Anda di halaman 1dari 96

PERKARA ASAS YANG

PENULIS DAN EDITOR


PERLU TAHU

DISEDIAKAN OLEH: MAZLIA MURAT

UNTUK EDARAN PERCUMA


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Salam hormat dan selamat membaca saya ucapkan.
Bahan ini saya sediakan untuk kelas online tatabahasa yang saya rancang beberapa tahun lepas.
Namun saya membatalkan rancangan itu dan modul ini terperam dan tidak digunakan.

Kebetulan ada rakan-rakan editor bertanyakan serba sedikit berkenaan suntingan, lalu saya
tergerak untuk menyunting semula bahan ini untuk diedarkan secara percuma. Jikalau ada
kesilapan dalam perkongsian ini, boleh maklumkan kepada saya.

Sekiranya dirasakan bermanfaat, saya mohon supaya bahan ini disebarkan kepada orang lain,
dengan harapan saya akan mendapat pahala berterusan.

Jika pembaca mendapat ilmu daripada perkongsian ini, diharapkan dapatlah digunakan bagi
menulis perkara yang baik-baik sahaja, yang memberikan kita pahala dan bukannya dosa.

Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat, diberikan ketenangan hidup di
dunia dan akhirat. Amin.

- Mazlia Murat
Penulis dan editor bebas
Untuk mendapatkan khidmat penulisan dan penilaian manuskrip, suntingan, susun atur dan
urusan penerbitan lain, boleh hubungi saya melalui WhatsApp +6018 669 5294 ataupun e-mel
mazliamurat@gmail.com
MANUSKRIP (BUKU) YANG BAIK

▪ Idea dan konsep buku


▪ Content
▪ Gaya bahasa/olahan
▪ Ejaan dan tatabahasa
▪ Nilai tambah yang ditawarkan (pakej
dalam/luar buku: komik, ilustrasi, infografik,
hadiah percuma, dan lain-lain)
3
IDEA & KONSEP BUKU
▪ Kenal pasti sasaran pembaca (audiens kita).
▪ Siapa mereka. Umur, jantina, apa yang mereka
perlu dan mahu.
▪ Kalau buku how to, pastikan ada panduan jelas,
ringkas, dan praktikal.
▪ Kalau novel/kisah inspirasi, perlu ada konflik dan
penyelesaian.
▪ Content yang menyelesaikan masalah ataupun
yang memberi inspirasi/harapan kepada
pembaca.
4
GAYA BAHASA/OLAHAN (BUKU UMUM)
▪ Sesuaikan gaya penulisan dengan sasaran pembaca
(audiens).
▪ Pemilihan perkataan dan susunan ayat mudah
difahami; ringkas, padat, tepat.
▪ Positif dan memberi “harapan”.
▪ Kalau buku how to dan motivasi contohnya, gaya
bahasa; berkongsi pendapat, bukan “mengajar” atau
merendah-rendahkan pembaca.
▪ Contoh masalah dan pilihan penyelesaian.
▪ Tip dan cadangan mudah difahami dan praktikal
untuk diikuti. 5
GAYA BAHASA/OLAHAN (FIKSYEN)
▪ Sesuaikan gaya penulisan dengan sasaran pembaca.
▪ Pemilihan perkataan dan susunan ayat; ringkas, padat,
tepat
▪ Lebih banyak dialog berbanding naratif supaya cerita
bergerak laju.
▪ Dialog berkualiti; menggerakkan cerita.
▪ Pelbagai emosi; gembira, sedih, lucu, keliru, bimbang,
marah, dan sebagainya.
▪ Mulakan cerita/bab dengan persoalan/konflik.
▪ Sebahagian bab boleh dimulakan dengan dialog
berbentuk soalan; menimbulkan tanda tanya dan minat
6

untuk terus membaca bagi mendapatkan jawapan.


GAYA BAHASA/OLAHAN (FIKSYEN)
▪ Sambil merungkai konflik yang sudah dikenalkan pada
awal bab, boleh kenalkan watak satu per satu.
▪ Unsur saspens - cipta babak-babak yang mendebarkan.
▪ Mesti ada graf turun naik menuju ke klimaks (kemuncak
cerita) sebelum ada penyelesaian (kesudahan cerita).
▪ Cliffhanger - akhiri bab dengan persoalan; tergantung.
▪ Twist and turn - Pada mulanya, arahkan pemikiran logik
pembaca ke satu arah, kemudian masukkan plot yang
tidak disangka-sangka; masukkan peristiwa ataupun
watak secara tiba-tiba. Jalan cerita berubah secara
mendadak dan di luar jangkaan.

7
GAYA BAHASA/OLAHAN (FIKSYEN)
▪ Show don’t tell
Contoh olahan:
Tell: Laila sedih dituduh mencuri.
Show: Mata Laila mulai berkaca. Dia menggigit bibir,
berusaha menahan air mata daripada berguguran. “Sampai
hati awak tuduh saya mencuri!” luah Laila dengan suara yang
bergetar.

8
GAYA BAHASA/OLAHAN
Bagaimana mahu menulis dengan baik?
▪ BACA & TONTON
- tambah pengetahuan dengan membaca banyak jenis
buku
- kaji gaya penulisan penulis best seller konsep/genre
buku yang mahu ditulis
- tonton pelbagai jenis program dokumentari, drama,
filem dan sebagainya.

▪ LATIHAN PENULISAN
- berlatih bina ayat daripada perkataan, ayat mahupun
gambar. 9
GAYA BAHASA/OLAHAN

▪ BUKU NOTA/SWIPE FILE


- juga boleh sediakan buku nota untuk idea dan
sistem filing @ folder dalam komputer untuk
konsep buku,koleksi cover, blurb buku, screenshot
tulisan yang “sedap” dibaca, dan sebagainya.

10
GAYA BAHASA/OLAHAN
▪ Contoh koleksi ayat yang dikumpul dalam buku nota
untuk rujukan menulis novel pada tahun 2004.

11
GAYA BAHASA
▪ Bahasa basahan (pasar) vs bahasa standard (BMT)
▪ Sesetengah penerbit mementingkan penggunaan Bahasa
Melayu Tinggi.
▪ Contoh:
“Saya bagi dia dua ringgit.” (PASAR)
“Saya beri dia dua ringgit.” (BMT)
“Awak sudah bagitau dia?” (PASAR)
“Awak sudah beritahu dia?” (BMT)
“Awak dah makan ke?” (PASAR)
“Awak sudah makan?” (BMT)
12
GAYA BAHASA
▪ Sesetengah penerbit mementingkan penggunaan Bahasa
Melayu Tinggi.
▪ Contoh penggunaan nama (sebagai kata ganti dalam
dialog) yang diubah supaya lebih formal dan ‘matang’:

“Syikin suka makan apa?” tanya Asma.


“Awak suka makan apa?” tanya Asma kepada Syikin.

“Cikgu mahu kamu hantar latihan ini esok pagi,” arah Puan
Mazlin.
“Saya mahu kamu hantar latihan ini esok pagi,” arah Puan
Mazlin.
13
GAYA BAHASA
▪ Sesetengah penerbit mementingkan ejaan penuh.
▪ Fikirkan cara untuk mencantikkan ayat jika perlu ejaan
penuh.
Asal Ejaan penuh Contoh suntingan
Kenapa ni? Dari tadi awak Kenapa ini? Mengapa dari tadi awak
seperti cacing kepanasan. Dari tadi awak seperti cacing seperti cacing kepanasan?
kepanasan. atau
Kenapa dengan awak? Dari
tadi seperti cacing kepanasan.

Kenapa awak tak nak ikut Kenapa awak tidak hendak Kenapa awak tidak mahu ikut
saya? ikut saya? saya?
Oh, macam tu ke caranya? Oh, macam itukah caranya? Oh, begitukah caranya?
Kenapa pulak awak cakap Kenapa pula awak cakap Mengapa awak berkata
macam tu? macam itu? begitu?

14
GAYA BAHASA
▪ Potong perkataan yang berulang makna/sama fungsi.
▪ Pecahkan ayat yang panjang kepada beberapa ayat
supaya mudah dibaca.

Asal Disunting
Kontroversi hari ini malah lebih Kontroversi hari ini lebih mengharukan.
mengharukan lagi.

Beberapa minit kemudian, Ayuni Beberapa minit kemudian, Ayuni


mendapatkan Azmeer semula kerana kembali mendapatkan Azmeer. Rupa-
Liyana rupa-rupanya sedang mengunci rupanya Liyana sedang berkurung di
dirinya di dalam bilik itu dan tiada dalam bilik. Dia tidak memberi sebarang
maklum balas diterima daripada Liyana respons ketika Ayuni mengetuk pintu
sewaktu Ayuni mengetuk pintu biliknya. bilik dan memanggilnya.

15
GAYA BAHASA
▪ Ayat yang positif dan bersifat memberi cadangan, bukan
mengajar/tunjuk pandai.
Asal Disunting
“Eh, salahlah apa yang awak buat tu! Awak “Mungkin lebih baik awak buat begini.”
patut buat macam saya!”
Anda kena ingat tanggungjawab anda Sebagai ibu bapa, kita
sebagai ibu bapa. Anda kena pastikan bertanggungjawab memastikan
persekitaran rumah anda selamat untuk persekitaran rumah selamat untuk
anak-anak anda. anak-anak.
Kalau dulu anda suka lengahkan solat, atau Kalau dahulu ada dalam kalangan kita
langsung tidak solat, maka inilah masanya yang melengahkan solat, atau langsung
untuk berubah. Anda pun tidak tahu bila tidak solat, maka inilah masanya untuk
anda akan mati. kita semua berubah. Kita pun tidak tahu
bila kita akan mati.

16
EJAAN & TATABAHASA
▪ Biasakan menulis dengan ejaan dan
tatabahasa yang betul.
▪ Latih diri menulis dengan gaya santai tetapi
masih terjaga ejaan dan tatabahasa.
▪ Menulis di media sosial dengan betul akan
meningkatkan kredibiliti diri.
▪ Buat permulaan, tulis dahulu manuskrip,
semak dan sunting selepas manuskrip siap.
17
EJAAN & TATABAHASA
Semak ejaan secara online. Google sahaja Pusat
Rujukan Persuratan Melayu.

18
EJAAN & TATABAHASA
Taip perkataan yang mahu disemak, klik Cari.

19
EJAAN & TATABAHASA
▪ Lihat lampiran 1. Senarai ejaan salah yang sering
digunakan.
▪ Boleh gunakan kamus online untuk semak ejaan
kata ganda ada tanda sempang ataupun tidak,
kata majmuk dieja rapat ataupun terpisah, dan
maklumat lain berkaitan tatabahasa.

20
TATABAHASA
▪ Buku rujukan yang dicadangkan:

21
TATABAHASA
▪ Huruf besar dan kecil
▪ Tanda baca dan tanda petik dalam dialog
▪ Imbuhan
▪ Kata majmuk
▪ Kata ganda
▪ Singkatan kata ganti nama diri “ku”, “kau”, “mu”,
dan “nya"
▪ Partikel “pun”, “kah”, “lah", dan “tah”
▪ Fungsi “di”
▪ Kata sendi nama
22
HURUF BESAR & KECIL
▪ Huruf besar

- digunakan bagi huruf pertama pada permulaan ayat,


kata nama khas seperti nama orang dan tempat.

- panggilan hormat/gelaran dan jawatan/pangkat yang


diikuti nama juga huruf besar walaupun pada
pertengahan ayat.

23
HURUF BESAR & KECIL
▪ Contoh perlu huruf besar walaupun di pertengahan ayat:

Perkataan ustazah:
✓ Guru sekolah agama biasanya digelar ustazah.
✓ Apa khabar Ustazah Hanna?

Perkataan perdana Menteri:


✓ Saya bercita-cita mahu menjadi perdana menteri.
✓ Tahukah anda siapa Perdana Menteri Malaysia?

24
HURUF BESAR & KECIL
▪ Contoh huruf besar/kecil di pertengahan yang ayat boleh
membawa maksud berbeza:

✓ Apa khabar abang Naufal?


(bertanya khabar abang kepada Naufal)

✓ Apa khabar Abang Naufal?


(panggilan hormat orang lebih berusia bernama Naufal)

✓ Apa khabar mak Jah?


(bertanya khabar ibu kepada orang bernama Jah)

✓ Apa khabar Mak Jah?


(panggilan hormat/gelaran kepada orang bernama Jah) 25
HURUF BESAR & KECIL
▪ Contoh lain huruf besar/kecil di pertengahan ayat:

✓ Sedap betul karipap Fatihah.


(karipap kepunyaan/dibuat oleh orang bernama Fatihah)

✓ Saya suka makan Karipap Segera Fatihah.


(kata nama khas; brand)

✓ di antara timur dan barat


✓ Antara Timur dan Barat (tajuk filem italik)
✓ Dia berasal dari negeri Pantai Timur.
✓ Jangan mudah terpengaruh dengan budaya Barat.
26
TANDA BACA
▪ Simbol dalam tulisan yang membawa maksud
tertentu.
Antaranya:
✓ noktah (.)
✓ koma (,)
✓ tanda seru (!)
✓ tanda soal (?)
✓ koma bertitik (;)
✓ noktah bertindih (:)
✓ tanda ellipsis (. . .) 27
Noktah (.)
Titik pada akhir ayat. Fungsi lain noktah:

▪ Singkatan nama orang. Contoh:


✓ George W. Bush

▪ Singkatan gelaran, jawatan, pangkat. Contoh:


✓ Dr. (Doktor – diikuti nama)
✓ Prof. (Profesor)
✓ Pn. (Puan)

▪ Singkatan umum
✓ Tmn. (taman)
✓ dll. (dan lain-lain)
✓ dsb. (dan sebagainya) 28
✓ hlmn. (halaman)
Noktah (.)

Singkatan yang tidak perlu noktah:

▪ Singkatan mata wang, ukuran, timbangan, simbol kimia


✓ RM200 (ditulis rapat)
✓ 200 m (cm/km/ml/l semua ditulis jarak)
✓ H20

▪ Singkatan kata nama khas


✓ DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)
LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
✓ SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
29
Titik Bertindih (:)

▪ Sama dengan (=)


▪ Perkataan/ayat selepasnya adalah penjelasan lebih lanjut
untuk perkataan/ayat sebelum tanda titik bertindih.

Koma Bertitik (;)


▪ Menyambungkan dua ayat tanpa kata hubung (dan,
tetapi, dan sebagainya). Contoh:
✓ Lola selalu datang lewat; kerjanya juga kurang kemas.
30
Tanda Elipsis (. . .)
▪ Tiga titik yang berjarak.
▪ Berfungsi menunjukkan pengguguran teks pada awal ataupun
akhir ayat.
Contoh:
. . . dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada
Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat
akan keadaan hamba-hambaNya”.
(Surah Ghaafir, 40:44)

▪ Juga digunakan untuk menunjukkan maksud dan seterusnya.


Contoh:
Dia mengira, “Satu, dua, tiga, . . . ”

▪ Menandakan pengucapan yang terhenti atau tidak lancar.


Contoh:
Maaf . . . maafkan saya. Saya . . . tak sengaja. 31
Koma (,)
▪ Pisahkan item (lebih daripada dua).
▪ Contoh:
✓ Saya suka warna hitam dan putih. (tidak perlu koma)
✓ Saya suka warna hitam, putih, hijau, dan coklat. (ada koma)

▪ Pisahkan unsur (penanda wacana/kata seru) daripada ayat lain.


▪ Contoh:
✓ Biarpun kami berbeza pendapat, namun hubungan kami tetap
mesra.
✓ Wah, cantiknya baju awak!

▪ Pisahkan ayat daripada cakap ajuk.


▪ Contoh:
✓ Dia bertanya, “Ada apa-apa soalan?”
32
Tanda Seru (!)
▪ Digunakan dalam ayat seruan, perintah atau yang
mempunyai emosi yang kuat.
▪ Berfungsi sebagai penutup ayat (tidak perlu noktah selepas
tanda seru).
▪ Contoh:
✓ Kemas bilik awak sekarang!
✓ Sampai hati awak marah saya!
✓ Cis, berani awak menipu saya!

Tanda Soal (?)


▪ Digunakan dalam ayat berbentuk pertanyaan.
▪ Sudah berfungsi sebagai penutup ayat (tidak perlu noktah
selepas tanda seru).
▪ Contoh:
✓ Boleh kita teruskan kelas? 33
Contoh kesalahan
huruf besar dan tanda baca

nama saya dian . Saya suka makan Nasi Lemak


sambal kerang,kuih koci, keria,dan popia basah.awak
pula suka makan apa ?.

34
Pembetulan
huruf besar dan tanda baca
Nama saya Dian. Saya suka makan nasi lemak sambal
kerang, kuih koci, keria, dan popia basah. Awak pula
suka makan apa?

✓ Huruf besar pada permulaan ayat.


✓ nasi lemak huruf kecil kerana bukan kata nama khas (kalau
Nasi Lemak Mak Mah (nama perniagaan contohnya, baru
huruf besar).
✓ Selepas koma, jarakkan 1x space bar.
✓ Selepas noktah, jarakkan 1x space bar sebelum mulakan
ayat baru dengan huruf besar.
✓ Tidak boleh jarak dan letak noktah (titik) selepas tanda soal.
35
TANDA BACA
▪ Contoh penulisan pantun yang betul:

Bintang tidak terbit pagi,


Diselaput oleh awan putih;
Puan sudi sampai ke mari,
Saya memberi terima kasih.

36
TANDA PETIK
▪ Pembuka dan penutup “....”
- pengapit dialog.

▪ Tanda petik tunggal ‘….’


- digunakan untuk monolog (bercakap dalam
hati/fikiran tidak diluahkan), kiasan, serta dialog
dalam dialog.

37
Tanda Baca & Tanda Petik dalam Dialog
Penting untuk makluman pembaca:

Bagi topik cara menulis dialog, saya tidak tahu penjelasan


sebenar mengikut peraturan bahasa/penulisan.

Penerangan berikut berdasarkan pemahaman saya dan cara


mudah untuk ingat bila perlu guna noktah ataupun koma,
huruf besar ataupun huruf kecil.

38
Tanda Baca & Tanda Petik dalam Dialog
▪ Tanda baca (koma, noktah, tanda seru, tanda soal)
tidak perlu digunakan serentak dan banyak kali.

▪ Contoh:
“Saya benci awak!!!!!” (SALAH)
“Saya benci awak!” (BETUL)
“Awak dengar ataupun tidak?.” (SALAH)
“Awak dengar ataupun tidak?” (BETUL)
39
Tanda Baca & Tanda Petik dalam Dialog
“Wah! Cantiknya baju awak”. Kata Ana.
1 2
Ana berkata, “wah! Cantiknya baju awak!.”
3 4
1. Kata seru diikuti koma, tanda seru di hujung ayat.
2. k huruf kecil kerana “kata Ana” tidak boleh berdiri sendiri
sebagai satu ayat lain. Penutup kata (tanda petik) mesti
selepas tanda baca (noktah/koma/tanda seru/tanda soal).
3. W huruf besar.
4. Tidak perlu ada noktah (titik) selepas tanda seru.

40
Tanda Baca & Tanda Petik dalam Dialog

“Wah! Cantiknya baju awak”. Kata Ana. (Salah)

“Wah, cantiknya baju awak!” kata Ana. (Betul)

Ana berkata, “wah! Cantiknya baju awak!.” (Salah)

Ana berkata, “Wah, cantiknya baju awak!” (Betul)

41
Tanda Baca & Tanda Petik dalam Dialog
Perhatikan penggunaan koma, noktah, huruf besar dan
kecil serta perkataan warna biru.
“Awak sudah makan?” tanya Amni.
Jawab Sara, “Belum lagi.”
Amni mengajak, “Jom makan sama-sama.”
Sara mengangguk tanda bersetuju. “Awak mahu makan
apa?”
“Saya mahu makan mi sup,” beritahu Amni.
“Saya nak nasi goreng cili api dan telur dadar. Sedapnya.”
Sara menutup mata, membayangkan keenakan menu
pilihannya itu. 42
Tanda Baca & Tanda Petik dalam Dialog

“Awak sudah makan?” tanya Amni.


“Jawab Sara, “Belum lagi.”

▪ “tanya Amni” tidak boleh berdiri sendiri sebagai ayat


berasingan. Ia mesti merujuk dialog sebelumnya; apa
yang ditanya oleh Amni?
▪ Jadi t huruf kecil kerana ia satu rangkai ayat.
▪ Jawab Sara(koma) kerana ayat belum selesai.
43
Tanda Baca & Tanda Petik dalam Dialog

Sara mengangguk tanda bersetuju. “Awak mahu makan apa?”


▪ Noktah digunakan kerana ayat “Sara mengangguk....” dan
soalan, “Awak mahu makan apa?” adalah dua ayat berbeza
dan boleh berdiri sendiri.

▪ Begitu juga dengan contoh kedua. Ada dua ayat berbeza:


“Saya nak nasi goreng cili api dan telur dadar. Sedapnya.” Sara
menutup mata, membayangkan keenakan menu pilihannya
itu.
44
Tanda Baca & Tanda Petik dalam Dialog
▪ Contoh lain:
✓ “Awak nak apa?” dia bertanya.
✓ “Seronoknya!” jerit Lola.
✓ “Penatnya saya,” keluh Rosa.
✓ “Saya yang habiskan kek awak,” akui Kiki.
✓ “Maafkan saya,” pohon Jiji.
✓ “Saya maafkan awak,” balas Kaka.
✓ “Tolong baca dengan tekun. Penat saya sediakan
nota ini,” luah Jaja penuh berharap.
45
Tanda Baca & Tanda Petik dalam Dialog
▪ Contoh lain:
✓ Dia bertanya, “Awak nak apa?”
✓ Lola menjerit, “Seronoknya!”
✓ Rosa mengeluh, “Penatnya saya.”
✓ Kiki membuat pengakuan, “Saya yang habiskan kek awak.”
✓ Jiji memandang Kaka dan berkata, “Maafkan saya.”
✓ Kaka diam seketika sebelum bersuara perlahan, “Saya
maafkan awak.”
✓ Jaja meluahkan dengan penuh harapan, “Tolonglah baca
dengan tekun. Penat saya sediakan nota ini.”
46
Tanda Baca & Tanda Petik dalam Dialog

▪ Contoh lain, dua ayat berbeza. Setiap ayat boleh berdiri


sendiri:

✓ “Awak nak apa?” Dia menjeling.


✓ “Penatnya saya.” Rosa mengelap peluh di dahi.
✓ “Saya yang habiskan kek awak.” Kiki tersengih-sengih.
✓ “Maafkan saya.” Jiji menghulurkan tangan.
✓ “Saya maafkan awak.” Kaka menyambut tangan Jiji.
✓ “Tolonglah ingat baca dengan tekun. Penat saya sediakan47
nota ini.” Pandangan mata Jaja penuh berharap.
Tanda Baca & Tanda Petik dalam Dialog
▪ Penggunaan elipsis (tiga titik berturutan . . .)
▪ Tiga titik (ellipsis) diikuti koma bagi ayat yang tidak
diselesaikan.
▪ Tiga titik dan ‘jarak’ bagi menunjukkan ketakutan dan gagap.
▪ Empat titik (tiga titik adalah elipsis dan titik terakhir adalah
noktah) bagi ayat yang sudah tamat.
▪ Contoh:
“Ma . . . maaf, maafkan saya. Saya . . . ,” ucap Aina tergagap-
gagap.
“Maafkan saya. Saya. . . saya . . . .” Aina berlari meninggalkan Lina
tanpa sempat menyudahkan kata-katanya.
48
Dialog dalam dialog
Dialog kedua dalam dialog pertama mesti menggunakan
tanda petik tunggal.

Contoh:
Kiki memandang wajah Jaja lalu berkata dengan bersungguh-
sungguh, “Semalam saya bertemu Rosa. Dia ada pesanan
untuk awak. Dia kata, ‘Tolong beritahu Jaja, saya tak akan
maafkan dia sampai bila-bila!’.”

49
PERKATAAN

▪ Kata tunggal – kata dasar.


▪ Kata terbitan – kata dasar yang ada imbuhan.
▪ Kata majmuk – dua atau lebih kata dasar
dirangkaikan dan membawa makna tertentu.
▪ Kata ganda – bentuk kata yang dihasilkan dengan
menggandakan (mengulangi) kata dasar secara
keseluruhan ataupun sebahagian daripadanya.
50
IMBUHAN
▪ Kata terbitan, ditulis bercantum dengan kata dasar.
▪ 4 jenis: awalan, akhiran, sisipan, dan apitan.
1. Awalan 2. Akhiran
Kata dasar Imbuhan awalan Imbuhan akhiran
lukis melukis lukisan
masak memasak masakan
beli terbeli belian
main bermain mainan
rompak perompak rompakan

ganggu mengganggu gangguan

51
IMBUHAN
3. Sisipan
(el, em, er, in) disisipkan di tengah satu kata akar.
Contoh:
Kata dasar Imbuhan apitan
tunjuk telunjuk
guruh gemuruh
tapak telapak
jajah Jelajah
sambung sinambung
serak selerak
kabut kelabut
gilang gemilang
gerlap gemerlap
52
IMBUHAN
▪ Ditulis bercantum dengan kata dasar.
▪ 4 jenis: awalan, akhiran, sisipan, dan apitan.
4. Apitan
Kata dasar Imbuhan apitan
beli pembelian
banding perbandingan
derma mendermakan
guna menggunakan
masyarakat kemasyarakatan
gulung penggulungan
swasta penswastaan
tingkat mempertingkatkan
53
KATA MAJMUK
▪ Merangkaikan dua atau lebih kata dasar yang
membawa makna khusus.
▪ Dieja TERPISAH, TIDAK ADA SEMPANG dan tidak
boleh diselitkan unsur lain.
▪ Contoh:
✓ kerusi malas (kata majmuk)

o pinggan mangkuk (bukan kata majmuk kerana boleh


diselit unsur lain dan masih sama makna, contoh:
pinggan dan mangkuk)
54
KATA MAJMUK
▪ Ada sebahagian kata majmuk dieja rapat (bercantum).
▪ Contoh:
antarabangsa kakitangan
beritahu matahari
sukarela pesuruhjaya
bumiputera warganegara
aiskrim tanggungjawab

▪ Semua kata majmuk yang ada juru dieja rapat.


▪ Contoh:
jururawat juruterbang
juruteknik jurusolek
55
Penggandaan Kata Majmuk
▪ Yang dieja terpisah, gandakan perkataan pertama
sahaja.
▪ Contoh:
Kata majmuk terpisah Penggandaan kata majmuk
terpisah

alat tulis alat-alat tulis


gambar rajah gambar-gambar rajah
mata pelajaran mata-mata pelajaran
balai raya balai-balai raya
pasar raya pasar-pasar raya
lebuh raya lebuh-lebuh raya
menteri besar menteri-menteri besar
kapal terbang kapal-kapal terbang
56
Penggandaan Kata Majmuk
▪ Penggandaan keseluruhan bagi yang dieja rapat.
▪ Contoh:
Kata majmuk Penggandaan kata majmuk
rapat
tandatangan tandatangan-tandatangan

setiausaha setiausaha-setiausaha

57
Pengimbuhan Kata Majmuk
▪ Imbuhan awalan/akhiran ditulis bercantum dengan
perkataan awal atau akhir.
▪ Imbuhan apitan kesemua ditulis bercantum. Contoh:
Kata Majmuk Awalan Apitan

kuat kuasa berkuat kuasa penguatkuasaan


dikuatkuasakan
campur aduk bercampur aduk mencampuradukkan

urus niaga berurus niaga diurusniagakan

ambil alih mengambil alih pengambilalihan

satu padu bersatu padu menyatupadukan


58
KATA GANDA
▪ Menggandakan kata dasar
▪ 3 bentuk: penuh, separa, berentak
▪ Penggandaan penuh dan berentak ADA TANDA
SEMPANG
▪ Penggandaan penuh:
Contoh kata tunggal Contoh imbuhan
awalan/akhiran/apitan:

sekolah-sekolah ketua-ketua
buku-buku jualan-jualan
kotak-kotak pertandingan-pertandingan

59
KATA GANDA
▪ Penggandaan separa:
Contoh kata tunggal:
laki lelaki
pohon pepohon

Ada yang bertukar menjadi istilah lain:


tikus tetikus (mouse)
kuda kekuda

60
KATA GANDA
Penggandaan separa:
Contoh imbuhan awalan/akhiran/apitan:
Awalan Akhiran Apitan
berlari-lari sepandai-pandai berkejar-kejaran

ditanya-tanya kenang-kenangan dimanja-manjakan

meronta-ronta doa-doakan dimarah-marahi

bantu-membantu risik-risikkan kebarat-baratan

teresak-esak amat-amati kekuning-kuningan

61
KATA GANDA
Penggandaan berentak:
- 3 jenis (vokal, konsonan, bebas)
Contoh pengulangan Contoh pengulangan Contoh penggandaan
vokal konsonan bebas

kuih-muih batu-batan anak-pinak

cerai-berai gunung-ganang saudara-mara

lauk-pauk huru-hara ulang-alik

sayur-mayur kucar-kacir lintang-pukang

gotong-royong suku-sakat simpang-siur

62
KATA GANDA
▪ Kata ganda mesti ada tanda sempang.
▪ Kenapa ada yang tiada tanda sempang contohnya bukit bukau
dan sampah sarap?
▪ Dua frasa ini bukan kata ganda, ia kata nama yang ada makna
saling berkaitan.

✓ bukit = kawasan tanah tinggi tidak setinggi gunung


✓ bukau = lembah (tanah rendah di kaki bukit/gunung)
✓ bukit bukau = bukit dan lembah

✓ sampah = benda-benda yang dibuang


✓ sarap = kotoran seperti debu halus; pelbagai jenis sampah dan
kotoran
✓ sampah sarap = bermacam-macam sampah 63
KATA GANDA
▪ Kenapa “lalu-lalang’” ada tanda sempang?
▪ Lalu-lalang adalah kata ganda, perlu ada tanda
sempang.
▪ Apabila “lalang” terpisah daripada “lalu”, ia sudah
membawa maksud berbeza.

✓ lalu = melintas kawasan itu,


✓ lalang = sejenis rumput, tinggi dan kasar
✓ lalu-lalang = banyak kali lalu (keluar masuk, tidak
teratur)
64
Penggandaan Kata Adjektif (Sifat)
▪ Kata adjektif: perkataan yang menerangkan sifat
sesuatu benda atau menerangkan kata nama
▪ Contoh: cantik, besar, kecil, tinggi, panjang dsb.
▪ Digandakan untuk membawa erti banyak dan berbagai-
bagai sifat.
▪ Kata adjektif berganda perlu ADA TANDA SEMPANG.
▪ Subjek jamak tidak perlu digandakan.
▪ Contoh:
(Subjek) (kata adjektif berganda)
✓ Rumah di kawasan itu besar-besar.
✓ Pensel warnanya tumpul-tumpul.
✓ Lukisan di galeri itu cantik-cantik.
✓ Anak kakak saya bijak-bijak.
✓ Kasutnya tinggi-tinggi belaka. 65
SINGKATAN
KATA GANTI NAMA DIRI

▪ ku (kependekan aku)
▪ kau (kependekan engkau)
▪ mu (kependekan kamu)
▪ nya (kependekan dia)

66
Kata Ganti Nama Diri – ku
▪ Kependekan aku.
▪ Ditulis bercantum (rapat) dengan kata yang
mengikuti atau mendahuluinya.
▪ Contoh:
✓ kulihat ✓ hatiku
✓ kutulis ✓ sahabatku
✓ kudengar ✓ pingganku
✓ kupegang ✓ rumahku
✓ kuterima ✓ menemaniku
✓ kubermain ✓ memarahiku 67
Kata Ganti Nama Diri – kau
▪ Kependekan engkau.
▪ Tidak boleh berdiri sendiri.
▪ Ditulis bercantum dengan kata yang mengikutinya.
▪ Contoh:
✓ kaulihat ✓ kaubaca ✓ kaupegang
✓ kautulis ✓ kaubalas ✓ kauterima
✓ kaudengar ✓ kauubah ✓ kauhidangkan

▪ K huruf besar walaupun di tengah ayat kalau


merujuk Tuhan (Allah):
✓ Ya Allah, Kaurahmatilah hidupku...
68
Kata Ganti Nama Diri – mu
▪ Kependekan kamu,
▪ Tidak boleh berdiri sendiri.
▪ Ditulis bercantum (rapat) dengan kata yang
mendahuluinya
▪ Contoh:
✓ akalmu ✓ hatimu ✓ memarahimu
✓ jasamu ✓ milikmu ✓ menyayangimu
✓ namamu ✓ rumahmu ✓ membantumu

▪ M besar apabila merujuk Tuhan (Allah).


▪ Apabila M huruf besar, mesti ada tanda sempang:
✓ Hanya kepada-Mu, aku berserah. 69
Kata Ganti Nama Diri – nya
▪ Kata ganti nama diri orang ketiga, hanya untuk
manusia dan Tuhan.
▪ Ditulis bercantum (rapat) dengan kata yang
mendahuluinya.
▪ Contoh:
✓ akalnya ✓ hatinya ✓ memarahinya
✓ jasanya ✓ miliknya ✓ menyayanginya
✓ namanya ✓ rumahnya ✓ membantunya

▪ N besar apabila merujuk Tuhan (Allah).


▪ Perlu ada sempang apabila N huruf besar:
✓ Hanya kepada-Nya, aku berserah.
70
Fungsi lain “nya”
▪ Juga berfungsi sebagai kata peneka dan
kata pembenda: yang menjadikan perkataan
yang bukan kata nama sebagai kata nama.

▪ Contoh:
✓ lajunya ✓ kesannya
✓ sakitnya ✓ natijahnya
✓ lantangnya ✓ malasnya
✓ akibatnya ✓ malunya
✓ akhirnya
71
PARTIKEL
▪ jenis perkataan kecil yang biasanya dieja
bersambung (ada juga terpisah) dengan perkataan
lain
▪ sebagai kata bantu
▪ sebagai kata penegas
▪ pun, kah, lah, tah

72
Partikel “pun”
▪ Dieja terpisah daripada perkataan sebelumnya.
Contoh:
✓ saya pun
✓ sudah pun
✓ telah pun
✓ apa pun

▪ Namun, ada 13 kata ditulis serangkai (dieja rapat)


dengan partikel pun.
73
Partikel “pun”
▪ Ada 13 kata ditulis serangkai dengan partikel pun.

✓ adapun ✓ kalaupun ✓ sekalipun


✓ andaipun ✓ kendatipun ✓ sungguhpun
✓ ataupun ✓ meskipun ✓ walaupun
✓ bagaimanapun ✓ lagipun
✓ biarpun ✓ mahupun

▪ sekali pun (dieja terpisah apabila merujuk bilangan)


▪ Contoh: Tidak pernah sekali pun dia menjejakkan kaki ke
rumah saya.
74
Partikel “kah"
▪ Partikel “kah” banyak digunakan dalam ayat
tanya.
▪ Perlu dieja rapat.
▪ Contoh:

✓ siapakah ✓ diakah ✓ ke Bangikah


✓ berapakah ✓ merekakah ✓ ke sekolahkah
✓ bagaimanakah ✓ begitukah ✓ sekarang jugakah
✓ bilakah ✓ beginikah ✓ cantikkah
✓ mengapakah ✓ itukah
75
Partikel “lah”
▪ Partikel “lah” boleh digunakan untuk
melembutkan ayat perintah (suruhan, larangan
dan silaan).
▪ Perlu dieja rapat.

▪ Contoh:
✓ keluarlah
✓ pergilah ✓ menangislah ✓ janganlah
✓ tunggulah ✓ menjeritlah ✓ usahlah
✓ pujuklah ✓ berangkatlah ✓ silalah
✓ jagalah ✓ bersiaplah ✓ jemputlah
76
Partikel “tah”
▪ Partikel “tah” pada akhir kata yang biasa digunakan
untuk pertanyaan kepada diri sendiri.
▪ Dieja rapat.

▪ Contoh:
✓ apatah
✓ manatah
✓ mengapatah
✓ bagaimanatah
77
DI
▪ Ada DUA fungsi:
- sebagai imbuhan awalan dan apitan (ditulis
bercantum)
- kata sendi nama (ditulis terpisah)

78
Imbuhan: di
▪ Bergabung (ditulis rapat) dengan kata dasar; kata
kerja dan kata nama.
▪ Contoh:
✓ disapu ✓ dibiarkan
✓ diambil ✓ digunakan
✓ dibaca ✓ dimulai
✓ dimakan ✓ didekati
✓ dihantar ✓ diadili
✓ ditolak ✓ diperdengarkan
✓ dihukum ✓ diperbahaskan
✓ dimamah 79
KATA SENDI NAMA

✓ di ✓ tentang ✓ akan
✓ ke ✓ seperti ✓ oleh
✓ dari ✓ bagai ✓ hingga
✓ daripada ✓ umpama ✓ sampai
✓ kepada ✓ laksana ✓ antara
✓ pada ✓ sejak ✓ demi
✓ bagi ✓ terhadap ✓ dengan
✓ untuk ✓ dalam

80
Kata Sendi Nama: di
▪ Digunakan di hadapan kata nama untuk
menunjukkan tempat/arah.
▪ Ditulis terpisah (jarak).
▪ Contoh:
✓ di dalam bilik
✓ di sana
✓ di stesen MRT
✓ di antara timur dan barat

81
Kata Sendi Nama: di
▪ TIDAK BOLEH digunakan untuk menerangkan waktu,
masa atau zaman.
▪ Sebaliknya, guna kata sendi nama pada.
SALAH BETUL

Di zaman itu Pada zaman itu


Di waktu itu Pada waktu itu
Di peringkat Pada peringkat
Di ketika Pada ketika
Di tahap Pada tahap
Di kedudukan Pada kedudukan
82
Kata Sendi Nama: ke
▪ Dieja terpisah
▪ Menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa.
▪ Sering digunakan bersama kata sendi dari.

▪ Contoh:
✓ ke arah selatan
✓ ke kiri dan ke kanan
✓ ke kampung
✓ ke dalam bilik
✓ dari semasa ke semasa
✓ dari pagi ke petang
✓ dari pukul 8.00 pagi ke pukul 11.00 pagi
83
Kata Sendi Nama: kepada
▪ Digunakan di hadapan kata/frasa nama yang merujuk
manusia (institusi berkaitan manusia), binatang, pecahan,
perubahan keadaan.
▪ Contoh:
✓ kepada pihak sekolah
✓ diberikan kepada kucing
✓ kepada Ali
✓ kepada Tuhan
✓ dikirimkan kepada siapa?
✓ terdedah kepada bahaya
✓ dibahagikan kepada dua kumpulan
✓ meningkat kepada tahap yang lebih baik 84
Kata Sendi Nama: kepada
▪ Sering digunakan bersama kata sendi nama
daripada.
▪ Contoh:
✓ - daripada tahap kurang baik kepada
✓ - daripada Ali kepada ibu
✓ - daripada 37% kepada 55%
✓ - daripada warna kuning kepada warna merah

85
Kata Sendi Nama: dari

▪ Digunakan untuk menyatakan arah, tempat, atau


waktu.

▪ Contoh:
✓ dari arah selatan
✓ dari kiri ke kanan
✓ dari Selangor ke Melaka
✓ dari tarikh penyerahan
✓ dari pukul 9.00 pagi
✓ dari kurun ke-18
✓ dari waktu subuh
86
Kata Sendi Nama: daripada
▪ Digunakan apabila menyatakan punca bagi manusia,
haiwan, benda, sumber atau asal kejadian sesuatu
benda.

▪ Contoh:
✓ nasihat daripada ayah
✓ daripada siapakah
✓ sumbangan daripada
✓ diperbuat daripada
✓ berasal daripada
✓ ilham daripada 87
Kata Sendi Nama: daripada
▪ Juga digunakan untuk perbezaan atau
perbandingan.

▪ Contoh:
✓ lebih baik daripada
✓ lebih lengkap daripada
✓ berbeza daripada perangai kakaknya
✓ lain daripada yang lain
✓ kurang sedikit daripada

88
Kata Sendi Nama: bagi dan untuk
▪ Untuk digunakan apabila ada benda/bahagian
spesifik dan ada penerima tertentu. Tidak boleh
digantikan dengan bagi.

▪ Contoh:
✓ Hadiah untukmu.
✓ Untuk siapakah jam tangan itu?
✓ Baju baharu untuk adik.
✓ Rumah itu dibina untuk ibu kami.
89
Kata Sendi Nama: bagi dan untuk
▪ Untuk/bagi digunakan di hadapan kata/frasa
nama bagi menunjukkan kegunaan sesuatu

▪ Contoh:
✓ Asrama baharu untuk/bagi pelajar lelaki sedang
dibina.
✓ Kereta itu untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja.
✓ Jadual penerbitan buku untuk/bagi tahun hadapan
sedang dirangka.
90
Kata Sendi nama: terhadap
▪ Digunakan sebagai unsur yang membawa maksud
rujukan.

▪ Contoh:
✓ Ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap anak
buahnya.
✓ Kita perlu ada rasa belas kasihan terhadap haiwan.

91
RUJUKAN
Nik Safiah Karim et al., 2015. Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga. Cetakan pertama. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Gaya Dewan Edisi Ketiga. Cetakan ketiga. Kuala Lumpur.


Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://prpmv1.dbp.gov.my/
92
TERIMA KASIH.
SEMOGA BERMANFAAT.
LAMPIRAN 1: SENARAI KESALAHAN EJAAN

Berikut adalah senarai ringkas contoh perkataan yang sering dieja salah. Boleh lakukan semakan di
http://prpmv1.dbp.gov.my

Bil. Ejaan Salah Ejaan Betul (Kamus Catatan


Dewan)
1 ais krim, ais-krim aiskrim
2 adakalanya adakala
ada kalanya

3 kadang-kala kadangkala
kadang-kadang
4 agen Cuckoo ejen Cuckoo agen = sesuatu yang menyebabkan
berlakunya tindak balas secara
kimia

ejen = orang yang diupah untuk


melakukan sesuatu untuk orang
lain/wakil penjual
5 alamsekitar alam sekitar
6 alergik alergi alahan pada sesuatu (makanan,
ubat)
7 ambulan ambulans
8 beehon/meehon bihun, mihunkuetiau mihun goreng
kueh teow/kuey tiaw mi kuning char kuetiau
mee kuning mi sup

9 bandaraya bandar raya melainkan nama khas yang


didaftarkan.
Contoh: Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur
10 berambus berhambus kata dasar = hambus
11 berkerja bekerja imbuhan awalan “be...”be+kerja

12 beserta berserta
perserta peserta
13 chef cef bahasa Inggeris = chef
bahasa Melayu = cef
14 celupar celopar
15 haribulan hari bulan
16 istirehat istirahat

1
17 kain pelikat kain pelekat
18 karenah anak kerenah anak kerenah = gelagat, telatah
karenah = alamat, petanda
19 kebanyakkan kebanyakan Imbuhan apitan “ke...an”
kebaikkan kebaikan ke(banyak)anke(baik)an
20 keretapi kereta api Melainkan kata nama khas yang
didaftarkan.
Contoh: Keretapi Tanah Melayu
21 kerinting keriting rambut keriting
22 komisyen komisen bayaran untuk ejen, jurujual di atas
perkhidmatan/jualan produk
23 internet Internet I huruf besar walaupun perkataan di
tengah ayat
24 lagenda legenda bahasa Inggeris = legend
25 lebuhraya lebuh raya melainkan kata nama khas yang
didaftarkan.
lebuhraya-lebuhraya lebuh-lebuh raya Contoh: Projek Lebuhraya Utara
Selatan(PLUS)
26 makcik mak cik Mak Cik Mah

pakcik pak cik Pak Cik Kasim


27 mengguris hati menggores hati
28 menghayun mengayun kata dasar = ayun
29 mengiyakan mengeyakan kata dasar = ya

mengiakan kata dasar = ia


30 menganggu mengganggu imbuhan “meN”

meng+ganggu
31 mengkagumkan mengagumkan imbuhan meN...kanbuang k
32 mententeramkan menenteramkan imbuhan meN...kanbuang t
33 motorsikal motosikal tiada “r”
34 pasaraya pasar raya

pasaraya-pasaraya pasar-pasar raya


35 memperbaiki memperbaik membaiki
memperhalusi memperhalus menghalusi
memperluaskan memperluas meluaskan
memperkuatkan memperkuat menguatkan
memperolehi memperoleh kata sendi ‘oleh’ tidak boleh terima
imbuhan ‘i’
36 pensil pensel

2
37 penghawa dingin pendingin hawa air conditioner
penyaman udara
38 penghadang pengadang kata dasar = adang
39 rekabentuk reka bentuk
40 respon respons
41 resepi resipi
42 rileks relaks
43 saspen/suspen saspens
44 satu persatu satu per satu one by one

satu perdua, tiga perempat


45 semulajadi semula jadi
46 sinki singki
47 sushi syusi ejaan bahasa Melayu = susyi
48 surirumah suri rumah

rumahtangga rumah tangga


49 stress stres bahasa Inggeris = stress
bahasa Melayu = stres
50 stokin stoking
51 taksub taasub
52 tawkey/tokey tauke tuan punya kedai (pemilik)
53 tips tip ejaan bahasa Melayu = tip = petua
54 temubual temramah temu bual temu ramah
temuduga temu duga
55 temujanji janji temu berjanji dahulu (tetapkan masa,
tarikh,lokasi) untuk berjumpa
56 tengahari tengah hari
57 terawih/tarawikh tarawih solat sunat tawarih
58 ukwah ukhuwah
59 was-was waswas ragu-ragu
60 war-war uar-uar pengumuman/pemberitahuan
wara-wara
61 zam-zam zamzam air zamzam
62 zohor zuhur waktu solat

Disusun oleh Mazlia Murat


Dipetik daripada e-book lama saya, Kesalahan Lazim Penulis: Ejaan, Tatabahasa, Tanda Baca &
Tanda Petik dalam Dialog dengan sedikit penambahan.

Anda mungkin juga menyukai