Anda di halaman 1dari 4

1.

Sejak bila tuan berkecimpung dalam dunia persatuan & sukarelawan

2. Bagaimana menyusun masa untuk tugas hakiki dengan NGO


Bagi saya,
Tidak mudah untuk menjadi sukarelawan NGO, lebih-lebih lagi jika memegang jawatan. Ia
tanggungjawab yang amat besar dan memerlukan banyak pengorbanan.

Tiada istilah privasi bagi sesiapa yang bergiat dalam NGO.

Jika pada hari bekerja mereka sibuk dengan kerja hakiki masing-masing, Waktu selepas bekerja
ataupun hari minggu memang telah dipadatkan dengan aktiviti NGO.

3.Apakah program & aktiviti yang pernah tuan lakukan semenjak menjadi
sukarelawan belia
Ziarah ke rumah mereka yang kurang bernasib baik merupakan salah satu aktiviti wajib.
Program derma darah, Gotong-royong, mengedarkan makanan kpd golongan gelandangan dan kurang
berkemampuan/ bernasib baik, program di KRT memupuk perpaduan, Majlis doa selamat, tahlil,
Sambutan hari raya, tahun baru cina, Deepavali bersama penduduk2 sekitar
Parlimen belia Malaysia

4. Bagaimana tuan mengajak belia untuk turut serta menjadi sukarelawan


SEMANGAT kesukarelawanan dalam kalangan belia perlu dipupuk sejak awal lagi.

Ia adalah batu asas kepada warganegara yang prihatin, bertanggungjawab, saling bantu
membantu tidak kira agama, kaum dan warna kulit.

Semangat ini juga perlu diterapkan melalui kerjasama pelbagai pihak, sama ada individu, badan
kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan mahupun institusi keluarga.

Persoalannya, adakah golongan belia sedar pentingnya peranan mereka terhadap aktiviti
kesukarelawanan ini?

Lebih malang lagi, segelintir belia yang dipandang tinggi oleh masyarakat ini beranggapan
program kesukarelawanan membuang masa dan tidak mendatangkan faedah.
Sehubungan itu, program kesukarelawanan yang diwujudkan harus mempunyai objektif yang
jelas bagi memberi dorongan dan motivasi kepada belia untuk mereka bergiat lebih aktif dalam
program sebegini.

Jika objektifnya jelas, pasti belia dapat menjiwai dan menghayatinya dengan baik.

Terdapat pelbagai isu yang berlaku seperti bencana alam, konflik negara luar, pencemaran alam
sekitar, masalah kesihatan, tahap pendidikan yang rendah dan masalah sosial, yang
memerlukan tenaga dan sumbang bakti sukarelawan.

Aktiviti kesukarelawanan sememangnya tidak mendatangkan faedah berbentuk wang dan


kebendaan.

Namun, jika dilihat dari sudut yang berbeza, aktiviti itu dapat menambah kecenderungan peserta
dalam usaha memperkayakan ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang diperoleh.

Saya selalu menggalakkan warga belia agar terlibat dalam bidang kesukarelawanan. Hal ini
memberikan kesedaran akan kepentingan untuk berkhidmat secara sukarela kerana ianya
mampu melahirkan seseorang anak muda yang bertanggungjawab terhadap isu-isu sosial yang
wujud dalam kalangan masyarakat kerana mereka perlu melibatkan diri secara langsung bagi
membantu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan yang wujud dalam sesebuah masyarakat
berkenaan. Apabila seseorang belia itu terlibat dengan aktiviti sukarela, maka dia dengan
sendirinya akan membentuk rasa simpati dan sifat tolong-menolong sesama manusia.

5. Pandangan Tuan mengenai cabaran sukarelawan semasa Covid 19


Antara cabaran besar bagi sukarelawan yang mengendalikan NGO kebajikan adalah untuk
mendapatkan sumber atau sumbangan bagi membiayai kos operasi.

Biasanya, mereka yang mahu membantu ingin memberikan 100 peratus sumbangan kepada penerima
sumbangan kebajikan atau golongan kurang bernasib baik yang berkenaan.

Pihak NGO jarang sekali menerima sumbangan bagi membiayai kos operasi seperti gaji atau elaun
petugas sepenuh masa juga bayaran bil telefon, elektrik dan air pejabat serta kos-kos operasi lain.
Maka, akhirnya dan selalunya duit poket sendiri yang terpaksa dikeluarkan bagi membiayai kos operasi
itu.

Hakikatnya, sumbangan menampung kos operasi NGO akan mendapat ganjaran, insya-ALLAH kerana
NGO itu saban masa membantu mereka yang memerlukan.
Itu antara cabaran yang dihadapi oleh sukarelawan NGO-NGO lain seumpamanya.

Tidak hanya berkorban masa dan tenaga, mereka juga berkorban duit bagi memastikan setiap aktiviti
yang dicadangkan berjalan dengan lancar.

Sememangnya penglibatan dalam NGO sebegini atau apa hal sekalipun memerlukan minat dan
kemahuan yang mendalam kerana itulah yang akan memastikan kelestarian satu-satu badan NGO.
- SOP ketika memberikan sumbangan ( Pandemik )

6. Apakah peranan sukarelawan yang boleh dilakukan oleh belia semasa


Covid 19
Golongan muda harus berani dan memulakan inisiatif bagi membantu memulihkan dunia kepada keadaan
yang lebih baik, dalam mengharungi pandemik COVID-19.

Golongan muda melakukan kerja sukarela, menyokong petugas barisan hadapan, membangkitkan
kesedaran awam, dan paling tidak, menjadi warga yang bertanggungjawab dengan mematuhi garis
panduan pencegahan penularan COVID-19.

Kita juga melihat usaha pertubuhan belia seperti yang dilakukan oleh Big 6 dalam memastikan
pembelajaran orang muda tidak terhenti, di sebalik segala gangguan itu," titah baginda dalam video
bersempena 'Global Youth Mobilisation'. Orang muda boleh menyumbang kepada usaha menangani
pandemik COVID-19 dan memainkan peranan aktif dalam usaha pemulihan dengan melibatkan diri dalam
platform itu.

Sertai SUKARELAWAN MYVAC untuk bertugas di Pusat Pemberian Vaksin seluruh Negara
untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan
individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program mobilisasi
sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi
Malaysia bagi mencapai “Herd Immunity”. Ia membantu mengisikan keperluan tenaga
kerja bagi perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menempatkan
sukarelawan yang rela dan bersemangat dari semua lapisan masyarakat.

 Sukarelawan Kesihatan: Vaksinator, mengawal sick bay/kecemasan dan


konsultasi Vaksin Covid-19
 Sukarelawan Bukan Kesihatan: Membuat saringan gejala suhu, janji temu,
pendaftaran, mengawal ruang menunggu.
Program kitajagakita membantu belia lain menjana pendapatan sampingan/ foodbank membantu
golongan susah yang terpaksa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa
dan bergantung kepada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan kewangan.

7. Apakah harapan tuan kepada belia di luar sana & harapan kepada pihak
berwajib seperti agensi kerajaan dll

Semoga dipermudahkan segala urusan NGO-NGO yang menjalankan kerja-kerja kebajikan ini.

Marilah kita sama-sama membantu. Jika tidak mampu mencurahkan masa dan tenaga, sumbangkanlah
sedikit daripada pendapatan kita kepada NGO terbabit.

Moga ia diterima sebagai sedekah jariah, bekalan untuk kita di sana nanti.

Anda mungkin juga menyukai