Anda di halaman 1dari 1

Perubahan iklim yang ketara juga mendasari masalah ini.

Saban hari, dunia kita


mengalami perubahan iklim yang amat ketara.Sebagai contohnya,kejadian El-Nino
semakin kerap berlaku dan banjir besar juga kerap melanda dunia kita.Baru-baru
ini,kejadian El-Nino telah melanda Australia yang menyebabkan fenomena kebakaran
hutan berlaku.Menurut statistik,kemarau terburuk yang melanda Australia telah
menyusutkan pengeluaran gandum sebanyak 60 peratus.Fenomena ini telah menyebabkan
bekalan gandum dunia berkurangan.Secara implisitnya,kejadian ini telah memberi
impak kepada negara kita apabila harga gandum meningkat.Jelaslah bahawa perubahan
iklim menyebabkan masalah ini berlaku.

Kemerosotan simpanan stok makanan sedunia juga menyebabkan masalah ini


berlaku.Dahulunya, stok makanan adalah melebihi permintaan sedunia.Namun
demikian,setiap negara termasuk negara kita mengalami kekurangan simpanan stok
makanan.Menurut statistik Bank Dunia,kadar simpanan bjirin dunia adalah pada paras
terendah sejak 30 tahun.Dengan itu, kekurangan bekalan stok akan menyebabkan harga
makanan seperti beras dan sayur-sayuran meningkat.Sebagai contohnya,harga pasaran
global secara purata telah meningkat sebanyak 75 peratus sejak tahun 2000.Hal ini
amat membebankan negara membangun dan rakyatnya kerana terpaksa menanggung kos
perbelanjaan yang tinggi.Oleh itu,jelaslah bahawa kekurangan stok makanan mendasari
masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai