Anda di halaman 1dari 4

Punca dan langkah mengatasi masalah disiplin pelajar

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat

semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk

membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan

langkah mengatasinya.

(Ubah suai karangan ini agar sesuai dengan SPM)

............Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar

di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini

menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan

golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah

faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan

yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

............Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih

sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih

mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab

mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka.

Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan

tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian

ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang


menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

............Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong

masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak

senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk

mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin

dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton

sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian

disiplin pelajar yang terus merosot itu.

............Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar

menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka

sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan

sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal

menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya

yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut

merosot dengan drastiknya.

............Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas

dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong

meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan

masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah


terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan

tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh

pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan

guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan

kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani

masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin

pelajar.

............Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai

dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa.

Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan

masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam

aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk

menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

............Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu

sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah

mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan

peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang

kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi.

Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.


............Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama

diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan

pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama

daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media massa

yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik

ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak

di bumi nyata.