Anda di halaman 1dari 5

1.

Berdasarkan pemahaman saya mengenai video temu bual ini, ianyaberkisarkan tentang kesan
interaksi diantara Tamadun India dengan Tamadun Melayu dimana kesan interaksi ini merangkumi
aspek Bahasa dan Sastera dalam perkembangan sesebuah tamadun. Interaksi diantara Tamadun
India dan Tamadun Melayu telah membawa masuk beberapa perkataan bahasa yang baharu
khususnya terhadap Tamadun Melayu. Tidak dinafikan bahawa, Tamadun India telah lama
berkembang berbanding Tamadun Melayu dimana interaksi tamadun ini telah membawa masuk
beberapa perkataan atau bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil kealam Melayu seperti perkataan
“matha”, “ agama”, “dukha” dan juga “maha”. Dalam peradaban masa kini juga, adat istihadat
mahupun kehidupan masyarakat melayu juga banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang terdapat
didalam Tamadun India seperti amalan pemakaian inai oleh pengantin dan penggunaan konsep
dwiraja dalam unsur pemerintahan dimana warisan pemerintahan raja diteruskan oleh kaum
kerabat diraja sendiri. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Prof Madya Dr Paramasivam Muthusamy
begitu kuat menyatakan bahawa wujud kesalinghubungan dan interaksi kukuh diantara Tamadun
India dan juga Tamadun Melayu masa dahulu. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan
dan perpaduan, kita seharusnya berganding bahu dalam memelihara dan meneruskan kehidupan
sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit, perbezaan bangsa, agama dan juga budaya.

Nama: Muhammad Arifuddin bin Azahan

No. Matrik: 203624

2.

Berdasarkan pemahaman yang saya perolehi dari tontonan video temubual ini, saya memahami
bahawa wujudnya nilai-nilai yang terdapat dalam masyarakat Cina khususnya pada era Tamadun
Cina. Menurut Professor Obaidellah, konsep yang dikenali sebagai “Chong” merupakan sebuah nilai
yang menerangkan makna apakah yang diinginkan dalam diri sendiri beserta apa yang kita inginkan
dalam diri orang lain. Berbeza pula dengan nilai “Shu” yang berkait rapat dengan konsep
kemanusiaan dalam diri seseorang dimana seseorang itu tidak perlu membalas nilai buruk kepada
orang yang telah melakukan perkara buruk kepada dirinya. Aspek keharmonian pula dikaitkan
dengan konsep “He” yang menekankan sesebuah perhubungan manusia sesama manusia. Nilai
dalam hubungan kekeluargaan dalam tamadun Cina dikaitkan dengan konsep “Xiao” dan “Guo Jia”
dimana dalam hubungan kekeluargaan harus diambil berat dan saling berbakti sesama keluarga
mereka. Masyarakat Cina percaya bahawa, nilai-nilai yang dititikberatkan melalui peringkat
kekeluargaan, sistem sosial yang baik dan pembentukan masyarakat harmoni dapat membentuk
bangsa dan sebuah modal insan yang berjaya mendatangkan keharmonian kepada negara mereka .

Nama: Muhammad Arifuddin bin Azahan

No. Matrik: 203624

3.

Pemahaman melaui video kedua ini pula mengenai lima nilai atau dikenali sebagai “Wulun” yang
memainkan peranan cukup penting dalam Tamadun Cina. Lima nilai ini adalah “Ren“ yang
bermaksud Kemanusiaan, nilai “Yie” bermaksud Keadilan, nilai “Li” bermaksud Ketatatsusilaan, nilai
“Chi” bagi Kebijaksanaan, dan nilai “Xin” yang bermaksud Kepercayaan. Dalam pada itu juga, Prof.
Obaidellah turut meringkaskan tentang hubungan penting yang terdapat dalam Tamadun Cina
seperti hubungan raja dengan pembesar dimana raja memberi layanan yang baik terhadap
pembesar-pembesar mereka. Dalam pada itu juga, para pembesar juga dituntut untuk menghormati
raja mereka. Selain itu, terdapat hubungan penting yang harus dipelihara khususnya dalam
kehidupan berkeluarga iaitu hubungan antara suami dan isteri dimana suami harus mengasihi isteri
mereka dan isteri mereka tidak dibenarkan untuk curang kepada suaminya, hubungan diantara
seorang bapa yang perlu mengasihani anak-anak mereka dan setiap anak-anak mereka perlu taat
akan orang tua mereka. Hubungan diantara adik dan abang mereka dimana kedua-dua saling hormat
menghormati dan berkasih sayang serta hubungan sesama rakan yang menuntut mereka saling
menjaga hubungan dan bersifat amanah. Dalam Tamadun Cina, mereka amat menitik beratkan nilai
kendiri iaitu nilai utama yang perlu dijaga dalam diri seseorang. Nilai yang terdapat dalam diri
mereka memainkan peranan penting dalam memastikan pembentukan sahsiah dan budi pekerta
yang luhur dapat dibentuk dengan sempurna sekaligus dapat melahirkan bangsa dan negara yang
harmoni dalam Tamadun mereka iaitu Tamadun Cina.

Nama:Muhammad Arifuddin bin Azahan

No. Matrik: 203624

Refleksi

1.

Berdasarkan pemahaman saya melalui video ini, Muzium Kesultanan Melayu Melaka yang tersergam
indah sehingga kini menggambarkan begitu hebatnya zaman kegemilangan empayar Melaka. Video
ini jelas memaparkan bahawa zaman pemerintahan Melayu Melaka kaya dengan keunikkannya yang
tersendiri sehingga mereka dikenali diseluruh pelusuk dunia. Kegemilangan empayar Melaka ini
dapat dilihat dari seni ukiran istananya sendiri yang kini bergelar Muzium. Seni ukiran halus dapat
dilihat dari pelbagai sudut binaan seperti tiang istana, balkoni, pintu dan juga dedaun tingkap istana
yang indah. Selain itu, penggunaan bahan binaan yang berasaskan kayu cengal ini menggambarkan
kepintaran masyarakat melayu Melaka dalam soal seni bina dimana mereka kaya dengan ilmu
pertukangan dan memliki daya kreativiti tinggi walaupun pada zaman itu tiada teknologi moden
berkaitan mesin digunakan. Setiap ukiran yang dipahat sudah pasti memiliki maksud tersurat dan
tersirat disamping wujudnya penyebaran agama islam pada zaman kegemilangan Melaka yang
menggambarkan empayar Kesultanan Melayu Melaka menjungjung tinggi agama Islam sebagai
agama yang dianuti oleh raja-raja mereka serta rakyat jelata. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita
wajib berbangga akan kehebatan empayar Melayu Melaka yang menjungjung tinggi bangsa Melayu
sebagai bangsa hebat disamping memelihara baik bangsa lain tanpa wujudnya peperangan dan
pertumpahan darah melainkan dalam soal mempertahankan negara sebagai mana yang dituntut
oleh Agama Islam.

Nama: Muhammad Arifuddin bin Azahan

No. Matrik: 203624.


2.

Berdasarkan pemahaman saya mengenai video tersebut, terdapat beberapa manuskrip milik bangsa
melayu ditulis dalam bentuk tulisan jawi dan ditulis secara manual menggunakan tangan. Manuskrip
ini dipercayai telah ditulis dan dibukukan antara abad ke-16 sehingga abad ke-20. Pada hari ini, kita
perlu bersyukur bahawa manuskrip tersebut masih disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia
kerana banyak manuskrip dan bahan rujukan ilmiah milik bangsa Melayu telah dirampas dan
dihilangkan oleh para penjajah melalui beberapa siri peperangan khususnya semasa kegemilangan
empayar Kesultanan Melayu Melaka. Manuskrip-manuskrip ini memiliki nilai yang berharga kerana
banyak mengandungi fungsi keilmuan dalam pelbagai bidang seperti bidang sejarah, ilmu
peperangan, agama, perubatan dan kesusasteraan. Manuskrip-manuskrip ini ditulis oleh ahli-ahli
tasawuf dan golongan cerdik pandai sebagai rujukan bangsa melayu. Dengan adanya manuskrip ini,
bangsa Melayu pada ketika itu terus berkembang dalam pelbagai aspek seperti Perdagangan,
Pendidikan, Keagaaman dan membentuk jati diri kepahlawanan bangsa melayu yang setia akan
negara mereka. Sehingga kini, manuskrip ini terus dikaji oleh pelbagai alhi falsafah dan golongan
berpengaruh kerana manuskrip ini kaya dengan pelbagai ilmu dan rahasia tersendiri termasuklah
menceritakan asal usul dan kehebatan bangsa melayu itu sendiri.

Nama: Muhammad Arifuddin bin Azahan

No. Matrik: 203624

3.

Berdasarkan pemahaman saya mengenai video tersebut, ianya berkisarkan tentang sebuah tempat
yang begitu popular bagi masyarakat India yang beragama Hindu. Batu Caves merupakan sebuah
tempat suci bagi penganut agama Hindu sejak terbentuknya Tamadun India yang membawa agama
Hindu di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Pada hari ini, Batu Caves menjadi tarikan
pelancong dari dalam mahupun luar negara khususnya negara yang menganuti agama ini. Batu
Caves akan dipenuhi oleh penganut Hindu apabila tibanya Hari Raya Thaipusam dimana kuil yang
terdapat di Batu Caves akan dipenuhi masyarakat Hindu bagi upacara pengampunan dan penghapus
dosa sebagaimana yang dipercayai oleh kaum mereka. Patung yang berdiri megah diberi nama
Patung Dewa Murugan dibina sebagai simbol kepercayaan mereka melalui taat setia kepada dewa
mereka. Pembinaan Patung Dewa Murugan dan kuil yang dibina dari seni bina Tamadun India ini
menggambarkan bahawa, masyarakat beragama Hindu ini memiliki keupayaan dan kemahiran tinggi
dalam unsur seni bina dan sebagai symbol pengabdian diri mereka terhadap tuhan mereka. Sebagai
rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga memiliki warna-warni dalam kehidupan bermasyarakat
walaupun berbeza bangsa, agama dan juga adat resam disamping bertanggungjawab dalam
menghormati hak sesama manusia.

Nama: Muhammad Arifuddin bin Azahan

(203624)

4.
Berdasarkan pemahaman saya dalam video ini, video ini memaparkan sebuah Muzium Seni Asia
yang berpengkalan di Universiti Malaya. Muzium ini memaparkan beberapa keindahan seni bina dari
beberapa masyarakat di Malaysia. Dalam video ini, ia berfokus kepada seni bina masyarakat India
yang kaya dengan kreativiti dan bakat dalam menghasilkan seni ukiran serta lukisan tangan. Kita
tidak dapat menafikan bahawa, masyarakat india kaya dan mahir dalam unsur seni bina terutamanya
dalam seni pembuatan patung bagi menggambarkan dewa-dewa yang ada dalam kepercayaan
agama mereka. Bermula dari zaman ketamadunan India, patung-patung ini dibina menggunakan
unsur batu kapur atau tanah liat namun telah beralih kepada penggunaan logam iaitu besi bagi
memastikan ukirannya bertahan lebih lama. Masyarakat India patut berbangga kerana mereka kaya
dengan seni ukiran yang membawa pelbagai makna dalam kehidupan dan menjadi pelengkap
kepada diri mereka sendiri seperti setiap patung yang mewakili dewa-dewa tertentu dan setiap
ukiran atau lukisan membawa makna tertentu dalam kehidupan mereka. Sebagai rakyat Malaysia,
kita harus menghormat setiap kepercayaan yang mereka miliki dan mempelajari setiap keunikan
yang dimiliki oleh sesebuah bangsa yang terdapat di Malaysia.

Nama:Muhammad Arifuddin bin Azahan

No. Matrik: 203624

5.

Berdasarkan pemahaman saya mengenai video tersebut, video yang memaparkan sebuah tempat
bernama Friendship Garden merupakan sebuah taman yang berkonsepkan Lingnan-styled Garden
dimana lokasinya terletak di Anjung Florida, Putrajaya. Friendship Garden ini telah dibangunkan
melalui usaha sama antara Kerjasama Persatuan Malaysia China (PPMC) dimana konsep elemen Cina
diterapkan disetiap elemen binaannya. Friendship Garden ini dibina simbolik dengan ulang tahun ke-
40 bagi jalinan hubungan persahabatan dua hala antara negara Malaysia dengan Negara China. Pada
hari ini, Friendship Garden ini dijadikan Kawasan bagi tumpuan pelancongan bagi masyarakat dalam
dan luar negara. Dalam ruangan Friendship Garden ini, terdapat beberapa pameran penting
mengenai kesenian masyarakat cina seperti seni kaligrafi tradisional masyarakat Cina dan juga
beberapa seni bina lainya. Selain itu, pokok Michelia Alba dan Cempaka Putih telah dipilih untuk
menghiasi ruang taman ini sebagai simbolik hubungan diplomatic antara kedua-dua negara. Objektif
pembinaan Frienship Garden ini bermatlamat mengukuhkan lagi hubungan bilateral kedua-dua
negara disamping mempromosikan keindahan budaya, seni bina dan seni kemasyarakatan yang
dimiliki oleh orang cina kepada masyarakat berlainan bangsa yang berada di Malaysia.

Nama: Muhammad Arifuddin bin Azahan

No. Matrik: 203624.

6.

Berdasarkan video ini, saya diberi paparan mengenai sebuah Muzium Baba dan Nyonya yang
terletak di Negeri Melaka. Melaka sering dikaitkan dengan budaya Baba dan Nyonya lantaran kota
Melaka dahulunya sering dikunjungi oleh pedagang-pedagang Cina seterusnya berkahwin dan
menetap di Melaka disamping menggabungkan adat resam yang diamalkan oleh kaum melayu dan
cina. Keunikan Muzium Baba dan Nyonya ini adalah banyak menyimpan barangan antik seperti
perabot, pakaian, seni pertukangan dan beberapa lagi barangan lain seperti mangkuk dan cawan
yang berunsurkan tembikar. Baba dan Nyonya ini dikenali rapat sebagai kaum Peranakan kerana
mereka berhijrah dari negara asal di China ke Tanah Melayu dan berkahwin dengan penduduk
tempatan. Apa yang lebih menarik adalah mengenai unsur pemakaian bagi kumpulan Baba dan
Nyonya yang sering berpakaian kebaya dan bersarungkan kain batik disamping mereka amat petah
berbahasa melayu. Walaupun pada hari ini kita melihat generasi Baba dan Nyonya semakin
berkurangan, namun mereka tetap mengekalkan identiti mereka sebagai kumpulan minoriti yang
kaya dengan keunikkan dan adat yang tersendiri. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus memelihara
keunikan sesebuah bangsa dan berusaha memperkenalkan keunikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang kaya dengan warna warni masyarakatnya.

Nama: Muhammad Arifuddin bin Azahan

No. Matrik: 203624

Anda mungkin juga menyukai