Anda di halaman 1dari 1

Nama: Lim Qiao Ying

Angka Giliran: 2021162404009

Merujuk Kod Etika Profesion Keguruan Malaysia, guru mesti


bertanggungjawab terhadap pelajarnya. Sejauh manakah guru dapat
melaksanakan tanggungjawab ini di dalam bilik darjah dan sekolah?
Bincangkan isu-isu semasa tentang etika guru dan hak asasi manusia

Merujuk Kod Etika Profesion Keguruan Malaysia, guru mesti


bertanggungjawab terhadap pelajarnya. Antara isu-isu yang akan
dibincangkan adalah kesantunan guru, kepedulian guru, penampilan guru,
berniaga di sekolah, pengurusan kewangan, pengurusan masa dan kerjaya
sambilan guru.

Bagi isu kesantunan guru, beberapa kes berkenaan telah didapati


berlaku. Antara contoh-contoh yang telah didapati adalah bertajuk “Dendam
punca dua guru wanita bergaduh” seperti dalam Berita Harian pada 21
Februari 2005. Berdasarkan berita tersebut, pergaduhan membabitkan dua
orang guru wanita yang dipercayai berpunca daripada dendam lama.
Pergaduhan berlaku di hadapan kira-kira 800 orang pelajar dalam satu
perhimpunan mingguan sekolah berkenaan. Mereka dikatakan bertumbuk
dan saling bertarik rambut, sebelum dileraikan oleh ibu bapa murid yang
kebetulan turut berada di situ selepas menghantar anak mereka ke sekolah.
Kedua kejadian ini menunjukkan kedua-dua orang guru berkenaan gagal
mematuhi dan mempamerkan ciri-ciri kesantunan yang sepatutnya ada pada
seorang guru. Guru perlu bijak mencari jalan penyelesaian termasuk tidak
membawa masalah peribadi ke tempat kerja sehingga gagal untuk mengawal
emosi dan tingkah laku ketika bertugas, khususnya di hadapan pelajar. Guru
seharusnya menjadi role model dan wajib mempamerkan perlakuan yang
santun menerusi kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan peraturan
berbahasa dan mengawal tingkah lakunya.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, memang tidak dapat dinafikan


didapati segelintir guru mengajar dengan berpusatkan guru. Guru bersifat
diktator dan langsung tidak akan memberi peluang kepada pelajar untuk
menyuarakan pendapat dan menghadkan kebebasan pelajar untuk membuat
keputusan sendiri sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
situasi seperti ini, guru seharusnya bersifat terbuka dan mengambil kira
keperluan pelajar. Sifat terbuka perlu dimiliki oleh guru dan bersifat
demokratik. Ini adalah penting kerana sekirana pelajar dididik dalam
persekitaran yang bebas dan berpeluang untuk membuat keputusan sendiri
mampu untuk merangsang pemikiran kritis dan kreatif serta bersikap
berdikari. Pelajar sedemikian akan berjaya dan lebih bersedia untuk
masyarakat yang kian berubah.

Anda mungkin juga menyukai