Anda di halaman 1dari 10

Kemerdekaan Negara

Definisi Kemerdekaan

 Kamus Dewan :
 Bebas daripada penjajahan.
 Lepas daripada tebusan dan tuntutan.
 Berdiri sendiri dan tidak bergantung pada orang lain.

 Dari segi politik :


 Kebebasan dalam memilih pemimpin.
 Hak untuk berbicara dan menyuarakan pendapat oleh setiap rakyat.
 Sistem pentadbiran yang tidak perlu bergantung dengan negara
lain.

 Dari segi ekonomi :


 Kebebasan bekerja.
 Hak-hak untuk menikmati hasil kerja yang dilakukan.
 Ekonomi tetap berjalan tanpa perlu negara menetapkan apa yang
perlu dikerjakan oleh setiap orang.
 Peluang pekerjaan yang banyak.

 Dari segi sosial :


 Banyak kemudahan sosial dibina dan dibangunkan.
 Rakyat boleh bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa mengira
bangsa, agama dan budaya.
 Kebebasan beragama.

 Kemerdekaan :
 Pemerintahan sendiri oleh penduduk tempatan.
 Pembebasan daripada kuasa yang mendominasi sesuatu kawasan.
 Kebebasan dan mempunyai hak mutlak sebagai asasi
kemanusiaan.
 Negara tidak lagi dikuasai oleh kuasa lain melalui penjajahan, dasar
perluasan kuasa atau imperialisme.

Merdekakah kita???

 Masih dijajah melalui pemikiran.


 Pemikiran kita dijajah dengan unsur keganasan, keruntuhan moral, hilang harga
diri dan perasaan hormat-menghormati.
 Pemikiran terikut-ikut dan meniru cara barat.
 Akhlak anak-anak muda rosak.
 Cara hidup anak-anak muda yang ala-ala barat.
 Peningkatan kadar jenayah dalam negara.

Kepentingan Kemerdekaan
 Membentuk perpaduan antara kaum. Perpaduan kaum amat goyah sebelum
kemerdekaan kerana masing-masing memperjuangkan ideologi sendiri.
Mendorong kepada peristiwa 13 Mei 1969. Setelah kemerdekaan, perpaduan
dicapai dengan jayanya.
 Memberi ruang kepada orang Melayu untuk memimpin mengikut acuan sendiri.
Hal ini demikian kerana Tanah Melayu adalah tanah air mereka. Sistem
pentadbiran tidak dimonopoli penjajah lagi.
 Pembangunan negara semakin pesat. Jurang ekonomi semakin berkurang.
Orang Melayu diberi peluang dalam sektor ekonomi. Pengagihan sumber secara
adil serta penglibatan rakyat secara menyeluruh.
 Sistem pendidikan. Pendidikan sebelum kemerdekaan lebih kepada aliran
Inggeris. Selepas kemerdekaan, peluang pendidikan diberikan. Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi.
 Hak kebebasan bersuara. Rakyat bebas mengemukakan pendapat dan tidak
terancam. Semasa penjajahan, rakyat tidak berperluang untuk bersuara dan
terancam.
 Menikmati hasil ekonomi tanpa dieksploitasi oleh penjajah. Sebelum
kemerdekaan hasil ekonomi dipegang oleh penjajah. Selepas kemerdekaan,
rakyat bebas mengusahakan hasil ekonomi secara optimum.

Bagaimana Negara Kita Mencapai Kemerdekaan???

Langkah-Langkah Mencapai Kemerdekaan

1) Sistem Ahli 1951


 Diperkenalkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan.
 Bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman mentadbir kepada
pemimpin tempatan.
 Pemimpin diberi tanggungjawab mengetuai portfolio Kerajaan British di
Tanah Melayu pada ketika itu.

2) Pilihanraya Majlis-Majlis Tempatan 1951-1952


 Memberi rakyat peluang memilih pemimpin diperingkat tempatan.
 Pilihanraya pertama pada Disember 1951 iaitu Piliharanraya Majlis
Bandaran Pulau Pinang.
 Pilihanraya kedua pada Februari 1952 iaitu Pilihanraya Majlis Bandaran
Kuala Lumpur.
 Diperluaskan ke negeri-negeri lain.

3) Pilihanraya Umum Persekutuan


 Parti Perikatan menuntut pilihanraya diadakan bagi menempatan wakil
dalam Majlis Undangan Persekutuan.
 Pilihanraya diadakan pada 27 Julai 1955.
 Parti Perikatan memenangi pilihanraya tersebut.
 Parti Perikatan diberi mandat memulakan perundingan kemerdekaan
Tanah Melayu.
 Parti Perikatan juga telah membentuk kerajaan.

4) Rundingan Kemerdekaan 1956


 Tunku Abdul Rahman mendesak British mempercepatkan kemerdekaan
Tanah Melayu.
 Sultan Johor membantah kerana menganggap terlalu singkat.
 4 orang wakil raja Melayu, 4 orang wakil Parti Perikatan dan wakil British
telah pergi ke London pada tahun 1956.
 Tarikh kemerdekaan ditetapkan dengan beberapa syarat.

5) Suruhanjaya Reid
 Tujuan untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu.
 Dipengerusikan oleh Lord Reid.
 Dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, Hakim B. Malik dan
Hakim Abdul Hamid.
 Persidangan sebanyak 18 kali.
 Menerima sebanyak 131 memorandum yang dikenali sebagai ‘Pakatan
Murni’.
 Rang Perlembagaan ditandatangani oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan
Pesuruhjaya Tinggi dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

6) Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka


 Jawatankuasa Kerja ditubuhkan.
 Bertujuan untuk menyemak dan mengkaji Laporan Reid.
 Rang Perlembagaan diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan dan
dikuatkuasakan.
 Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu dengan rasminya merdeka.
 Yang Dipertuan Agung dinasihati oleh Kabinet dan Majlis Raja-Raja.
 Perlembagaan membahagikan kuasa antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Pusat.
BAGAIMANA PEMIMPIN KITA BOLEH BERSATU?
 Kerana cinta dan kasih mereka kepada tanah air
--Demi kerananya mereka sanggup berkorban apa sahaja dan tidak
mengharapkan balasan kebendaan mahupun pengiktirafan sesiapa.
-- Malah Tunku semasa berjuang mencapai kemerdekaan telah membelanjakan
harta benda peribadinya pula untuk perjuangan manakala Tun Abdul Razak
semasa kembali ke rahmatullah tidak mempunyai kediaman peribadi kecuali
rumah rasminya Seri Taman. Patriotisme mereka ini perlu dicontohi, disemai dan
disuburkan di dalam setiap dada putera-puteri merdeka.

 Penentangan terhadap dasar British—Malayan Union


-- Britian telah cuba memperkenalkan Malayan Union yang cuba mengukuhkan
penjajahan Britian
--Ia telah mendapat tentangan hebat orang Melayu. Orang Melayu yang sebelum
ini tidak pernah bersatu secara kebangsaan telah pun bersatu di bawah UMNO.
Hasil perpaduan orang Melayu ini maka Malayan Union telah digantikan dengan
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
 Matlamat ke arah berkerajaan sendiri
-- Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen
-- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
-- Agama Islam sebagai agama rasmi
-- Meindungi dan mengekalkan institusi beraja Melayu
-- Mengubahsuai undang2 kerakyatan
-- Peningkatan taraf ekonomi Melayu
-- Hak asasi manusia

 Niat untuk bebas dari penjajahan

-- Kita tidak dapat lari daripada melakukan penentangan, pemberontakan dan


keganasan.Tujuannya hanyalah satu, kebebasan / kemerdekaan.
-- Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, telah
menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menantang British.
--Pejuang kemerdekaan guna pelbagai cara untuk capai kemerdekaan.
Contohnya melaui peperangan dan perundingan
--peperangan banyak berlaku penentangan dan keganasan demi untuk
mencapai kebebasan. Maksudnya di sini, para pejuang kemerdekaan telah
berusaha untuk menghalau penjajah dari menakluk negara tercinta
--perundingan perundingan hanya berlaku apabila timbulnya semangat
inginkan sebuah negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan
mentadbir negara sendiri dengan corak kepimpinan sendiri. Paling ketara adalah
semasa perundingan kemerdekaan yang di ketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

BAGAIMANA SAMBUTAN KEMERDEKAAN DIJALANKAN?

 Disambut pada setiap 31 Ogos setiap tahun


--Sambutan ini diadakan untuk menandakan negara bebas daripada belenggu
penjajah sejak 1511
--Setiap tahun pada tarikh tersebut kita akan mengadakan acara dengan menu
yang lebih kurang sama isinya walaupun mungkin berbeza variasi.

 Disambut secara besar-besaran


--Dengan mengadakan perarakan warna-warni,konsert,pertunjukan
pentas,pertandingan dan lain-lain lagi.
-- Pada kebiasaanya, pertunjukan bunga api diadakan pada waktu malam
kemerdekaan sebagai tanda kegembiraan kerana hidup yang bebas
-- Bangunan,rumah kediaman,kereta akan dipasang dan mengibarkan bendera
Malaysia,Jalur Gemilang.

 Setiap 31 Ogos adalah cuti umum di Malaysia


--Rakyat Malaysia dapat menikmati pelbagai sambutan yang dijalankan di
seluruh tempat kerana 31 Ogos merupakan Hari Kebangsaan bagi negara
Malaysia
--Setiap tahun, tema bagi Hari Kebangsaan adalah berbeza..Contoh tema Hari
Kebangsaan pada tahun 2010 ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi

 Acara tahunan diadakan


--Acara tahunan ini bukan sekadar laungan semata-mata tetapi semangat
berteraskan penghargaan terhadap jasa pejuang yang berjuang menentang
penjajah
--Generasi muda perlulah sentiasa digalakkan menyemai semangat itu sebagai
bahan yang perlu dihayat
-- Sesungguhnya kemerdekaan yang dicapai ini bukanlah datang secara tiba-tiba
atau secara tidak sengaja. Tetapi kemerdekaan yang kita nikmati ini telah
diusahakan dengan penuh kesungguhan dan kesabaran oleh setiap pemimpin
yang mewakili setiap kaum ketika itu. Maknanya usaha kemerdekaan ini
dilakukan oleh semua kaum.

 Pengisian Hari Kebangsaan boleh dipelbagaikan dan perlu dikaji semula


--Cadangan berikut mungkin boleh difikirkan bersama-sama dan dikaji secara
mendalam, selaras dengan slogan Pak Lah Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang.
Minggu Kecemerlangan Malaysia
Bermula pada 31 Ogos dan berakhir pada 16 September. Minggu
Kecemerlangan Malaysia hendaklah diisi dengan pelbagai acara seperti
pameran, pertandingan, pengisahan atau penceritaan, penganugerahan,
ceramah atau pidato khas oleh tokoh terpilih, jerayawara dan sebagainya bagi
mempertontonkan segala bentuk kejayaan yang telah dicapai oleh rakyat
Malaysia sama ada di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa; dan
merangkumi semua aspek daripada pendidikan, ekonomi, sosial, teknologi,
sukan dan sebagainya. 

Hari Gemilang Malaysia


Disambut pada 31 Ogos dan sebagai perasmian pelancaran Minggu
Kecemerlangan Malaysia. Pengisian Hari Gemilang Malaysia sama seperti
sambutan Hari Kebangsaan, sama ada dengan atau tanpa pengubahsuaian
Hari Terbilang Malaysia
Disambut pada 16 September dan sebagai perasmian penangguhan Minggu
Kecemerlangan Malaysia. Pada hari ini, segala hadiah-hadiah, anugerah,
pengiktirafan lain dan sebagainya yang telah menjulang nama baik Malaysia dan
mengangkat martabat bangsa Malaysia disampaikan.

Bagaimana generasi muda memahami erti kemerdekaan.

i)Memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.

-perasaan bangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyanyangi Negara kita.

-mengenali serta menghormati raja dan para pemimpin di Negara kita kerana mereka
telah berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Negara.

-sentiasa menyokong dan memberi galakan kepada para pemimpin Negara kita.

-Contoh:Perjuangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk mendapatkan


kemerdekaan Negara seharusnya di hargai dengan sepenuh hati.

Bagaimana cara untuk generasi muda mengekalkan kemerdekaan


ii)Generasi muda harus bersifat kreatif,inovatif dan produktif.

-Generasi muda haruslah lebih berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan


sesuatu perkara.
-para remaja juga haruslah lebih tabah dalam menghadapi cabaran dan rintangan demi
mempertahankan hak-hak mereka sendiri.

-remaja perlu lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada kuasa-kuasa asing
supaya dapat mengekalkan kedaulatan Negara bangsa.

iii)Perlu lebih bersemangat setia kepada Negara.

-Kesetiaan amat diperlukan supaya dapat mengekalkan kemerdekaan Negara dengan


memiliki semangat kepahlawanan yang berkobar-kobar dalam diri.

-contohnya, generasi muda digalakkan supaya menyertai pasukan angkatan tentera


kerana tentera penting untuk untuk mempertahankan Negara daripada ancaman
musuh.

-Kedaulatan Negara dapat diperkukuhkan lagi apabila semua rakyat bergabung tenaga
dan pemikiran untuk mengelakkan Negara daripada ancaman musuh.

iv)Bersatu-padu dan hidup dalam keadaan harmoni.

-Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amatlah penting untuk mengekalkan
keamanan Negara.

-Apabila semangat bersatu-padu tidak wujud maka bukan sahaja Negara bahkan
tamadun yang hebat juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun islam
Uthmaniah di Turki dan dinasti Ming di China pada suatu masa yang lalu.

-Justeru, semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal demi menjamin
kemerdekaan Negara.

Tema Kemerdekaan Negara


 Tema kemerdekaan Negara pada tahun 2010 ialah “ 1 Malaysia Menjana
Transformasi.” Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-53.

Nilai dari segi sambutan


 Seluruh warga negara, khususnya para remaja dan generasi muda masa kini
perlu memahami erti merdeka. Mereka tidak boleh memandang ringan untuk
memahaminya.

 Di dalam perutusan Hari Kemerdekaan Ke-53, Perdana Menteri


mengungkapkan "Segala yang kita capai, segala apa yang kita bina dan
segala apa yang kita hargai boleh hancur berkecai dan musnah dalam
sekelip mata. Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan
kestabilan yang ada".

 Petikan ucapan itu, Perdana Menteri menyatakan kerisauannya jika segala


yang telah dibina oleh generasi silam tidak dipelihara oleh generasi masa
kini.

 Walau bagaimanapun, kita perlu bertanya secara jujur, apakah generasi


masa kini benar-benar mengerti makna kemerdekaan itu sebenarnya?
Apakah mereka benar-benar tahu susah payah generasi silam
memperjuangkan kemerdekaan yang kita nikmati hari ini?

 Sejak kebelakangan ini ada suara-suara risau kedengaran di sana sini


bahawa semangat patriotik di jiwa remaja dan generasi masa kini semakin
menipis.

 Kenapa hal ini terjadi? Pepatah pujangga ada yang mengatakan "Remaja hari
ini adalah pemimpin masa hadapan".

 Remaja kita pada hari ini tidak didedahkan kepada sejarah tanah air dan
bangsa sendiri.

 Malah, jangan terkejut jika ada di kalangan pelajar sekolah atau pelajar IPT
yang tidak tahu siapa itu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Dr Ismail
dan pemimpin-pemimpin seangkatan dan sezaman mereka itu.

 Lantas bagaimana dapat dipastikan lima puluh tahun akan datang, semangat
patriotik di jiwa warga Malaysia akan kekal seutuh semangat generasi 50-an
atau 60-an dahulu? Jika sejarah tidak disuburkan dan dititikberatkan, mana
mungkin semangat patriotik dapat dipupuk dan disebarluaskan dalam
kalangan warga negara?
 Kata seorang tokoh sejarah Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay
Kim, "untuk menghayati kemerdekaan generasi muda perlu faham mengenai
sejarah negara, kedudukan diri sendiri, negara, masyarakat, rantau dan
dunia.

 Benar, sejarah itu amat penting dalam membentuk jati diri dan perpaduan
bagi melahirkan masyarakat sejahtera dan sayangkan negara.

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

Anda mungkin juga menyukai