Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN A

[ 30 markah ]

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-
tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan yang
disediakan.

Bendahari Kelas 1 Gigih

Penolong Koperasi Nilai X Pengurus Kewangan


SMK (P) Sri Aman

1. Rajah di atas menunjukkan individu-individu yang memegang jawatan penting dalam sesuatu organisasi
kerana mendapat kepercayaan orang lain. Semasa menjalankan tugas mereka, mereka harus
mengamalkan nilai X iaitu

A. Kerajinan
B. Kesederhanaan
C. Amanah
D. Keadilan

2. Berdasarkan soalan di bawah, pilihkan pernyataan yang berkaitan dengan nilai HARGA DIRI.

I. Maruah diri mesti dipelihara


II. Manusia dan alam semesta ialah ciptaan Tuhan
III.Hala tuju kehidupan harus ditentukan
IV.Kekuatan diri dihargai dan kelemahan diri diperbaiki

A. .I, II dan III


B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Kamu harus
Baiklah ! Ibu.
berdikari

Ibu Yu Min

3. Merujuk kepada dialog di atas, bagaimanakah Yu Min dapat menunjukkan sikap berdikari

A. Dia tidak berkecil hati apabila cadangannya ditolak semasa mesyuarat kelab.
B. Dia selalu bersenam pada waktu pagi
C. Dia mencuci kasut dan stokin sekolahnya setiap minggu
D. Dia menggunakan wang sakunya untuk membeli barang yang diperlukan

1
4.
KEMPEN ANTI DADAH DAN ROKOK
 5 –Minit Anti Dadah
 Pameran Bahaya Dadah dan Rokok

Kempen di atas telah dijalankan di sekolah kita pada awal bulan April ini. Kempen ini berkaitan dengan
satu nilai perkembangan diri iaitu :

A. Kasih sayang
B. Toleransi
C. Kesederhaan
D. Rasional

5.
 Selamat Sejahtera
 Terima Kasih

Kata-kata di atas sering digunakan oleh kita setiap hari. Apakah tujuan UTAMA kita menggunakan
kata-kata tersebut ?

A. Menunjukkan kita adalah orang yang berperikemanusiaan


B. Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
C. Bersikap seperti seseorang yang berasal dari negara Asia Tenggara
D. Supaya orang lain tidak akan berasa kecil hati apabila kita tidak berbuat demikian

6. Berikut ialah tindakan yang harus dilakukan oleh para ibu bapa yang adil KECUALI

A. Pembahagian tugas dan tanggungjawab


B. Pembahagian barangan
C. Pendidikan untuk semua anak
D. Memenuhi segala permintaan anak

7.
Orang A : Menjaga kebersihan tempat-tempat awam
Orang B : Mengamalkan pemakanan yang seimbang
Orang C : Bersenam 3 kali seminggu

Tindakan individu-individu di atas telah menunjukkan mereka

A. Bertanggungjawab terhadap diri dan persekitaran


B. Memahami keunikan individu asas perpaduan hidup
C. Melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
D. Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata

2
8. Seseorang yang percaya kepada Tuhan akan

A. Menghargai segala ciptaan Tuhan seperti haiwan dan tumbuhan


B. Berasa bangga dan sombong terhadap kekayaan yang dimiliki
C. Mencemarkan alam sekitar dengan sesuka hati
D. Memandang rendah terhadap orang yang kurang upaya

9.
 Hari Raya Aidilfitri
 Tahun Baru Cina
 Hari Deepavali
 Hari Krimas
Rajah di atas menunjukkan hari-hari perayaan yang harus kita

A. Ziarah –menziarahi antara saudara mara


B. Berada di rumah dan menonton program televisyen
C. Melancong ke luar negara
D. Bersuka ria dengan kawan-kawan baik

10. Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan tradisi kekeluargaan kita ?

A. Memanggil anggota keluarga berdasarkan ikatan kekeluargaan


B. Mengutamakan kepentingan keluarga
C. Menasihati anggota keluarga yang malas
D. Menjaga anggota keluarga yang tua dan sakit

11.
Supaya keluarga yang dibina agar
Tanggungjawab ibu bapa X anak-anak hidup bahagia dan harmoni

Apakah yang dimaksudkan dengan X ?

I. Mencari rezeki
II. Membalas dendam
III. Menjadi contoh
IV. Memberi perlindungan

A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

12. Bagaimana kita dapat menunjukkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga kita

A. Lina sanggup menjaga adik-adiknya semasa ibu dan ayahnya keluar bekerja.
B. Sarah selalu berjimat cermat apabila berbelanja
C. Jailani tidak berkasar apabila menjawab pertanyaan neneknya yang menjadi pelupa
D. Kalai mengemaskan bilik sendiri setiap hari.

3
13.  Buang sampah ke dalam tong sampah
 Tanam pokok di kawasan rumah
 Beli kertas yang dikitar semula
 Pastikan longkang di kawasan rumah
tidak tersumbat
Tindakan-tindakan yang dilakukan di atas telah menjanjikan

A. Keselesaan hidup manusia


B. Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
C. Keselamatan hidup manusia
D. Kemajuan yang boleh dinikmati oleh manusia

14.
Sistem yang melibatkan tindak balas dan perhubungan antara haiwan,
tumbuhan, manusia dengan alam persekitaran yang tidak bernyawa.

Pernyataan di atas berkaitan dengan suatu sistem yang dikenali sebagai

A. Sistem Suria
B. Ekosistem
C. Jaringan makanan
D. Habitat

15.

Hutan Sebagai Khazanah Kehidupan

Gambar di atas telah digunakan oleh Xiu Ling semasa melukis sekeping poster.
Apakah nilai yang mungkin hendak disampaikan oleh Xiu Ling ?

A. Kemapanan Alam Sekitar


B. Kempen Kitar Semula
C. Projek Penghutanan Semula
D. Jaga Kebersihan Bandar

16. CINTA AKAN NEGARA

Semua yang berikut benar tentang nilai di atas KECUALI

A. Menyayangi keindahan alam yang ada


B. Menceritakan kebaikan negara kerana kepentingan peribadi
C. Sentiasa meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
D. Mengetahui tempat-tempat menarik di negara sendiri

4
17. Berdasarkan pernyataan berikut , yang manakah merupakan lambang-lambang kebesaran NEGARA ?

I. Bendera Malaysia
II. Jata negara
III. Lagu ‘Negaraku’
IV. Pelanduk

A. I sahaja
B. I dan II
C. I, II dan III
D. Semua di atas

18. Berapa jenis warnakah yang terdapat pada bendera negeri Selangor ?

A. 2 C. 4
B. 3 D. 5

19. Nama Leftenan Adnan Saidi dan Briged Pertama Askar Melayu
terpahat pada Tugu Peringatan Keranji, Singapura.
Peristiwa di atas telah membuktikan Leftenan Adnan Saidi telah menunjukkan nilai

A. Saling menghormati antara negara


B. Taat setia kepada Raja dan negara
C. Sanggup berkorban untuk negara
D. Sanggup berkhidmat untuk negara

20. Sesebuah negara akan berkembang maju dan aman sekiranya

A. Rakyat sentiasa berselisih faham


B. Rakyatnya suka mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya
C. Rakyatnya mendahulukan kepentingan negara daripada perkara-perkara lain
D. Rakyatnya suka berkempen daripada bekerja keras

21. Ketika lagu ‘NegeraKu’ dinyanyikan, kita mesti

A. Melakukan aktiviti dengan bebas


B. Duduk dan mendiamkan diri
C. Berdiri tegak dan menyanyi bersama
D. Bercakap dengan orang di sebelah

22.
Jasa tokoh-tokoh yang telah berbakti kepada negara perlu dikenang dan disanjung tinggi.

Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita mengenang jasa tokoh-tokoh tersebut ?
A. Menulis karangan tentang riwayat hidup dan sumbangan tokoh-tokoh tersebut
B. Memandang rendah dan ringan terhadap sumbangan dan jasa mereka
C. Memburuk-burukkan nama mereka di hadapan pelancong asing
D. Meniru gaya percakapan dan tingkah laku tokoh-tokoh berkenaan di hadapan rakan-
rakan

5
23. Apakah yang perlu anda lakukan apabila menikmati keindahan alam semulajadi?

A. Mempergunakan keindahan alam semulajadi untuk kepentingan diri sendiri


B. Mencemarkan kebersihan alam ciptaan
C. Bersyukur atas keindahan yang dikurniakan olehTuhan
D. Melahirkan rasa tidak cinta akan keunikan dan keindahan alam ciptaan Tuhan

24. Berikut adalah merupakan adab sopan yang perlu diamalkan ketika berada di meja makan, KECUALI

A. meletakkan napkin di atas riba


B. tidak meletakkan siku di atas meja
C. bersopan ketika ingin menambah makanan
D. membasuh tangan selepas duduk di meja makan

25. Perlakuan yang manakah menunjukkan amalan nilai hemah tinggi?

A. Dora mamarahi pelanggannya yang tidak mempunyai wang kecil


B. Sharifah masuk bilik guru tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu
C. Zainalmengucapkan salam ketika bertemu dengan kenalan lamanya
D. Marlina duduk berlunjur di hadapan neneknya ketika menonton televisyen

26. Antara berikut perlakuan manakah yang menunjukkan amalan berdikari di sekolah?
I. mengulangkaji pelajaran
II. mencari bahan untuk tugasan
III. menyiapkan kerja sekolah rakan
IV. membuat rujukan di perpustakaan

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. I, II dan III

27. Sikap yang cekal adalah seperti berikut, kecuali


I. tabah menghadapi rintangan
II. menyerah kepada takdir semata-mata
III. menggunakan jalan pintas untuk berjaya
IV. bertekad untuk berusaha sehingga berjaya

A. I dan II C. I, II dan III


B. II dan III D. I, II dan IV

28. Apakah kepentingan mengamalkan sikap keadilan dalam keluarga?.

A. Meningkatkan taraf pendidikan keluarga


B. Menghindarkan perkongsian dalam keluarga
C. Mengelakan perbezaan pendapat dalam keluarga
D. Mewujud dan megekalkan keharmonian dalam keluarga

6
29. Pernyataan berikut menunjukkan perlakuan individu yang rasional kecuali…

A. Badrul berhati-hati sebelum melayari laman web


B. Shakir berhati-hati dengan orang tidak dikenali
C. Haimi suka menokok tambah maklumat yang diterimanya
D. Zuhaimi mengenal pasti sumber sesuatu maklumat yang diperoleh

30. Ibu bapa anda akan menyambut ulang tahun perkahwinan pada minggu hadapan.
Apakah tindakan anda?

A. Keluar bersuka ria dengan rakan-rakan


B. Memberikan hadiah dengan hati yang ikhlas
C. Meminta mereka mengadakan majlis keraian
D. Berpura-pura tidak mengingati tarikh tersebut

BAHAGIAN B
[ 20 markah ]

Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.

31. Walaupun anda sudah dua tahun belajar di Australia, anda tetap meraikan Hari Kebangsaan
Malaysia. ( )

32. Kagum melihatkan keindahan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. ( )

33. Mengunjungi Tugu Peringatan dan berasa terharu melihatkan pengorbanan para perajurit menentang
musuh negara. ( )

34. Kawasan persekitaran yang bersih mengganggu keselesaan orang ramai.( )

35. Pencemaran laut seperti tumpahan minyak boleh menjejaskan kehidupan laut. ( )

36. Kita harus berdiam diri jika ada orang yang membuang sisa-sisa toksid ke dalam sungai. ( )

37. Ibu bapa yang bertanggungjawab harus memenuhi kesemua permintaan anak-anak mereka. ( )

38. Anak-anak yang sudah bekerja sepatutnya memberi ibu bapa wang sebagai tanda membalas budi
mereka. ( )

39. Mengucapkan tahniah kepada rakan sekelas yang lulus cemerlang dalam peperiksaan. ( )

40. Murad telah meniru tugasan rakannya kerana penat bermain badminton semalam. ( )

7
BAHAGIAN C
[ 30 markah ]

Jawab semua soalan dan tuliskan jawapan pada kertas jawapan yang disediakan.

41. Padankan pernyataan di bawah dengan nilai berkaitan dengan perkembangan diri.

 Rasional
 Kesederhanaan
 Toleransi
 Kerajinan

a) Encik Ramli tidak merungut apabila jirannya mengadakan majlis perkahwinan sehingga pukul
11.30 malam.

b) Adam tidak akan bermain dengan kucing kesayangannya selagi dia belum menghabiskan kerja
rumah yang diberi oleh guru.

c) Li Wei tidak berboros walaupun bapa memberi kad kredit kepadanya.

42. Padankan nilai dengan gambar di bawah.

 Tanggungjawab terhadap keluarga


 Kasih sayang terhadap keluarga
 Hormat dan taat kepada anggota keluarga
 Mengekalkan tradisi kekeluargaan
a)
Saya akan mendengar dan
mempertimbangkan cadangan
anak-anak saya walaupun saya
selalu berlatih di negara lain.

b)
Setiap tahun,saya akan
pulang ke kampung
untuk makan bersama ibu
bapa kerana ini
merupakan kebiasaan
keluarga saya.
c)
Sebagai seorang bapa dan ketua
keluarga, saya bertanggungjawab
mencari rezeki menyara hidup
keluarga

8
d)
Walaupun Annette seorang jurutera
yang sangat sibuk dengan kerjanya,
dia selalu membawa ibunya keluar
bersiar-siar di taman.

43. Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberikan.

 Pengguna
 Pengurai
 Pengeluar

Keseimbangan Ekosistem

(a)_________________
Tumbuhan Hijau

(b)__________________
(c) ________________ Manusia dan Hidupan Lain
Kulat dan Bakteria

44. Nyatakan sama ada pernyataan di bawah WAJAR atau TIDAK WAJAR

a. Normala menyahut panggilan ibunya dengan suara yang lembut dan sopan

b. Firdaus mengirimkan sebahagian daripada gajinya ke kampung pada setiap


bulan bagi meringankan beban ibu bapanya

c. Sekiranya kita berasa penat, kita boleh mengabaikan suruhan ibu untuk
membantunya

d. Kita perlu berinteraksi secara sopan sesama ahli keluarga terutamanya


dengan ibu bapa

e. Kita berhak mengutamakan kepentingan diri sendiri daripada


kepentingan adik-beradik yang lain

9
BAHAGIAN D
[ 20 markah ]

45. Perhatikan gambar-gambar di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-solalan berikut.

a. Berdasarkan gambar di atas, sebutkan 2 nilai murni yang berkaitan dengan bidang pembelajaran
patriotisme yang telah anda pelajari.
[ 2 markah ]
b. Terangkan mengenai maksud satu daripada nilai murni itu.
[ 2 markah ]
c. Huraikan 3 cara lain yang boleh kamu lakukan untuk menghayati nilai murni itu.
[ 6 markah ]

46. Sebagai ahli Kelab Pencinta Alam, Melini telah menyertai Kuiz Pencinta Alam anjuran sekolah. Dia
telah mencari bahan-bahan rujukan di Pusat Sumber Sekolah dan melayari internet untuk
mengetahui lebih banyak maklumat tentang isu-isu semasa mengenai alam sekitar. Pada waktu
lapang, dia akan menghadiri pameran dan ceramah mengenai isu-isu alam sekitar. Dia bercita-cita
untuk menjadi seorang pakar dalam alam sekitar pada suatu hari nanti.

a. Nyatakan dua nilai yang ada pada Melini ? [ 2 markah ]

b. Huraikan maksud kedua-dua nilai di(a). [ 4 markah ]

c. Jelaskan 2 cara anda menjaga alam sekitar. [ 4 markah ]

*********************************** SOALAN TAMAT ******************************************


Disediakan Oleh : Disemak oleh :

_______________________ ____________________________
( Pn Halimaton Saadiah Mohammad) ( Cik Mardziah bt Che Mohd Amin )

Disahkan oleh :

_____________________
( Pn. Cheong Chew Kwan )

KERTAS JAWAPAN
10
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2008
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1
NAMA : ____________________________________
TINGKATAN: ______________________ 100
BAHAGIAN A
[ 30 markah ]

1. 7. 13. 19. 25.


2. 8. 14. 20. 26.
3. 9. 15. 21. 27. BAHAGIAN B
4 10. 16. 22. 28. [ 20 markah ]
5 11. 17. 23. 29. Tandakan ( / ) pada
6. 12. 18. 24. 30. pernyataan yang betul
dan ( X ) pada pernyataan
yang salah.

31. ( ) 36. ( )
32. ( ) 37. ( )
33. ( ) 38. ( )
34. ( ) 39. ( )
35. ( ) 40. ( )

BAHAGIAN C
[ 30 markah ]

41. a.
b.
c.

42. a.
b.
c.
d.

43. a.
b.
c.

44. a.
b.
c.
d.
e.
BAHAGIAN D
[ 20 markah ]

11
45 a. …………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..
[ 2 markah ]

b. …………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..
[ 2 markah ]

c. …………………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………...
[ 6 markah ]

46 a. …………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..
[ 2 markah ]

b. …………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..

[ 4 markah ]

c. …………………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………...
[ 4 markah ]

12