masih
tertumpu pada min.

Jika dilihat dalam ujian pra, min bagi kumpulan kawalan adalah lebih tinggi
berbanding dengan kumpulan eksperimen. Min bagi kumpulan eksperimen adalah 40.29
manakala bagi kumpulan kawalan min yang diperolehi adalah 42.60. Tetapi di dalam
ujian pos pula, didapati terdapat perbezaan min yang agak ketara di antara kumpulan
eksperimen dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Berbanding dengan ujian pra, min
bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan.
Min bagi kumpulan eksperimen telah meningkat kepada 62.91 dengan sisihan piawainya
18.34. Ini menunjukkan peningkatan prestasi pelajar sebanyak 22.62. Min bagi kumpulan
kawalan juga telah meningkat dari 42.60 kepada 48.17. Peningkatan sebanyak 5.57
sahaja. Nilai sisihan piawai juga agak rendah dibandingkan dengan kumpulan eksperimen
iaitu sebanyak 9.20 sahaja.
Ini jelas membuktikan hipotesis alternative diterima pakai dan hipotesis nul ditolak
sama sekali. Mengikut hipotesis alternatif, terdapat peningkatan prestasi pelajar yang
mengalami pembelajaran koperatif (STAD) berbanding dengan kaedah tradisional.
Apabila kita merujuk kepada Ujian T, kita mendapati nilai t adalah 4.251 dan nilai
signifikan p ialah 0.000. Ini jelas menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian secara
signifikan antara pelajar kumpulan yang menerima pembelajaran koperatif dibandingkan
dengan pelajar kumpulan yang menggunakan kaedah tradisional.

31
4.5 Dapatan Soal Selidik

Dalam bahagian ini kajian soal selidik telah dijalankan untuk mengetahui minat dan
sikap pelajar terhadap pengajaran Matematik menggunakan Kaedah Pembelajaran
Koperatif berbanding dengan Kaedah Pembelajaran Tradisional. Borang Soal-Selidik
telah diberikan kepada kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan. Dapatan daripada
kajian soal-selidik direkodkan ke dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5
Nombor Min Min
Soalan Kumpulan Kumpulan
Eksperimen Kawalan
Soalan 1 3.34 2.55
Soalan 2 3.67 3.06
Soalan 3 3.12 2.78
Soalan 4 3.22 2.22
Soalan 5 3.88 1.98
Soalan 6 3.56 2.56
Soalan 7 3.77 1.66
Soalan 8 3.22 1.89
Soalan 9 3.52 2.34
Soalan 10 3.09 2.13
Purata min 3.44 2.32

Min diperolehi dengan menggunakan pilihan 1,2,3 dan 4 bagi 10 soalan kaji selidik
(Lampiran A). Untuk pilihan 1,2, 3 dan 4 skor yang diberikan juga adalah sama. Skor
min dan purata skor min yang diperolehi bagi kedua-dua kumpulan eksperimen dan
kawalan adalah seperti dalam jadual di atas.
Intepretasi skor min tentang minat dan sikap pelajar bagi kumpulan eksperimen dan
kawalan terhadap Matematik berdasarkan kepada skala di bawah :

32
Jadual 4.6 : Skala Pengukuran Skor Min Bagi Setiap Item

Skor Min Interpretasi


1.00 – 2.00 Minat dan tahap penerimaan serta kesediaan pelajar yang rendah.
2.00 – 3.00 Minat dan tahap penerimaan serta kesediaan pelajar yang sederhana.
3.00 – 4.00 Minat dan tahap penerimaan serta kesediaan pelajar yang tinggi

Skor min bagi setiap soalan bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi
berbanding kumpulan kawalan. Bagi setiap soalan, skor min bagi kumpulan eksperimen
adalah melebihi 3.00 menunjukkan minat dan tahap penerimaan serta kesediaan pelajar
yang tinggi manakala bagi pelajar kumpulan kawalan pula, majoriti skor min serta skor
purata min adalah di antara 2.00-3.00. Ini menunjukkan minat dan tahap penerimaan serta
kesediaan pelajar yang sederhana sahaja. Minat pelajar dalam kumpulan eksperimen
adalah jauh lebih baik dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Purata skor min adalah
3.44 untuk kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi dibandingkan dengan dengan
kumpulan kawalan sebanyak 2.32

4.6 RUMUSAN

Berdasarkan dapatan-dapatan kajian di atas dapatlah dirumuskan bahawa


penggunaan kaedah Strategi Kumpulan Pelajar Division Pencapaian (STAD Student
Teams Achievement Division) dalam pembelajaran matematik telah dapat meningkatkan
pencapaian pelajar berbanding dengan kaedah tradisional. Kaedah ini juga dilihat
mampu untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari matematik dengan lebih
mendalam yang selama ini mereka anggap sebagai satu mata pelajaran yang sangat sukar
untuk difahami apatah lagi dikuasai.

( BAB 5 ) PENUTUP

33
5.1 PENGENALAN
Hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian telah dibentangkan dalam bab
keempat. Bab ini pula, sebagai penutup tirai akan memberikan ringkasan kajian,
membincangkan dapatan-dapatan kajian, memberi kesimpulan dapatan kajian,
membincangkan implikasi dapatan-dapatan kajian dan mencadangkan kajian
lanjutan.

5.2 RINGKASAN KAJIAN


Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan membuktikan sejauh
mana keberkesanan penggunaan komputer dan strategi pendekatan pembelajaran
koperatif dalam tajuk Area dapat meningkatkan prestasi serta minat pelajar
berbanding kaedah penyampaian maklumat secara tradisional. Pengkaji telah
menggunakan reka bentuk quasi-eksperimen dengan menggunakan dua kaedah
pembelajaran ke atas dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan. Alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra,
ujian pos dan soalan soal-selidik. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar
Tingkatan satu. Data dikutip daripada pelajar sebanyak dua kali iaitu kali pertama
sebelum mereka mengikuti kaedah pengajaran tertentu dan kali kedua selepas
kumpulan eksperimen mengikuti pembelajaran secara koperatif dan kumpulan
kawalan mengikuti pembelajaran secara tradisional. Data dianalisis dengan
menggunakan statistik deskriptif untuk menentukan nilai min, sisihan piawai,
frekuensi dan peratusan untuk melihat prestasi dan minat di kalangan pelajar.
Semua analisis dalam kajian ini akan diproses menggunakan program SPSS
supaya memperolehi keputusan yang tepat dan benar.

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

34
Dapatan kajian telah menunjukkan pelajar yang menerima pembelajaran koperatif
menunjukkan prestasi yang lebih tinggi pencapaiannya berbanding dengan pelajar
yang belajar secara tradisional. Selain daripada itu, pelajar yang menerima
pembelajaran koperatif juga menunjukkan sikap dan minat yang lebih positif
terhadap matematik berbanding pelajar yang belajar secara tradisional.
Keberkesanan penggunaan strategi pembelajaran secara koperatif bagi tajuk yang
dipilih telah dapat meningkatkan prestasi dan minat di kalangan pelajar terhadap
matematik.

5.3.1 Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Peningkatan


Prestasi Pelajar

Sejajar dengan objektif, dapatan kajian telah dapat menunjukkan peningkatan


prestasi kumpulan eksperimen yang telah diajar dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif berbanding dengan pelajar kumpulan kawalan yang diajar
dengan menggunakan kaedah tradisional. Maka, ini menyokong dapatan kajian
yang lepas yang melibatkan subjek matematik yang dijalankan di dalam negara
oleh Meriam Ismail, 1997. Subjek Perakaunan oleh Suhaida Abdul Kadir, 2002
dan subjek Kertas Am oleh Dr. Subadrah Nair, 2005. Ketiga-tiga dapatan kajian
tersebut menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan
prestasi pelajar. Dapatan kajian ini juga sejajar dengan pendapat Slavin, 1995
yang menegaskan kaedah pembelajaran koperatif merupakan pendekatan yang
berstruktur dan sistematik yang boleh digunakan dalam sebarang peringkat
persekolahan dan sesuai untuk sebarang mata pelajaran.
Pembelajaran koperatif adalah amat sesuai dilaksanakan di dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana semasa berinteraksi, berlaku perubahan di
dalam kognitif pelajar. Ini adalah sejajar dengan teori pembelajaran kognitif yang
menyatakan bahawa bagi memastikan maklumat kekal di dalam ingatan, perlu
berlaku proses penstrukturan semula atau penerangan kognitif bagi bahan
pembelajaran (Slavin, 1990). Salah satu cara yang membantu proses penerangan

35
kognitif ialah dengan memberi penerangan atau mengajar kepada orang lain.
Teori pembelajaran kognitif juga menyarankan apabila pelajar berbincang
berkaitan dengan bahan pembelajaran, mereka berupaya menguasai konsep-
konsep yang sukar. Melalui bimbingan rakan sebaya, pencapaian pelajar yang
berkebolehan rendah dapat ditingkatkan. Oleh itu, pembelajaran secara koperatif
dapat meningkatkan prestasi pelajar.
Daripada perbincangan dapatan kajian di atas, dapatlah dirumuskan
bahawa peningkatan prestasi pelajar yang diajar secara koperatif berbanding
dengan kumpulan pelajar yang diajar secara tradisional adalah selaras dengan
teori-teori pembelajaran dan juga kajian-kajian yang telah dilakukan oleh
penyelidik terdahulu.

5.3.2 Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap Dan Minat


Pelajar
Berdasarkan dapatan kajian, sikap dan minat pelajar terhadap mata pelajaran
matematik turut berubah setelah diajar dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif. Dapatan kajian menunjukkan minat pelajar semakin
meningkat setelah diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
berbanding kaedah tradisional.
Daripada soal selidik yang dijalankan, pelajar yang diajar dengan
menggunakan kaedah koperatif menunjukkan minat yang tinggi dan merasakan
subjek matematik adalah mudah untuk dipelajari lalu menyangkal persepsi
mereka sebelum ini yang menyatakan subjek matematik adalah sukar untuk
dipelajari. Elemen-elemen di dalam pembelajaran koperatif berupaya menjadikan
pelajar lebih bermotivasi dan berminat untuk belajar berdasarkan teori saling
bergantung sosial (Johnson & Johnson, 1998). Berdasarkan teori ini,
pembelajaran koperatif dikatakan dapat mewujudkan saling bergantung secara
positif di kalangan pelajar di dalam satu kumpulan bagi mencapai matlamat
kumpulan. Saling bergantung secara positif digambarkan melalui kerjasama
sesama pelajar yang menggalakkan berlakunya interaksi di dalam sesuatu

36
kumpulan kecil pelajar. Situasi tersebut mendorong pelajar menjadi lebih
bermotivasi dan berminat untuk belajar.
Peningkatan prestasi kumpulan pelajar yang diajar dengan menggunakan
kaedah koperatif menunjukkan pelajar telah melalui pembelajaran yang berkesan.
Ini merupakan satu elemen di mana perubahan sikap yang positif telah berlaku
ke atas pelajar. Salah satu daripada prinsip asas dalam pembelajaran koperatif
ialah interaksi bersemuka di antara ahli-ahli kumpulan (Johnson & Johnson,
1987). Interaksi bersemuka memberi peluang kepada ahli-ahli kumpulan
mendesak ahli kumpulan yang kurang berusaha supaya bekerja keras. Peneguhan
yang diberikan seperti galakan dan pujian oleh guru dan rakan dapat
meningkatkan sikap dan minat pelajar untuk mempelajari topik tersebut. Oleh itu,
pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.
Penggunaan stategi pendekatan koperatif (STAD) adalah sesuai dalam
pelajaran matematik tingkatan satu dan ianya dapat meningkatkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran ini berbanding dengan pembelajaran melalui kaedah
tradisional.

5.4 KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN


Tujuan kajian adalah untuk mengkaji tahap keberkesanan pembelajaran secara
koperatif dengan menggunakan kaedah ‘jigsaw’ dibantu dengan penggunaan
komputer jika dibandingkan pembelajaran secara tradisional.
Hasil daripada analisis data secara statistik deskriptif melalui markah ujian pra
dan ujian pos daripada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, kita boleh
simpulkan terdapat kesan signifikan yang positif terhadap keberkesanan
pembelajaran secara koperatif iaitu dengan menggunakan kaedah ‘jigsaw’ dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar terhadap
subjek matematik bagi topik “Pecahan (fraction)” berbanding kaedah
penyampaian maklumat secara tradisional.
Kajian ini juga mendapati sikap dan minat pelajar terhadap matematik
dapat ditingkatkan. Ini dapat dibuktikan melalui keputusan soalan kaji selidik

37
yang dijawab oleh pelajar setelah selesai kedua-dua kaedah dijalankan. Hasil
daripada soal-selidik ini juga didapati pelajar memberi respons yang positif
dengan bersetuju bahawa pembelajaran secara koperatif adalah menarik,
menyeronokkan dan dapat membina keyakinan diri.
Secara keseluruhannya, dengan melihat kepada dapatan-dapatan yang
dibincangkan sebelum ini, pelajar-pelajar lebih berminat belajar dan mudah
mengingat serta memahami topik menerusi pembelajaran secara koperatif.
Dengan ini, ia dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran
matematik.

5.5 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN


Hasil daripada dapatan kajian beberapa tindakan dan langkah-langkah perlu di
ambil untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran matematik
dengan menggunakan strategi pembelajaran secara koperatif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Implikasi daripada dapatan-dapatan tersebut ialah :

5.5.1 Guru-guru matematik perlu memahami bahawa proses pengajaran dan


pembelajaran matematik menggunakan kaedah ini memang boleh menarik
minat pelajar untuk belajar matematik dan seterusnya meningkatkan
pencapaian mereka. Guru juga perlu menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif kerana kaedah ini telah banyak diuji dan didapati dapat
membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Selain daripada itu, kaedah
ini adalah selaras dengan konsep KBSM dan konsep sekolah bestari yang
mementingkan gerak kerja kumpulan.
Penggunaan kaedah ini perlu dirancang dengan teliti agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan membantu
para pelajar menguasai kemahiran dan isi pengetahuan yang ingin diajar.

5.5.2 Guru-guru perlu bersedia menerima perubahan serta melengkapkan diri


untuk membimbing pelajar bagi membolehkan penggunaan kaedah ini
dapat dipraktikkan di sekolah semasa pengajaran dan pembelajaran.

38
5.5.3 Penggunaan kaedah ini mungkin melibatkan tempoh masa yang agak
panjang dan suasana bilik darjah agak bising. Oleh itu guru perlu,
menyusun strategi agar suasana ini dapat dikawal.

5.5.4 Pembelajaran koperatif secara keseluruhannya membolehkan seseorang


pelajar meluahkan kembali apa yang difahami dan dihafal serta memberi
peluang kepada pelajar menggunakan pelbagai idea rakan sebaya untuk
menjana pemikiran dan mencipta idea baru. Apabila pembelajaran
menggunakan kaedah ini diterapkan dikalangan para pelajar, ia dapat
melahirkan masyarakat yang kreatif dan mempunyai keyakinan diri.

5.6 CADANGAN
Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi
meningkatkan keberkesanan amalan pembelajaran koperatif. Bagi menjayakan
perlaksanaan pembelajaran koperatif, ianya memerlukan beberapa aspek diberi
perhatian.

Guru yang ingin melaksanakan strategi pembelajaran jenis ini perlu membuat
perancangan pengajaran yang rapi supaya waktu pengajaran mencukupi. Selain
itu juga, agihan tugas yang sesuai diberikan kepada pelajar supaya pelajar
berupaya melibatkan diri secara koperatif dan membentuk suasana persaingan
yang sihat. Guru yang melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif hendaklah
berhati-hati supaya dapat memastikan bahawa pelajar menerima arahan yang
boleh memberikan perkembangan pelajaran yang lengkap, berpeluang untuk
berinteraksi secara aktif di antara satu sama lain.

5.7 RUMUSAN

39
Kajian ini menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan strategi pembelajaran secara
koperatif. Oleh itu, penggunaan strategi pendekatan ini perlulah sentiasa
diterapkan dalam sistem pembelajaran di negara kita.Dengan ini ia dapat
membantu dalam melahirkan modal insan yang mempunyai keyakinan diri yang
tinggi serta bertanggungjawab dan mampu berdaya saing di dalam apa juga
bidang yang diceburi.

RUJUKAN

40
Abdullah Sani. (1992). Keberkesanan penggunaan kaedah Hutchin’s dalam operasi tolak.
Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Abd Aziz. (2006). Aplikasi teori pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Buletin
Akademik Kognitif, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UPSI.

Abd Aziz et al. (2006). Buletin Akademik Kognitif, Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia, UPSI.

Ariffin bin Abg Ghani. (1991). Keberkesanan penggunaan media kos rendah dalam P&P
Matematik. Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Balser, B. (1991). The multidimensional training model: Linking teaching/learning styles


with Teacher expectations.

Berita Harian. (23 November 2005). 98,528 Guru ikuti ETeMS.

Bernama. (23 Disember 2005). Pencapaian subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Bush, W.S. (1989). Mathematics anxiety in Upper Elementary School Teachers. School
Science and Mathematics.

Dionysopoulo,T. (1983). Some experience of teaching Mathematics to Children.


Educational Research Center, Athens, Greece.

Dressel, P.L.., & Marcus, D. (1982). On Teaching and learning in College:


Reemphasizing the roles of Learners and the Disciplines. The Jossey-Base Series in
Higher Education, San Francisco.

Dunn, R.S., & Dunn, K. (1977). Administrator’s Guide to new programs for Faculty
management and evaluation. West Nyack, NY: Parker Publishing Company, Inc.

Ernest, P. (1989). The Impact of beliefs on the teaching of Mathematics. In P. Ernest


(Ed.), Mathematics teaching : The state of the art ( pp. 249-254). Philadelphia: Falmer
Press.

41
Euis Rodiah. (2002) Gaya mengajar Guru dengan kreativitas. Diperoleh dari
http://www.google.com

Flanders, N.C. (1970). Reviewing research on teaching effectiveness. Classroom


Interaction Newsletter, 6(1), 1-4, 52.

Genc, E., & Ogan-Bekiroglu, F. (n.d.). Patterns in teaching styles of Science Teachers in
Florida and factors Influencing their preferences.

Grasha, A.F. (1996). Teaching with style: Pittsburgh, PA: Alliance Publishers.Hedge, T.
(2000). Teaching and learning in language classroom. London: Oxford University Press.

Levine, G. (1993). Prior Mathematics history, anticipated Mathematic teaching style, and
anxiety for teaching Mathematics among pre-service Elementary School Teachers.

Jamaluddin bin Otok. (1982). Teknologi pendidikan dan pusat media : Apakah sikap kita
sebagai pendidik. Jurnal Perkhidmatan Sebaran Pendidikan, 10.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Diperoleh dari http://www.google.com

Kolb, D.A. (1984). Kolb’s Learning Style Inventory. Diperoleh dari


http://www.google.com

Kolb, D. (1984) Experiential learning: Experience as the source of learning and


development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Lackey. (1997). APEO Faculty Manual, Chapter 4 [On-line]. Available:


http://www.apeo.org/schools/faculty/cgp4.html

Lampert, M. (1988). The teacher’s role in reinventing the meaning of mathematical


knowing in the classroom. In M.J. Behr, C.B. LaCampagne, & M.M. Wheeler (Eds.),
Proceedings of the 10 th Annual Conference of the North American Chapter of The
International Group for The Psychology of Mathematics Education.

42
Mazlan bin Ibrahim. (2002). Amalan pembelajaran koperatif oleh Guru-Guru Matematik.
Jabatan Matematik, Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Diperoleh dari
http://www.google.com

Mohd Majid bin Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

National Council of Teachers Of Mathematics. (1989). Curriculum and evaluation


standards for school Mathematics. Reston, VA: National Council of Teachers of
Mathematics.

National Research Council. (1989). Everybody counts: A report to the nation on the
future of mathematics education. Washington, D.C.: National Academy Press.

Seminar Penyelidikan Pendidikan Zon Sabah. (2000). Diperoleh dari


http://www.google.com .

Sharifah Alwiyah Al Sagoff. (1986). Teknologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa & Pustaka.

Shulman, L.S. (1986). Those who understand : Knowledge growth In teaching.


Educational Research.Shulman. L.S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of
the new reforms. Harvard Educational Review.

Skemp, R.R. (1978). Relational understanding and instrumental understanding. The


Arithmetic Teacher, 3, 9-15.

Sparks, R.L. (2006). Learning styles – making too many ‘wrong Mmstakes’ : A response
to Castro and Peck. College of Mount St. Joseph. .Diperoleh dari http://www.google.com

Swetz, F. & Liew, S.T. (1988). Pengajaran Matematik di sekolah menengah Malaysia.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

43
Tengku Zawawi.  (1998). Isu Pengajaran Matematik : Kepercayaan dan
pengetahuanpedagogikal kandungan Guru. Diperoleh dari http://www.google.com

Thompson, A. (1992). Teachers, beliefs and conceptions: A synthesis of the research. In


D.A. Grouws (Ed.), Handbook on Research on Mathematics Teaching and Learning (pp.
127-146). New York: Macmillan.

Trowbridge, L.W., & Bybee, R.W. (1996). Teaching secondary school science.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Utusan Malaysia. ( 5 April 2005). Sains, Matematik : Tahap pemahaman memuaskan.

Utusan Malaysia. (1 November 2002). Gunakan Bahasa Inggeris – Hanya guru baru,
berkelulusan rendah kurang setuju.

Vermunt, J.D., & Verloop, N.(1999). Congruence and friction between learning and
teaching. Wacana Didaktika Indonesia. Diperoleh dari http://www.google.com

Weinberg, M. (1983). The search for quality integrated education policy and research on
minority students in school and college. Greenwood Press. Westport, Conn.

Witkin, H. A., Moore, C.A., Goodenough, D.R., & Cox., P.W. (1977).

Woolfolk, A.E. (1998). Educational pychology (7th Ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Woods, D.R. (1995). Teaching and learning: What can research tell us? Journal of
College of Science Teaching.

LAMPIRAN

LAMPIRAN A

44
NAME :____________________________ CLASS :_________________
TOPIC : AREA

Soal selidik
Sila tandakan ( X ) bagi setiap soalan di bawah.
Petunjuk : 1 - amat tidak setuju 4 - setuju
2 - tidak setuju 5 - amat setuju
3 - tidak pasti

Bil. Soalan 1 2 3 4 5
1. Matematik adalah suatu subjek yang menarik
2. Matematik adalah suatu subjek yang mudah untuk
dipelajari.
3. Matematik mempunyai banyak tajuk-tajuk yang
menarik untuk dipelajari.
4. Luas adalah suatu tajuk yang senang dan menarik untuk
dipelajari
5. Cara penyampaian guru dalam pengajaran tajuk luas
mudah dipelajari
6. Saya berasa seronok sewaktu mempelajari tajuk luas
7. Guru mengadakan aktiviti secara berkumpulan sewaktu
mengajar tajuk luas
8. Guru membiarkan saya secara berkumpulan meneroka
sesuatu bentuk untuk mencari luasnya.
9. Saya mempunyai pengetahuan dan mampu menjawab
soalan berkaitan konsep luas dengan baik.
10. Keinginan saya untuk mempelajari Matematik semakin
meningkat.
LAMPIRAN B
NAME :___________________________________________

CLASS :_______________ TOPIC : AREA

Pra Test
1. Find the area of this picture frame which has the shape of rectangle.

45
25 cm

18 cm

Answer :

2.
3 cm
5cm

Diagram show two rectangle with equal size. Find the area, in cm of the diagram.
Answer :

3. P 10 cm Q R

3 cm

T S

46
V U
The diagram consist of a rectangle PQUV and square QRST. Find the area of whole
diagram.
Answer :

2cm
4.

4cm
6cm
6 cm

10cm

Based on the diagram above, find the area, in cm², on the shaded reagion.

Answer :

5. Encik Azmi’s house has a garden with the shapes as shown. It will cost him RM 20 to
plant grass on each square metre (m²) of his garden. How much does Encik Azmi
have to pay to have grass planted in the whole garden?

3m

6m
8m

47
8m

Answer

6.
A wall measuring 6 m by 4 m is to covered with rectangular tiles. If each tiles
measures 20 cm by 10 cm, how many tiles are needed to cover the whole wall ?

M 10cm N
7
6 cm E

H
L

K 8 cm J

48
In the diagram, EFHG is a square. Find the area, in cm², of the unshaded region.
Answer :

8. The diagram below shows square PQRS and rectangle PTUV. Find the area of the
shaded region.
P S 4 cm T

Q R 8 cm
2cm

V 10 cm U
Answer :

9. The area of square with sides of 12 cm each is twice the area of a rectangle. If the
length of the rectangle is 18 cm, find the width, in cm, of the rectangle.

Answer :

49
10. J 12 cm K

F H 9 cm

E
5 cm
G
I L

In the diagram above, the perimeter of the triangle EFG is 16 cm. Find the area, in
cm, of the shaded region.

Answer :

Prepared by,

………………………..….
( Muhammad Adha B
Rosli )

LAMPIRAN C
NAME :___________________________________________

CLASS :_______________ TOPIC : AREA

Ujian Pos

50
1. Find the area of this picture frame which has the shape of rectangle.

12 cm

18 cm
Answer :

2.
3 cm
7 cm 4 cm

Diagram show two rectangle with equal size. Find the area, in cm of the diagram.
Answer :

3. P 12 cm Q R

4 cm

T S

51
V U
The diagram consist of a rectangle PQUV and square QRST. Find the area of whole
diagram.
Answer :

3cm
4.

5 cm
8 cm
8 cm

12cm

Based on the diagram above, find the area, in cm², on the shaded reagion.

Answer :

5. Puan Salmah’s house has a garden with the shapes as shown. It will cost him RM 30
to plant grass on each square metre (m²) of his garden. How much does Encik Azmi
have to pay to have grass planted in the whole garden?

4m

5m

52
8 cm

6m

Answer

6.
A wall measuring 8 m by 4 m is to covered with rectangular tiles. If each tiles
measures 10 cm by 5 cm, how many tiles are needed to cover the whole wall ?

M 12cm N
7
6 cm E

H
L

53
K 8 cm J
In the diagram, EFHG is a square. Find the area, in cm², of the unshaded region.
Answer :

8. The diagram below shows square PQRS and rectangle PTUV. Find the area of the
shaded region.
P S 5 cm T

Q R 10 cm
3cm

V U
Answer :

9. The area of square with sides of 14 cm each is twice the area of a rectangle. If the
length of the rectangle is 7 cm, find the width, in cm, of the rectangle.

Answer :

54
10. J 14 cm K

F H
11 cm
E
6cm
G
I L

In the diagram above, the perimeter of the triangle EFG is 20 cm. Find the area, in
cm, of the shaded region.

Answer :

Prepared by,

………………………..….
( Muhammad Adha B
Rosli )

LAMPIRAN D
CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN.

TOPIC :
Perimeter and Area

55
SUBTOPIC :
-Understand the concept of area of rectangles to solve problems

Estimate the area of a shape.


i. find the area of a rectangle
ii. solve problems involving areas.

OBJECTIVE :
- Pupils can estimate the area of a shape.
- Pupils can find the area of a rectangle.

MATERIALS/SOURCE
- Mathematics text book
- A4 paper.

ACTIVITY :
STEP ACTIVITY MATERIALS

Induction set - Teacher asks the students to take out their - Mathematics
(5 minutes) Mathematics textbooks. textbook

- Teacher asks the students to state the shape of the


textbook.

- The students will measure the length and width of


the textbook. The teacher asks the students to find the
area of the textbook.

- Teacher introduces the topic to the students.

Step - Divide the students into six groups. - A4 paper


1
(5 minutes) - A group will contain 5 students, bright and poor
students will mix together.

- Teacher explains the activities to the students:

56
1) Teacher gives A4 paper to each group

2) Students need to fold the A4 paper according to the


teacher’s instructions.

Step - Students show their paper to the teacher’s. - A4 paper


2
(10 minutes) - Teacher’s ask students to measure the length and
width of the A4 paper after fold.

Step - Teacher ask student calculate the area of the all A4 - A4 paper
3 paper in each group.
(10 minutes)
- Teacher will monitor and guide the cooperation of
the students.

- Teacher gives the correct answer to the students.

- Teacher gives any compliment and summaries to the


successful group and praise for the cooperation and
teamwork.

- The group that achieved the highest marks will be


rewarded.

Closure - Teacher summaries the content of the topic.


(5 minutes)
- Teacher also apply the moral values:
- cooperation
- helpful

57

Anda mungkin juga menyukai